Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA) - PowerPoint PPT Presentation

1 / 53
About This Presentation
Title:

Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA)

Description:

... Masalah sosial global: zina, arak, judi, curi, bunuh, gangsterism, dadah, perkahwinan sejenis, dll. 6)Masalah pendidikan. 7)Masalah beragama ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:170
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 54
Provided by: Amin164
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA)


1
Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA)
  • Modul AQIDAH ISLAMIAH (1)
  • Dikemaskini oleh Siti fairuz bte Ramlan

2
Muqaddimah
  • Pengenalan Tentang Modul.
  • Matlamat Modul.
  • Kepentingan Aqidah Tauhid.
  • Sebab-Sebab Penyelewengan
  • Definisi Aqidah.
  • Definisi Tauhid.
  • Definisi Iman

3
Pengenalan Modul
  • Ilmu Aqidah ialah ilmu teras dan asas.
  • Ilmu Aqidah ialah ilmu yg pertama utama wajib
    dipelajari, diajar dan diamalkan.
  • Ilmu yang paling mulia kerana sebuah disiplin
    pengajian yang membahaskan tentang pencipta yang
    maha mulia.
  • Penerimaan amalan di sisi Allah bergantung kpd
    kesesuaian aqidah yg dianuti.
  • Firman Allah S.W.T yang bermaksud Dan sesiapa
    yang mencari agama selain agama Islam tidak akan
    diterima olehnya dan dia pada hari akhirat nanti
    di kalangan orang yang rugi.
  • Realiti kehidupan masyarakat dunia masakini
    mendorong kpd pemantapan aqidah atas dasar yg
    kukuh benar.
  • Keperluan ini adalah berdasarkan masalah semasa
    yang timbul akibat pemahaman yang kurang mendalam
    mengenai akidah Islam yang sebenar e.g ajaran
    sesat.

4
Matlamat Modul
  • Memahami kepentingan aqidah Islamiah.
  • Memahami tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T.
    dan RasulNya s.a.w.
  • Memahami perbezaan yg jelas dan halus antara
    aqidah Islamiah dgn agama yg lain.
  • Memiliki pengetahuan yg cukup dan sesuai
    berkaitan permasalahan yg berkaitan dgn
    pembahagian tauhid, iman dan cabangnya, Islam
    Kufur, as-Sunnah al-Bidah, dll.
  • Memiliki semangat keIslaman keImanan yg jitu
    demi memelihara marwah diri, keluarga dan agama.
  • Memahami bhw punca kesengsaraan dunia akhirat
    ialah syirik kufur, punca kebahagiaannya ialah
    tauhid iman.
  • Menghayati makna sebenar Aqidah dan
    komponen-komponennya
  • Mempunyai kefahaman akidah yang betul dan benar.

5
Kepentingan Aqidah Tauhid
  • Kepentingan Aqidah Tauhid ialah pegangan
    seseorang mempengaruhi gaya hidup serta arah tuju
    kehidupan.
  • Terdapat 3 persoalan penting yang mencorak
    pemikiran seseorang mengenai kehidupan-
  • 1) Dari mana asal manusia?
  • 2) Apakah tujuan hidup ini?
  • 3)Ke manakah manusia akan pergi selepas ini?
  • http//www.sistersinislam.org.my
  • http//islamlib.com/page.php
  • http//www.bahai.org/

6
Kepentingan Aqidah Tauhid
  • 1)kegoyahan akidah
  • 2)Kehilangan khalifah
  • 3)Rebutan kuasa.
  • 4)Agenda kerajaan.
  • 5)Masalah sosial global zina, arak, judi, curi,
    bunuh, gangsterism, dadah, perkahwinan sejenis,
    dll.
  • 6)Masalah pendidikan.
  • 7)Masalah beragama memahami maksud fahaman
    Ahlis Sunnah wal Jamaah.
  • 8)Masalah wabak penyakit zahir batin.
  • 9)Masalah ketenteraman global.

