Unit 13 - PowerPoint PPT Presentation

1 / 34
About This Presentation
Title:

Unit 13

Description:

Title: Unit 8 Aplikasi Kajian Semantik Author: User Last modified by: Zaitul Created Date: 10/3/2006 12:06:24 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:140
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 35
Provided by: edum89
Category:
Tags: grape | unit

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Unit 13


1
Unit 13 14 Kepentingan dan Aplikasi
Kajian Semantik
BBM 3206 Semantik
Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon
HamzahJabatan Bahasa MelayuFakulti Bahasa Moden
dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia
2
Pengenalan
  • Semantik sebagai satu cabang ilmu linguistik yang
    berkait rapat dengan aspek tatabahasa.
  • Juga dalam bidang sastera, terjemahan,
    perubatan, sukan dll.
  • Semantik dan pragmatik.

3
Semantik dalam Tatabahasa
  • Peranan semantik dalam menghuraikan tatabahasa
    dapat ditinjau dari dua sudut, iaitu
  • Morfologi- imbuhan kerja, bekerja, pekerjaan,
    pekerja dll.
  • - kata ganda bersalam-salaman, kanak-
  • kanak, meronta-ronta, kuih- muih
  • - kata majmuk bumiputera, pasar raya,
  • setiausaha, pilihan
    raya dll.

4
  • Sintaksis bidang yang mengkaji ayat-ayat,
    unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, jenis-
    jenis ayat, bentuk dan ragamnya.
  • Contoh
  • - Adik saya memiliki teman baru.
  • - Teman saya memiliki adik baru.
  • - Adik baru saya memiliki teman.
  • - Badannya letih lesu.
  • - Letih lesu badannya.
  • Susunan perkataan menentukan makna ayat.
  • - Kami sedang mencari jalan untuk menolong
    Husin.
  • - Jalan yang menuju ke rumah saya sedang
    diperlebar.
  • Makna perkataan berubah mengikut
    penggunaannya.

5
Semantik dalam Karya Sastera
  • Puisi Sesuatu perkataan mempunyai makna dalam
    konteks pertuturan.
  • Pemilihan diksi, metafora, hiperbola, simile,
    personafikasi dsb. Contoh
  • Rinduku umpama ombak yang tiada henti memukul
    pantai
  • Kasihmu bagai pantai yang setia menanti
  • Bagai menunggu mentari senja beradu.
  • Aku masih melayang di dataran bumi yang gersang
  • tiada haluan dan tujuan.

6
Penggunaan kata Ombak
  • a. Hairan sungguh aku tengok perangai ombak naik
    turun naik turun ke pantai.
  • b. Sewaktu berdiri di tepi pantai, aku terfikir
    tentang ombak yang terus-menerus memutih di
    pantai
  • c. Bagi A Samad Said
  • Ombak
  • Yang menjamah
  • Kakiku sekali
  • Takkan dapat kukenali lagi

7
Ulasan
  • Makna kata/perkataan /ungkapan dalam puisi
    mempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu
    lebih daripada satu makna atau tafsiran. Hal ini
    disebut sebagai ambiguity atau ketaksaan. Contoh
    Sajak Kabur
  • Warna Antara Garisan
  • Sejauh ditempuh
  • tanah hitam
  • dan langit jingga
  • api dan nyawa

8
Gaya Bahasa dalam Sastera
  • Diksi pemilihan kata dan kejelasan kata untuk
    menimbulkan kesan tertentu dalam puisi.
  • Pemilihan serta penyusunannya itu mengutamakan
    ketepatan, tekanan, dan keistimewaan, termasuk
    sifat perkataan seperti konotatif, denotatif,
    kiasan, perkataan berimbuhan dsb.

9
  • Metafora
  • Sejenis gaya bahasa perbandingan atau kiasan,
    ringkas dan padat. Umumnya terdiri daripada dua
    perkataan, iaitu satu perkataan abstrak dan satu
    perkataan konkrit. Contoh
  • - di teluk mesra terkembang sudah layar
    sejarahnya
  • dia cuma anak kerdil
  • tidak minta disayangi
  • tidak pernah membenci dan tidak tahu
    menyesali
  • tapi setiap kali pengacau itu
    melebarkan mulut dan
  • mementaskan cerita dunia yang palsu
  • diselimuti dengan bunga-bunga
    fitnah
  • sekali itu juga
  • datang badai yang mencucuk kembali
    parut lukanya
  • Walaupun luka itu telah lama sembuh
  • tapi parutnya masih ada di situ
  • telah berdarah kembali
  • lalu dia mula menangis dan menangis.
  • Metafora melambangkan makna pemikiran penutur.

