PERIBAHASA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PERIBAHASA

Description:

PERIBAHASA Ada udang di sebalik batu = ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu perbuatan. Ada perahu hendak berenang = ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:493
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 91
Provided by: KEMENTERIA85
Category:
Tags: peribahasa

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PERIBAHASA


1
PERIBAHASA
  • Ada udang di sebalik batu
  • ada tujuan tertentu di sebalik sesuatu
    perbuatan.

2
Ada perahu hendak berenang
  • ada kemudahan tetapi tidak digunakan sebaliknya
    memilih jalan yang sukar.

3
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di
tengah-tengah
  • dua kuasa besar berperang menyebabkan pihak
    yang lemah menjadi mangsa.

4
Pisang tidak berbuah dua kali
  • sesuatu perkara yang tidak baik akan sentiasa
    diingati agar tidak berulang lagi.

5
Enggang lalu ranting patah
  • seseorang yang pernah melakukan kejahatan,
    walaupun tidak melakukannya, tetap dituduh.

6
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung _at_
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
  • Kita hendaklah mengikut adat, peraturan atau
    budaya sesuatu tempat di mana kita berada.

7
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
  • Diam orang yang cerdik mendatangkan hasil
    tetapi diam orang yang bodoh mendatangkan
    keburukan.

8
Seperti belut pulang ke lumpur _at_ Seperti gagak
pulang ke benua _at_ Ke mana terbangnya bangau kalau
tidak ke belakang kerbau
  • Orang yang merantau akhirnya akan pulang ke
    kampung juga

9
Genggam bara api biar sampai jadi arang _at_
Alang-alang mandi biar basah _at_ Alang-alang
berdakwat biar hitam _at_ Alang-alang menyeluk
pekasam biar sampai ke pangkal lengan
  • Melakukan sesuatu kerja mestilah hingga selesai
    dan sempurna.

10
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena
getah
  • Orang lain yang melakukan kejahatan, orang lain
    yang dituduh.

11
Bagai aur ditarik songsang
  • Susah berbincang dengan orang yang berbeza
    pendapat.

12
Bagai mencurah air ke daun keladi _at_ Bagai
mencurah garam kelaut _at_ Masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri _at_ Bagai hujan jatuh ke pasir
  • Nasihat yang tidak memberi kesan

13
Lembu punya susu, sapi punya nama
  • Orang lain yang buat kebaikan, orang lain pula
    yang dipuji

14
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercatum juga _at_
Air dicencang tak akan putus
  • Perkelahian adik-beradik tidak panjang,
    akhirnya mereka akan berbaik kembali

15
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
_at_ Membuka pekung di dada
  • Sekiranya kita menceritakan keburukan keluarga
    sendiri, akhirnya kita juga yang mendapat malu

16
Menunggu kucing bertanduk _at_ Menunggu buah yang
tak gugur
  • mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku

17
Seperti anjing menyalak bukit
  • Perbuatan menyalahkan pihak berkuasa tidak
    memberi kesan atau sia-sia

18
Seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing
  • Orang yang mementingkan diri sendiri

19
Api di dalam sekam
  • Perbuatan jahat yang tidak disedari
  • Kerana dilakukan secara senyap

20
Seperti musang berbulu ayam _at_ Seperti gunting di
dalam lipatan _at_ Seperti musuh di dalam selimut
  • Orang jahat atau musuh yang menyamar di dalam
    suatu kumpulan

21
Bagai melepaskan batuk di tangga _at_ Hangat-hangat
tahi ayam
  • Melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh

22
Seperti buku bertemu ruas
  • Berhadapan atau berlawan dengan orang yang sama
    gagah

23
Yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran
_at_ Seperti anjing dengan bayang-bayang
  • Orang yang tamak selalu rugi

