Perintah Am Bab C Cuti - PowerPoint PPT Presentation

1 / 51
About This Presentation
Title:

Perintah Am Bab C Cuti

Description:

Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu ... dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada pegawai # Kadar Cuti ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:3461
Avg rating:1.0/5.0
Slides: 52
Provided by: jon281
Category:
Tags: bab | cuti | mara | perintah

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Perintah Am Bab C Cuti


1
PERINTAH AM BAB C - CUTI
2
TAKRIF CUTI
  • Sebarang tempoh seseorang pegawai dibenarkan
    meninggalkan tugasnya tanpa dianggap sebagai
    putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

3
Pembahagian Cuti/Jenis Cuti
REHAT
YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
(i)
SEPARUH GAJI
TANPA GAJI
CUTI
SAKIT
ATAS SEBAB PERUBATAN
SAKIT LANJUTAN
(ii)
PEMULIHAN/KERANTINA
BERSALIN
KECEDERAAN
TIBI, KUSTA BARAH
4
Pembahagian Cuti/Jenis Cuti
HAJI
(iii)
CUTI
KERANA BERKURSUS
(iv)
5
Pembahagian Cuti/Jenis Cuti
GANTIAN
LATIHAN PASUKAN SUKARELA
LATIHAN/KHEMAH KERJA TAHUNAN PERTUBUHAN/PERSATUAN
(v)
LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA
TIDAK BEREKOD
CUTI
MASUK PEPERIKSAAN
MENGHADIRI MESYUARATPERSATUAN IKTISAS
MENGAMBIL BAHAGIAN OLAHRAGA DAN SUKAN
ISTERI BERSALIN
KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT
MENGIKUTI KURSUS INTENSIF PJJ
JURULATIH PKN
6
I. CUTI YANG DIBERI KERANA
PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN
  • Cuti Rehat
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Tanpa Gaji

7
II. CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
  • Cuti Sakit
  • Cuti Sakit Lanjutan
  • Cuti Pemulihan dan Cuti Kuarantin
  • Cuti Bersalin
  • Cuti Kecederaan
  • Cuti Tibi, Barah, Kusta

8
III. CUTI HAJIIV. CUTI KERANA
BERKURSUSV. CUTI TIDAK BEREKOD
9
PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN TERDIRI DARI
  • Masa Bertugas
  • Cuti Rehat
  • Cuti Sakit Tidak Termasuk
  • - Cuti Tanpa Gaji
  • - Cuti Separuh Gaji
  • - Cuti Haji
  • - Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  • - Cuti Belajar

10
  • CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
    YANG MELAYAKKAN

Cuti Rehat Cuti bergaji penuh yang
diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam
sesuatu tahun dari bulan Januari hingga
Disember Boleh diambil bila-bila
masa Hari kelepasan am/cuti umum tidak
diambil kira Boleh dibawa ke hadapan baki
cuti atas sebab kepentingan perkhidmatan.
Kuasa yang meluluskan ialah Ketua Jabatan

11
  • Dasar Cuti Rehat
  • Hendaklah diambil pada tiap-tiap tahun
  • Tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai
    sendiri
  • Ketua Jabatan perlu sediakan giliran cuti
    pegawai

12
KADAR CUTI REHAT SEBELUM 1.9.2005
13
KADAR CUTI REHAT MULAI 1.9.2005
14
CUTI SEPARUH GAJI
  • Diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
    di atas sebab berikut sahaja.
  • - Kesihatan sanak saudara yang rapat
  • adik beradik
  • ibu bapa
  • dan lain-lain saudara
    mara yang rapat kepada pegawai
  • Kadar Cuti
  • - 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
    perkhidmatan tetapi tidak
    lebih daripada 180 hari.
  • Tidak boleh atas sebab bersalin
  • Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh
    gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu
    tahun atas sebab kesihatan sanak saudara
    yang rapat.