7
Sebab-Sebab Penyelewengan
  • Sebab-Sebab Penyelewengan Umum
  • 1) Kejahilan tentang aqidah yg benar.
  • ??? ??? ??? ???? ???
  • ( ???? ???? ??? ??????? ???? ???? ??? ??? ??
    ??????? ?? ?? ???? ???????? ).
  • 2). Taassub kpd ajaran generasi terdahulu tanpa
    menyelidik kebenarannya.
  • ??? ???? ????? ( ???? ??? ??? ?????? ?? ????
    ???? ????? ?? ???? ?? ?????? ???? ??????? ????
    ??? ?????? ?? ?????? ???? ??? ?????? ) ??????170
  • 3)Taqlid buta.
  • 4) Keterlaluan dlm memuji atau mencintai
    orang-orang soleh.
  • ??? ???? ????? ( ?? ????? ?????? ??? ????? ???
    ??? ????? ??? ???? ??? ???? ??? ???? ) ??? 23.
  • 5)Kelalaian yg menghalang drpd mentadabbur
    ayat-ayat Allah.
  • ??? ???? ????? ( ??? ???? ?????? ??? ??? ???? )
    ????? 78.
  • 66)Rumah / Keluarga Islam yg kosong drpd
    pentarbiyahan Islam sebenar.

8
Sebab-Sebab Penyelewengan
  • Sebab-Sebab Penyelewengan Khusus
  • 1) Bergantung kpd hadith daif.
  • 2)Menolak hadith yg tidak menepati
    citarasa/nafsu.
  • 3)Mengatakan sesuatu tanpa ilmu drpd al-Quran
    as-Sunnah serta kejahilan dlm bhs. Arab.
  • 4)Mengabaikan perkara-perkara dasar serta
    mengikut perkara mutasyabihat (samar-samar).
  • 5) Merubah Dalil
  • 6) Mentafsir ikut nafsu.
  • 7) Mengagungkan akal.
  • 8) Mengagungkan mimpi.
  • 9) Kejahilan tentang Maqasid Syariah.

9
Sebab-Sebab Penyelewengan
  • Sebab-Sebab Penyelewengan Khusus
  • 5. Merubah Dalil
  • 6. Mentafsir ikut nafsu.
  • 7. Mengagungkan akal.
  • 8. Mengagungkan mimpi.
  • 9. Kejahilan tentang Maqasid Syariah.

10
  • ILMU TAUHID
  • PENDAHULUAN

11
Pengertian Ilmu Tauhid
  • Dari segi bahasa
  • Berasal dari kalimah ????Bererti mengesakan
  • Mengesakan sesuatu atau mensabitkan sifat tunggal
    bagi sesuatu perkara
  • Dari segi istilah Ilmu Tauhid ialah ilmu yang
    membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran
    aqidah Islam bersumberkan dalil naqli dan aqli

12
Definisi Tauhid
  • Tauhid bermakna penyatuan / pengesaan.
  • Ini bermakna Tauhid ialah mengesakan Allah
    S.W.T. dlm penciptaan pentadbiran,
    mengikhlaskan ibadah hanya keranaNya,
    meninggalkan segala bentuk ibadah kpd selainNya,
    menetapkan baginya semua nama dan sifat yg baik,
    mensucikanNya drpd semua nama dan sifat
    kekurangan dan keaiban.

13
Definisi Aqidah
  • Dipetik dari kalimat Aqada ??? Oleh itu kalimat
    Aqidah bermakna suatu ikatan.
  • Dgn itu dapat difahami bhw aqidah ialah ikatan
    hati dan kepercayaannya / keyakinannya terhadap
    sesuatu, berperanan sebagai pendorong utama dlm
    kehidupan seseorang. Demi kepentingannya, manusia
    sanggup berkorban apa sahaja. (Belief/Faith)
  • Kalimat aqidah, umum. Bila dikatakan aqidah
    Islamiah, maka ia dikhususkan kepercayaan Islam
    shj.

14
Definasi Iman
  • Iman Iqrar ( mengucapkan syahadah) dengan lisan,
  • membenarkan dengan hati
  • dan beramal dengan anggota badan
  • Seseorang yang telah melaksanakan semua perkara
    diatas digelar mu,min
  • Manakala yang hanya berucap tetapi tidak beramal
    digelar muslim fasiq.
  • Dan mereka yang hanya berucap tetapi tidak
    membenarkan dengan hati dan tidak beramal digelar
    munafik.
  • Aqidah syariat harus berjalan seiringan dalam
    kehidupan seorang mumin

15
Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid
  • Keimanan kepada Allah
  • Keimanan kepada Rasul-rasulNya
  • Keimanan kepada semua kitab-kitabNya
  • Keimanan kepada para malaikatNya
  • Keimanan kepada hari Akhirat
  • Keimanan kepada qada dan qadar

16
Bidang Perbahasan Ilmu Tauhid
  • ??? ?????? ??? ???? ???? ?? ??? ? ???????? ?? ???
    ????? ? ??????? ? ???? ? ???? ?? ???? ??? ??? ??
    ???? ? ????? ????? ? ????? ?????? ???? ? ????
    ??????
  • Rasulullah telah beriman kepada apa yang
    diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga
    orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah
    dan malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan
    rasul-rasulNya (albaqarah285)

17
Kedudukan Ilmu Tauhid
  • Kemuliaan sesuatu ilmu tergantung kepada topik
    yang diperbincangkan
  • Adakah perkara yang lebih penting dari mengenal
    pencipta manusia serta alam semesta?
  • Adakah perkara yang lebih penting dari mengetahui
    sebab kita diciptakan dan cara untuk diredhai
    oleh Pencipta?

