Title: KOH 3363 KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN
1KOH 3363 KOMUNIKASI DAN PERUNDINGAN
- Sesi Jun 2011/2012
- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
- PPL, UPM
2Maklumat Pensyarah
- Nama ISHAK BIN ABD HAMID (Pak Ngah)
- Bilik Pensyarah No. B127, Tingkat Satu,
Bangunan Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden
Dan Komunikasi, UPM. - Alamat Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400
UPM Serdang Selangor Darul Ehsan
3Maklumat Pensyarah
- Waktu Berurusan Rabu Pagi 12.00 Tgh Hari
- Telefon 03-89468779 (Rasmi)
- 03-89468777 (untuk tinggalkan mesej dengan
Cik Hasnidah) - 013-3801956
- E-Mel ishak_at_fbmk.upm.edu.my
- dilek.kudai_at_fbmk.upm.edu.my
4Maklumat Pensyarah
- Laman Web http//www.fbmk.upm.edu.my/ishak
- Laman peribadi http//visualvivid.blogspot.com
5HURAIAN MENGENAI KURSUS
- NAMA KURSUS Komunikasi dan Perundingan
- KOD KURSUS KOH 3363
- KREDIT 3(30)
- PRASYARAT Tiada
6HURAIAN MENGENAI KURSUS
- SINOPSIS
- Kursus ini meliputi ciri-ciri perundingan proses
komunikasi hubungan saling bergantung
perancangan strategi dan taktik perundingan
distributif strategi dan taktik perundingan
integratif elemen penting dalam proses
strategik proses pembujukan struktur sosial
perundingan peranan kuasa peranan siasah
perunding taktik mengatasi konflik dan etika
dalam perundingan.
7HURAIAN MENGENAI KURSUS
- OBJEKTIF
- Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat
- menerangkan jenis, prinsip dan etika perundingan,
- menerangkan strategi dan taktik perundingan,
- mengenal pasti dan menerangkan faktor yang
mempengaruhi proses dan kejayaan perundingan.
8HURAIAN MENGENAI KURSUS
- KANDUNGAN KURSUS
- 1. Ciri-ciri perundingan
- 2. Proses komunikasi perundingan
- 3. Hubungan saling bergantung
- 4. Perancangan (pra-perundingan)
- 5. Strategi dan taktik perundingan
distributive - 6. Strategi dan taktik perundingan
integrative
9HURAIAN MENGENAI KURSUS
- KANDUNGAN KURSUS
- 7. Elemen penting dalam proses strategik
- 8. Struktur sosial perundingan
- 10. Peranan kuasa
- 11. Peranan siasah perunding
- 12. Taktik mengatasi konflik
- 13. Etika dalam perundingan
10Buku Rujukan
- Lewicki, R.J., Saunders, D.M., Minton, J.W.
(2002). Essentials of Negotiation. Boston
Irwin McGraw-Hill.
11HURAIAN MENGENAI KURSUS
- PENILAIAN
- Tugasan 1 20
- Tugasan 2 30
- Peperiksaan Pertengahan 20
- Peperiksaan Akhir 30
- Jumlah 100
12MENGAPA KURSUS INI PENTING?
- Untuk mendalamkan pengetahuan anda dalam peranan
komunikasi dalam perundingan untuk menyelesaikan
konflik. - Diharapkan anda seharusnya menjadi seorang
perunding memahami konsep perundingan dan mampu
berkomunikasi secara berkesan, dihormati,
disegani dan disayangi oleh setiap orang yang
berunding dengan anda sepanjang hayat anda nanti.
13Peperiksaan Pertengahan Semester (20)
PEPERIKSA-AN BENTUK DAN BILANGAN SOALAN BAB-BAB YANG DINILAI
Peperiksaan Pertengahan Semester Soalan objektif 40 soalan objektif. Unit 1 Pengenalan Kepada Perundingan Unit 2 Strategi dan Taktik Perundingan Distributif 20
14Peperiksaan Akhir (30)
Peperiksa-an Akhir Objektif 70 soalan objektif. Unit 3 Strategi dan Taktik Perundingan Integratif Unit 4 Keperluan-keperluan dalam Pra-Perundingan Unit 5 Komunikasi dalam Perundingan Unit 6 Kuasa dan Pembujukan dalam Perundingan Unit 7 Etika dalam Perundingan 30
15Tugasan Individu (20)
Tulis satu esei mengenai pengalaman benar anda berunding dengan seseorang dalam menyelesaikan konflik. Misalnya pengalaman berunding dengan suami atau isteri, penjual, rakan sepejabat atau sebagainya. Kaitkan esei anda itu dengan konsep-konsep perundingan seperti di dalam nota kuliah. Esei anda perlu mempunyai 10 rujukan atau bibliografi. Esei tersebut hendaklah ditaip tidak kurang daripada lima muka surat.
