U. Mohamad Zahir Bin Kasir - PowerPoint PPT Presentation

1 / 33
About This Presentation
Title:

U. Mohamad Zahir Bin Kasir

Description:

Title: Slide 1 Author: danimansyah Last modified by: Fathi Created Date: 12/19/2006 12:36:35 AM Document presentation format: On-screen Show (4:3) Company – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:96
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 34
Provided by: Danimansyah
Category:
Tags: bin | dasar | kasir | logika | mohamad | zahir

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: U. Mohamad Zahir Bin Kasir


1
USUL AL - TAFSIR
KULIAH KETIGA
  • U. Mohamad Zahir Bin Kasir
  • Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan

2
Nasikh Mansukh/ Al Naskh
  • Definasi
  • Dari sudut Bahasa Arab al-Naskh ialah penghapusan
    dan pemindahan. Dari sudut istilah al-Naskh
    ialah
  • Pemansuhan hukum satu dalil Syara' atau lafaznya
    dengan satu dalil dari al-Quran dan al-Sunnah.
  • Maksud pemansuhan hukum ialah pertukaran hukum
    dari wajib kepada mubah atau dari mubah kepada
    haram dan seumpamanya.
  • Maksud atau lafaznya ialah lafaz sesuatu dalil
    Syara' kerana al-Naskh itu boleh terlaksana
    kepada hukum sahaja atau lafaz sahaja atau kepada
    hukum serta lafaz sebagaimana yang akan
    diterangkan kelak.

Kata kunci pemansuhan hukum
3
Nasikh Mansukh/ Al Naskh
  • - al-Naskh (pemansuhan) diterima dari sudut akal
    kerana pemerintahan dan hukum adalah di tangan
    Allah yang merupakan Tuhan pencipta dan pemilik.
    Allah berhak mensyariatkan untuk hamba-hambaNya
    apa sahaja menurut hikmat dan rahmatNya
  • Di samping itu, hikmah dan rahmat Allah menjurus
    ke arah pensyariatan perkara yang diketahui Allah
    akan memberi manfaat kepada agama dan dunia
    mereka. Manfaat-manfaat ini pula berbeza menurut
    keadaan dan masa. Pada sesuatu masa atau tempat,
    satu hukum adalah lebih bermanfaat untuk hamba
    dan pada masa atau tempat lain satu hukum lain
    adalah lebih bermanfaat. Allah Maha Mengetahui
    dan Maha Bijaksana.

Kata kunci berdasarkan hikmah Allah
4
Nasikh Mansukh/ Al Naskh
  • - ???? ????? )??? ???????? ???? ????? ????
    ????????? ?????? ???????? ??????? ????
    ?????????)(?????? ?????106)
  • Maksudnya Ayat mana saja yang Kami mansuhkan,
    atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya,  Kami
    datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang
    setanding dengannya.
  • 2 - ???? ????? )?????? ??????? ???????
    ???????)(?????? ?? ?????66) (????????
    ????????????)(?????? ?????187) ??? ??? ?? ??
    ????? ????? ??????.
  • Maksudnya Sekarang Allah telah meringankan
    kepadamu.
  • 3 - ???? ???? ???? ???? ????? "??? ?????? ??
    ????? ?????? ???????"(25) ???? ?? ?? ??? ????? ??
    ????? ??????.
  • Maksudnya Maka sekarang campurilah mereka

5
Perkara yang tidak boleh dimansuhkan 
  • Pengkhabaran. Ini kerana al-Naskh hanya berlaku
    pada hukum. Sekiranya salah satu daripada dua
    berita dimansuhkan, ini bermakna salah satu
    daripadanya adalah bohong sedangkan pembohongan
    adalah mustahil berlaku dalam berita-berita Allah
    dan RasulNya
  • Dikecualikan daripada perkara ini apabila hukum
    itu datang dalam bentuk berita, di sini ianya
    boleh dimansuhkan.

