UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 20
About This Presentation
Title:

UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA

Description:

Title: UPM Slide show Themplate Subject: Downloaded from http://www.ephysician.ir Submit your Medical and Health articles to Electronic Physician Journal – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:264
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 21
Provided by: UPMUn7
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: UNIT 5: PENULISAN PENDULU BERITA


1
UNIT 5 PENULISAN PENDULU BERITA
2
  • APAKAH PENDULU?

3
  • Pendulu berita adalah perenggan pertama sesebuah
    berita dan merupakan ciri yang terpenting dan
    berupaya menarik perhatian pembaca.

4
  • Permasalahan utama menulis pendulu-
  • 1. Memilih fakta yang terbaru, sesuai dan belum
    diketahui umum.
  • 2. Memilih fakta penting dan luar biasa.

5
Bentuk-bentuk Pendulu
  • 1. Bentuk Pertanyaan
  • 2. Bentuk Peluru
  • 3. Bentuk Petikan
  • 4. Bentuk Deskriptif
  • 5. Bentuk 5 W dan 1 H

6
  • 1. Bentuk Pertanyaan
  • - Memaparkan kenyataan dalam bentuk
    pertanyaan kepada pembaca. Soalan akan diajukan
    kepada pembaca. Namun pembaca tidak perlu
    menyediakan jawapan kerana ia akan terjawab
    dengan sendirinya.

7
Contoh Bentuk Pertanyaan-
  • Tuduhan melampau-lampau, adakah hanya rekaan?
  • Kuala Lumpur APAKAH tuduhan ke atas pasangan
    suami isteri, Azizul Raheem Awalluddin dan
    isterinya, Shalwati Nor Shal yang didakwa memukul
    keempat-empat anaknya satu rekaan dan
    melampau-lampau?

8
  • 2. Bentuk Peluru
  • Pendulu bentuk peluru menggunakan ayat pendek,
    jitu, padat dan berkesan. Ciri yang berunsur
    suspens atau mengerikan sering digunakan bagi
    memainkan emosi pembaca

9
Contoh Bentuk Peluru-
  • Langgar Lampu Merah
  • Bagan Serai Akibat tidak memakai topi keledar,
    seorang lelaki warga emas menerima padah apabila
    dia cedera parah di kepala selepas dirempuh
    sebuah kereta dalam kejadian petang kelmarin.

10
  • 3. Bentuk Petikan
  • Pendulu ini menitik beratkan petikan langsung
    daripada kenyataan seseorang. Ia merupakan
    kenyataan daripada sumber yang memberi fakta
    mengenai sesuatu perkara.

11
Contoh Bentuk Petikan -
  • Usah serah MyKad
  • Putrajaya Jangan beri MyKad kepada sesiapa,
    walaupun individu berkenaan mengaku pegawai
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa pengesahan,
    simpan dalam poket rahsia... bila sudah sampai di
    pusat mengundi baru keluarkan untuk diberikan
    kepada pegawai di situ, tegas Pengerusi SPR, Tan
    Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

12
  • 4. Bentuk Deskriptif
  • Bentuk pendulu ini adalah penghuraian sesuatu
    perkara dengan membayangkan bentuk fizikal
    sesuatu objek. Sebelum membuat huraian, wartawan
    perlu memiliki daya pemerhatian yang tajam bagi
    melukiskan sesuatu yang menarik untuk dihidangkan
    kepada pembaca.

13
Contoh Pendulu Deskriptif
  • Tapir Makin Pupus
  • KUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia
    rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau
    dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin
    pupus di muka bumi.

14
  • 5. Bentuk 5W 1H
  • Merupakan pendulu yang mengapalikasi elemen 5W 1H
    dalam penulisan. Bagaimanapun, tidak bermakna
    setiap pendulu berita perlu menjawab setiap
    pertanyaan tersebut (5W1H).

15
Contoh Pendulu What (Apa)
  • KUALA LUMPUR 21 April - Gempa bumi kuat berukuran
    6.2 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pada
    11.22 pagi ini.
  • - Apakah yang berlaku di Honshu, Jepun?
  • - Gempa bumi kuat

16
Contoh Pendulu Who (siapa)
  • PEKAN 21 April - Datuk Seri Najib Tun Razak
    mengumumkan pembinaan sebanyak 140 buah rumah
    untuk peserta projek Agropolitan Pekan sebagai
    usaha membantu mereka keluar daripada kepompong
    kemiskinan.
  • - Siapakah yang mengumumkan pembinaan 140 rumah?
  • - PM

17
Contoh Pendulu When (Bila)
  • Kuala Lumpur- 5 Mei PEJAM celik, sudah lebih
    sebulan skuad bola sepak Harimau Muda
    meninggalkan tanah air pada pertengahan Mac lalu
    untuk berkelana menimba ilmu di bumi Eropah.
  • - Bilakah skuad Harimau Muda meninggalkan
    negara?
  • - sebulan yang lalu.

18
Contoh Pendulu Where (Di mana)
  • KUALA LUMPUR 21 April Honshu, Jepun dilanda
    gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter
    pada 11.22 pagi ini.
  • - Di manakah gempa bumi berlaku?
  • - Di Honshu, Jepun

19
Contoh Pendulu Why (Mengapa)
  • PAGOH 21 April - Ucapan Timbalan Perdana Menteri
    semasa melancarkan kampus sementara Universiti
    Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Taman Pagoh
    Jaya di sini, terpaksa dihentikan kerana hujan
    lebat dan angin kencang. - Mengapakah ucapan
    TPm dihentikan?
  • - Kerana hujan lebat dan angin kencang

20
Contoh Pendulu How (Bagaimana)
  • Lahad Datu Pasukan keselamatan telah mencapai
    kejayaan apabila berjaya membunuh 50 orang
    pengganas setelah dilancarkan Operasi Selamat di
    Kampung Air.
  • - Bagaimana kejayaan itu dicapai?
  • - Setelah dilancarkan Operasi Selamat
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com