24
Biar putih tulang, jangan putih mata
  • Baik berlawan daripada menyerah kalah

25
Kalau tak dipecahkan ruyung, mana akan dapat
sagunya
  • Kita mestilah berusaha jika mahu berjaya

26
Seperti cencaru makan petang
  • Orang atau pasukan yang mendapat keuntungan pada
    saat-saat akhir

27
Alah membeli menang memakai
  • Barang yang mahal, baik mutunya dan tahan lama

28
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna
lagi
  • Apabila sudah mendapat sesuatu yang lebih baik,
    yang kurang baik dilupakan

29
Tiada rotan akar pun berguna juga
  • Tiada yang lebih baik, yang kurang baik pun
    memadailah

30
Berkerat rotan berpatah arang
  • Hubungan yang putus buat selama-lamanya

31
Sudah jatuh ditimpa tangga
  • Orang yang mendapat kesusahan bertimpa-timpa

32
Bagai si buta kehilangan tongkat _at_ Patah kandar _at_
Seperti anak ayam kehilangan ibu
  • Susah kerana hilang tempat bergantung dan berharap

33
Bagai si kudung mendapat cincin
  • Orang yang tidak dapat menggunakan sesuatu
    pemberian

34
Bagai kera mendapat bunga
  • Orang yang tidak pandai menghargai pemberian
    orang

35
Enggang sama enggang, pipit sama pipit
  • Orang yang berkawan mengikut pangkat atau darjat

36
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
  • Sesuatu pergaduhan itu berlaku kerana kesalahan
    kedua-dua belah pihak

37
Bertepuk sebelah tangan _at_ Seperti pungguk
rindukan bulan
  • Cinta yang tidak mendapat balasan

38
Seperti rusa masuk kampung
  • Orang yang tercengang-cengang apabila masuk ke
    bandar atau suatu tempat baru

39
Bapa borek anak rintik
  • Kelakuan atau bakat anak dengan ibu bapanya yang
    sama

40
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  • Perangai anak sama seperti didikan yang
    diterimanya

41
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
  • Bakat ibu bapa akan diwarisi oleh anak

42
Bagai pinang dibelah dua _at_ Bagai cincin dengan
permata
  • Pasangan yang sama cantik dan sama padan

43
Hanya jauhari yang kenal manikam
  • Orang yang pakar sahaja dalam sesuatu bidang
    tahu akan nilai sesuatu

44
Seperti mengajar itik berenang
  • Mengajar orang yang sudah pandai

45
Seperti tikus membaiki labu
  • Orang yang tidak pandai, apabila dia membaiki
    sesuatu maka menjadi semakin rosak.

46
Seperti pahat dengan penukul
  • Orang yang melakukan kerja hanya apabila disuruh

47
Alah bisa tegal biasa
  • Orang yang biasa melakukan sesuatu kerja, akan
    menjadi mudah.

48
Bagai murai tercabut ekor
  • Orang yang membuat bising

49
Bagai telur di hujung tanduk
  • Keadaan yang genting atau cemas.

50
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
  • Orang yang pendiam jangan disangka boleh
    dipermainkan.

51
Abu di atas tunggul
  • Kedudukan yang tidak tetap

52
Seperti lalang ditiup angin
  • Tidak tetap pendirian

53
Seperti kerbau dicucuk hidung
  • Orang yang hanya menurut suruhan orang tanpa
    berfikir baik buruknya.

54
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
  • Kita hendaklah insaf apabila melakukan kesalahan.

55
Ukur baju di badan sendiri
  • Berbelanja atau lakukan sesuatu mengikut
    kemampuan diri sendiri

56
Besar periuk, besarlah keraknya
  • Orang yang bergaji besar, besar jugalah
    perbelanjaannya

57
Seperti embun di hujung rumput
  • Kasih sayang yang tidak tetap.

58
Lempar batu sembunyikan tangan
  • Orang yang melakukan suatu kejahatan tetapi
    berpura-pura tidak tahu-menahu.

59
Di mana ada semut, di situ ada gula
  • Orang akan bertumpu di tempat yang mana banyak
    rezeki atau manfaat.

60
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
  • Jika inginkan sesuatu, orang akan berusaha
    mendapatkannya.

