??? ???? ?????? ?????? AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

??? ???? ?????? ?????? AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA

Description:

AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA Matlamat membincangkan ini: Anda faham konsep aurat, aurat lelaki, wanita dan hukumnya – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1266
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 82
Provided by: Ali167
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ??? ???? ?????? ?????? AURAT DAN PERGAULAN SILANG JANTINA


1
??? ???? ?????? ?????? AURAT DAN PERGAULAN
SILANG JANTINA
  • Matlamat membincangkan ini
  • Anda faham konsep aurat, aurat lelaki, wanita dan
    hukumnya
  • Anda faham konsep pergaulan, hukum dan dalilnya
  • Anda tahu hukum pergaulan silang jantina ajnabi
  • Anda tahu hukum pergaulan silang jantina mahram
  • Anda tahu hukum pergaulan sejantina wanita
  • Anda tahu hukum pergaulan sejantina lelaki

2
ISI KANDUNGAN TAJUK NI
  • Bahagian Pertama Aurat
  • Konsep aurat
  • Hukum menutup aurat dan dalil
  • Aurat lelaki, dalam dan luar solat
  • Aurat wanita, dalam dan luar solat
  • Aurat pandang sentuh
  • Bahagian kedua Pergaulan silang jantina
  • Konsep pergaulan
  • Hukum bergaul silang jantina
  • Hukum pergaulan sejantina

3
  • BAHAGIAN PERTAMA
  • AURAT

4
KONSEP AURAT
  • Beberapa maksud aurat
  • Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia terdedah
  • Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila ia
    terdedah
  • Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan
    dilindungi dari perhatian orang lain.

5
HUKUM MENUTUP AURAT DAN DALIL
  • Hukum menutup aurat adalah wajib, tiada khilaf
  • Dalil wajib menutup aurat
  • ??? ???????? ????? ?? ??????? ?????? ?????? ???
    ????? ?????? ??? ?? ??? ????? ??????? ?????? ???
    ?????? (????? 31)
  • ?? ???? ????? ?? ??????? ?????? ????? ????????
    ????? ????? ?? ???????? (??????? 59)
  • ?? ????? ??? ??? ??? ??? ???? ???? ???? ??? ?????
    ?????? ???? ???? ????? ???? ???? ???? (?) ??
    ????? ?? ?????? ??? ???? ?????? ?? ???? ?? ???
    ???? ??? ??? ????? ????? ??? ???? ????? (????)

6
AURAT LELAKI DAN WANITA
  • Aurat LELAKI
  • Dalam solat anggota antara pusat dan lutut
  • Luar solat
  • Syafiie anggota antara pusat dan lutut
  • Satu pandangan Mazhab Hanafi seluruh tubuh
  • Aurat WANITA
  • Dalam solat jumhur (semua 4 mazhab)seluruh
    tubuh kecuali muka dan tapak tangan
  • Luar solat secara umum sama dengan aurat dalam
    solat, namun ada perbezaan berdasarkan dengan
    siapa perempuan itu beraurat

7
AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
  • Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
  • Maksud tapak tangan pergelangan, kekura dan
    tapak tangan hingga kehujung jari.
  • Dalil aurat wanita semua ayat dan hadis di atas

8
AURAT SESAMA WANITA ISLAM
  • Semua anggota di antara pusat dan lutut.
  • Haram dedahkan anggota antara pusat dan lutut
    sesama wanita Islam.
  • Tidak haram dedahkan anggota dari pusat keatas
    dan dari lutut ke bawah.
  • Setakat berketang dada sesuai dalam masyarakat
    dan budaya Melayu.

9
AURAT WANITA ISLAM DENGAN WANITA BUKAN ISLAM
  • Ada tiga pendapat
  • Majoriti seluruh badan kecuali muka dan tapak
    tangan. Hujjahnya
  • Bimbang wanita bukan Islam dedahkan aurat wanita
    Islam kepada lelaki bukan Islam.
  • Malikiyah anggota antara pusat dan lutut, dengan
    syarat wanita bukan Islam itu berakhlak mulia
  • Syafiiyah selain dari anggota yang pada
    kebiasaannya terdedah semasa wanita melakukan
    kerja ruman kepala, tengkok, leher, tangan
    hingga ke pangkal lengan, kaki hingga ke pangkal
    betis.

10
  • Sebab khilaf khilaf dalam mentafsir ungkapan ??
    ?????? 31 al-Nur
  • Kalau perempuan mereka dalam ungkapan ini
    termasuk muslimah dan kafirah, aurat muslimah
    dengan kafirah sama dengan aurat sesama muslimah
  • Jika khusus bagi wanita Islam sahaja aurat
    muslimah dengan kafirah tidak sama dengan aurat
    sesama muslimah
  • Pendapat pilihan pendapat ketiga.
  • Hujjah pendapat pertama menyusahkan, pendapat
    kedua menjatuhkan marwah muslimah, pendapat
    ketiga paling sedarhana dan sesuai dengan
    masyarakat Malysia yang multy agama, tidak
    menjatuhkan marwah muslimah

11
AURAT WANITA ISLAM DENGAN MAHRAM
  • Mahramorang yang haram dikahwini
  • Lelaki mahram terbahagi dua
  • Mahram kekal
  • Sebab nasab bapa dan keatas, anak dan ke bawah,
    saudara seibu sebapa dan sebapa dan seibu dan
    kebawah.
  • Sebab susuan orangnya sama dengan senasab.
  • Sebab persemendaan mertua, anak tiri jika telah
    setubuhi ibunya
  • Mahram semantara
  • Sebab persemendaan ipar, biras, bapa saudara
    suami, ibu saudara isteri, kakak dan adik ibu
    mertua
  • Berbeza agama.

