Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya

Description:

Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya Disediakan: YENG CHUN MAN (5A) LOK CHAI YEE (5B) Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1446
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 27
Provided by: kaladevi0
Category:
Tags: baba | dan | gula | kaum | kebudayaan | nyonya

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya


1
Kebudayaan Kaum Baba dan Nyonya
  • Disediakan YENG CHUN MAN (5A)
  • LOK CHAI YEE (5B)

2
Pengenalan
  • Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan
    kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum
    Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah
    Melayu, khususnya di negeri Melaka.
  • Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka
    adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa
    bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
    berbangga dengan kedudukan ini.
  • Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang
    baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
    membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
  • Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau
    "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang
    berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai
    unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.
  • Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap
    suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di
    zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur
    yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu,
    adalah punca utama mengapa generasi-generasi
    seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".
  • Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam
    bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang
    dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu.

3
Bahasa
  • Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran
    antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien.
    Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah
    berasal daripada bahasa melayu.
  • Bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa
    Melayu dalam pelbagai aspek, ia merupakan bahasa
    yang berasingan dengan bahasa Melayu.
  • Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina,
    umpamanya lai untuk datang dan banyak lagi
    kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana
    tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu.
  • Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak
    memahami perkataan dan dialek bahasa Melayu.
  • Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh
    masyarakat Baba dan Nyonya adalah
  • Saya goa (bahasa Hokkien)Anda lu (bahasa
    Hokkien)Dia dia (bahasa Melayu) Kita kita
    (bahasa Melayu)

4
Pakaian
  • Hingga ke hari ini masih terdapat banyak kaum
    Nyonya yang memakai kain sarung dan kebaya.
    Pakaian nyonya ini berlainan dan merupakan satu
    simbol identiti bagi masyarakat Baba.
  • Pakaian ini dapat membezakan kaum Baba dari Cina
    dan Baba yang lumrahnya memang tidak memakai
    sarung dan kebaya.
  • Namun sejak kebelakangan ini, masyarakat Cina
    bukan Baba mula berjinak jinak dengan sarung
    sehingga sebilangan kecil masyarakat Cina bukan
    Baba telah dapat menyesuaikan diri dengan memakai
    sarung.
  • Masih terdapat perbezaan di antara di dalam
    pemakaian masyarakat Baba dengan masyarkat Cina
    di mana kebaya yang dipakai masyarakat Baba
    memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan
    butang yang mana budaya yang diwarisi masyarakat
    Melayu tidak mempunyai butang.

5
Baju Kebaya
  • Dipakai oleh perempuan Nyonya.

6
Baju Kebaya
  • Dipakai oleh perempuan Nyonya.

7
Masakan
  • Masakan Baba lebih mirip kepada masakan Melayu.
    Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah campuran
    masakan Cina dan melayu tetapi masih
    beridentitikan masakan Baba.
  • Masakan Nyonya lebih dirujuk dengan nama lauk
    Nyonya iaitu daging dan sayuran. Masakan Nyonya
    biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.
  • Bagi masyarakat Baba, penggunaan cili yang banyak
    di dalam masakan adalah satu identiti yang
    menbezakan di antara masyarakat Baba dan Cina.
  • Masyarakat Baba masih mengamalkan satu upacara
    tradisi yang bersangkutan dengan penyembahan
    nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau
    lauk tok panjang.
  • Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan
    masakan yang istimewa pada hari hari tertentu
    sahaja.

8
Tok Panjang
  • Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan
    masakan yang istimewa pada hari hari tertentu
    sahaja.
  • Tok bermaksud pelbagai lauk dan mempunyai isi
    tersirat sebagai meja.

9
Kuih-muih
10
Onde onde
11
Otah otah
12
Perkahwinan
Pandangan Baba dan Nyonya
  • Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan
    satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung
    selama 12 hari.
  • Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin
    sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk
    mempunyai upacara sebegini sekali lagi.
  • Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan
    akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak
    boleh membantah keputusan orang tua.
  • Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin
    sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap
    sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami
    kesukaran dalam soal mencari jodoh.
  • Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan
    berkahwin dalam usia 20 tahun.

