Perpaduan dan Integrasi Kaum - PowerPoint PPT Presentation

1 / 9
About This Presentation
Title:

Perpaduan dan Integrasi Kaum

Description:

Perpaduan dan Integrasi Kaum Masyarakat Majmuk Berdasarkan J.S. Furnival: Pelbagai jenis manusia Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli (bumiputera ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:413
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 10
Provided by: RA19
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Perpaduan dan Integrasi Kaum


1
Perpaduan dan Integrasi Kaum
2
Masyarakat Majmuk
  • Berdasarkan J.S. Furnival
  • Pelbagai jenis manusia
  • Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan
    penduduk asli (bumiputera)
  • Mereka bercampur tetapi tidak bersatu teguh
  • Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik
  • Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang ke
    kelompok masing-masing
  • Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama,
    bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri
  • Terdapat pembahagian tenaga buruh yang
    berdasarkan perkauman

3
Perpaduan
  • Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota
    masyarakat dan negara melalui ideologi negara
    supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
    satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
    cinta dan bangga akan tanah air
  • Penyatuan dalam semua aspek fizikal, ekonomi,
    politik dan sosial
  • Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang
    mempunyai kepelbagaian
  • Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan
  • Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian
    sosial
  • Wujud kestabilan politik
  • Tingkatkan pertumbuhan ekonomi

4
Integrasi
  • Satu proses bagi mewujudkan satu identiti
    nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang
    terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi
    dan petempatan dalam sesebuah unit politik
  • Identiti nasional hubungan kaum lebih erat
    wujud perasaan hidup bersama
  • Integrasi juga proses penyatuan semua aspek
    fizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah
    biologikal (kahwin campur)
  • Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup
    bersama
  • Penerimaan oleh masyarakat wujud integrasi
  • Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatan
    perasaan, hati dan pemikiran

5
Asimilasi
  • Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke
    dalam kumpulan etnik yang lebih besar
  • proses integrasi 1 hala
  • Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal,
    agama, budaya, bahasa
  • Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti
  • Akhir proses 1 kelompok yang sama seragam
  • Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat
    Malaysia banyak jurang perbezaan
  • Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya,
    bahasa, agama dan pegangan mereka
  • Terpaksa amalkan cara hidup majoriti
  • Cth masyarakat Cina di Indonesia

6
Asimilasi Budaya / Akulturasi
  • Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari
    budaya kumpulan majoriti
  • budaya sahaja tidak pada keseluruhan aspek
  • pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni
    lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang,
    adat resam dan lain2 kemahiran
  • Masih berpegang kpd ajaran agama asal identiti
    asal tidak hilang
  • Kaum Cina dan India byk mengikuti dan mengamalkan
    budaya tempatan
  • berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan
    dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll.
  • membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia
    dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari
    India
  • mereka telah mengalami asimilasi budaya atau
    akulturasi
  • masih boleh dilabelkan sbg org Cina atau India
    kerana identiti asal belum terhakis

7
Asimilasi Struktur
  • Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai
    institusi utama kumpulan majoriti
  • Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan
    sosial
  • Kumpulan minoriti tidak hilang ciri2 dan identiti
    asal cuma mengalami sedikit perubahan
  • DEB kumpulan etnik disatukan dengan penyusunan
    semula masyarakat wujud kerjasama dan hubungan
    erat dlm pelbagai bidang
  • Politik kewujudan parti Perikatan, kemudiannya
    Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku
  • Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia
    melibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat

8
Amalgamasi
  • Proses percantuman menyeluruh dalam aspek
    kehidupan merupakan dimensi yang tertinggi
    dalam integrasi
  • Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu
    satu budaya baru
  • Kepelbagaian etnik gt amalgamasi gt kelompok baru
  • Tercapai melalui perkahwinan campur secara
    besar-besaran
  • Etnik Melayu Etnik Cina budaya baru
  • Sukar dicapai di Malaysia

9
Pluralisme
  • Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik
  • Dibahagi kepada
  • Pluralisme Kebudayaan
  • Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti
    pelbagai kelompok
  • Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup
    kumpulan lain
  • Mudah diterima tidak jejaskan kepentingan
  • Dilihat sebagai kekuatan
  • Pluralisme Ubahsuaian
  • Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain
    sedikit perubahan
  • Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit
    unsur-unsur kumpulan lain hasil dari pergaulan,
    interaksi sosial dan perhubungan
  • Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami
    ubahsuaian
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com