12
  • Aurat dengan mahram kekal
  • Hanbaliah,Malikiah selain anggota yang terdedah
    semasa wanita bekerja dirumah kepala, tengkuk,
    leher, tangan hingga ke pangkal lengan dan kaki
    hingga ke pangkal betis.
  • Syafiie anggota antara pusat dan lutut
  • Hanafiah anggota antara pusat dan lutut
  • Aurat dengan mahram sementara
  • Jumhur seluruh badan kecuali muka dan tapak
    tangan
  • Mahram sementara atau keluarga bukan mahram
    adalah ajnabi.

13
AURAT WANITA DENGAN KANAK-KANAK
  • Maksud kanak-kanak yang belum memberi perhatian
    terhadap aurat wanita.
  • Aurat wanita dengan kanak-kanak bergantung kepada
    keadaan kanak-kanak itu
  • Belum mumaiyiz tiada aurat
  • Mumaiyiz belum ada syahwat anggota antara pusat
    dan lutut
  • Mumaiyiz ada syahwat
  • Ajnabi seluruh badan kecuali muka dan tapak
    tangan
  • Mahram kekal atau sementara seperti di atas

14
AURAT PEREMPUAN TUA
  • Aurat perempuan tua.
  • Perempuan tua yang tiada lagi rangsangan seks
    merangsang atau dirangsang
  • Pada dasarnya aurat perempuan tua seluruh badan
    kecuali muka dan tapak tangan, tetapi diberi
    rukhsah membuka kepala dengan syarat tidak
    bertabarruj.
  • Hujjah rukhsah ??????? ?? ?????? ?????? ?? ?????
    ????? ???? ????? ???? ?? ???? ?????? ??? ???????
    ????? ??? ??????? ??? ??? ????? ???? ???? (?????
    60)

15
Syarat muka dan tangan boleh didedahkan
  • Muka dan tapak tangan tidak dihias dan mekap
    melampau, kerana
  • Muka dan tangan boleh didedahkan dalam keadaan
    biasa, hiasan dan mekap sederhana
  • Muka dan tangan boleh didedahkan atas alasan
    haajah, tiada haajah pada perhiasan dan mekap
    melampau
  • Berhias dan mekap berlebihan itu sendiri membawa
    fitnah.
  • 2. Pendedahan itu tidak membawa fitnah, ia
    membawa fitnah dengan perhiasan dan mekap
    melampau dan wanita terlalu cantik

16
BILA WANITA DITUNTUT MENUTUP MUKA
  • Wanita dituntut menutup muka kerana bimbang
    fitnah, wanita terlalu cantik, masyarakat terlalu
    rosak
  • Fitnah apabila wanita dilihat dengan syahwat
  • Masyarakat rosak dinilai dengan
  • Qarinah yang wujud dalam masyarakat
  • Penilaian masyarakat terhadap yang bermarwah dan
    tidak bermarwah
  • Sensitiviti masyarakat terhadap marwah dan
    kehormatan
  • Kuat longgar pegangan agama masyarakat
  • Akhlak (buruk,baik) yang mendominasi masyarakat

17
APAKAH KAKI WANITA AURAT
  • Kaki di sini ialah mula dari pergelangan kaki,
    buku lali, tumit, kekura dan tapak kaki hingga
    kehujung jari.
  • Hanafi dan sesetengah Maliki bukan aurat, kerana
    kaki termasuk anggota yang dikecualikan dalam
    ayat??? ?? ??? ???? , semuanya dikira anggota
    zahir.
  • Syafie aurat, kerana aurat dalam dan luar solat
    sama, kaki aurat dalam solat.
  • Hanbali aurat, kerana hadis?? ???? ?????? ??
    ??? ????? ???? ????? ????? ??? ??? ??? ????
    ????? ???? ???? ?????
  • Yang rajih aurat, tapi dimaafkan bagi yang
    tabiat kerjanya mendedahkan kaki.

18
AURAT PANDANGLELAKI PANDANG AURAT WANITA
  • Ada beza aurat pandang dan aurat sentuh
  • 4 mazhab sepakat haram melihat anggota aurat
    silang jantina ajnabi dengan syahwat atau tidak,
    aman fitnah atau tidak.
  • Ada kalangan Hanbaliah berpendapat makruh
    pandang muka dan tangan wanita sekalipun tanpa
    syahwat
  • Boleh pandang silang jantina kerana jadi saksi,
    hakim, darurat, rawatan perubatan walaupun ke
    dalam faraj

19
MELIHAT PEREMPUAN TUA
  • Perempuan tua yang tidak lagi merangsang dan
    terangsang seksnya.
  • Pandang fuqaha berbeza
  • Syafie dan Maliki haram lihat anggota aurat,
    sama dengan perempuan muda
  • Hanafi boleh lihat anggota yang boleh lihat pada
    perempuan mahram muka, kepala, rambut, telinga,
    tengkok, dada, payu dara, tangan, betis hingga
    kebawah
  • Hanbali boleh lihat anggota yang pada
    kebiasaannya terdedah sewaktu wanita dirumah
    kepala, tengkuk, tapak tangan hingga ke pangkal
    lengan dan pangkal betis hingga ke bawah

20
MELIHAT AURAT KANAK-KANAK
  • Maksud kanak-kanak yang belum lagi meransang dan
    tidak teransang seksnya.
  • Hanafi, Syafie, Hanbali boleh lihat termasuk
    faraj
  • Beza perempuan tua dan kanak-kanak
  • Kanak-kanak belum ada pengalaman seks
  • Perempuan tua sudah berpengalaman, jadi,
    perempuan dirujuk kepada kaedah ??????? ?????