15
CUTI TANPA GAJI
  • I. Diluluskan oleh Ketua Jabatan atas
    sebab-sebab persendirian yang mustahak.
  • 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
    tetapi tidak lebih daripada 360 hari.
  • Tujuan Cuti
  • - Urusan sendiri di dalam Malaysia
  • telah berkhidmat lebih daripada 6 bulan dan
    telah habis semua cuti rehatnya.
  • - Urusan sendiri di luar Malaysia
  • mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak
    kurang daripada 6 bulan dan telah habis semua
    cuti rehatnya

16
  • II. Bila pegawai disahkan oleh Pegawai Perubatan
  • atau Lembaga Perubatan atau Ahli Panel Doktor
    sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugas
  • jawatannya.
  • III. Mengikut suami belajar/berkursus diluluskan
    oleh Kuasa Tertentu.
  • Perlu dicatat dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan
    pegawai.

17
PP 14/2005Cuti Tanpa Gaji bagi Pegawai Yang
Mengikuti Pasangan Mereka Bertugas Atau Berkursus
Di Dalam Atau Di Luar Negeri
  • Tujuan
  • Membolehkan pasangan menumpukan perhatian
    sepenuhnya kepada tugas/pengajian
  • Masyarakat Penyayang
  • Kelayakan
  • Dilantik atau dilulus bertukar/berkursus
  • Pegawai Kerajaan/Perbadanan Awam Syarikat Swasta
    atau dianugerah bantuan kewangan oleh Kerajaan
    untuk berkursus
  • Kepentingan berada bersama pasangan dalam
    menjalankan tugas.

18
  • Tempoh Maksimum 3 tahun atau selama tempoh




    b berkhidmat/berkursus
    ,minimum 6 bulan.
  • Boleh ambil sekaligus atau berperingkat
  • Cuti berikutnya boleh
  • Kuasa Melulus Ketua Jabatan
  • dipohon selepas kembali berkhidmat selama 3
  • tahun
  • Lain-Lain Tempoh cuti tidak diambilkira untuk
    faedah p e pencen
  • Hilang kekananan
  • Pengredan gaji secara isyarat tidak lebih 3
    kali dalam tempoh perkhidmatan
  • Tarikh pengredan gaji tidak berubah
  • Boleh ambil PTK

19
CUTI-CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
  • Cuti Sakit
  • Cuti bergaji penuh yang diberi kerana
    sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan
    Sijil Sakit dari seorang pegawai perubatan
    kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan
    diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada
    harapan untuk sembuh.
  • Kelulusan oleh Ketua Jabatan. - Tidak
    melebihi 90 hari pada satu-satu masa atau 90
    hari dalam setahun, melebihi 90 hari ke atas
    diluluskan oleh kuasa tertentu (terhad kepada 90
    hari juga).
  • Cuti Sakit doktor private/swasta 15
    hari/tahun tidak lebih 2 hari berturut-turut

20
  • Jika masih tidak sihat Ketua Jabatan boleh
    memberi baki Cuti Rehat yang masih ada.
  • Cuti sakit mesti dihabiskan di rumah atau di
    hospital.
  • Pegawai bercuti sakit 45 hari atau lebih
    tiap-tiap tahun bagi 3 tahun berturut-turut boleh
    dikehendaki oleh Ketua Jabatan diperiksa oleh
    Lembaga Perubatan.
  • Sakit semasa Cuti Rehat di Malaysia layak cuti
    sakit.

21
  • Sakit semasa Cuti Rehat di luar Malaysia. Tidak
    layak mendapat Cuti Sakit kecuali -
  • I. Ia sakit pada tarikh ia patut balik ke
    Malaysia.
  • II. Sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh ia
    patut
  • balik ke Malaysia.
  • Namun perkara di atas tertakluk kepada
    peraturan-peraturan berikut
  • Pegawai dimasukkan ke hospital.
  • Permohonan disokong oleh sijil dari Pegawai
    Perubatan Kerajaan Negeri yang berkenaan yang
    menyatakan jenis sakit dan tarikh dia masuk
    hospital dan tarikh dijangka keluar dan
  • Mengambil peluang balik ke Malaysia seelok-elok
    sahaja dia sihat

22
SAKIT SEMASA CUTI SEPARUH GAJI/TANPA GAJI
  • Tidak berkelayakan mendapat Cuti Sakit.
  • Kelonggaran.
  • - Bercuti di luar Malaysia dan tidak dapat
    balik kerana sakit pada tarikh ia patut balik.
  • - Boleh diberi Cuti Sakit setelah tamat tempoh
    Cuti Separuh Gaji atau tanpa gaji.