Example please!!!
6
Perkara yang tidak boleh dimansuhkan 
  • Hukum-hukum yang merupakan maslahah/manfaat pada
    setiap zaman dan tempat seperti Tauhid,
    dasar-dasar Iman, dasar-dasar ibadat, kemuliaan
    akhlak seperti benar, kehormatan diri, budiman,
    keberanian dan sebagainya. Perkara-perkara ini
    tidak boleh dimansuhkan.
  • Begitu juga dengan larangan terhadap semua
    perkara keji pada setiap zaman dan tempat
    seperti syirik, kufur, kekejian akhlak seperti
    menipu, sombong, bakhil, penakut dan lain-lain.
    Ini kerana semua aspek Syariat adalah demi
    membawa manfaat kepada hamba dan menolak
    kefasadan daripada mereka.

Example please!!!
7
Syarat-syarat al-Naskh
  1. Tidak dapat dijamak antara dua dalil. Jika dapat
    dijamak, naskh tidak dibenarkan kerana dengan
    jamak kedua-dua dalil dapat diamalkan.
  2. Dapat diketahui kelewatan tarikh dalil yang
    nasikh (yang memansuhkan) samada dengan nas,
    pemberitahuan sahabat atau tarikh.
  3. Dalil yang nasikh mestilah sabit. Jumhur
    mensyaratkan dalil tersebut hendaklah lebih kuat
    daripada dalil yang mansukh (yang dimansuhkan).
    Di sisi mereka, walaupun hadith ahad sabit, ianya
    tidak boleh memansuhkan hadith mutawatir.
    (Walaubagaimanapun) pendapat yang rajih (lebih
    kuat) ialah tidak mensyaratkan dalil yang nasikh
    itu lebih kuat. Ini kerana perkara yang
    dimansuhkan ialah hukum dan kesabitan hukum tidak
    disyaratkan melalui jalan mutawatir.5

Example please!!!
8
Bentuk-bentuk al-Naskh
  • Apa yang dimansuhkan hukumnya dan kekal lafaznya.
  • dua ayat al-Musabarah (sabar teguh dalam
    menentang musuh) iaitu firman Allah Taala
    (al-Anfal 865) (al-Anfal 866)
  • ???? ?????? ???????? ????????? ??????????
    ?????????? ???????????)(??????? ?????65)? ???
    ????? ????? ????? )?????? ??????? ???????
    ???????? ???????? ????? ??????? ??????? ??????
    ?????? ???????? ??????? ????????? ??????????
    ??????????? ?????? ?????? ???????? ??????
    ?????????? ?????????? ???????? ??????? ?????????
    ???? ?????????????)
  • Apa yang dimansuhkan lafaznya dan kekal hukumnya.
  • ??? ???? ???? ???? ??? ?????? ???????? ????????
    ???????? ???? ???? ???? ???? ???? ???? ?????
    ?????? ????? ????? ?? ??? ?????? ???? ?? ????
    ???? ????? ?? ??? ????? ?? ???? ????? ??????
    ???? ????? ?????? ????? ??? ????? ?? ???? ???? ??
    ??? ?? ???? ??? ???? ?? ?????? ???????? ?????
    ??????? ?? ??? ?????? ?? ????????.
  • Apa yang dimansuhkan hukum dan lafaznya
  • seperti naskh (pemansuhan) sepuluh kali susuan
    yang terdapat dalam hadith 'Aisyah (yang telah
    dikemukakan di atas)

9
Jenis-jenis al-Naskh
  • Naskh al-Quran dengan al-Quran. Contohnya dua
    ayat al-musabarah. (sabar teguh dalam menentang
    musuh
  • Naskh al-Quran dengan al-Sunnah
  • Masalah khilafiyah
  • Naskh al-Sunnah dengan al-Quran
  • Contohnya naskh menghadap Baitul Maqdis yang
    sabit dengan sunnah dengan menghadap Kabah yang
    sabit dengan firman Allah (al-Baqarah 2144) -
    Maksudnya Palingkanlah mukamu ke arah al-Masjid
    al-Haram dan di mana saja kamu berada,
    palingkahlah mukamu ke arahnya
  • Naskh al-Sunnah dengan al-Sunnah
  • ?????????????? ???? ???????????? ??? ????????????
    ??????????? ??? ????? ??????? ???????? ?????
    ?????????? ?????????

