AL-IJARAH (KONTRAK SEWA) - PowerPoint PPT Presentation

1 / 80
About This Presentation
Title:

AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)

Description:

AL-IJARAH (KONTRAK SEWA) Menurut istilah kalimah Ijarah bermaksud: Bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:586
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 81
Provided by: Wife3
Category:
Tags: ijarah | kontrak | sewa | ijarah

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)


1
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
  • Menurut istilah kalimah Ijarah bermaksud
    Bayaran yang diberikan kepada orang yang
    melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada
    apa yang dilakukannya.
  • Menurut istilah Fuqaha Ijarah ialah kontrak
    untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang
    boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan
    tetentu.
  • Atau Pemindahan hak milik sesuatu khidmat
    (manfaat) dan dibayar dengan suatu barangan.

2
DALIL PENSYARIATAN AL-IJARAH
  • Firman Allah s.w.t Jika mereka menyusukan anak
    untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka
    upahnya (Al-Talaq 6)

3
  • Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan
    selainnya daripada Aisyah (hadis hijrah yang
    panjang). Dalam hadis tersebut Aisyah r.a
    berkata Nabi s.a.w dan Abu Bakar menupah
    seorang lelaki Bani al-Dail daripada Bani Abd bin
    Addi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan
    masih menganut agama kafir Quraisy. Nabi s.a.w
    dan Abu Bakar mempercayainya dan menyerahkan dua
    ekor unta tunggangan mereka kepadanya. Mereka
    berjanji untuk bertemu dengannya di gua Thur
    selepas tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu
    datang bersama unta tunggangan mereka dan mereka
    berangkat (Riwayat al-Bukhari no.2144)

4
  • Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda
    yang bermaksud Allah Taala berfirman Ada tiga
    orang yang akan aku musuhi pada hari kiamat.
    Lelaki yang memberi sesuatu dengan menggunakan
    namaku tetapi kemudian mengkhianatinya. Lelaki
    yang menjual lelaki merdeka dan dia makan
    hasilnya. Lelaki yang mengupah seorang upahan dan
    setelah menggunakannya dia tidak membayar
    upahnya (Riwayat al-Bukhari no. 2150)

5
RUKUN AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Sighah Kontrak
Manfaat
Pihak yang mengikat kontrak
Bayaran sewa atau upah
6
SYARAT-SYARAT SAH AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
  • Pertama Pihak yang mengikat kontrak
  • a) Layak untuk mengikat kontrak disisi syarak,
    iaitu baligh dan berakal.
  • b) Bukan orang yang dihalang daripada
    menggunakan hartanya.
  • c) Pilihan sendiri Tidak dipaksa
  • Kontrak ini hanya sah jika membabitkan orang
    yang mempunyai kuasa keatas dirinya dan hartanya

7
  • Kedua Sighah kontrak (ijab dan qabul)
  • a) Mesti selari
  • b) Tidak wujud jurang masa yang lama.
  • c) Tidak bersyarat.
  • Ketiga Manfaat
  • a) Mestilah mempunyai nilai menurut syara dan
    uruf.
  • b) Mampu diserahkan.
  • c) Dapat diperolehi / digunakan oleh pengupah.
  • d) Mestilah dimaklumi oleh kedua-dua belah pihak
    dari segi barangan, sifat dan kadarnya.

8
  • Keempat Bayaran sewa atau upah
  • a) harus dimaklumi (diketahui) oleh kedua-dua
    belah pihak banyak, jenis dan sifatnya.
  • b) Suci menurut syara
  • c) Boleh dimanfaatkan.
  • d) Mampu diserahkan.

9
JENIS DAN SYARAT PENYEWAAN
  • Terdapat 2 jenis kontrak sewa
  • Sewa barangan Sewa yang membabitkan perkhidmatan
    yang diperolehi daripada barangan tertentu.
  • Sewa jaminan Sewa yang membabitkan perkhidmatan
    yang diperolehi melalui jaminan pemilik.