23
Cuti Sakit Lanjutan
  • Diperakukan oleh Lembaga Perubatan.
  • Tidak melebihi 90 hari. diberi cuti separuh
    gaji
  • Jika masih tidak sihat pegawai diberi cuti tanpa
    gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun
    Bantuan bersamaan separuh gaji (mesti diperakukan
    oleh Lembaga Perubatan sekali lagi.
  • Jika masih tidak sihat, pegawai boleh
    dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

24
Cuti Pemulihan
  • Pegawai tidak sihat tetapi pada pandangan Lembaga
    Perubatan perlu berehat.
  • Tempoh Satu jangka waktu yang diperakukan.
  • Kuasa tertentu meluluskan Cuti Separuh Gaji atau
    Tanpa Gaji.

25
Cuti Kuarantin
  • Pegawai balik dari luar negeri dan di tahan di
    mana-mana Stesen Kuarantin.
  • Pegawai disyaki atau didapati sakit diberi
    cuti sakit bergaji penuh.
  • Pegawai dikurung di rumahnya kerana berlaku
    wabak penyakit merebak di rumahnya.

26
Cuti Bersalin
  • Bergaji penuh selama 60 hari dari hari anak
    dilahirkan, termasuk Cuti hujung minggu dan Hari
    Kelepasan Am.
  • 5 kali di sepanjang perkhidmatan.
  • Sakit melebihi 60 hari boleh diberi cuti sakit
    atau lain-lain cuti atas sebab kesihatan.

27
  • Bersalin yang keenam dan seterusnya
  • - Boleh diberi Cuti Rehat yang dilayakkannya
    pada tahun yang berkenaan.
  • - Jika Cuti Rehat sudah habis/tidak mencukupi,
    boleh diberi Cuti
  • Tanpa Gaji.
  • - Jumlah Cuti Rehat dan Cuti Tanpa Gaji tidak
    boleh lebih daripada 60 hari.

28
Cuti Menjaga Anak
  • Cuti Tanpa Gaji sehingga 90 hari sebaik sahaja
    habis cuti bersalin 60 hari.
  • - Bagi memberi peluang ibu menyusu dan menjaga
    bayi.
  • - Terhad kepada 5 kali bersalin.

29
Cuti Kecederaan
  • Tercedera semasa bertugas.
  • Cuti Kecederaan sebagai Cuti sakit Tambahan.
  • Kelulusan oleh Kuasa tertentu sahaja.

30
Cuti Tibi, Kusta dan Barah
  • Rawatan Perubatan Percuma.
  • Pengecualian bayaran Wad dalam Hospital Kerajaan.
  • Kelayakan Cuti
  • - Cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 24
    bulan bagi barah dan kusta.
  • - 12 bulan bagi tibi.i kpada jenis penyakit
    yang
  • - Jika masih tidak sihat gunakan semua Cuti
    Rehat yang ia berkelayakan.
  • - Setelah itu, Cuti separuh gaji tidak melebihi
    12 bulan
  • Kelulusan tambahan kepada di atas oleh Kuasa
    Tertentu.
  • Penyakit tibi/kusta berbalik semula tidak layak
    mendapat faedah cuti sepenuhnya.

31
Cuti Haji
  • Diluluskan oleh Ketua Jabatan.
  • Tempoh 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan
    Hari Kelepasan Am.
  • Jika lebih daripada 40 hari Memohon Cuti
    Rehat/Cuti Tanpa Gaji.
  • Sekali sahaja dalam Perkhidmatan.
  • Telah berkhidmat 4 tahun.(berjawatan tetap)
  • Disahkan dalam jawatan.
  • Telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun
    secara berterusan bagi pegawai sementara.

