ASSALAMUALAIKUM - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

ASSALAMUALAIKUM

Description:

Perkara ada disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-Mujadalah, 58:11) ... Sila berikan satu ayat Al-Quran atau Hadis yang menyuruh kita mengasihi Rasulullah. i) ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:188
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 31
Provided by: PDR65
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: ASSALAMUALAIKUM


1
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI
WABARAKATUH
2
ADAB-ADAB
KUMPULAN 1
DENGAN
MEMPERSEMBAHKAN
RASULULLAH
3
ADAB-
  • -Tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai
    situasi yang menepati syariat ALLAH.
  • ORANG YANG BERADAB ADALAH SEORANG YANG-
  • Bertatasusila
  • Berbudi Bahasa
  • Bersopan Santun
  • Menghormati Orang Lain

4
PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DI DALAM
PEMBENTANGAN INI-
  • -Adab Terhadap Rasulullah Ketika Hayatnya
  • Adab Terhadap Rasulullah Selepas Kewafatannya
  • Hikmah Beradab Dengan Rasulullah
  • Akiibat Tidak Beradab Dengan Rasulullah

5
PENGENALAN
6
Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala
yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya.
Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah
kita mentaati segala perintah dan suruhan yang
datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W.
tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah
mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam
nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis antaranya
Firman Allah Taala bermaksud Wahai orang-orang
yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan
kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan
kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)
dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran)
dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya. (Surah an-Nisa ayat 59).
7
ADAB TERHADAP RASULULLAH SEMASA HAYATNYA
8
Betapa pentingnya beradab terhadp Rasulullah
sehinggakan ALLAH TAALA banyak berfirman di
dalam kitab suci Al-Quran yang menyuruh kita
untuk mentaati, berselawat, mengasihi dan
mengikut sunnahnya antaranya adalah- FIRMAN
ALLAH TAALA YANG BERMAKSUD Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai
(melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat
hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan
bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah
a-Hujuraat ayat 1).
9
Antara adab-adab terhadap Rasulullah S.A.W ketika
hayatnya adalah- ADAB BERGAUL Dikatakan
apabila para sahabat bersama Rasulullah, para
sahabat sentiasa menunjukkan sikap yang amat
menyenangkan dan hanya melakukan sesuatu perkara
apabila dibenarkan sahaja.
10
ADAB MENGHADIRI MAJLIS ILMU Ketika bersama
Rasulullah S.A.W dalam majlis ilmu, para sahabat
sentiasa menjaga tatasusila majlis. Mereka akan
mendengar setiap pengajaran yang disampaikan oleh
Rasulullah dengan teliti.Para sahabat akan duduk
rapat-rapat, supaya dapat memberi ruang kepada
orang lain duduk bersama. Perkara ada disebut di
dalam Al-Quran (Surah Al-Mujadalah, 5811)
11
ADAB BERCAKAP Para sahabat sangat bersopan
ketika bercakap di hadapan Rasulullah S.A.W.
Mereka bercakap hanya perkara yang berfaedah
seperti bertanya masalah agama atau mengemukakan
pendapat. Mereka berbuat demikian kerana adanya
firman ALLAH yang bermaksud Wahai orang
beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu
melebihi suara nabi dan janganlah kamu
menyaringkan suara (dengan lantang) semasa
bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu
menyaringkan suara semasa bercakap dengan
setengah yang lain. (Larangan yang demikian)
supaya amal-amal kamu tidak terhapus pahala,
sedang kamu tidak menyedari.
12
ADAB TERHADAP RASULULLAH SELEPAS KEWAFATANNYA
13
  • Disunatkan memperbanyakkan selawat dan salam
    terhadap baginda membuktikan kasih sayang dan
    menghormati Rasulullah S.A.W kerana ALLAH akan
    memberikan rahmat kepada sesiapa yang sentiasa
    berselewat kepada Rasulullah. Ini disebutkan di
    dalam sebuah hadis yang maksudnya ialah
  • Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-As r.a bahawa
    beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda
    Sesiapa yang berselawat untukku sekali, ALLAH
    akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya
    sepuluh kali.
  • Semasa melawat makam Baginda di Madinah pula,
    kita diingatkan untuk tidak bercakap dengan nada
    yang kuat sehingga mengganggu jemaah lain. Kita
    juga dilarang sekeras-kerasnya untuk melakukan
    perkara-perkara yang khurafat tetapi sebaliknya
    kita dikehendaki memberi salam terhadap nabi
    dengan ucapan
  • ASSALAMUALAIKUM AYYUHAN
    NABIYYUL KARIMU WAR RASULUL AZIMU WARAHMATULLAHI
    WABARAKATUH