21
MELIHAT AURAT WANITA DISEBALIK CERMIN LUT SINAR,
DALAM AIR JERNIH DAN BAYANG DALAM CERMIN
  • Hanafi haram lihat aurat wanita ajnabiyah di
    sebalik cermin lutsinar, dalam air jernih, harus
    melihat bayang dalam cermin,
  • Hujjah perbezaan Yang dilihat dalam cermin hanya
    bayang wanita bukan jasadnya.
  • Jaafari haram jika ada syahwat, harus jika tiada
    syahwat.
  • Zaidi harus, ada syahwat atau tidak.
  • Komentar illah diharamkan elak fitnah, illah
    ini wujud dalam 3 keadaan ini, kita cenderong
    mengatakan haram dalam semua keadaan.

22
HUKUM MELIHAT GAMBAR
  • Silang jantina ajnabi harus lihat gambar menutup
    aurat
  • Silang jantina haram lihat gambar bogel, dengan
    syahwat atau tidak, ada pendapat boleh tanpa
    syahwat.
  • Suami isteri halal saling melihat gambar bogel
    dengan syahwat atau tidak
  • Lelaki haram lihat gambar wanita hanya menutup
    anggota antara pusat dan lutut, dengan syahwat
    atau tidak, ada pendapat harus tanpa syahwat
  • Wanita harus lihat gambar lelaki tutup anggota
    antara pusat dan lutut tanpa syahwat, haram
    dengan syahwat

23
MELIHAT FILEM SILANG JANTINA
  • Boleh lihat filem silang jantina tutup aurat
  • Boleh lihat filem suami isteri tanpa tutup aurat
  • Lelaki haram lihat filem wanita hanya tutup
    anggota antara pusat dan lutut dengan syahwat
    atau tidak, ada pendapat boleh tanpa syahwat.
  • Wanita boleh lihat filem lelaki hanya tutup
    anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat,
    haram dengan syahwat.
  • Haram silang jantina ajnabi lihat filem bogel,
    dengan syahwat atau tidak, ada pendapat
    mengatakan boleh tanpa syahwat.

24
MELIHAT ADEGAN SEKS
  • Single X
  • Dalam filem harus tanpa syahwat, haram dengan
    syahwat
  • Orang, dalam kaca lut sinar, air jernih, bayang
    dalam cermin haram dengan syahwat atau tidak.
  • Double X haram dengan syahwat atau tidak, filem
    atau lainnya.
  • Triple X haram dengan syahwat atu tidak, dalam
    filem atau lainnya
  • Semua kelas boleh kerana darurat dan hajat
  • Suami isteri boleh lihat adegan sex sendiri,
    filem atau lainnya

25
WANITA MELIHAT AURAT LELAKI
  • Hanafi haram melihat aurat lelaki anggota
    antara pusat dan lutut
  • Maliki harus melihat anggota yang harus dilihat
    lelaki pada wanita mahram dengan syarat tanpa
    syahwat
  • Pendapat asah Mazhab Syafiie boleh lihat selain
    anggota antara pusat dan lutut tanpa syahwat dan
    aman fitnah
  • Boleh lihat aurat lelaki kerana darurat dan
    haajat.

26
PANDANG SEJANTINA LELAKI
  • Boleh melihat anggota bukan aurat tanpa syahwat,
    haram dengan syakwat
  • Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau
    tidak
  • Boleh melihat anggota aurat kerana darurat dan
    haajat.

27
PANDANG SEJANTINA LELAKI LEMBUT
  • Lelaki lembut lelaki yang berperawakan wanita
    (pondan)
  • Sebahagian Syafiie harus melihat anggota bukan
    aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat
  • Sebahagian lain haram dengan syahwat atau tidak
  • Harus kerana darurat atau haajah

28
PANDANG SEJANTINA WANITA MUSLIMAH
  • Hanafiyah, Malikiyah, Syafiiyah harus lihat
    seluruh badan kecuali anggota antara pusat dan
    lutut tanpa syahwat, haram dengan syahwat.
  • Haram melihat anggota aurat dengan syahwat atau
    tidak
  • Harus melihat kerana darurat atau haajah.

29
PANDANG SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH
  • Muslimah lihat kafirah harus seluruh badan
    kecuali anggota antara pusat dan lutut.
  • Kafirah lihat muslimah khilaf
  • Boleh lihat muka dan tapak tangan sahaja, kerana
    aurat muslimah denga kafirah seluruh tubuh
    kecuali muka dan tapak tangan.
  • Boleh lihat anggota selain anggota antara pusat
    dan lutut, kerana aurat muslimah dengan kafirah
    anggota antara pusat dan lutut.
  • Boleh lihat anggota yang biasa terdedah sewaktu
    wanita bekerja dirumah, kerana inilah aurat
    muslimah dengan kafirah
  • Pendapat pilihan ketiga, sederhana, sesuai dalam
    masyarakat multi agama, tidak menyusahkan.