61
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
  • Jika mahu sesuatu, orang akan berusaha tetapi
    jika tidak mahu, orang akan memberi pelbagai
    alasan.

62
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
  • Terimalah sesuatu yang baik manakala yang buruk
    jangan dicari

63
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
  • Sangat suka menerima sesuatu pemberian

64
Orang mengantuk disorongkan bantal
  • Mendapat sesuatu yang diingini

65
Sudah terhantuk baru terngadah
  • Apabila sudah mendapat sesuatu kesusahan, baru
    hendak menyesal

66
Nasi sudah menjadi bubur
  • Penyesalan yang tidak berguna lagi

67
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
  • Melakukan kerja sedikit demi sedikit, akhirnya
    siap juga

68
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
  • Menyimpan ssuatu walaupun sedikit demi
    sedikit,lama-lama akan menjadi banyak juga.

69
Baik berjagung-jagung sebelum padi masak
  • Melakukan sesuatu kerja sementara sebelum
    mendapat pendapatan yang lebih baik

70
Harapkan pagar, pagar makan padi
  • Orang yang tidak amanah

71
Seperti kacang lupakan kulit
  • Orang yang tidak mengenang budi

72
Lain diacah, lain yang jadi
  • Perkara yang dijangkakan, lain pula yang
    berlaku.

73
Lebih sudu daripada kuah
  • Orang yang mengada-ada atau berlebihan sikapnya.

74
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
  • Orang yang tak tahu malu

75
Anak harimau diajar makan daging
  • Orang yang jahat/zalim diajar / digalakkan
    melakukan kekejaman

76
Bagai isi dengan kuku _at_ Bagai dakwat dengan kertas
  • Persahabatan yang sangat rapat

77
Buang yang keruh, ambil yang jernih
  • Lupakan perkara buruk agar kasih atau
    persahabatan baik kembali.

78
Cacing hendak menjadi naga
  • Orang yang kecil/hina hendak menjadi orang
    besar.

79
Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit jua
  • Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah,
    ahli-ahli lain pun turut sama merasai kesusahan.

80
Gergaji dua mata
  • Orang mengambil keuntungan/ kesempatan daripada
    kedua-dua belah pihak.

81
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari
  • Murid-murid akan mengikut perbuatan guru mereka
    walaupun tidak baik.

82
Habis kapak berganti beliung
  • Sangat rajin bekerja

83
Harapkan guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan
  • Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang,
    akibatnya hilang apa yang dimiliki.

84
Sediakan payung sebelum hujan _at_ Ingat sebelum
kena, berjimat sebelum habis
  • Beringat dan bersedia sebelum mendapat
    kesusahan.

85
Ibarat perahu tidak akan karam sebelah
  • Kesusahan yang berlaku akan dirasai oleh
    kedua-dua belah pihak.

86
Indah khabar daripada rupa
  • Khabar tentang sesuatu perkara yang
    dilebih-lebihkan.

87
Jangan diikut resmi jagung, semakin berisi
semakin _at_ Ikut resmi padi, semakin berisi semakin
tunduk
  • Jangan ikut perangai orang yang semakin sombong
    apabila semakin kaya atau berilmu. Ikutlah
    perangai orang yang semakin berilmu atau kaya
    semakin merendah diri.

88
Jauh bau bunga, dekat berbau tahi
  • Apabila jauh selalu dikenang tetapi apabila
    dekat selalu berkelahi.

89
Kalah jadi abu, menang jadi arang
  • Kalah atau menang, kedua-dua pihak mendapat
    kerugian.

90
Melentur buluh biarlah daripada rebung
  • Mendidik anak hendaklah sejak dari kecil lagi.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com