32
Cuti Kerana Berkursus
  • Kursus di atas pemilihan atau kebenaran Kerajaan
  • - Tempoh kursus termasuk cuti akademik dan
    rehat.
  • - Tempoh perjalanan pergi/balik.
  • - Tempoh menunggu atas sebab urusan perjalanan.
  • Kursus Kurang Daripada 12 Bulan
  • Cuti akademik/penggal ditolak dari cuti rehat
    yang dilayaki sebelum pergi.
  • Jika cuti akademik/penggal lebih panjang, tidak
    ditolak cuti rehat selepas tamat kursus.

33
CUTI TIDAK BEREKOD
34
1. Cuti Gantian
  • Bagi pegawai yang tidak berkelayakan mendapat
    bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang
    bayaran khas.
  • Cuti Gantian sama banyak dengan masa bertugas
    lebih masa.

35
2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
  • Dikehendaki menghadiri latihan atau khemah
    tahunan
  • seperti berikut
  • i. Askar Wataniah
  • ii. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera (ATM
    Darat, Laut dan Udara)
  • iii. Pasukan Simpanan Sukarela Polis
  • iv. Pasukan Sukarela Pertahanan Awam

36
  • v) Perwakilan (Kementerian Luar Negeri)
  • vi) Bakti (Isteri ATM)
  • vii) PERKEP (Isteri PDRM)
  • viii) Puspanita (Perkhidmatan Awam)
  • ix) Badan-badan Kebajikan dan Sukarela
  • Agensi Kerajaan yang diluluskan oleh
  • KSN
  • Cuti tidak lebih 30 hari dalam satu-satu tahun
    tambahan 2 hari untuk perjalanan.
  • Kuasa Melulus Ketua Jabatan

37
Cuti Menghadiri Latihan / Khemah Tahunan /
Pertubuhan / Persatuan
  • Pertubuhan/Persatuan yang dibenarkan -
  • Kadet Laut
  • Kadet Persekutuan
  • Pasukan Latihan Udara Persekutuan
  • Pertubuhan Pengakap
  • Pandu Putri
  • Briged Budak Lelaki
  • Briged Budak Perempuan
  • Ambulans St. John
  • Palang Merah
  • Yang diisytiharkan oleh KPPA
  • Tempoh cuti 14 hari Latihan dalam Malaysia
    dan
  • 2 hari untuk perjalanan

38
Cuti Menghadiri Latihan Maktab Kerjasama
  • Kelayakan -
  • (i) Ahli sebuah Syarikat Kerjasama dan telah
  • membuat akuan secara bertulis untuk memegang
  • jawatan di dalam syarikat kerjasamanya
    bila-bila
  • masa dalam masa 2 tahun selepas kursus itu
    iaitu
  • sekiranya ia dijemput atau dilantik ke
    sebarang
  • jawatan, boleh diberi cuti tidak berekod
    tidak
  • melebihi 2 bulan untuk menghadiri kursus
  • kerjasama di Maktab Kerjasama.

39
  • (ii) Ahli mana-mana syarikat kerjasama untuk
    menghadiri sebarang kursus latihan, seminar
    atau mesyuarat syarikat kerjasama di dalam atau
    di luar Malaysia seperti yang telah diluluskan
    oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama.
  • Kuasa Melulus
  • Budi bicara Ketua Jabatan

40
Cuti Untuk Masuk Peperiksaan
  • Bagi pegawai memasuki sebarang peperiksaan yang
    dianggap boleh membaiki peluang hidup pegawai
    berkenaan.
  • Terhad kepada hari-hari peperiksaan sahaja.
  • Budi bicara Ketua Jabatan untuk kelulusan.