10
Simili
  • Satu gaya bahasa perbandingan, menggunakan
    kata-kata tertentu, iaitu seperti, bagai, bak,
    laksana, umpama dsbnya.
  • Hiperbola satu gaya bahasa puisi yang pemilihan
    perkataannya membawakan pernyataan yang
    berlebih-lebihan. Tujuan untuk menekankan sesuatu
    pandangan, perasaan dan pemikiran. Contoh
  • di puncak Everest pasti aku temui
  • segala-gala yang aku dambakan.

11
Rumusan
  • Ahli bahasa memerlukan karya sastera sebagai
    bahan untuk mengkaji keindahan bahasa, manakala
    sasterawan memerlukan pengetahuan bahasa dan ilmu
    bahasa khususnya semantik untuk mengindahkan
    bahasa dalam karya mereka dan memberikan maksud
    yang tepat dalam pemilihan perkataan
  • dalam karya mereka.

A. Samad Said
12
Semantik dalam Bidang Lain
  • Sesuatu ayat dianggap logik apabila ditunjang
    oleh premis yang tertentu. Misalnya
  • Semua planet bundar. (premis)
  • Bumi adalah planet. ( premis)
  • Bumi bundar.
  • Semantik juga berperanan dalam bidang
    leksikografi. Katz dan Fodor (1963), mencadangkan
    setiap entri kamus harus mempunyai
  • a. a syntactic categorization.
  • b. a semantic description.
  • c. a statement of restriction of
    its occurrences.

13
Pragmatik dan Tatabahasa
  • Mengikut Leech (1983), hubungan antara pragmatik
    dengan tatabahasa adalah saling melengkapi.
    Namun, kedua-dua ilmu ini mempunyai garis
    pemisah. Pragmatik ialah kajian tentang
    penginterpretasian makna ujaran berdasarkan
    konteks.
  • Antara perbezaan
  • - Semantik yang berkait rapat dengan pragmatik
    ialah ilmu yang termasuk dalam komponen
    tatabahasa, tetapi pragmatik tidak.
  • - Makna semantik lebih terikat pada rumus-rumus
    tatabahasa. Sebagai contoh, dalam pertukaran ayat
    aktif menjadi ayat pasif. Didapati ada
    rumus-rumus tertentu yang dapat memastikan sama
    ada ayat itu betul atau tidak dari segi struktur
    maknanya. Contoh
  • - The mosquito was killed by Suzy
  • (Nyamuk itu telah dibunuh oleh Suzy -
    Ayat Pasif).
  • - Suzy killed the mosquito
  • (Suzy membunuh nyamuk itu - Ayat Aktif).

14
  • Tanpa morfem by, ayat itu menjadi tidak gramatis.
  • The mosquito was killed by Suzy
  • (Nyamuk itu telah dibunuh oleh Suzy
  • Hal ini membuktikan bahawa semantik dikuasai oleh
    rumus tatabahasa tetapi pragmatik tidak kerana
    pragmatik tidak berfokus kepada kegramatisan
    ayat, sebaliknya menerima niat perlakuan
    (unsur-unsur illocutionary) yang mempunyai makna.
    Contoh ayat
  • - If I were you, Id leave this town now
  • (Jika saya ini anda, saya akan
    tinggalkan
  • bandar ini sekarang juga.)
  • Ayat yang diujarkan ini boleh mempunyai
    berbagai-bagai tafsiran bergantung pada intonasi
    dan mimik muka penuturnya. Ayat ini boleh
    bermaksud atau mempunyai niat perlakuan (unsur
    illocutionary) sebagai memberi arahan, nasihat,
    atau ugutan.

15
  • Rumus dalam semantik dan tatabahasa bersifat
    konvensional tetapi pragmatik dimotivasikan oleh
    tujuan perbualan. Makna ayat yang dikawal oleh
    tatabahasa adalah lebih bersifat harafiah
    manakala pragmatik tidak begitu.
  • Contoh
  • - Ill pay you back tomorrow (Saya akan bayar
    balik pada awak besok).
  • Dari segi tatabahasa yang bersifat konvensional,
    ayat ini menerangkan tentang lakuan masa depan
    (future act) penutur. Tetapi jika dianalisis dari
    sudut pragmatik, seperti konteks, rasional ayat
    yang diujarkan, dan prinsip perbualan yang
    terlibat akan membolehkan kita membuat kesimpulan
    bahawa ayat yang diujarkan itu bertujuan sebagai
    janji. Di sinilah perbezaan antara konvensional
    dengan motivasi.