10
Hikmah al-Naskh 
  •  
  • Terdapat beberapa hikmat al-Naskh seperti
    berikut 
  • Memberi keutamaan kepada manfaat hamba-hamba
    dengan pensyariatan perkara yang lebih bermanfaat
    untuk mereka dalam agama dan dunia.
  •  Pengubahsuaian Syariat sehinggalah ke tahap
    sempurna.
  •  Menguji golongan mukallaf (yang
    bertanggungjawab) dalam kesanggupan dan keredhaan
    mereka menerima perubahan satu hukum kepada hukum
    lain.
  •  Menguji golongan mukallaf (yang
    bertanggungjawab) dalam perlaksanaan kesyukuran
    sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih ringan
    dan kesabaran sekiranya al-Naskh itu kepada yang
    lebih berat

11
Am Khas
  • Definasi Am
  • Dari sudut Bahasa Arab al-Am ialah yang
    merangkumi.
  • Dari sudut istilah al-'Am ialah Lafaz yang
    merangkumi seluruh individunya tanpa had
    tertentu.
  • Definasi Khas
  • Dari sudut bahasa al-Khas (khusus) ialah lawan
    kepada umum.
  • Dari sudut istilah al-Khas (khusus) ialah Lafaz
    yang menunjukkan kepada sesuatu yang spesifik
    (tertentu) samada peribadi atau bilangan, seperti
    Kata Nama Khas, Kata Nama Isyarat dan Kata Nama
    Bilangan.

Kata kunci lafaz umum
12
Bentuk-bentuk lafaz yang membawa erti umum
  • Lafaz yang memang menunjukkan keumuman seperti
    kullu (semua), jami (seluruh), kaffah (semua),
    qatibah (semua) dan 'ammah (semua).
  • Asma' al-syart (kata nama syarat).
  • Asma' al-istifham (kata nama pertanyaan).
  • Ism al-maushul (kata nama sambungan).
  • al-Nakirah fi siyaq al-nafy aw al-nahy aw
    al-syart aw al-istifham al-inkari ( kata umum
    dalam konteks pengingkaran/ kata umum dalam
    konteks syarat)
  • Al-Mu'arraf bi al-idhafah mufradan aw majmu'an
    (kata sandaran)
  • Al-Mu'arraf bi Al al-istighraqiyyah mufradan aw
    majmu'an (kata nama yang menjadi khas kerana
    bersambung dengan alif lam yang membawa maksud
    menyeluruh samada satu atau jamak/plural.)

Example please!!!
13
Beramal dengan al-'Am (Umum)
  • Wajib beramal dengan keumuman lafaz al-'Am
    sehinggalah sabit pengkhususannya. Ini kerana
    nas-nas al-Quran dan al-Sunnah wajib diamalkan
    berdasarkan tuntutannya sehinggalah ada dalil
    lain yang menyalahinya.
  • Sekiranya terdapat dalil umum berkenaan sabab
    (punca) yang khusus, wajib beramal dengan
    keumuman dalil umum itu. Ini kerana pengajaran
    adalah berdasarkan keumuman lafaz dan bukannya
    kekhususan sabab (punca) kecuali sekiranya
    terdapat dalil yang mengkhususkan dalil umum itu
    kepada keadaan yang menyerupai keadaan sabab
    (punca) dalil umum itu. Di sini dalil umum itu
    dikhususkan kepada keadaan yang serupa dengan
    sababnya (puncanya)