30
AURAT SENTUHSENTUH SILANG JANTINA AJNABI
  • Hanafi, Maliki, Hanbali, Syafiie haram sentuh
    seluruh anggota wanita, aurat dan bukan aurat,
    alasan
  • Harus lihat muka dan tapak tangan kerana haajah,
    tiada haajah menyentuh muka dan tangan wanita
    dalam muamalat
  • Sentuhan itu sendiri merangsang syahwat
  • Syarat kedua-duanya masih muda, bukan tua dalam
    konsep yang telah dijelaskan di atas.

31
SENTUH SEJANTINA LELAKI
  • Boleh sentuh anggota bukan aurat tanpa syahwat,
    haram dengan syahwat
  • Haram sentuh anggota aurat dengan syahwat atau
    tidak
  • Boleh sentuh anggota aurat, termasuk zakar kerana
    darurat atau haajah.
  • Kes-kes haajah telah dijelaskan

32
SENTUH SEJANTINA LELAKI LEMBUT
  • Pendapat ulamak tidak dapat dikesan mengenai kes
    ini
  • Namun boleh qiaskan kes ini dengan pandangan
    mereka dalam kes pandang lelaki cantik lembut
    harus tanpa syahwat, haram dengan syahwat, kerana
    sentuh lebih merangsang syahwat
  • . haram atas qiyas aulawi

33
SENTUH SEJANTINA MUSLIMAH KAFIRAH
  • Pendapat ulamak tidak dapat dikesan dalam kes ini
  • Namun barangkali boleh qiyaskan kes ini dengan
    kes sentuh lelaki lembut harus tanpa syahwat,
    haram dengan syahwat atas dasar qiyas aulawi
    ????? ????

34
KES-KES LUARBIASA PANDANG SENTUH
  • Dalam keadaan luar biasa (darurat dan haajah)
    silang jantina ajnabi boleh lihat dan sentuh
    anggota aurat, termasuk faraj, malah ke dalam
    faraj, syarat tanpa syahwat
  • Ada pendapat mengatakan harus sekalipun dengan
    syahwat
  • Kes-kes darurat dan haajah jadi saksi, kadi atau
    hakim, urusan muamalat, rawatan perubatan,
    perkahwinan

35
TELANJANG
  • Berbogel di hadapan orang lain haram, hujjah
  • seorang lelaki memikul batuBaginda perbetulkan
    tindakan itu
  • Berbogel dalam khalwat juga ditegah, dalilnya
  • Hadis ????? ???? ?? ????? ??? ?? ?????
  • Boleh, tetapi makruh mandi bogel dalam bilik
  • Boleh, tetapi makruh mandi bogel suami isteri

36
TELANJANG DALAM SELIMUT
  • Haram sejantina lelaki dan sejantina perempuan
    telanjang dalam selimut
  • Hadis ?? ???? ????? ??? ????? ?? ????? ??????
    ??? ???? ?????? ??? ?????? ?? ????? ??????
  • Hanbaliyah berpendapat makruh telanjang dalam
    selimut sejantina
  • Hadis ini juga dalil haram sentuh anggota aurat
    tanpa alas dengan anggota selain tangan

37
SUARA WANITA BUKAN AURAT
  • Jumhur ulamak termasuk Jaafari suara wanita
    bukan aurat, lelaki boleh dengar suara wanita,
    wanita tidak wajib sembunyikan suaranya dari
    lelaki
  • Hujjah
  • Para sahabat dengar suara para isteri Rasulullah
    untuk mendapatkan hukum syarak
  • Hadis UmmuAthiyah?????? ???? ????? ???? ?????
    ?? ?? ???? ????? .... ?????? ?? ???????? ?????
    ????? ???? ????? ????? ??????? ???? ???? ??
    ??????? ????? ?? ????

38
  • Dialog antara Umar dengan sahabiyah mengenai isu
    menghadkan mahar
  • Semua peristiwa ini menunjukkan wanita
    mengeluarkan suara dan didengar lelaki
  • Lelaki haram mendengar suara wanita yang
    disertakan rentak dan irama, sekalipun membaca
    Quran, kerana takut fitnah
  • Lelaki haram dengar suara wanita jika ada
    kemungkinan dia tergoda atau terfitnah
  • Wanita juga haram mendengar suara lelaki jika
    tergoda dan tidak aman fitnah

39
WANITA MENGANGKAT SUARA
  • Suara wanita yang tinggi adalah aurah, sebab itu
    wanita ditegah melaungkan azan, azan perlukan
    laungan yang kuat
  • Hukum ini jelas, yang penting mempastikan kadar
    mana suara itu telah dianggap tinggi dan kuat
  • Penentuan mungkin dibuat berdasarkan
  • Penilaian urf dan adah
  • Khidmat pakar menentukan frekuensi (hertz) suara
    yang telah dikira tinggi dan kuat

40
TEGAHAN MENIKMATI SUARA WANITA
  • Hanbaliyah,Syafiiyah, Malikiyah lelaki haram
    mendengar suara wanita dengan tujuan
    menikmatinya, kerana suara mampu merangsang
    syahwat dan kerana bimbang fitnah
  • Ada pendapat mengatakan harus jika aman fitnah,
    tanpa syahwat

41
PERCAKAPAN WANITA YANG BOLEH DAN TAK BOLEH
  • Nas syarak berkaitan ??? ????? ?????? ????? ????
    ?? ???? ??? ???? ???? ?????? (??????? 32)
  • Wanita dilarang bercakap dengan suara yang
    sengaja dimanja-manjakan dan dengan cara yang
    merangsang mereka yang hatinya berpenyakit
  • Dilarang bercakap perkara munkar dan lucah
  • Boleh bercakap dengan cara dan nada yang normal,
    bersabit dengan perkara yang diharuskan, perkara
    makruf

42
TABARRUJ
  • Tabarruj wanita memperagakan kecantikan, pakaian
    dan perhiasan dengan tujuan menarik perhatian
    lelaki dan merangsang keinginan mereka (fahamkan
    definisi ini)
  • Nas syarak ??? ????? ???? ???????? ?????? (?????
    33)
  • Tabarruj zaman jahiliah wanita membuka muka,
    memperagakan perhiasan dan kecantikan mereka
  • Tabarruj zaman kini sudah mengatasi tabarruj
    jahiliah, Baginda istilahkan sebagai ???????
    ?????? tidak berpakaian, telanjang.

