Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu

Description:

Kepercayaan sebelum ke hutan Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana memberi banyak manfaat dan kebaikan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:761
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: MuhammadI
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu


1
Kepercayaan dan Pantang Larang Masyarakat Melayu
2
Kepercayaan ke hutan
  • Kepercayaan sebelum ke hutan
  • Pemilihan hari iaitu hari rabu, khamis dan jumaat
    merupakan hari yang baik untuk ke hutan kerana
    memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada
    masyarakat melayu.
  • Menyediakan sajian kepada penghuni hutan. Pawang
    diperlukan untuk menjalankan upacara ini.
  • Seterusnya upacara pancak penunggal iaitu
    peneroka akan diberi pinang sepiak yang telah
    dijampi dan akan diletakkan di pangkal pokok
    kecuali sebiji limau yang akan dibawa ke hutan
    sebagai pendinding semasa di hutan.

3
  • Kepercaan semasa di hutan
  • Permulaan turun ke hutan
  • jika baru turun dari rumah dan ular melintasi di
    hadapan rumah, ia merupakan petanda yang tidak
    baik. Maka, peneroka harus memakan pinang sepiak
    dan barulah turun semula ke hutan.
  • Turun dari tangga rumah mestilah dimulakan dengan
    kaki kanan dan dimulakan dengan bacaan bismillah
    dan tidak boleh berpatah balik.

4
  • Bersiul semasa di hutan
  • Bersiul semasa perjalanan adalah dilarang. ia
    dipercayai menjemput kedatangan ular dan binatang
    liar.
  • Melaung semasa di hutan
  • Perbuatan ini ditagah kerana akan menarik
    perhatian berbagai jenis jembalang dan binatang
    buas yang terdapat di hutan.
  • Jika peneroka melaung di hutan dan laungan
    disahut oleh jembalang maka kejadian sesat di
    hutan akan berlaku.

5
Pantang larang bakal pengantin Melayu
  • Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari
    sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan
    masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk
    mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan
    perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan
    membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  • Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu.
    Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga.

6
  • Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut
    disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak
    baik.
  • Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa
    bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut
    buncit.
  • Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti
    petai dan jering.
  • Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas
    bagi mengelak diri dari terkena sihir.

7
  • Jangan membuang air kecil dan air besar serentak
    di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana
    ia boleh melemahkan organ seks.
  • Elakkan minum air mengandungi gas kerana ia
    mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh
    menyebabkan kencing manis.
  • Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika
    terkena kencing manis, lelaki akan menghadapi
    masalah ketika bersama.
  • Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk
    sendi-sendi.
  • Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari
    (mengikut sesetengah adat).

8
  • Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang
    ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana
    tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak
    mengalir.
  • Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana
    ia mengandungi banyak toksid.
  • Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan
    supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup
    sebagai persiapan.
  • Amalkan makan telur ayam kampung dua kali
    seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang
    ditumbuk untuk menambah tenaga.

9
  • Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia
    untuk membuang angin.
  • Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  • Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang
    berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia
    memikat isteri supaya rumah tangga aman dan
    damai.
  • Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam
    sehari.
  • Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  • Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri
    hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

10
  • Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak
    elok untuk alat kelamin.
  • Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak
    mengecewakan.
  • Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan
    gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
  • Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini
    sistem dalaman tidak stabil.
  • Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki
    (simpan diri).
  • Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak
    unsur jahat.

11
  • Jangan bercelak serta memotong rambut seminggu
    sebelum ijab kabul.
  • Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama.
  • Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum
    bersama. Ia bertujuan menghangatkan lagi
    kemesraan.
  • Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan.
    Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur
    di dalam bagi mengelak daripada dikhianati.
  • Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit
    hati.

12
  • Jangan buat kerja yang berat kerana apabila
    pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa
    penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.
  • Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat
    sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu
    dan air kelapa agar muka nampak segar.
  • Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan
    seri muka.
  • Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak
    boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
  • Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana
    dikhuatiri hilang seri.

13
  • Kedua pengantin dilarang bercakap ketika
    bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  • Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala
    senget masa bersanding.
  • Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut
    akan menghilangkan seri wajah buat pengantin
    lelaki.
  • Elakkan keluar rumah tanpa tujuan menjelang
    perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami
    kemalangan jika berada di luar.

14
  • Jangan memukul, mendera atau mencederakan
    mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal
    lahir mengalami kecacatan.
  • Jangan melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat
    tompok hitam atau bermata juling.
  • Dilarang (orang lelaki) kencing atas busut,
    dikatakan buruk kemaluan
  • Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai
    boleh naik bisul .
  • Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis
    dicuri oleh orang
  • Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata
    engkau akan buta

15
  • Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa
    bersanding.
  • Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika
    bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
  • Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui
    orang lain bagi mengelak hujan turun ketika
    majlis berlangsung.
  • Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin
    dengan orang tua.

16
  • Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan
    perkara-perkara berikut
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah,
    iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu
    mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan
    mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu
    mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa
    melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya
    larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa
    hormat kepada orang tua dan selalunya ibu mertua
    turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

17
  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari
    kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan
    cacat atau berkulit gelap.
  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai
    perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada
    ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri
    anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh
    menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan
    ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang
    luar biasa.
  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak
    yang dilahirkan akan botak kepalanya.

18
  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang.
    Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang
    kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang
    bakal lahir cacat anggota badan.
  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan
    anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak
    akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup
    bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari
    kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir
    akan menjadi besar. Dilarang keluar rumah pada
    waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu
    akan menggusiknya.

19
  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang
    tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana
    dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak
    yang bakal lahir.

20
  • Pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami
    kepada ibu mengandung
  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup
    seruling atau alat bunyi bunyian kerana
    dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa
    menangis.
  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi
    memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang
    bakal lahir cacat anggota badannya.
  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang
    seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai
    anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang
    tersebut.

21
TAMAT
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com