14
SOALAN
  • Terangkan dua adab terhadap Rasulullah selepas
    kewafatan Baginda
  • i)
  • ii)

15
HIKMAH BERADAB TERHADAP RASULULLAH S.A.W
16
  • Menetapkan keimanan dan ketaatan kepada
    Rasulullah S.A.W
  • Mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W
  • Menguatkan rasa kasih dan cinta kepada
    Rasulullah S.A.W
  • Dapat mencontohi dan mengamalkan adam sopan dan
    akhlak mulia yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W
  • Meningkatkan penghayatan syariat ALLAH melalui
    pelaksanakan ibadah fardhu dan sunnah.
  • Mengelakkan dakyah penyelewengan musuh-musuh Islam

17
AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH
18
  • Tidak mendapat hidayah dan bimbingan Rasulnya
    dalam kehidupan di dunia dan di akhirat .
  • Timbul perasaan tidak yakin dengan mengamalkan
    sunnah Rasulullah
  • Menjauhkan diri daripada melaksanakan tuntutan
    Islam
  • Menghakis nilai sensiviti terhadap ajaran Islam
  • Mudah terpengaruh dengan anasir luar yang
    merusakkan agama mereka seperti mempersendakan
    hukum ALLAH san sunnah Muhammad.
  • Terhakis nilai kesopanan dan kesusilaan kerana
    tidak lagi mengikut aswatu hasanah Rasulullah
  • Hilang rasa hormat dan cinta akan Rasulullah

19
Antara nas-nas Al-Quran yang memrintahkan kita
supaya Beradab Terhadap Rasulullah Firman
Allah Taala bermaksud Janganlah kamu jadikan
seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di
antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama
kamu. (Surah an-Nur ayat 63). Firman Allah
Taala bermaksud Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu
perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran)
Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat ayat 1).
20
Mentaati Rasul Firman Allah Taala
bermaksud Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada
rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu
batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad Ayat
33). Firman Allah Taala bermaksud Dan apa jua
perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah
S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan
dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya
maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr ayat
7). Firman Allah Taala bermaksud Katakanlah
(Wahai Muhammad) Taatilah kamu kepada Allah dan
rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling
(menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran
ayat 32).
21
Berselawat Kepada Rasul Firman Allah Taala
bermaksud Sesungguhnya Allah dan malaikatNya
berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab
ayat 56). Sabda Rasulullah S.A.W.
bermaksud Orang yang bakhil ialah mereka yang
disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat
kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi). Sabda Rasulullah
S.A.W. bermaksud Sesiapa yang berselawat
kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya
sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
22
Mengasihi Rasulullah Firman Allah Taala
bermaksud Katakanlah (wahai Muhammad) Jika
benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran
ayat 31). Sabda Rasulullah S.A.W.
bermaksud Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan
Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah
dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada
kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia
keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan
Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud Tiga
perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara
tersebut maka ia memiliki kemanisan iman
Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta
kepada perkara lain (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
23
Mengikut Sunnah Rasulullah Firman Allah Taala
bermaksud Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat
serta ia pula menyebut dan mengingat Allah
banyak-banyak (dalam masa sysah dan
senang). (Surah al-Ahzab ayat 21). Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud Sesiapa yang
menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah
ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya
baginya pahala seumpama pahala orang yang
melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan
sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang
sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya
baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan
mereka di mana tidak sedikitpun
berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
24
2) Sila berikan satu ayat Al-Quran atau Hadis
yang menyuruh kita mengasihi Rasulullah. i) ii)
Diskaun 20 iii)
25
3) Tolong tuliskan dua Hadis yang menyuruh kita
berselawat ke atas junjungan besar kita. i)
26
4) Apakah akibat tidak beradab dengan
Rasulullah i) ii) iii)
27
SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMU
ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
28
THANKS FROM
SOLIHIN FAEEZ
AMIRUL AIMAN
FARIS AZIM
29
BERTEMU DAN BERPISAHNYA KITA KERANA
ALLAH Pertemuan antara kita, Tidak pernah
dirancang, Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul
Jalil, Yang mengetahi suara hati kita, Yang
mengimpikan seorang insan, Bergelar teman Walau
bukan aku yang diharapkan, Tetapi akulah yang
hadir dalam hidupmu, Mungkin kehadiranku tidak
pernah di nanti, Namuntiada waktu secalit
kekecewaan, Apatah lagi kekesalan di hati
ini, Malahaku amat menghargai pertemuan
ini, Kerana dengannya, Terjalinlah sebuah
persahabatan
30
Perpisahan Ternyata amat menyakitkan, Sering
kali mengundang air mata, Keindahan dan
kebahagian yang kita nikmati bersama, Bagai di
sentap pergi serta merta. Walaupun bergitu
Ingatlah sahabatku Bertemu dan berisahnya kita
kerana Allah, Oleh itu, terimalah ia dengan penuh
keredhaan. Sekiranya ingatanmu singgah
padaku, Kirimlah sepotong doa tika itu, Moga
masih ada pertemuan selepas ini, Jika tidak di
dunia yang fana ini, Di Jannatul Firdaus yang
kekal abadi, Insya-Allah!!!

-Solihin Faeez Bin Mohd Shukri
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com