10
SYARAT SEWA BARANGAN
  1. Barangan yang disewa mestilah ditetapkan.
  2. Barangan yang disewa mestilah wujud dan
    dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika
    memeterai kontrak sewa.
  3. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut
    tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.

11
SYARAT SEWA JAMINAN
  1. Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan
    dalam majlis kontrak.
  2. Spesifikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan
    itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.

12
HUKUM KONTRAK SEWA
  • Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat
    yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala
    hukum berkaitan akan terpakai sebaik sahaja
    kontrak dimeterai.
  • Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa
    disahkan dan penyewa berhak menggunakannya.
  • Hak milik sewaan terhadap bayaran iaitu bayaran
    bagi perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa
    pada masa kontrak disahkan.

13
  • Jika barangan yang disewa rosak selepas
    sebahagian khidmatnya sahaja digunakan, beberapa
    perkara perlu dilihat
  • ? Jika bahagian yang telah digunakan pada
    kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak
    memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah
    digunakan.

14
  • Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta untuk
    membawanya ke suatu tempat lalu kereta ini rosak
    sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran
    sewa untuk jarak yang telah dilalui hanya jika
    penyewa boleh meneruskan perjalanan dari tempat
    tersebut tanpa perlu bersusah payah, atau pun
    penyewa mempunyai urusan tertentu di tempat
    tersebut.

15
  • ? Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang
    digunakan biasanya tidak boleh dimanfaatkan.
  • Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya
    bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan
    perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak
    berhak memperolehi walau sedikitpun bayaran sewa.

16
HAK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN
  • Penyewa berhak menggunakan sendiri khidmat
    tersebut atau diserahkan kepada orang lain.
  • Jika penyewa menyewa sebuah rumah, dia berhak
    mendiaminya bersama-sama orang lain atau
    membenarkan orang lain mendiaminya dengan cara
    pinjaman atau sewa.

17
TANGGUNGJAWAB KE ATAS BARANG SEWAAN
  • Orang yang memegang barangan sewaan dianggap
    sebagai pemegang amanah. Oleh itu dia tidak perlu
    menanggung segala kerosakan atau kecacatan yang
    berlaku pada barangan tersebut. Sama ada ia
    berlaku ketika khidmat barangan tersebut
    digunakan, sebelum atau selepasnya.

18
  • Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan
    yang disewa tidak akan ditanggung oleh penyewa
    selagimana ia bukan berpunca daripada salah laku
    atau cuai ketika menggunakannya.
  • Contohnya, apabila penyewa menyewa sebuah rumah
    kediaman dan dia mendiaminya. Rumah ini
    kemudiannya terbakar berpunca daripada alat
    memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan
    bukan kerana kecuaiannya. Dalam keadaan ini,
    penyewa tidak perlu bertanggungjawab dengan
    sebarang kerosakan akibat kebakaran tersebut.

19
  • ? Namun demikian, jika kebakaran berlaku bukan
    disebabkan oleh apa yang biasa berlaku di dalam
    rumah kediaman.
  • Contohnya, penyewa membuat pembakaran untuk
    perusahaan besi atau sebagainya.
  • Dalam keadaan ini, penyewa perlu
    bertanggungjawab kerana dia menyalahgunakan rumah
    tersebut lain daripada tujuan asal penyewaan.

20
  • Begitu juga penyewa perlu bertanggungjawab jika
    dia menggunakan barangan sewaan di luar tempoh
    sewaan, atau dia tidak menggunakannya tetapi
    tidak menyerahkan semula kepada pemiliknya.
  • Namun jika penyewa tidak menggunakan dan berlaku
    sesuatu sebelum sempat dia memulangkannya atau
    sebelum sempat dia melepaskan hak antaranya
    dengan pemiliknya, dia tidak perlu
    bertanggungjawab. Hukum ini disamakan dengan
    hukum kerosakan sebelum tempoh sewa tamat kerana
    ketika itu dia tidak dipertanggungjawabkan.