16
  • Tatabahasa lebih bersifat pemetaan (mapping)
    sementara pragmatik adalah bersifat penyelesaian
    masalah. Pemetaan bermaksud wujudnya interaksi
    antara fonologi, morfologi, sintaksis, dan
    semantik bagi membentuk ayat-ayat yang bermakna
    dan yang boleh diterima umum.
  • Sintaksis pula selalu dikatakan mempunyai set
    pemetaan yang paling kompleks kerana terdapatnya
    formula yang sempurna bagi menentukan
    kegramatisan representasi bagi setiap tahap. Bagi
    pragmatik, segala ayat yang diujarkan mempunyai
    fungsi yang tersendiri dan segala masalah
    pentafsiran makna yang wujud akan dapat
    diselesaikan.

17
  • Tatabahasa bersifat formal, tetapi pragmatik
    bersifat fungsional. Hal ini bermakna tatabahasa
    mempunyai rumus yang konvensional, manakala
    pragmatik lebih bersifat goal- oriented dan
    evaluative.
  • Kesimpulan, ilmu semantik, tatabahasa, dan
    pragmatik harus bergandingan dan bekerjasama bagi
    mendapatkan interpretasi makna yang sebenar.
  • Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa,
    manakala pragmatik akan bertindak sebagai
    pelengkapnya, (Nor Hashimah Jalaluddin,1995).

18
  • Seterusnya, Sperber dan Wilson (1986), memberikan
    tiga alasan bahawa pragmatik tidak boleh dianggap
    sebahagian daripada tatabahasa. Alasan mereka
    adalah seperti yang berikut
  • - Makna tersirat seperti implikatur tidak
    dikuasai oleh rumus. Makna tersirat ini
    banyak dihasilkan oleh pengetahuan dunia
  • dan inferens.Contoh
  • A. Tak pergi kuliah ke?
  • B. Tak sedap badan.
  • C. Tak cukup 80 tak boleh exam, tau!
  • Beberapa aspek ujaran yang mempunyai makna
    harafiah tidak dikuasai oleh rumus.
    Ketidaktentuan dalam kandungan harafiah memaksa
    kita merujuk kepada konteks yang tidak diberikan
    oleh rumus.

19
Rumusan
  • Berdasarkan ketiga-tiga alasan ini jelas bahawa
    pragmatik tidak boleh dianggap sebagai sebahagian
    daripada tatabahasa seperti halnya dengan
    semantik. Oleh itu, yang boleh dilakukan adalah
    menggandingkan kedua-dua semantik dan pragmatik
    bagi mendapatkan tafsiran yang tepat dan jitu.

20
Implikatur. Gazdar (1979) Ada lima ciri
  • 1) Bukan merupakan sebahagian daripada yang
    diujarkan.
  • Contoh - Saya kedinginan. -
    Letak kasut itu di situ.
  • - Dia bersikap dingin. -
    Ini kasut baru.
  • 2) Bersifat peka konteks dan mempunyai ciri yang
    boleh
  • dibatalkan.
  • 3) Tidak boleh digantikan dengan ungkapan lain
    jika maksud asal
  • implikatur lari kecuali jika pengganti
    ujaran itu membawa makna
  • yang sama.
  • 4) Tidak boleh mempunyai syarat benar yang sama,
    jika ayat (1)
  • salah dan mencakup ayat (2), bermakna
    juga salah maka
  • ayat (2) tidak boleh dianggap sebagai
    implikatur kerana implikatur
  • tidak mengizinkan proses pencakupan
    berlaku.
  • 5) Satu ayat boleh mempunyai lebih daripada satu
    interpretasi dan
  • menghasilkan ketidaktentuan interpretasi.

21
Semantik dalam Terjemahan
  • Dalam terjemahan, teori semantik membantu
    kegiatan terjemahan. Dalam terjemahan, yang
    dicari bukan bentuk yang sama tetapi
    bentuk-bentuk padanan. Antara perkara yang
    terlibat
  • a. kelainan antara kebermaknaan dan
  • ketidakbermaknaan.
  • b. kesinoniman dan ketidaksinoniman.
  • c. kekaburan makna.
  • d. keberlebihan erti atau membazir.
  • e. polisemi.
  • f. ayat-ayat yang karut.