43
TABARRUJ YANG DIHARAMKAN
  • Tabarruj diluar rumah, berhias bukan untuk suami
  • Mendedahkan muka dan perhiasan dengan tujuan
    memperagakan kecantikan kepada lelaki
  • Bersolek dan berhias melampau
  • Menggunakan alat-alat kosmetik bukan untuk suami
  • Mempercantikkan rupa paras dengan membentuk alis,
    bibir dan lainnya bukan untuk suami

44
FESYEN-FESYEN PAKAIAN JUGA TABARRUJ
  • Ciri pakaian wanita
  • Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan tapak
    tangan
  • Longgar tidak menampakkan susuk tubuh
  • Tidak nipis sehingga menampakkan kulit
  • Bukan pakaian untuk bermegah
  • Tiada unsur memperagakan
  • Tidak menyamai pakaian lelaki
  • Pakaian berfesyen mempunyai ciri memperagakan
    adalah tabarruj
  • Berpakaian kemas, smart dan ceria bukan tabarruj

45
PERHIASAN DIRIJUGA TABARRUJ
  • Maksud perhiasan disini sesuatu yang dijadikan
    wanita perhiasan diri
  • Perhiasan ini juga tabarruj jika mengandungi
    unsur memperagakan
  • Nas syarak
  • ??? ????? ???? ???????? ?????? (??????? 33)
  • ??? ????? ?????? ??? ?? ??? ???? (????? 31)
  • ??? ????? ?????? ??? ????????...(????? 31)
  • Ayat pertama melarang menunjukkan perhiasan
  • Ayat kedua melarang menunjukkan perhiasan kecuali
    kepada suami dan (lihat sambungan ayat)

46
BERHIAS YANG DIBENARKAN
  • Berhias dan memakai perhiasan setakat memenuhi
    fitrah wanita bukan tabarruj
  • Berhias harus, malah digalakkan, kecuali
    perhiasan yang diharamkan
  • Berhias sunat bagi isteri yang bersama suaminya
  • Antara berhias yang dibenar dan digalakkan
  • Mencabut bulu ketiak, bulu tundun, mengandam
    misai, berkhatan, memotong kuku,
  • Kata penyaer ???? ???? ???? ????????????? ????
    ??????? ????

47
JENIS PERHIASAN
  • Bukan perhiasan diri
  • Diperbuat daripada logam emas, perak, suasa,
    tembaga dan lainnya emas diharamkan bagi lelaki
    dan perempuan
  • Diperbuat selain dari logam kulit, tulang, kayu,
    tembikar dan lainnya harus digunakan lelaki dan
    perempuan
  • Perhiasan diri selain pakaian
  • Diperbuat daripada logam emas,perak,suasa,
    tembaga dan lainnyaemas haram dipakai lelaki
  • Semuanya harus dipakai perempuan

48
  • Perhiasan diri dalam bentuk pakaian
  • Pakaian yang bukan dijadikan perhiasan menepati
    ciri pakaian wanita Islam boleh dipakai
  • Pakaian itu sendiri dijadikan perhiasan
    difesyenkan, dilabucikan, disulam dan lainnya
  • Boleh dipakai sekiranya ia pakaian dalaman dan
    luar jika tiada unsur tabarruj
  • Tidak boleh dipakai dan dikira tabarruj jika
  • Fesyennya menzahirkan susuk tubuh
  • Dihias berlebihan sehingga memenuhi ciri tabarruj
  • Cara pemakaiannya memang bertujuan tabarruj
  • Dipakai bukan untuk tatapan suami

49
  • Beberapa kesimpulan
  • Secara prinsipnya berhias diharus dan digalakkan
  • Berhias untuk SUAMI harus malah disunatkan dalam
    apa bentuk sekalipun
  • Berhias YANG DITEGAH ialah yang berunsur
    tabarruj, diluar rumah dan bukan untuk suami
  • Kebanyakan pakaian, cara berpakaian dan solekan
    wanita hari ini telah melebihi tahap tabarruj, ia
    telah sampai peringkat ??????? ??????
  • Tegahan tabarruj bertujuan ?? ??????? menutup
    ruang-ruang keburukan rangsangan seks

50
  • BAHAGIAN KEDUA
  • PERGAULAN
  • SILANG JANTINA

51
MAKSUD PERGAULAN
  • Gaul Bahasa Arab khalata ???
  • Pergaulan Bahasa Arab ikhtilat ??????
  • Maksudnya bercampur silang jantina dalam satu
    (1) tempat, berlaku pandang memandang,
    komunikasi, interaksi dan percakapan.
  • Ia melibatkan 3 orang dan lebih, bukan 2 orang, 2
    orang dikira khalwat.
  • Fokus perbincangan pergaulan silang jantina
    ajnabi
  • Ajnabi yang halal berkahwin, sekarang _at_ akan
    datang, setelah terhapus halangan.