18
Tahap Kewajipan
  • Mempelajari Ilmu Tauhid adalah fardhu ain bagi
    setiap muslim dan muslimah
  • Mendalami serta perincian dalam Ilmu Tauhid
    adalah fardhu kifayah

19
Al-Quran Adalah Kitab Tauhid Teragung
  • Ayat-ayat al-quran terbahagi kepada Makkiyyah dan
    Madaniyyah
  • Makkiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan
    sebelum hijrah
  • Madaniyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan
    selepas hijrah
  • Hampir keseluruhan ayat-ayat Makkiyyah berkisar
    mengenai Tauhid

20
Akibat kecuaian terhadapnya
  • Cuai dalam mempelajari Ilmu Tauhid yang betul
    (tidak berlandaskan al-quran dan sunnah)
  • Mula kerosakan aqidah
  • Aqidah yang rosak berlandaskan hawa nafsu dan
    kepentingan sendiri
  • Amalan juga rosak kerana tidak mengikut apa yang
    dituntut oleh syara
  • Muncul ajaran sesat semasa

21
  • ILMU TAUHID
  • KEPENTINGAN DALAM KEHIDUPAN

22
Tujuan Ciptaan Manusia
  • Untuk mengabdikan diri kepada Allah
  • ? ?? ???? ???? ? ????? ??? ???????
  • dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia
    kecuali untuk menyembahKu (ad-dzaariyaat56)
  • Untuk menjadi khalifah yang mentadbir bumi
    seperti mana yang disebutkan dalam surah
    al-Baqarah ayat 29

23
Iman Adalah Asas Amalan
  • Pahala hanya diberikan kepada orang-orang yang
    beriman.Mereka yang tidak beriman tidak dikira
    amalannya.
  • Amalan mereka hanya akan membuahkan keuntungan di
    dunia seperti perumpamaan yang diesebutkan di
    dalam al-Quran
  • ??? ????? ????? ????? ?????? ????? ????? ?? ?????
    ?? ??? ???? ?? ?????? ??? ????? ??? ??? ??? ??
    ?????? ??????
  • Perumpamaan mereka yang kufur terhadap Tuhan
    mereka ialah seperti abu yang diterbangkan angin
    pada hari ribut yang kencang,mereka tidak peroleh
    sesuatu faedah dari apa yang telah
    diusahakan.Itulah kesan kesesatan yang jauh
    (Ibrahim18)

24
Dua Kalimah Syahadah
  • Syarat pertama masuk Islam
  • Sebahagian dari syarat sah iman
  • Menyelamatkan dari berkekalan dalam neraka
  • Sabda Nabi S.A.W yang bermaksudAku disuruh untuk
    memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan
    tiada tuhan melainkan Allah maka sesiapa yang
    mengucapkannya, dia terpelihara dariku dirinya
    dan hartanya. )
  • Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
  • Dan hadis dari Sayyidina Uthman Bin Affan di
    dalam sahih Muslim Sesiapa yang mati dan dia
    mengetahui tiada Tuhan selain Allah akan masuk
    syurga.

25
Bahaya Jahil Ilmu Tauhid
  • Menjalani kehidupan dengan tiada arah yang dituju
  • Kufur dengan hari akhirat akan menjadikan
    seseorang bekerja hanya untuk mengejar kesenangan
    dan kemewahan dunia
  • Aqidah dan amalan akan rosak maksiat akan
    berleluasa
  • Hilang motivasi diri-membunuh diri

26
Bahaya Jahil Ilmu Tauhid
  • ??? ?????? ?? ???? ? ????? ??? ???? ???? ?????
    ??????? ??? ???? ????? ????? ??????
  • Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan
    laut hasil perbuatan manusia, kerana Allah hendak
    manusia itu merasakan balasan dari perbuatan
    mereka supaya mereka kembali insaf (ar-rom41)