16PROJEK KUMPULAN 30
- Untuk melaksanakan tugasan ini setiap kumpulan (3
hingga 6 orang) memerlukan khidmat dari Tutor di
Pusat Pembelajaran. - TAJUK MENGENDALIKAN KONFLIK DENGAN KETUA DI
PEJABAT - Anda dikehendaki menemubual partisipan-partisipan
(responden) mengenai bagaimana mereka
mengendalikan konflik dengan ketua mereka di
pejabat.
17Soalan-soalan Kajian
- Apakah tumpuan utama (masalah, concern, interest)
mereka mengenai konflik yang mereka alami itu
itu? - Bagaimanakah mereka mengendalikan tumpuan utama
(masalah, concern, interest) mereka dalam
mengendali dan menyelesaikan konflik tersebut?
18Kaedah Mendapatkan Data
- Data HANYA diperolehi daripada temubual,
perbualan, pemerhatian, kumpulan fokus dan
lain-lain. - Data dari media seperti bahan cetak, rancangan
radio dan televisyen dan internet TIDAK perlu
digunakan. - Anda tidak dibenarkan menggunakan alat perakam
dan dilarang menulis sesuatu semasa temubual atau
perbualan. - Kenalpasti dan ingat konsep, tema atau kategori
yang didengari dan tulis segera selepas data
diperolehi dalam setiap pertemuan.
19Kaedah Menganalisis Data
- Selepas setiap pertemuan (temubual), bandingkan
data yang diperolehi itu dengan data yang
diperolehi daripada partisipan sebelumnya. - Apabila tiada lagi maklumat baru yang diperolehi
dan telah muncul satu kategori yang sering
disebut oleh partisipan maka pertemuan fasa
pertama sudah berakhir. Anda seharusnya sudah
mengenalpasti kategori utama atau tumpuan utama
(main concern) partisipan.
20Kaedah Menganalisis Data
- Pertemuan dengan partisipan pada fasa kedua
bergantung kepada kategori utama (core category)
yang telah ditemui. - Hanya partisipan yang mempunyai core category
yang sama sahaja perlu ditemui. - Dalam pertemuan itu anda harus mendapatkan lebih
banyak data terutamanya mengenai kaedah atau
proses mereka mengendalikan main concern itu.
21Kaedah Menganalisis Data
- Daripada data yang diperolehi, anda perlu
menganalisis dan menentukan perkaitan
perkaraperkara berikut - Sebab dan akibat
- Proses (bagaimana ia berlaku dan penyelesaiannya)
- Perkaitan di antara pembolehubah atau variables
22Kaedah Menganalisis Data
- Senaraikan semua kategori atau tema yang
diperolehi dari analisis data. - Buat jadual atau carta aliran untuk memudahkan
analisis anda.
23 Contoh Hasil Kajian Peringkat Awal- Pengekodan
Terbuka
Tidak menyampaikan mesej dengan niat sejujur
Pemahaman terhadap individu
Tidak menepati janji
Sikap saling tidak mempercayai
Tidak konsisten dan tidak dapat diandalan
Tidak selalu didampingi
Masalah yang dihadapi oleh pelajar yang bercinta
mengenai Isu kepercayaan
Tidak menyimpan rahsia
Pemecahan masalah
Pengalaman
Timbal balik
Adil
Toleransi
Simpati
Tidak terima seada-adanya
24KATEGORI DAN SIFAT(categories and properties)
Hubungan jarak jauh - Tidak selalu didampingi -
Kekurangan keyakinan - Berfikiran bukan-bukan -
Bimbang akan dikhianati
Kejujuran - Tidak menyampaikan mesej dengan
niat sejujur - Melindungi kesilapan sahaja
MASALAH KEPERCAYAAN PELAJAR YANG BERCINTA
DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN INTIM
Pemahaman terhadap seseorang - Pemahaman yang
tidak mencukupi - Tidak mengertikan mesej yang
disampaikan
Janji Kosong - Tidak menepati janji -
Membesar-besarkan percakapan
Karakteristik - Sikap saling tidak mempercayai -
Tidak berfikiran terbuka - Kekurangan komitmen
25Ciri-ciri (Properties) Ketidakpercayaan
Kejujuran
MASALAH KEPERCAYAAN DI KALANGAN PELAJAR YANG
BERCINTA DALAM MENGEKALKAN HUBUNGAN INTIM
Janji Kosong
Karakteristik
Pemahaman terhadap seseorang
Hubungan jarak jauh
26Pembolehubah
PEMBOLEHUBAH TIDAK BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
Janji kosong
Tahap Kejujuran
Karakteristik Individu
Pemahaman terhadap teman kekasih
Hubungan yang bersifat jarak jauh
27FORMAT PENULISAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN
(KUMPULAN)
- Laporan anda mesti mengandungi perkara berikut
- Pengenalan
- Metodologi kajian
- Hasil (dapatan atau penemuan)
- Kesimpulan
28FORMAT PENULISAN LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN
- Ditaip dalam tidak kurang daripada 20 muka surat
(tidak termasuk lampiran). - Laporan kajian anda mestilah ditaip berselang dua
(double spacing) dengan fon Arial (11 poin). - Sumber maklumat hendaklah dibuat rujukan.
