Title: BAJU KURUNG MELAYU
1BAJU KURUNG MELAYU
2Pendahuluan
Pakaian orang Melayu kini lahir daripada
pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang
dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini
bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal
masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang
lebih penting akibat daripada pengaruh daripada
pedagang India, Cina, Arab dan Eropah.
Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini
diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang
beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum
lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju
Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular
termasuklah Baju Kurung, Baju Kebaya Panjang,
Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju
Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang
dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik
Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju
Minangkabau.
3Baju Kurung
Apabila disebut saja baju kurung, tergambarlah
kepada kita pakaian yang labuh, besar dan
menyelubungi seluruh badan. Namun begitu, baju
ini sentiasa menjadi pilihan wanita Melayu samada
sebagai pakaian apabila ke majlis rasmi ataupun
sebagai pakaian harian sahaja. Pakaian ini
menampilkan ciri-ciri keayuan dan kesopanan
kepada pemakainya selain menambahkan kelembutan
kepada gerak-geri seorang gadis yang berpadanan
pula dengan personaliti Melayu sejati.
4Sejarah Baju Kurung
Suatu yang sukar untuk dibuktikan dengan tepat
tentang siapa yang mula-mula memakai baju kurung.
Ini berlaku kerana baju kurung dalam bentuk
asalnya telah lama dipakai oleh berbagai penduduk
di wilayah nusantara. Menurut Judi Achjadi
dalam buku Pakaian Daerah Wanita Indonesia,
menyatakan bahawa baju kurung diperkenalkan di
Indonesia oleh pedagang-pedagang Islam dan India
Barat. Baju ini mempunyai pengaruh Timur Tengah
seperti potongan leher berbentuk Tunik, iaitu
bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang
Arab zaman silam Zaman Kesultanan Melayu Melaka,
penduduknya telah mempunyai pakaian mereka
sendiri iaitu pakaian baju kurung Melayu asal.
Baju kurung ini berkeadaan ketat dan singkat.Tun
Hassan menjadi pelopor apabila beliau
mengubahsuai bentuk baju kurung asal kepada
bentuk baju melayu yang dipakai kini.
5Sejarah Baju Kurung
Menurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman
dalam buku Pakaian Patut Melayu, pakaian baju
kurung sekarang berasal dari Johor semasa
pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun
1800 di Teluk Belanga, Singapura. Mengikut
Mattiebelle Gettinger, baju kurung telah dipakai
oleh penari istana di Palembang dan pakaian ini
telah menjadi popular di Sumatera pada abad
ke-20.
6Ciri-ciri Baju Kurung Tradisional
Baju kurung tradisional berkeadaan longgar,
bertangan panjang dan berpesak serta kembang
dibahagian bawah.
Baju Melayu yang digunakan untuk kaum lelaki
menggunakan ciri-ciri baju kurung yang sama
tetapi dipakai dengan seluar dan samping
Bagi kaum wanita, baju kurung dipakai dengan kain
sarung ikatan ombak mengalun.
7Jenis Kain
- Pakaian basahan dirumah selalunya diperbuat
daripada kain kapas ataupun kain yang tidak
terlalu mahal. - Pakaian rasmi menggunakan kain yang lebih
berharga seperti kain sutera, kain broked, kain
baldu dan sebagainya.
8Perbezaan Baju Kurung Lelaki dan Perempuan.
Perbezaan antara baju kurung lelaki dan baju
kurung perempuan menurut buku Pakaian Patut
Melayu.
9Perbezaan Baju Kurung Lelaki dan Perempuan.
Baju kurung ini telah diubahsuai semasa
pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar
oleh Allahyarham Dato Jaafar Haji Ahmad
10Jenis Baju Kurung
- Baju Kurung Teluk Belanga
- Baju Kurung Cekak Musang
11Baju Kurung Teluk Belanga
Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher
berbentuk bulat dan belahan di hadapan sepanjang
lima inci. Pada keliling tebukan leher baju,
dilapik dengan kain lain dan dijahit sembat
halus, manakala pada bahagian pinggir bulatan
itu dijahitkan tulang belut halus. Pada
bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing
baju iaitu rumah kancing dengan menggunakan
jahitan benang yang dinamakan jahitan insang
pari.
12Baju Kurung Teluk Belanga
Potongan lengan baju ialah panjang dan longgar
serta berkekek sapu tangan atau berkekek gantung.
Potongan bahagian badan pula lurus dan kembang
di bawah. Baju ini biasanya dipakai dengan
lehernya dikancing dengan satu butang. Biasanya
butang yang digunakan berwarna emas atau perak
atau berbatu berlian atau batu lain yang
bernilai. Jika kancing yang digunakan diikat
dengan sebiji batu dipanggil sebagai kancing
garam sebuku dan jika diikat dengan beberapa
batu dipanggil kancing kunang-kunang sekebun
13Baju Kurung Teluk Belanga
Baju Kurung Teluk Belanga bagi perempuan
Baju Kurung Teluk Belanga bagi lelaki
14Baju Kurung Cekak Musang
Menurut buku Pakaian Patut Melayu, baju kurung
ini telah diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh
Tuan Haji Osman (juga dikenali sebagai Tuan Busu)
yang tinggal di Teluk Belanga. Baju ini
dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah
jemaah haji). Tuan Busu telah memendekkan jubah
hingga ke paras punggung dan diubahsuai mengikut
bentuk baju kurung Teluk Belanga. Baju kurung
ini berbentuk seperti baju kurung Teluk Belanga,
kecuali bahagian lehernya tegak dan bahagian
belah baju dihadapannya tertutup. Bahagian leher
baju ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau
sembilan butir butang.
