TEORI TIPOLOGI HOLLAND - PowerPoint PPT Presentation

1 / 21
About This Presentation
Title:

TEORI TIPOLOGI HOLLAND

Description:

konsep sekunder teori tipologi holland keselarasan atau congruence ketekalan atau consistency pembezaan atau ... andaian asas teori holland ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:646
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 22
Provided by: R183
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: TEORI TIPOLOGI HOLLAND


1
TEORI TIPOLOGI HOLLAND
  • Oleh
  • PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
  • Jabatan Pengajian Perlakuan Pergerakan Manusia
  • Fakulti Pengajian Pendidikan
  • Universiti Putra Malaysia
  • 43400 UPM SERDANG

BAGAIMANA BERKOMUNIKASI? TELEFON.
603-89468118/8167 (OFFICE) 012-2126312
(HP) E-Mail smn_at_educ.upm.edu.my smnoah_at_hotmail.co
m
2
TEORI TIPOLOGI HOLLANDJohn L. Holland
ANDAIAN ASAS TEORI HOLLAND
  • TERDAPAT 6 JENIS PERSONALITI IAITU REALISTIK (R),
    INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S),
    ENTERPRISING (E) DAN CONVENTIONAL (C)
  • TERDAPAT 6 JENIS PERSEKITARAN IAITU REALISTIK
    (R), INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S),
    ENTERPRISING (E) DAN CONVENTIONAL (C)

3
ANDAIAN ASAS TEORI HOLLAND
Sambungan
  • INDIVIDU AKAN MENCARI PERSEKITARAN YANG AKAN
    MEMBENARKAN EKSPRESI DIRI
  • TINGKAH LAKU INDIVIDU IAITU MOTIVASI, PENCAPAIAN,
    KEPUASAN, PRODUKTIVITI DAN STABILITI ADALAH
    BERGANTUNG KEPADA DARJAH KESELARASAN ANTARA JENIS
    PERSONALITI DENGAN JENIS PERSEKITARAN

4
MODEL HEKSAGONAL HOLLAND
Realistik (R)
Investigatif (I)
Artistik (A)
Conventional (C)
Enterprising (E)
Sosial (S)
5
REALISTIK
  • Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu
    yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal.
    Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan,
    tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di
    luar bangunan dari di dalam bangunan.
  • Contoh pekerjaan Realistik ialah Jurutera Awam,
    Jurutera Keratapi, Jurutera Automotif, Jurutera
    Elektrik, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang,
    Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu
    Perkebunan dan Tukang Kayu.

6
INVESTIGATIF
  • Jenis personaliti Investigatif adalah jenis
    individu yang suka membuat pemerhatian,
    mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan,
    menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah
    melalui penyelidikan. Individu jenis Investigatif
    juga mempunyai kemahiran saintifik dan metamatik
    serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan
    beberapa kerjaya bercorak teknikal.
  • Contoh pekerjaan Investigatif ialah Doktor
    Perubatan, Doktor Gigi, Ahli Kajicuaca, Ahli
    Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik,
    Ahli Kajibintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi,
    Penyelidik Sains dan Antropologis.

7
ARTISTIK
  • Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu
    yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.
    Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka
    bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang
    berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan
    kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau
    berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka
    selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.
  • Contoh pekerjaan Artistik ialah Penyair,
    Penyajak, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert,
    Pengubah Lagu, Pengarang, Pelukis Perdagangan,
    Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun,
    Juruhias Dalaman, Penghias Rumah dan Arkitek.

8
SOSIAL
  • Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu
    yang suka bekerja dan berinteraksi dengan
    manusia. Mereka berminat dalam memberitahu,
    menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta
    membuat kebajikan pada orang lain. Mereka
    mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta
    mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat
    utama mereka adalah membuat kebajikan.
  • Contoh pekerjaan Sosial ialah Ahli Sosiologi,
    Guru, Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam,
    Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan,
    Kaunselor Kerjaya dan Kaunselor Peribadi.

9
ENTERPRISING
  • Jenis personaliti Enterprising adalah jenis
    individu yang suka bekerja dan berinteraksi
    dengan manusia. Mereka mempunyai minat dalam
    mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus
    individu lain. Mereka juga pandai dan mahir
    memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka
    adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan
    keuntungan ekonomi.
  • Contoh pekerjaan Enterprising ialah CEO
    Syarikat, Spekulator, Aktuaris, Eksekutif
    Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah
    Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli
    Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank dan
    Jurujual Insuran.