27
Implikasi Ilmu Tauhid Dalam Kehidupan Manusia
  • Orang-orang yang beriman akan menjalani kehidupan
    dunia di atas jalan yang lurus
  • ???? ???? ???? ??? ???? ???? ???? ???? ???? ???
    ???? ??????
  • Adakah orang yang berjalan yang menyebabkan dia
    tertumus di atas mukanya boleh mendapat hidayah?
    Atau orang yang berjalan jalan yang lurus dan
    rata? (al-mulk22)

28
Implikasi Ilmu Tauhid Dalam Kehidupan Manusia
  • Tauhid menyatukan manusia di bawah naungan Tuhan
    yang satu, rasul yang satu dan qiblat yang satu
  • ???? ???????? ???? ??????? ??? ??????
  • Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara
    (al-hujuraat10)

29
Implikasi Ilmu Tauhid Dalam Kehidupan Manusia
  • Apabila iman berkembang dalam masyarakat, ia akan
    membuahkan pelbagai amalan soleh yang diredhai
    Allah
  • Firman Allah Sekiranya penduduk negeri itu
    beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
    membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang
    melimpah barakah dari langit dan bumi
    (al-araaf96)

30
  • BAGAIMANA KITA MENGENALI ALLAH?

31
Mengetahui Kewujudan Allah
  • 1) Dengan akal fikiran yang waras - memerhatikan
    ciptaan Allah
  • Maenganalisa alam sekitar dengan menggunakan
    pancaindera dan deria yang ada.
  • Sebagai contoh, bulan tidak akan bergerak tanpa
    yang menggerakkannya. Sama seperti kereta tanpa
    pemandu

32
Mengetahui Sifat Allah
  • 1) Tiada pengetahuan tentang yang ghaib kecuali
    dari yang ghaib
  • Kita mengetahui sifat Allah dengan berfikir
    tentang ciptaanNya

33
Mengetahui Sifat Allah
2)Melalui wahyu yang disampaikan kepada RasulNya
  • ? ?? ?????? ???? ?? ???? ??? ??? ???
  • dan mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
    ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
    (al-baqarah255)

34
Mengetahui Sifat Allah
  • Walaubagaimanapun, terdapat Ayat-ayat sifat tidak
    boleh ditakwil
  • Makna zahir sifat Allah tidak bererti penyerupaan
    dengan sifat makhluk. Contoh sifat pengasih ,
    pemurah dan sebagainya.
  • Makhluk hanya mempunyai 1 peratus dari sifat yang
    dimiliki Allah S.W.T

35
Pembahagian sifat-sifat Allah
  • Sifat-sifat positif (tsubutiah)
  • Sifat-sifat negatif (salbiah)
  • Sifat positif ialah sifat yang ditetapkan oleh
    Allah bagi diriNya dalam nas Al-Quran atau hadith
  • Sifat negatif ialah apa yang dinafikan oleh Allah
    dari diriNya dalam nas Al-Quran dan hadith

36
Sifat-sifat tsubutiah(positif)
  • Sifat-sifat ini terbahagi kepada dua
  • Sifat-sifat zat dan sifat-sifat perbuatan
  • Sifat-sifat zat ialah sifat-sifat yang kekal dan
    sentiasa ada pada zat Allah.
  • E.g. hidup, mendengar, melihat, mengetahui,
    berkuasa

37
Sifat-sifat tsubutiah(positif)
  • Sifat-sifat perbuatan ialah yang berkaitan dengan
    kehendak Allah, jika dikehendaki, dilakukan
    olehNya dan jika tidak dikehendaki, Dia tidak
    melakukannya.
  • E.g. berada di atas Arasy, turun ke langit dunia,
    kasih, reda, marah

38
Sifat-sifat negatif
  • Apa yang Allah nafikan dari diriNya dan wajib
    diiktiqadkan penetapan sifat yang berlawanan
    dengan sifat tersebut.
  • E.g. sifat kezaliman wajib dinafikan sifat ini
    dan diiktiqadkan sifat keadilan yang sempurna
    bagi Allah.
  • ? ?? ??? ????? ??????
  • dan tidaklah Tuhanmu itu kejam terhadap
    hamba-hambanya (fussilat46)

39
  • Cara Mengenal Allah
  • Kehebatan Ciptaan Allah

40
4 Metode Asas Mengenalpasti Kewujudan Allah
  • Fitrah.
  • Alasan / Aqli.
  • Al-Hiss (lima pancaindera)
  • Syariah.