15Baju Kurung Cekak Musang
Pada masa sekarang baju kurung versi lelaki lebih
dikenali dengan nama baju Melayu. Baju ini juga
pernah dicatatkan dalam buku Life and Customs
oleh R.O. Winstedt yang dipetik daripada Logan,
J. I. A. cetakan tahun 1909 mengenai baju yang
dinamakan baju kurung Chikah Munsang.
16Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Cekak Musang bagi lelaki
Baju Kurung Cekak Musang bagi perempuan
17Kain Sarung
Baju kurung Melayu menggunakan kain sarung
ikatan ombak mengalun iaitu lipatan kain yang
berombak-ombak yang dilipat di bahagian tepi kiri
atau kanan badan. Kain sarung digunakan sebagai
kain tudung yang juga disebut sebagai kain
dagang. Kain dagang digunakan untuk berlindung
daripada cahaya matahari apabila berada diluar
rumah dan berada di dalam rumah ianya diikat pada
pinggang sahaja.
18Kain Sarung
Pakaian kain dagang semasa berada di rumah
Pakaian kain dagang semasa berjalan-jalan
19Seluar
- Orang lelaki pada kebiasaannya memakai baju
kurung dengan seluar panjang yang dipakai bersama
kain sarung yang diikat dipinggang hingga paras
lutut. - Jenis seluar yang biasa digunakan
- Seluar panjang labuhnya sehingga atas buku
lali - Seluar Acheh labuhnya sehingga atas betis
- Seluar katuk labuhnya sehingga atas
lutut - Seluar sampit labuhnya sehingga atas peha
- Bagi yang memakai kain sarung tanpa seluar
dipanggil sebagai pakaian ketumbing. Kain
sarung ini dipakai labuh hingga ke buku lali.
Biasanya dipakai ketika dirumah atau semasa ke
masjid atau surau.
20Seluar
Seluar Panjang
Seluar Acheh
21Samping
- Samping ialah nama baru yang membawa maksud kain
sampingan bagi mengiringi baju dan seluar pakaian
melayu. Kain ini berasal daripada kain sarung
atau kain lepas orang zaman dahulu. - Terdapat beberapa gaya ikatan samping
- Ikatan pancung
- Ikatan kembung
- Ikatan lingkup
22Samping Ikatan Pancung
Ikatan pancung iaitu ikatan samping yang
menggunakan kain lepas dililitkan dipinggang dan
sebelum sampai ke penghujung kain, kain ini
dipancung iaitu kain disemat sambil membiarkan
hujung atau punca kain terkulai ke bawah.
23Samping Ikatan Kembung
Ikatan kembung diperkenalkan setelah orang mula
menjahit dikedua-dua hujung kain untuk dijadikan
sarung. Ikatan kembung berbentuk seperti
pemakaian samping pengantin yang digunakan pada
hari ini. Perkataan kembung diambil daripada
keadaan kain yang kelihatan kembung apabila kain
sarung ditarik berboson-boson ke bahagian tengah
atau tepi badan untuk dipintal dan diikat
berbagai-bagai cara ke pinggang.
24Samping Ikatan Lingkup
Ikatan lingkup merupakan ikatan bagi pakaian
biasa seperti yang biasa digunakan pada masa
kini. Ikatan ini hanya digulungkan saja bahagian
atas samping samada dengan cara ikat lingkup ke
hadapan atau ikat lingkup ke tepi. Keadaan ini
tidak meninggalkan kesan kembung.
25Pantun
Indah sungguh si Baju Kurung Molek dipakai teruna
dara, Khazanah ternilai tiada terhitung, Warisan
Melayu sepanjang masa.
Teluk Belanga diberi nama, Seni lama teras
budaya, Cekak Musang jangan dilupa, Tradisi
berzaman warisan bangsa.
26Rujukan
- Abbas Alias dan Norwani Md. Nawawi (2003),
Pakaian MelayuSepanjang Zaman, Kuala
LumpurDewan Bahasa dan Pustaka. - Busana Johor, http//www.johordt.gov.my/page.php
?scrd/homepage/ busana.php, 13 Oktober 2004 - Busana Johor, http//www.ywj.gov.my/isi/BUSANA
20JOHOR .html, 13 Oktober 2004 - Chavalit, Khunying Maenmas and Phromsuthirak,
Maneepin (2000), Costumes in Asean, BangkokSeven
Printing Co. Ltd. - Johor Traditional Costume, http//www.johor-lib.
gov.my/pakaian.htm, 13 Oktober 2004
27Rujukan
- Kain Sarung Pelbagai Guna, http//www.perkahwin
an.com.my/v3/modules. php?nameNewsfilearticles
id63, 13 Oktober 2004 - Siti Zainon Ismail (1997), Busana Melayu Johor,
Shah AlamPenerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
28Disediakan oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN
29Sekian