10
CONVENTIONAL
  • Jenis personaliti Conventional adalah jenis
    individu yang suka bekerja dengan data dan
    nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang
    perkeranian serta mempunyai kebolehan dan
    kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka
    selalunya melakukan sesuatu secara terperinci,
    bersifat akur dan mengikut arahan.
  • Contoh pekerjaan Conventional ialah Setiausaha
    Syarikat, Penyimpan Kira-Kira, Guru Perdagangan,
    Guru Perakaunan, Akauntan, Jurutrengkas, Kerani
    Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator
    Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insuran dan
    Kerani Insuran.

11
KONSEP SEKUNDER TEORI TIPOLOGI HOLLAND
  • KESELARASAN ATAU CONGRUENCE
  • KETEKALAN ATAU CONSISTENCY
  • PEMBEZAAN ATAU DIFFERENTIATION
  • KALKULUS ATAU CALCULUS
  • IDENTITI ATAU IDENTITY

12
KESELARASAN
  • KESELARASAN ATAU KONGRUEN ADALAH KONSEP UNTUK
    MENJELASKAN TAHAP KESELARASAN ANTARA JENIS
    PERSONALITI DENGAN JENIS PERSEKITARAN
  • TAHAP KESELARASAN TAHAP 1, TAHAP 2, TAHAP 3 DAN
    TAHAP 4.
  • TAHAP 1 ADALAH PALING SELARAS DAN TAHAP 4 ADALAH
    PALING TIDAK SELARAS

13
MODEL HEKSAGONAL HOLLAND
Realistik (R)
Investigatif (I)
Artistik (A)
Conventional (C)
Enterprising (E)
Sosial (S)
14
KETEKALAN ATAU KONSISTENSI
  • KETEKALAN ADALAH KONSEP UNTUK MELIHAT HUBUNGAN
    ANTARA DUA JENIS PERSONALITI YANG BERSEBELAHAN,
    BERSENDENGAN DAN BERTENTANGAN.
  • TIGA TAHAP KETEKALAN PALING TEKAL, SEDERHANA
    TEKAL DAN TIDAK TEKAL.

15
MODEL HEKSAGONAL HOLLAND
Realistik (R)
Investigatif (I)
Artistik (A)
Conventional (C)
Enterprising (E)
Sosial (S)
16
PEMBEZAAN
  • PEMBEZAAN ADALAH KONSEP YANG DIGUNAKAN UNTUK
    MENENTUKAN TAHAP KETULINAN PERSONALITI INDIVIDU.
  • INDEK PEMBEZAAN DIPEROLEH DENGAN MENOLAKKAN SKOR
    TERTINGGI DENGAN SKOR TERENDAH YANG DIPEROLEH
    DARI UJIAN SDS ATAU VPI.

17
MODEL HEKSAGONAL HOLLAND
Realistik (R)
Investigatif (I)
Artistik (A)
Conventional (C)
Enterprising (E)
Sosial (S)
18
KALKULUS
  • KALKULUS ADALAH KONSEP UNTUK MELIHAT HUBUNGAN
    ANTARA DUA JENIS PERSONALITI YANG JARAKNYA DEKAT,
    SEDERHANA ATAU JAUH.
  • KONSEP UTAMANYA IALAH JARAK BERKADAR SONGSANG
    DENGAN CIRI-CIRI PSIKOLOGI ANTARA DUA JENIS
    PERSONALITI.

19
MODEL HEKSAGONAL HOLLAND
Realistik (R)
Investigatif (I)
Artistik (A)
Conventional (C)
.48
.71
.39
Enterprising (E)
Sosial (S)
.65
20
IDENTITI
  • KONSEP TERAKHIR YANG DIPERKENALKAN OLEH HOLLAND.
  • KONSEP IDENTITI IALAH KONSEP YANG CUBA
    MENJELASKAN IDENTITI SESEORANG INDIVIDU ATAU
    SESUATU PERSEKITARAN.
  • 2 JENIS IDENTITI IAITU IDENTITI PERSONAL DAN
    IDENTITI PERSEKITARAN.

21
SEKIAN UNTUK HARI INI
TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com