14
Khas / Takhsis
  • Definasi al-Takhsis (Pengkhususan)
  • Dari sudut bahasa al-Takhshish (pengkhususan)
    ialah lawan kepada al-tamim (menjadikan umum).
  • Dari sudut istilah al-Takhshish (pengkhususan)
    ialah Pengeluaran sesetengah individu al-'Am.
  • al-Mukhassis (pengkhusus) ialah pembuat
    al-Takhshish (pengkhususan) iaitu Syara'. Lafaz
    ini juga digunakan untuk dalil yang
    mengkhususkan.

Kata kunci lafaz khusus
15
Dalil yang mengkhususkan terbahagi kepada dua
jenis
  • Al-Mukhashshish al-Muttashil (yang bersambung)
    iaitu apa yang tidak berdiri dengan sendiri.
  • Al-Mukhassis al-Munfashil (yang berasingan) iaitu
    apa yang berdiri dengan sendiri.

16
Jenis-jenis al-Mukhashshish al-Muttashil
(Pengkhusus yang bersambung)
  • Al-Istitsna (pengecualian) Dari sudut Bahasa
    Arab Al-Istitsna (pengecualian) ialah
    mengembalikan sebahagian objek kepada
    sebahagiannya yang lain seperti simpulan tali.
  • Lafaz al-Istitsna' (pengecualian) mestilah
    bersambung dengan al-Mustatsna minhu (perkara
    yang dikecualikan daripadanya) samada secara
    menyeluruh mahupun secara hukum sahaja

17
Jenis-jenis al-Mukhashshish al-Muttashil
(Pengkhusus yang bersambung)
  • Al-Mustatsna (benda yang dikecualikan) tidak
    boleh melebihi setengah al-Mustatsna minhu (benda
    yang dikecualikan daripadanya). Sekiranya
    seseorang berkata, Dia berhak menerima dariku
    sepuluh dirham (ini al-Mustatsna minhu) kecuali
    enam dirham (ini al-Mustatsna), pengecualian ini
    tidak sah dan dia mesti memberinya sepuluh
    dirham.
  • Al-Syart (kenyataan berkait)
  • Al-Sifah (sifat)

Ayat yang mengelirukan
18
Al-Mukhassis al-Munfashil (Pengkhusus yang
berasingan)
  • Pengkhususan dengan pancaindera.
  • Pengkhususan dengan akal.
  • Pengkhususan dengan Syara'.
  • ???? ??????? ????? ???? ????? ?? ??? ???
    )????????? ????? ?????? ????????
    ????????)(??????? ?????25) ??? ???? ?? ??? ????
    ?? ???? ?????? ??????.
  • ????? ??????? ?????? ???? ????? )???????
    ??????? ????? ?????? )(????? ?????62)? ??? ?????
    ?? ??? ?? ???? ????? ??? ??????.
  • ??? ??????? ?? ??? ?? ?? ?? ????? ?????? ??? ??
    ????? ???????? ????? ?? ?? ????? ???? ???? ??
    ??????? ?? ??????? ?? ??? ?????? ??? ???????? ???
    ??????? ?? ??? ?????? ???? ????? ????? ???? ????
    ?? ??????.