22
  • Semantik Autonom diterapkan dalam terjemahan
    bersifat literal translation .
  • Teori REST menekankan konteks (budaya penutur dan
    bahasa sasaran)
  • a. Bill, Ive found a new job.
  • (Saya sudah mendapat pekerjaan
    baharu)
  • i. Kimono (bahasa Jepun) - digunakan khusus
    untuk

  • pakaian wanita Jepun.
  • ii. Syariah (bahasa Arab) - digunakan khusus
    untuk

  • perundangan Islam.
  • iii. Lasagna (bahasa Italy) - digunakan khusus
    untuk

  • sejenis makanan yang berasal

  • dari Itali.
  • iv. Esprit de corp (bahasa Perancis) - digunakan
    khusus

  • untuk melambangkan

  • suatu konsep.

23
  • Contoh-contoh istilah saintifik dan teknikal yang
    dipinjam pula adalah seperti petroleum, insulin,
    helium, biologi, brek, neutral, linguistik dan
    banyak lagi.
  • Pinjaman adalah kaedah yang paling umum dan mudah
    antara semua kaedah terjemahan, dan merupakan
    satu bentuk kaedah formal. Banyak perkataan yang
    pada mulanya telah dipinjam semasa proses
    terjemahan dan akhimya melalui proses
    'naturalisasi' atau diserapkan ke dalam
    perbendaharaan kata bahasa Melayu.
  • Proses ini mengadaptasi perkataan bahasa sumber
    kepada sistem sebutan, ejaan dan seterusnya
    morfologi bahasa sasaran (Newmark, 1988 82).
  • Contoh almari (bahasa Portugis), kanun, syariat
    (bahasa Arab), pisau (bahasa Cina) cukai, maaf,
    (bahasa Hindi).

24
Kaedah Peniruan (Caique)
  • Kaedah ini masih lagi menggunakan konsep pinjaman
    tetapi istilahnya diterjemahkan (pinjam terjemah)
    dan disusun mengikut tatabahasa bahasa sasaran.
    Terdapat dua jenis peniruan
  • i. Peniruan Penyampaian - sesuatu istilah bahasa
    sumber itu
  • dipinjam dengan cara menterjemahkannya
    secara literal ke
  • dalam bahasa sasaran.
  • Social science - sains sosial
  • Amino acid - asid amino
  • Website - laman sawang
  • Yellow culture - budaya kuning
  • Cold war - perang dingin
  • Underground - bawah tanah
  • Skyscraper - pencakar langit

25
  • ii. Peniruan Struktur memasukkan struktur
  • bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran.
  • Prime minister - Perdana menteri (BI-BM).
  • Secretaire generate Secretary general
  • (B.Perancis-BI).

26
Terjemahan Harfiah
  • Dalam kaedah ini persamaan di peringkat kata
    (leksikal) dan peringkat ayat (sintaksis)
    dikekalkan. Kaedah ini lazimnya digunakan untuk
    menterjemah teks sumber yang ditulis dalam bahasa
    yang ringkas dan tidak kompleks. Bagi teks
    saintifik dan teknikal, terjemahan harfiah biasa
    digunakan dengan meminjam istilah bahasa sumber
    dan diubahsuaikan mengikut ejaan bahasa sasaran.
    Contoh
  • He will attend the meeting tomorrow.
  • Dia akan hadir mesyuarat esok.
  • I go to school by bus.
  • Saya pergi ke sekolah dengan bas.
  • My mother is a teacher.
  • Ibu saya seorang guru.

27
  • Terjemahan harfiah membolehkan setiap perkataan
    dalam bahasa sumber diganti dengan padanannya
    dalam bahasa sasaran, dan sekali gus struktur
    ayat bahasa sumber dipindahkan terus ke dalam
    bahasa sasaran tanpa apa-apa perubahan besar.
  • Namun begitu, kadangkala warta tidak boleh
    disampaikan ke dalam bahasa sasaran dengan
    menggunakan ketiga-tiga kaedah seperti tersebut
    sebelum ini. Perkara ini berlaku apabila sesuatu
    teks sumber tidak mempunyai satu makna yang sama
    dalam bahasa sasaran atau teks tidak boleh
    dipindahkan terus kerana berbentuk figuratif dan
    struktur linguistiknya berlainan.
  • Contohnya
  • He looked at the map.
  • He looked the picture of health.