- Laporan hendaklah dijilid dan mengandungi
maklumat berikut
29Universiti Putra Malaysia Tajuk Pengalaman Dalam Perundingan Oleh Nama ahli-ahli kumpulan (No. matrik) Nama Kursus Nama Pensyarah Tarikh
30Kehadiran
- Kehadiran tutorial adalah penting kerana
- kajian telah membuktikan bahawa terdapat korelasi
antara kehadiran yang baik dan gred yang baik. - Anda dikehendaki menyempurnakan tugasan dan
perbincangan semasa kelas tutorial dijalankan.
31Kehadiran
- Pencerapan dan kebolehan meluahkan idea melalui
percakapan adalah antara kemahiran berkomunikasi
yang anda perlu tonjolkan semasa kuliah. - Ahli-ahli dalam kumpulan anda pasti memerlukan
anda semasa perbincangan. - Anda akan dapati sukar untuk memahami topik yang
dibincangkan semasa anda tidak hadir.
32Tanggungjawab Dan Etika
- Motivasi diri sendiri
- Tanggungjawab ke atas diri dan juga terhadap
ahli-ahli kumpulan anda. - Setiap tugasan mestilah bersifat asli bukan hasil
peniruan atau penipuan.
33Tanggungjawab Dan Etika
- Ketidakjujuran termasuklah menggunakan kerja
orang lain sebagai hasil kerjanya, menyerahkan
tugasan yang sama daripada kursus lain
berbincang, menipu atau meniru semasa
peperiksaan memasukkan nama pelajar dalam
senarai pelajar yang membuat tugasan padahal
pelajar tersebut tidak memberikan sebarang
sumbangan memusnahkan hasil kerja pelajar lain
kerana dengki dan sebagainya. - Jika diketahui, mana-mana pelajar yang terlibat
dengan aktiviti tidak jujur ini akan diberikan
gred F.
34Kelewatan Menghantar Tugasan
- Tarikh penerimaan tugasan oleh saya ada
dinyatakan dalam jadual tentatif di atas. - Anda perlu melaksanakan tugasan dengan segera dan
menghantarkannya kepada Pusat Pembelajaran Masing
untuk dihantar ke PPL. - Tugasan anda harus sampai kepada saya sebelum
atau pada minggu yang telah ditetapkan. Semua
tugasan yang lewat akan didenda. Satu markah akan
ditolak bagi setiap hari yang terlewat.
35Tidak Hadir Di Hari Peperiksaan
- Pelajar yang tidak hadir semasa hari peperiksaan
mestilah menunjukkan sebab yang munasabah. Jika
sakit hendaklah menunjukkan surat akuan doktor.
Mereka yang tidak hadir tanpa alasan yang baik,
tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan khas.
36Rayuan Meningkatkan Gred
- Semua gred yang diterima adalah muktamad.
- Sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali
kecuali atas sebab-sebab yang munasabah.
37PETUA BELAJAR
- Menyukai pensyarah
- Berminat dalam kursus
- Konsisten dengan berdisiplin
- Banyak membaca dan menulis
- Tonjolkan diri secara positif dalam semasa
melaksanakan tugasan. - Tidak berputus asa dan tenang dalam ketegangan.
- TAWAKKAL PADA ALLAH
38SELAMAT BELAJAR
- SEMOGA ILMU YANG ANDA PEROLEHI DARI KURSUS INI
DIREDHAI ALLAH SWT DAN BERGUNA DALAM KEHIDUPAN
HARIAN DAN PROFESIONAL