41
Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Iktisas
  • Bagi pegawai ikhtisas untuk menghadiri mesyuarat
    Persatuan Ikhtisas mereka yang diisytiharkan oleh
    KPPA.
  • Tertakluk kepada Mesyuarat Agung Tahunan dan
    Mesyuarat Agong Luar Biasa sahaja.
  • Budi bicara Ketua Jabatan.

42
Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
  • Penyertaan dalam sebarang olahraga atau sukan di
    peringkat negeri atau antarabangsa.
  • Pegawai atau ahli Majlis/Jawatankuasa
    pertandingan negeri/antarabangsa bagi menghadiri
    mesyuarat sebelum atau selepas pertandingan.
  • - Tidak lebih 30 hari.
  • - Budi bicara Ketua Jabatan.

43
Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
  • Untuk menziarahi/membantu urusan berkaitan
    kematian selaras dengan hasrat mengutamakan
    keluarga (family first).
  • Tempoh cuti 3 hari (termasuk hari kelepasan am).
  • Bermula pada tarikh kematian atau pada hari
    berikutnya jika ahli keluarga meninggal selepas
    waktu pejabat.
  • Keluarga terdekat -
  • - suami atau isteri.
  • - anak-anak.
  • - ibu dan bapa kandung.
  • Perlu kemukakan salinan pengesahan kematian
    untuk tujuan rekod.

44
Cuti Isteri Bersalin
  • Bagi anggota lelaki.
  • Bagi membantu isteri bersalin.
  • Terhad kepada 5 kali sepanjang tempoh
    perkhidmatan.
  • Tempoh cuti
  • 7 hari termasuk hari kelepasan Am bermula
    pada tarikh isteri bersalin atau pada hari
    berikutnya jika isteri bersalin selepas waktu
    pejabat.

45
  • Anggota Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai
    Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara bagi
  • Mengikuti Kursus Untuk Jurulatih
  • Menjalankan Tugas Sebagai Jurulatih
  • PP 1/2004

46
  • Mengikuti Kursus Intensif Program Pendidikan
    Jarak Jauh
  • (i) Kelulusan Ketua Jabatan
  • (ii) Terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua
    Jabatan Untuk mengikuti PJJ
  • (iii) Mengikuti pengajian Diploma/Ijazah di IPTA
    yang belum mempunyai kelayakan dalam bidang
    berkenaan
  • (iv) Tempoh tidak lebih 30 hari/1 tahun
  • - cuti rehat
  • - cuti tanpa gaji
  • SPP 17/9/97

47
Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji
Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di
bawah SSM
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh
  • mengikuti kursus latihan atau pengajian dan
    dibayar gaji penuh sama ada dengan atau tanpa
    penajaan
  • Cuti Separuh Gaji
  • mengikuti kursus latihan atau pengajian,
    menghidapi penyakit tibi, kusta atau barah atau
    penyakit seumpamanya.
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Tujuan belajar, mengikut suami/isteri belajar
    atau bertugas di dalam/luar negara.

48
Cuti Belajar Bergaji Penuh
  • Diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh
    kursus bermula 1 November 2003.

49
Cuti Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji
  • Bagi cuti tidak melebihi 180 hari dalam satu
    tahun kalendar
  • a. jika tarikh pergerakan gaji di luar tempoh
    CSG atau CTG, pegawai mendapat pergerakan gaji
    sebenar
  • b. jika tarikh pergerakan gaji berada dalam
    tempoh CSG atau CTG, pegawai CSG mendapat
    pergerakan gaji secara sebenar atas kadar
    separuh gaji, manakala pegawai CTG pula mendapat
    pergerakan gaji secara isyarat.

50
CSG Atau CTG Melebihi 180 Hari Dalam Satu Tahun
Kalender
  • Diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak
    lebih daripada 3 kali sepanjang tempoh
    perkhidmatan mulai tahun 2003.
  • Kesan CSG atau CTG adalah pada tahun
    berikutnya.
  • Pergerakan gaji secara isyarat yang diberikan
    semasa CSG atau CTG akan diselaraskan secara
    sebenar mulai tarikh pegawai melapor diri
    bertugas semula.

51
SEKIAN TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com