19
Contoh-contohnya
  • ???? ??????? ??????? ??? ?????? ?????? ???? ??
    ????? ???????? ????????? ???????.
  • ???? ????? ?????? ??????? ???? ?????
    )????????????????? ????????????? ???????????????
    ???????? ???????)(?????? ?????228)
  • ?? ????? ????? )??? ???????? ????????? ???????
    ????? ?????????? ?????????????? ?????
    ????????????????? ???? ?????? ???? ?????????????
    ????? ?????? ??????????? ???? ???????
    ???????????????)(??????? ?????49)
  • ????? ????? ?????? ?????? ???? ????????? ?????
    ????? )?????????? ??????? ??? ????????????
    ?????????? ?????? ????? ??????????????)(??????
    ?????11) ?????? ?? ????? ???? ???? ???? ?????
    "?? ??? ?????? ?????? ??? ?????? ??????"(15) .
  • ????? ????? ?????? ???????? ???? ?????
    )??????????? ????????? ?????????????? ????? ????
    ???????? ???????????? ????????? ??????????????
    ?????????? ????????)(??????????4) ?? ????????
    ??? ?? ?????? ?????? ???? ??????? ???? ??? ????
    ?? ?????????? ???? ??? ????? ?????? ?? ???? ???
    ??? ?? ?????? ??????.
  • ????? ????? ?????? ??????? ???? ?????
    )???????????? ??????????? ??????????? ?????
    ??????? ????????? ??????? ???????)(????? ?????2)
  • ?? ????? ????? ?????? ??? ????? ?? ????? ???????
    ????????? ??? ????? ????? ??? ???????.

20
Definasi Tafsir
  • Tafsir dari sudut bahasa diambil dari perkataan
    al-fasr yang bermaksud menyingkap sesuatu yang
    tertutup. Tafsir dari sudut istilah ialah
    penerangan tentang makna-makna al-Quran.
  • )??????? ????????????? ???????? ?????????
    ?????????????? ???????? ??????????????? ??????
    ????????????) (?29) ?????? ????? (??????
    ?????????????? ?????????? ???? ????? ???????
    ????????????) (????24(
  • - Maksudnya Ini adalah sebuah kitab yang Kami
    turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya
    mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya
    mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai
    akal fikiran
  • Maksudnya Maka apakah mereka tidak memperhatikan
    al-Quran ataukah hati mereka terkunci?

Kata kunci menyingkap makna-makna al-quran
21
Sumber-sumber Tafsir
1) al-quran al-karim 2) Hadits Nabi Muhammad
S.A.W 3) Ijtihad ulama dan pengambilan sumber
yang betul dari adat kebiasaaan dan sebab
penurunan. 4) Ahli kitab ( orang-orang yahudi dan
nasrani yang terdahulu yang telah masuk islam)
cth kaab al-ahbar, abdullah bin
salam Ilmu tafsir ini mula dibukukan
pada zaman tabiin (zaman pembukuan) cthnya
tafsir sufyan bin uyainah
22
Tadabbur Ayat-ayat Allah
  • Para salaf (generasi terdahulu) telah merintis
    jalan yang wajib ini. Mereka mempelajari
    lafaz-lafaz dan maksud-maksud al-Quran kerana
    dengan ini mereka dapat beramal dengannya
    sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Taala.
    Ini semua adalah kerana tidak mungkin untuk
    beramal dengan sesuatu yang tidak diketahui
    maksudnya.
  • Penerangan al-Quran kepada manusia merangkumi
    penerangan lafaz dan maksudnya. Dengan ini,
    tafsir al-Quran adalah salah satu daripada
    perkara yang Allah Taala ambil pengakuan para
    cendekiawan supaya menjelaskannya.

23
Tujuan pelajari Tafsir
  • Tujuan pengajian tafsir ialah
  • membenarkan berita-berita al-Quran,
  • mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan
    hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh
    Allah Taala. 
  • Semua ini bertujuan membuahkan perlaksanaan
    ibadah kepada Allah Taala berdasarkan ilmu yang
    jelas.

Kata kunci membenarkan berita al-quran/
mengambil iktibar
24
Para Sahabat Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Tafsir
  • Sekumpulan para sahabat amat dikenali dalam ilmu
    tafsir. al-Imam al-Suyuti menyebut bahawa di
    antara mereka ialah empat para khulafa (Abu
    Bakar, Umar, Uthman dan Ali). Riwayat tafsir
    daripada tiga khulafa pertama tidak banyak
    kerana mereka sibuk dengan urusan pemerintahan
    dan kurangnya keperluan untuk mencatat ilmu
    mereka pada zaman itu, kerana ramai orang yang
    mengetahui ilmu tafsir.
  • Di antara mereka yang terkenal dalam ilmu tafsir
    ialah Abdullah bin Masud dan Abdullah bin
    Abbas. Eloklah jika kita membaca riwayat hidup
    Ali dan mereka berdua.