13
Peringkat Awal
  • Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula
    apabila pihak pengantin perempuan menerima
    rombongan peminangan daripada pihak pengantin
    lelaki.
  • Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan
    tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka
    memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan
    menggunakan kalendar cina jemputan akan
    dikeluarkan.
  • Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang
    terlibat, jemputan ini dipanggil antah sireh.
  • Masyarakat baba nyonya tidak menggunakan kad
    jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang
    mengandungi kacang , limau, dan daun sirih
    (sekapur sirih) sebagai ganti.
  • Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu
    pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar
    jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga
    menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud
    untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis
    perkahwinan itu.

14
Persiapan
  • Diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan
    sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik
    tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu
    wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula.
  • Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi
    dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia
    lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan
    orang Melayu.
  • Ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina
    yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya
    dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di
    dalam bakul nyonya iaitu bakul Siah.
  • Hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang
    bermaksud untuk memperkenalkan.
  • 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik
    untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih',
    tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan
    diletakkan di pintu utama. 

15
Hari Khuih Thiah
  • Hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk
    perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang.
  • Hari tersebut juga adalah di buka kepada saudara
    mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan
    pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh Hari
    Menyambal'.
  • Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20
    jenis antaranya ialah sambal serunding.
  • Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi
    lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

16
Dua Hari Sebelum
  • Hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan
    dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat
    kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari
    pisang raja, apam berkuah dan onde-onde.
  • Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah
    putu tekan yang berwarna biru dan putih dan
    ditekankan dalam bekas kayu.
  • 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara
    keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara
    barangan yang sering di tukar ialah seperti itik,
    khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

17
CHIA LANG KHEK
  • Chia lang khek merupakan jamuan makan malam di
    rumah pengantin perempuan.
  • Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan
    'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin
    yang hadir.
  • Pengantin perempuan akan di hias dan di andam
    oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam.
  • Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin
    perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya.
  • Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh
    'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam
    penghantaran kad jemputan perkahwinan.

18
CHIU THAU
  • Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci
    dan di persembahkan di tempat pemujaan.
  • Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau
    'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi
    dan manusia.
  • Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan
    memulakan adat terlebih dahulu.
  • Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak
    boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau
    upacara 'Chim Pang'.

19
CHIM PANG
  • Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara
    pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam
    hidup mereka.
  • Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh
    kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan
    perempuan.
  • Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka
    akan duduk di kerusi yang di sediakan yang
    berhadapan di antara satu sama lain. 

20
CHOON TOK
CHIA N SIA
  • Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan
    pengantin makan bersama sebagai suami isteri.
  • Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari)
    merupakan hari pengantin memberi sembah hormat
    kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
  • Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam
    dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki.
  • Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai
    baju kurung dan kain sarung yang diperbuat
    daripada kain broked dan di tenun dengan benang
    perak dan emas.
  • Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang'
    akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan
    lawak jenaka, pujian dan ransangan.

21
Dua Belas Hari
  • Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di
    hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan
    begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak.
  • Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi
    dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam
    memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'.
  • Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
    menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

22
CHIAN N CHING KAY,CHE UMM
  • Setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang
    larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara
    terjadi.
  • Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya
    pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan
    dari terjadinya sesuatu yang tidak baik. 
  • Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli
    keluarga si mertua pengantin perempuan.
  • Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan
    persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak.
  • Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah
    hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi.

23
Kam Cheng
24
  • Putih bermaksud Suci...
  • Merah bermaksud peristiwa yang gembira...

25
Kesimpulan
  • Kaum Baba dan Nyonya merupakan kaum yang
    mempunyai budaya dan latar belakang yang unik...

26
Terima Kasih
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com