28
  • Masalah terjemahan mungkin juga timbul apabila
    menterjemahkan satu perkataan yang membawa banyak
    maksud dalam bahasa sasaran jika digunakan dalam
    konteks yang berlainan. Makna setiap perkataan
    dipengaruhi oleh konteks. Oleh itu, terjemahan
    perlu dilakukan berdasarkan pemahaman keseluruhan
    konteks ayat. Contoh
  • To administer an estate - mentadbir harta.
  • To administer first aid - memberi pertolongan

  • cemas.
  • To administer an oath - menjalankan angkat

  • sumpah.
  • To administer to the need of the poor
  • membantu keperluan golongan miskin.

29
Penyamaan Fungsian
  • mencari penyamaan merupakan sesuatu yang rumit
    dalam terjemahan. Penyamaan yang dimaksudkan
    ialah 'penyamaan sejadi yang paling hampir'.
  • Penyamaan sebegini bergantung sepenuhnya kepada
    konteks dan nilai budaya. Kaedah ini mencadangkan
    agar penyamaan yang dicapai dalam teks terjemahan
    dapat menyampaikan fungsi yang sama seperti dalam
    teks sumber, terutamanya penggunaan bahasa
    figuratif seperti perumpamaan dan simpulan
    bahasa.

30
Contoh
  • Ouch! - aduh!
  • Go to hell - persetan/pergi jahanam.
  • Casanova - buaya darat/hidung belang.
  • Sour grape - iri hati.
  • Sweetheart - buah hati.
  • As white as snow - putih seperti kapas (bukan
    salji)
  • (bahasa Arab - Abyadh kallaban - white as
    milk).
  • To kill two birds with one stone - sambil
    menyelam minum air
  • Still water runs deep - air yang tenang jangan
    disangka tiada
  • buaya.

31
Beberapa Kajian Semantik Melayu
  • Awang Had Salleh (1959)
  • - Menulis rencana yang bertajuk Sadikit Tentang
    Maana. Beliau memberikan data bahasa Melayu
    dalam penggunaan sehari-hari.
  • Ainon Muhammad (1979)
  • - Menulis tentang Semantik Satu Pengenalan
    Ringkas menyenaraikan setiap teori semantik
    mengikut peredaran zamannya dengan mudah.
  • Zaharah Kasim (1985)
  • - Dalam artikel yang bertajuk, Komponen Makna
    menjelaskan pentingnya peranan semantik untuk
    menyusun kamus. Mencadangkan teori semantik Katz
    dan Fodor (1963) dijadikan panduan oleh penyusun
    kamus.

32
  • Zahrah Ghaffur (1986)
  • - Membincangkan penerapan teori semantik dalam
    kerja-kerja penterjemahan berkomputer.
  • Ton Ibrahim (1987)
  • - Membincangkan penerapan teori komponen makna
    pada kata gerak dalam tesis yang bertajuk,Kata
    kerja Gerak dalam Dialek Kedah Daripada kajian
    beliau, Ton telah dapat membezakan fiturnya
    seperti ke atas, ke bawah, ke belakang, ke tepi,
    ke dalam, ke luar, dari dan ke. Contoh Kata arah
    ke atas adalah seperti yang berikut
  • - angkat, angkut,/ lompat, loncat,/ lambung,
    dan julang
  • Asmah Hj Omar (1990)
  • - Menunjukkan penerapan teori semantik dalam
    menerangkan konsep konflik dan penyelesaian
    konflik.
  • Contoh berkelahi, bertengkar, bergaduh,
  • berbabil, berbalah, bersengketa,
  • bergeser, membangkang, melawan,
    berlawan

33
  • Aishah Mahdi (1991)
  • - Dalam tesis sarjananya yang berjudul, Kata
    Pinjaman Tulen Bahasa Inggeris dalam Bahasa
    Malaysia Satu Kajian Semantik menerapkan teori
    semantik analisis komponen pada kerja-kerja
    perkamusan.
  • - Aishah memberikan contoh bagaimana penyempitan
    dan pengkhususan serta perluasan makna berlaku
    dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan
    aktor dan aktres dikategorikan untuk mereka yang
    berlakon filem sahaja. Dramatis untuk mereka yang
    berlakon drama.

34
  • Sekian, terima kasih .
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com