52
HUKUM PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI
  • Hukum asal pergaulan silang jantina ajnabi adalah
    HARAM.
  • Pengharaman ini tidak sabit dengan nas soreh ????
    (langsung dan tepat), tetapi sabit secara tak
    langsung melalui hukum-hukum lain yang
    dikhususkan kepada wanita.

53
HUJJAH PENGHARAMAN PERGAULAN SILANG JANTINA
AJNABI
  • 1. Larangan musafir tanpa mahram
  • 2. Haram berkhalwat silang jantina ajnabi
  • 3. Wanita tidak wajib solat berjamaah
  • 4. Wanita tidak wajib perang jihad
  • 5. Wanita tidak wajib solat Jumaat.
  • 6. Hukum khusus wanita melakukan haji
  • 7. Tegahan wanita berjalan seiring dengan lelaki.

54
LARANGAN MUSAFIR TANPA MAHRAM
  • Maksud Hadis (kata Nabi Muhammad) perempuan
    jangan musafir kecuali bersama mahram.
  • Hadis ini secara langsung haramkan wanita musafir
    tanpa mahram.
  • Secara tidak langsung ia melarang pergaulan
    silang jantina ajnabi, kerana tanpa mahram
    perempuan akan bergaul dengan lelaki ajnabi
    semasa musafir.

55
2. LARANGAN BERKHALWAT SILANG JANTINA AJNABI
  • Maksud hadis lelaki tidak harus masuk (dalam
    rumah) perempuan kecuali bersamanya ada mahram.
  • Maksud hadis lelaki tidak harus berkhalwt
    dengan perempuan kecuali bersama mahram.
  • Hadis-hadis ini secara langsung haramkan khalwat,
    secara tidak langsung haramkan ikhtilat, kerana
    ikhtilat juga sejenis khalwat

56
3. PEREMPUAN TIDAK WAJIB SOLAT JAMAAH
  • Solat jamaah di masjid hanya digalakkan ke atas
    lelaki, ada pendapat mengatakan diwajibkan.
  • Perempuan tidak wajib, malah tidak digalakkan
    solat jamaah di masjid,
  • Wanita diharuskan solat di masjid, tetapi solat
    di rumah lebih afdal bagi wanita.
  • Keharusan ini terikat dengan syarat izin
    suami/wali, tidak memakai wangian, tidak
    campurgaul dengan lelaki di masjid.

57
PENGHUJJAHAN
  • Syarat-syarat wanita boleh berjamaah di masjid,
    kedudukan wanita dalam saf, dibelakang
    kanak-kanak mengisyaratkan pergaulan silang
    jantina ajnabi ditegah.
  • Logiknya, apabila dalam solat yang suasana
    taqwanya amat tinggipun ikhtilat ditegah, maka
    diluar solat, yang suasananya jauh lebih tidak
    taqwa, ikhtilat lebih ditegah, atas dasar qias
    aulawi.

58
Kesimpulan penghujjahan ini
  • Pengharaman pergaulan silang jantina ajnabi
    dirujuk kepada nas melarang wanita bergaul dalam
    satu saf solat dan persyaratan lain bagi
    keharusan wanita solat berjamaah di masjid.
  • Boleh bergaul silang jantina ajnabi bergantung
    kepada syarat wanita boleh solat berjamaah di
    masjid.
  • Pergaulan silang jantina ajnabi hanya boleh
    dengan bersyarat mematuhi hukum dan adab syarak

59
4. WANITA TIDAK WAJIB PERANG JIHAD
  • Aisyah pernah minta izin turut serta dalam perang
    jihad, Rasulullah saw tidak izinkan.
  • Komentar al-Battal( ????????) wanita tidak wajib
    jihad kerana mereka wajib berhijab dan dilarang
    bergaul dengan lelaki.
  • Logiknya, apabila dalam suasana perang yang amat
    kritikal pun wanita ditegah bergaul, maka di
    suasana lain yang tidak kritikal pun pergaulan
    lebih ditegah.

60
5. WANITA TIDAK WAJIB SOLAT JUMAAT
  • Fuqahak sepakat wanita tidak wajib solat Jumaat,
    kerana sibuk urusan rumah dan kerana larangan
    bergaul dengan kaum lelaki.
  • Hukum ini menjelaskan pergaulan silang jantina
    dalam solat Jumaat ditegah, oleh itu wanita tidak
    wajib solat Jumaat.
  • Logiknya, apabila dalam solat jumaat pergaulan
    ini ditegah, maka di luar solat Jumaat ia lebih
    ditegah, berdasarkan qias aulawi.

61
6. HUKUM KHUSUS WANITA TUNAI IBADAT HAJI
  • Rasulullah saw arahkan Ummu Salamah tawaf di
    belakang kaum lelaki
  • Fuqahak berpendapat wanita tawaf jauh dari kaabah
  • Al-Karamani berpendapat Rasulullah arahkan Ummu
    Salamah tawaf jauh dari lelaki kerana itulah
    sunnah wanita semasa tawaf jika lelaki ramai

62
7. TEGAHAN WANITA BERJALAN SEIRING DENGAN LELAKI
  • Hamzah Bin Usaid al-Ansari meriwayatkan sewaktu
    Rasulullah keluar dari masjid dan melihat wanita
    campur aduk di jalan Baginda bersabda ??????? ?
    ???? ??? ??? ?? ????? ?????? ? ????? ??????
    ?????? lalu kaum wanita beredar ketepi dan
    menyusuri tepi dinding bangunan sehingga ada
    pakaian mereka yang tersangkut kedinding.
  • Hadis ini jelas melarang pergaulan silang jantina
    ajnabi.