21
PENAMATAN KONTRAK SEWA
Pembatalan kontrak
Penggunaan barang sewaan berakhir
22
PEMBATALAN KONTRAK
  • Kontrak ini hanya boleh dibatalkan kerana sesuatu
    sebab. Apabila dibatalkan, kontrak tersebut
    dianggap tamat.
  • SEBAB YANG MEMBATALKAN KONTRAK
  • Barangan yang disewa rosak.

23
  • Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan
    kemudian rumah tersebut musnah atau kereta
    tersebut rosak sebelum ia digunakan, kontrak
    tersebut terbatal. Ini kerana khidmat barangan
    tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak lagi
    boleh digunakan.
  • Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan.
    Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta yang
    dinyatakan sifat-sifatnya secara jaminan pemilik
    supaya dia dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta
    tersebut dibawa kepada penyewa tetapi kemudiannya
    rosak atau cacat, kontrak ini tidak terbatal.
    Sebaliknya pemilik perlu menggantikannya dengan
    kereta lain, sama ada kerosakan berlaku sebelum
    atau selepas khidmat tersebut digunakan.

24
  • Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang
    ditetapkan.
  • Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan
    sewaan dan khidmatnya ditetapkan hanya untuk
    tempoh tertentu, apabila tempoh ini tamat dan
    pemilik masih tidak menyerahkan barangan sewaan
    yang ditetapkan, kontrak tersebut terbatal. Ini
    kerana barangan tidak dapat diserahkan pada masa
    yang ditetapkan.
  • Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa
    jaminan, sekiranya pemilik tidak menyerahkan
    khidmat yang dipersetujui pada masa yang
    ditetapkan.

25
  • SEBAB YANG TIDAK MEMBATALKAN KONTRAK
  • Kontrak sewa tidak terbatal hanya kerana barangan
    yang disewa tidak lagi menjadi milik pemilik.
  • Kontrak sewa juga tidak terbatal hanya kerana
    salah satu pihak, sama ada pemilik atau
    penyewanya meninggal dunia, mahupun kedua-duanya
    sekali.
  • Kontrak sewa tidak terbatal jika berlaku sesuatu
    yang tidak membabitkan barangan yang disewa.

26
PENGGUNAAN BARANGAN SEWAAN BERAKHIR
  • Kontrak sewa berakhir dari segi hukumnya apabila
    khidmat barangan tersebut selesai digunakan.
  • Jika khidmat diukur melalui kerja yang dilakukan,
    kontrak tersebut tamat sebaik sahaja kerja
    tersebut selesai.
  • Jika khidmat diukur mengikut masa, kontrak
    tersebut tamat apabila tamat masa yang ditetapkan.

27
KHIYAR DALAM KONTRAK SEWA
  • Khiyar Majlis atau Khiyar Syarat
  • Dalam kontrak sewa tidak wujud khiyar majlis atau
    khiyar syarat kerana kontrak sewa termasuk di
    antara kontrak yang berisiko. Ini kerana ia
    membabitkan barangan yang tidak wujud ketika
    kontrak iaitu perkhidmatan. Walau bagaimanapun ia
    tetap dibenarkan bertujuan memudahkan orang ramai.

28
  • Khiyar cacat (aib)
  • Khiyar aib wujud dalam kontrak sewa barangan.
    Apabila berlaku sesuatu kecacatan kepada barangan
    yang disewa dan memberikan kesan yang ketara
    kepada nilai khidmat yang ditawarkan, penyewa
    boleh membuat pilihan sama ada meneruskan sewaan
    atau membatalkannya.
  • Walau bagaimanapun, khiyar aib tidak wujud dalam
    kontrak sewa jaminan.

29
PENGAKUAN BERBEZA ANTARA PEMILIK DAN PENYEWA
DALAM KES PEMULANGAN ATAU KEROSAKAN
30
  • Dakwaan rosak
  • Jika barangan yang disewa rosak atau cacat dalam
    tangan penyewa dan penyewa mendakwa dia tidak
    menyalahgunakannya, sebaliknya ia disebabkan oleh
    bencana alam iaitu sebab yang di luar
    kehendaknya, ataupun ia disebabkan oleh faktor
    yang dibenarkan oleh penggunaan biasa.
  • Sementara pemilik pula mendakwa ia berlaku
    disebabkan oleh salah guna penyewa akibat
    penggunaan yang berlebihan atau kecuaian atau
    tidak menjaga barangan yang disewa dengan baik.