41
Cara Mengenalpasti Kewujudan Allah - Lanjutan
  • Kewujudan
  • Kehidupan
  • Nama Sifat
  • Kekuasaan Kawalan (Power Control)
  • Ilmu Pengetahuan
  • Kelajuan

42
Metode Al-Quran Dalam Istbat Kewujudan Allah
KeesaanNya
  • Ciptaan Alam Semesta
  • Ciptaan Bumi
  • Ciptaan Hidup Mati
  • Ciptaan Diri Manusia
  • Sejarah Manusia

43
Tauhid Rububiyyah
  • Sifat-sifat ketuhanan yang melambangkan kekuasaan
    tuhan
  • Allah Mencipta
  • Allah Mentadbir Alam Semesta
  • Allah Memberi Rezeki
  • Allah Menghidupkan Mematikan

44
Rububiyyah Allah S.W.T.
  • Tauhid Rububiyyah difahami semua manusia.
  • Tauhid Rububiyyah merangkumi tauhid Asma wa
    Sifat.
  • Beriman kepada tauhid Rububiyyah mengharuskan
    beriman kepada tauhid Uluhiyyah.

45
Tauhid Asma wa Sifat
  • Allah mempunyai banyak nama sifat, kesemuanya
    indah belaka.
  • Allah Maha Suci dari segala sifat kekurangan
    kehinaan.
  • Allah tidak menyerupai sesuatu makhluq pun,
    tetapi Dia Maha Mendengar Maha Melihat.
  • Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman bhw Allah
    memiliki segala sifat nama yg indah tanpa
    menjelaskan bentuk, cara, atau takwil.

46
Tauhid Uluhiyyah
  • Tauhid Uluhiyyah menyeru manusia kpd
    mengkhususkan / mengikhlaskan ketaatan,
    penyembahan, permohonan, pengharapan,
    kekhuatiran, kecintaan hanya kpd Allah S.W.T.
    sahaja.

47
Tauhid Uluhiyyah
  • Tauhid Uluhiyyah ialah dakwah semua Nabi Rasul
    s.a.w.
  • Tauhid Uluhiyyah tidak diterima oleh Musyrikun.
  • Tauhid Uluhiyyah membincangkan urusan ibadah kpd
    Allah.

48
Maksud Ibadah
  • Berasal dari katakerja abada yg bermakna
    tunduk, patuh, sembah.
  • Dari sudut istilah, ibadah bermakna Suatu nama
    yg menyeluruh dan merangkumi segala perkara yg
    disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada berbentuk
    ucapan atau perbuatan yg zahir dan batin.

49
Skop Ibadah
  • Berdasarkan definisi tersebut, skop ibadah
    mestilah difahami dgn lebih luas melebihi skop yg
    biasa difahami dan diamalkan seperti solat,
    puasa, zakat, haji, zikir, tilawatul quran,
    sedekah dll.
  • Ianya merangkumi skop perbuatan harian yang
    bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

50
Skop Ibadah
  • Skop Ibadah boleh difahami dgn lebih jelas lagi
    jika kita teliti perkara-perkara berikut
  • Tuntutan Melaksanakan Perintah
  • Wajib Sunnah
  • Tuntutan Meninggalkan Larangan
  • Haram Makruh
  • Keizinan Utk Memilih
  • Mubah

51
Skop Ibadah
  • Dgn ini jelaslah kpd kita bhw skop ibadah
    merangkumi
  • Perlaksanaan rukun Islam Iman, segala
    kewajipan, hak, amanah, serta segala perkara
    sunnah seperti amalan-amalan sunnah dan
    sunnah-sunnah dlm semua amalan.
  • Pencegahan dari segala bentuk dosa seperti
    syirik, bidah, fisiq, serta segala perkara yg
    makruh.
  • Amalan biasa/harian seperti, tidur, berjalan,
    beriadah, makan, minum, bekerja, hiburan yg
    halal.

52
Rukun Ibadah
  • Ibadah didirikan atas 3 rukun
  • Al-Mahabbah ( Cinta )
  • Ar-Rajaa ( Harap )
  • Al-Khauf ( Takut )

53
Syarat Perlaksanaan/Penerimaan Ibadah
  • Ibadah yg dilakukan mestilah memenuhi 2 syarat
    utama
  • Ikhlas hanya kerana Allah S.W.T.
  • Bersih dari segala unsur syirik besar dan kecil.
  • Mutabaah/Mencontohi Rasulullah s.a.w. dlm
    melaksanakan ibadah.
  • Bersih dari segala unsur bidah Itiqadi dan
    bidah Amali.
  • Rujuk ayat 110 surah al-Kahfi.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com