Prof Madya Dr. Arba - PowerPoint PPT Presentation

1 / 12
About This Presentation
Title:

Prof Madya Dr. Arba

Description:

* * Aliran Romantisme Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan. Jika kebahagian, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:104
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 13
Provided by: Departme270
Category:
Tags: arba | madya | prof | romantisme

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Prof Madya Dr. Arba


1
Prof Madya Dr. Arbaie bin SujudFakulti Bahasa
Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
BBM 3103 BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
2
Unit 1 Teori Seni Bahasa dan Aliran Makna
  • Klasissme dan Retorik
  • Romantisisme dan Seni Bahasa
  • Realisme dan Seni Bahasa

3
Teori Retorik
  • Ahli retorik orang yang berketrampilan untuk
    meyakinkan orang ramai.
  • Penekanan kepada aspek penggunaan dan pengindahan
    gaya.
  • Tumpuan retorik kefasihan dan ketangkasan bicara.
  • Persoalan moral dan kebijaksanaan kurang
    dipentingkan.
  • Hal ini mendapat sanggahan daripada beberapa
    tokoh Socrates (hlm. 16)

4
Kaedah Dialektik - Socrates
  • Kaedah soal jawab Mengapa tidak ? (Why not?).
  • Kebaikan itu adalah ilmu menjurus kebenaran.
  • Socrates menganggap ahli retorik tidak serius
    dalam mencari kebenaran. Mereka lebih bersifat
    membanggakan diri.
  • Dua prinsip pengucapan seni Socrates
  • Mengemukakan definisi pendahuluan tajuk
  • Membahagiakn pokok bicara kepada bahagian2.

5
Klasisisme dalam Kesusasteraan
  • Pengaruh teori klasik sangat besar.
  • Aspek pengaruh kategori gaya, kualiti gaya,
    istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian,
    prinsip ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori
    gaya atau stilistik.
  • Kategori Gaya Gaya tinggi, gaya pertengahan,
    Gaya mudah (hlm. 19).
  • Kualiti Gaya Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran
    (hlm. 19).

6
Aliran Klasisisme
  • Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai
    medium pendidikan.
  • Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat
    kolektif dan milik bersama.
  • Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang
    luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa
    keburukan.
  • Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat
    bersih dan suci.

7
Prinsip Aliran Klasisisme
  • Kebijaksanaan Pemilihan diksi yang berkesan
    berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan
    makna-makna yang diungkapkan secara luaran dan
    dalaman.
  • Kebenaran Karya yang dihasilkan sewajarnya
    mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan.
  • Keanggunan merujuk kepada adab, tatasusila, dan
    kehalusan berbahasa.
  • Kefasihan kebolehan pengarang mengadun dan
    memilih kata yang persis yang akhirnya makna
    dapat disampaikan dengan persis.
  • Keadilan aktiviti atau tatacara sesuatu itu
    dibuat atau diperoleh.

8
Aliran Romantisme
  • Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang
    indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang
    kekurangan.
  • Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan
    dengan penuh kesempurnaan.
  • Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga
    mampu menitiskan air mata pembaca.

9
  • Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau
    sensori yang sentimental sifatnya.
  • aliran ini menonjolkan perasaan dengan
    mengkesampingkan pemikiran rasional dan
    lain-lain pertimbangan.
  • Sifat emosional yang terungkap menyebabkan
    karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak
    di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek
    kebenaran.

10
Aliran Realisme
  • Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan
    keseluruhan kenyataan atau realiti yang
    sebenarnya ada.
  • Pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan
    secara teliti.
  • Sesuatu itu diperlihatkan secara logik tanpa
    membawakan sesuatu yang berlebih-lebihan sehingga
    terkeluar daripada garis kerasionalan dan
    realitinya.

11
  • Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak dan
    perwatakan dalam sesebuah karya wujud secara
    alamiah.
  • Dapat ditafsir secara zahir dengan mata hati
    tanpa diwarnai oleh sesuatu yang boleh mengaburi
    kebenaran dan sesahihan dalam dunia nyata.

12
Sekian, terima kasih
  • Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa
    kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan
    senjata. (Aristotle)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com