63
KAEDAH ????? ?? ??????? ??????? TIDAK BOLEH PAKAI
  • Telah dinyatakan tiada nas soreh haramkan
    pergaulan silang jantina ajnabi.
  • Namun demikian kaedah di atas tidak boleh
    digunapakai bagi mengatakan hukum asal kes ini
    adalah harus, kerana telah ada nas yang tidak
    secara langsung mengharamkannya.
  • Keharusan mutlak kes ini sudah tidak ada lagi.

64
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA DARURAT
  • Pergaulan silang jantina ajnabi kerana darurat
    diharuskan.
  • Contoh bergaul kerana melindungi wanita yang
    bersendirian dalam perjalanan.
  • Kaedah ??????? ???? ????????
  • Erti darurat perlu diketahui dahulu

65
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA HAAJAH
  • Pergaulan silang jantina ajnabi kerana haajah
    syariyah diharuskan.
  • Kaedah?????? ???? ????? ???????
  • Keharusan ini dengan syarat mematuhi hukum
    syarak dan adab-adab Islam.

66
KES-KES HAAJAH
  • MUAMALAT jual beli dan lainnya
  • Tugas HAKIM Zahiri wanita boleh jadi hakim semua
    kes, Hanafi boleh dalam kes bukan hudud. Hakim
    perlu bergaul.
  • Jadi SAKSI ??? ?? ????? ????? ???? ????????
  • Tugas KUATKUASA Umar lantik al-Syifa jawatan
    hisbah.
  • Beri khidmat kepada tetamu dengan kehadiran
    suami kIsah isteri Abu Usaid beri khidmat kepada
    Rasulullah pada jamuan perkahwinan mereka.

67
  • Menghormati tetamu kisah lelaki Ansari sanggup
    layan tetamu Rasulullah, isterinya turut sama
    beri layanan.
  • Menaiki kenderaan awam kerana urusan perlu
  • Menunggu giliran rawatan hospital awam atau
    suasta.
  • Jihad fi sabillah sahabiyat turut serta beri
    khidmat rawatan dan logistik cth dalam perang
    (darurat)
  • Dapatkan khidmat nasihat dan bimbingan sahabiyat
    turut berada dalam majlis bersama Rasulullah

68
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI MENGIKUT ADAT
KEBIASAAN
  • Pergaulan silang jantina ajnabi dalam majlis
    teradat seperti walimah, mesyuarat, majlis rasmi,
    sambutan peristiwa tertentu dibolehkan dengan
    syarat
  • Menjaga adab-adab dan hukum islam
  • Menutup aurat, tidak tabarruj,merundukkan
    pandangan, bercakap dengan suara normal.
  • Tiada percampuran melampau sebagai mengamalkan
    kaedah?? ???????

69
PERGAULAN SILANG JANTINA AJNABI KERANA BELAJAR
  • Kes rujukan satu ketika sahabiyat mempertikaikan
    kaum lelaki lebih banyak masa bersama Rasulullah
    dan banyak peluang mendapat ajaran agama. Mereka
    meminta Rasulullah saw menentukan satu masa
    khusus untuk wanita. Bagindapun menentukannya.
  • Ada dua penafsiran terhadap kes ini sehingga
    memutuskan dua hukum yang berbeza
  • Note Mari belajar bersungguh-sungguh

70
  • 1. Rasulullah telah mengasingkan majlis
  • lelaki dan wanita kerana tidak boleh bergaul
    semasa belajar. Oleh itu bergaul kerana belajar
    tidak boleh
  • 2. Rasulullah pisahan majlis bukan kerana tidak
  • boleh bergaul semasa belajar, tetapi kerana
    kaum wanita tidak banyak peluang bersama
    Rasulullah atas tabiat tugas masing-masing,
    mereka perlu majlis khas. Oleh itu brgaul kerana
    belajar adalah harus dengan syarat seperti
    dijelaskan di atas

71
BERSALAMAN SILANG JANTINA
  • Isu ini berlegar di sekitar tiga bentuk nas
    syarak
  • Hadis Rasulullah saw yang saling bertentangan
    ada riwayat nyatakan Baginda ambil baiah wanita
    dengan berjabat tangan, ada riwayat nyatakan
    dengan mulut sahaja
  • Berbeza tafsiran keatas ungkapan ??? ?? ??? ????,
    apakah anggota yang dikecualikan, bolehkah
    dilihat dan disentuh
  • Berbeza tafsiran keatas ungkapan ?? ?????? ??????
    apakah semata-mata sentuh atau sentuh dengan
    syahwat

72
RUMUSAN PERBINCANGAN
  • Bersalaman silang jantina ajnabi
  • Pendapat pertama haram, dengan syahwat atau
    tidak, aman fitnah atau tidak
  • Pendapat kedua haram dengan syahwat, harus tanpa
    syahwat
  • Lihat dengan syahwat haram sentuh lagi haram
  • Sentuh mahram dengan syahwat haram sentuh ajnabi
    dengan syahwat lagi haram
  • Pendapat ketiga mesti dibataskan kerana haajat,
    antara keluarga terdekat sahaja, sebolehnya tidak
    diluaskan kepada yang lain bagi tujuan
  • ?? ???????