25
Para Tabiin Yang Terkenal Dalam Ilmu Tafsir
  • Terdapat banyak tabiin yang terkenal dengan
    tafsir. Di antara mereka ialah
  • Penduduk Mekah yang merupakan pengikut Ibnu Abbas
    seperti Mujahid, Ikrimah dan Ata bin Abi Rabah.
  • Penduduk Madinah yang merupakan pengikut Ubai bin
    Kab seperti Zaid bin Aslam, Abu al-Darda dan
    Muhammad bin Kab al-Qurazi.
  • Penduduk Kufah yang merupakan pengikut Ibnu
    Masud seperti Qatadah, Alqamah dan al-Syabi.

26
Ahli Tafsir Yang Masyhur
  • Imam Tabari (310 h)
  • Imam Zamakhsyari (538 h)
  • Imam Fakhruddin ar-Razi (606 h)
  • Imam Ibnu Kathir (774 h)
  • Imam Qurthubi
  • Imam Alusi
  • Imam Syaukani

27
Tafsir Tabari
  • Nama Jamiul Bayan fi Tafsiril Quran
  • Bi-masur sahabt, tabien
  • Imam Tabari akan mengemukakan semua riwayat yang
    berkaitan dengan ayat yang beliau hendak
    tafsirkan.
  • Selalu juga mendatangkan sanad yang sempurna
    daripada tabien seperti Mujahid dan ad-Dahhak.

28
Tafsir Ibn Kasir
  • Nama kitab Tafsir al-Quran al-Azim
  • Tafsir al-Quran dengan al-Quran
  • Hadis2 marfu
  • Pendapat pemahaman sahabat
  • Keistimewaan Tafsir Ibnu kasir memberi
    peringatan terhadap cerita2 israiliyat yang
    tertolak atau mungkar.

29
Tafsir ar-Razi
  • Nama kitab Mafatih al-Ghaib
  • Kedoktoran, logika, filsafat dan hikmah
  • Terkeluar dari makna-makna al-Quran
  • tidak memiliki ruhaniah tafsir
  • di dalamnya terdapat segala sesuatu selain
    tafsir itu sendiri beliau menyelitkan ilmu-ilmu
    lain dalam kitab tafsir.

30
Tafsir Imam Qurtubi
  • Nama kitab Al-Jami li ahkamil Quran
  • Tafsir ini sangat luas dalam mengkaji ayat2 hukum
    dan masalh2 khilafiah.
  • Banyak menyebut asbabun nuzul dan menukil tafsir
    ulama2 lain
  • (page 520)

31
TafsirIbn Hayyan al-Andalusi (Abu hibban)
  • Nama kitab Bahrul Muhit
  • Lebih fokus wajah2 Irab dan isu2 nahu dalam
    al-Quran.
  • Lebih dekat ke kitab nahwu daripada kitab tafsir
  • Amat istimewa sebab nahwu sangat penting dalam
    memahami bahasa arab

32
Tafsir2 Kontemporari
  • Tafsir Fizilali Quran Syed Qutb
  • Tafsir Maudhudi
  • Tafsir Azhar-Hamka
  • Tafsir Misbah al-Munir Quraish Shihab
  • Tafsir Munir-Dr Wahbah Zuhaili

33
Sentuhan Minggu Hadapan
  • Mukjizat Al Quran dari sudut bahasa
  • Kaedah yang berhubung dengan pentafsiran
  • Pembahasan tentang terjemahan al Quran
  • Perbezaan antara terjemah dan tafsir
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com