73
  • Mengelakkan syubhat dan tindakan berjaga-jaga
  • Lebih baik bagi yang warak tidak memulakan
    bersalaman dengan silang jantina ajnabi, jika
    orang lain memulakan boleh sambut, mungkin disitu
    ada haajat atau adab untuk memelihara marwah
    orang, terutama jika dalam majlis rasmi atau
    dalam khalayak yang bukan dibawah kawalan kita
  • Komentar elakkan yang syubhat untuk kebaikan

74
ZIARAH PESAKIT SILANG JANTINA
  • Ada nas syarak tidak membezakan lelaki dan
    perempuan, antaranya
  • ..... ???? ??? ????
  • .... ?????? ??????
  • ?? ?????? ??? ??? ???? ?????? ?? ??? ?? ????
    ????? ??? ???? ...
  • ?? ??? ????? ????? ???? ?? ?????? ??? ?????
    ????? ?????? ?? ????? ?????
  • ?? ???? ?? ??? ??? ??? ??????? ?? ??? ??? ????
    ??? ????? ? ??? ??? ????? ???? ?? ???????? ? ?
    ??? ??? ???? ?? ???? ????? ??? ??? ???? ? ???
    ???? ??? ?? ???? ??????? ???? ?

75
  • Ada yang jelaskan wanita ziarahi lelaki,
    antaranya
  • ???? ?? ??????? ???? ?? ??? ?????? ?? ???????
  • ??? ??? ???? ???? ??????? ?? ??? ??? ????? ???
    ???? ?????? ???? ????? ?????? ???? ?? ??? ???
    ???? ??? ???? ??? ?????
  • ??? ?? ???? ??? ?? ???? ??? ??? ???? ????? ??
    ??? ??? ?????? ???? ????? ??? ???? ????
  • Ada nas jelaskan ajnabi ziarahi wanita, antaranya
  • ??? ???? ???? ??? ????? ??? ?????? ???? ??? ????
    ???? ????? ?????????? ?? ????? ??? ????? ????
    ??? ???????
  • Rasulullah saw menziarahi Ummu al-Saib dan
    bersabda ???? ?? ?? ?????? ??????? ?? ????????
    ???? ????? ?? ???? ????? ???? ?? ???? ?????
    ????? ???? ????? ??? ??? ??? ???? ????? ???
    ??????
  • Ibn Abbas minta izin menziarahi Aisyah, setelah
    diizinkan dia berkata ??? ????? ???? ???? ??
    ????? ???? ????? ? ??? ???? ???? ?? ??? ????
    .....

76
RUMUSAN
  • Semua nas ini menunjukkan tiada halangan ziarahi
    pesakit silang jantina
  • Semasa ziarah semua hukum syarak dan adab susila
    syarak mestilah dipatuhi
  • Jika yang diziarahi rakan sekerja elok jika
    ziarah secara berkumpulan atau suami isteri
  • Tiada makna kita tidak menziarahi pesakit silang
    jantina sedangkan kita mengharuskan pergaulan
    silang jantina semasa sihat, bukankah pesakit
    lebih berhak diziarahi dan mendapat belaian?

77
PERGAULAN SILANG JANTINA KELUARGA BUKAN MAHRAM
  • Sebenarnya isu ini tidak perlu dibincang lagi
    kerana ia sudah dibincang dalam tajuk pergaulan
    silang jantina ajnabi
  • Tajuk ini diasingkan kerana banyak kekeliruan
    dalam masyarakat tentang status keluarga bukan
    mahram, ia seolah-olah dianggap sama dengan
    keluarga mahram
  • Telah dijelaskan maksud mahram dan ajnabi
  • Telah dijelaskan mahram kekal dan mahram
    sementara serta sebab-sebabnya

78
  • Secara terperinci keluarga bukan mahram ialah
  • Senasab mulai dari sepupu dan kebawah, dua pupu
    dan kebawah dan seterusnya keluarga yang terjauh
  • Keluarga susuan mereka yang kelihatan semacam
    keluarga susuan, tetapi bukan susuan, contoh
    Ali, Karim, Yusuf adik beradik, Yusuf menyusu
    kepada Ramlah ibu kepada Melati, Mawar dan Melor.
    Yusuf haram nikah dengan semua tiga beradik
    perempuan itu, tetapi tiga beradik itu halal
    nikah dengan Ali dan Karim.

79
  • Persemendaan adik ipar, kakak ipar, abang ipar,
    isteri ke 2,3,4 abang ipar, biras, isteri bapa
    saudara, suami ibu saudara, anak tiri perempuan
    yang ibunya belum disetubuhi, adik beradik tiri
    dan lainnya yang dalam keluarga persemendaan
  • Keluarga angkat anak angkat dan kebawah, bapa
    angkat dan keatas, bapa saudara angkat dan
    kebawah, ibu sausara angkat dan kebawah, adik
    beradik angkat yang tidak jadi saudara sesusu dan
    ke bawah

80
  • Oleh kerana keluarga bukan mahram adalah ajnabi
    maka hukum hakam berkaitan mereka dalam keluarga
    adalah sama dengan hukum ajnabi hijab dan aurat,
    aurat pandang dan sentuh, pergaulan silang
    jantina, perkahwinan dan lainnya.
  • Anggapan bahawa mereka sama dengan keluarga
    mahram adalah salah
  • Masyarakat mesti perihatin terhadap masalah ini.

81
PENUTUP
  • Apa yang dibentangkan ini sangat ringkas, memadai
    untuk penjelasan masalah sahaja, baik jika ada
    inisiatif menambah perincian.
  • Diharap pembentangan ini dapat membantu tugas
    anda.
  • Semoga mendapat keberkatan Allah.
  • ????? ???? ???????
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com