31
  • ? Dalam kes ini pengakuan yang akan diterima
    ialah pengakuan penyewa dan diperakui selepas dia
    bersumpah.
  • Ini kerana pemilik membuat dakwaan wujudnya
    salah guna sementara penyewa menafikannya dan
    mendakwa penyalahgunaan tidak wujud.
  • ? Jadi mengikut hukum asal, salah guna tidak
    wujud dan tiada siapa yang dipertanggungjawabkan.
    Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah dakwaan
    asal yang disokong oleh sumpahnya.

32
  • Dakwaan pemulangan.
  • Jika pemilik dan penyewa berbeza pengakuan.
    Contohnya, penyewa mendakwa dia telah memulangkan
    barang yang disewa kepada pemilik, namun pemilik
    menafikannya dan berkata Anda tidak pulangkan
    kepada saya.
  • ? Pengakuan pemilik akan diterima jika disokong
    oleh sumpah. Ini kerana penyewa memegang barangan
    yang disewa untuk mendapatkan khidmatnya. Pada
    asalnya tiada sebarang pemulangan dan penyewa
    adalah orang yang mendakwa.

33
  • Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah
    pengakuan orang yang menafikannya dengan disokong
    oleh sumpah.
  • Jadi pengakuan pemilik akan diterima kerana dia
    menafikan wujudnya pemulangan dan dakwaannya ini
    sesuai dengan hukum asal iaitu pemulangan tidak
    dilakukan.

34
SYARIKAT
  • Menurut bahasa Bermaksud perkongsian melalui
    kontrak atau tanpa kontrak.
  • Menurut istilah ulama fikah Syarikat ialah hak
    dua orang atau lebih terhadap sesuatu tanpa
    pengagihan yang khusus.
  • Contohnya, dua orang atau lebih berkongsi
    memiliki sebidang tanah tanpa ditentukan sempadan
    masing-masing.
  • Takrif ini dianggap umum merangkumi semua
    perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak.

35
  • Takrif yang lebih khusus bagi syarikat ialah
    kontrak yang diwujudkan secara sukarela dengan
    tujuan pengurusan dan memperolehi keuntungan.

36
JENIS-JENIS SYARIKAT
  • Berdasarkan takrif di atas, syarikat adakalanya
    berkonsep keuntungan dan adakalanya tidak. Oleh
    itu, para ulama membahagikan syarikat kepada 2
    jenis
  • Syarikat amlak (perkongsian harta)
  • Syarikat aqad (kontrak)

37
DALIL PENSYARIATAN SYARIKAT
  • Al-Quran
  • Firman Allah s.w.t Dan jika si mati yang
    diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak
    meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan
    kalalah (seorang saudara lelaki seibu atau
    seorang saudara perempuan seibu) maka bagi
    tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu
    perenam. Kalau pula mereka (sudara-saudaranya
    yang seibu) lebih dari seorang, maka mereka
    bersyarikat (berkongsi) pada satu pertiga
    (Al-Nisa 12)

38
  • Sunnah
  • Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w
    bersabda Allah taala berfirman Aku adalah rakan
    kongsi ketiga selagimana tiada siapa di antara
    mereka yang mengkhianati sahabatnya. Apabila ada
    yang mengkhianati sahabatnya, Aku akan keluar
    daripada perkongsian mereka (Abu Daud no. 3383)

39
  • Hadis al-Saib bin Abu al-Saib r.a yang
    menyatakan beliau telah menjadi rakan kongsi
    perniagaan dengan Rasulullah s.a.w sebelum
    Baginda dilantik sebagai nabi. Ketika pembukaan
    Mekah Baginda bersabda Selamat datang saudara
    dan rakan kongsi saya yang tidak pernah menolak
    dan tidak pernah bertengkar (Abu Daud no.4836)
  • Di samping itu, budaya perkongsian yang diamalkan
    oleh manusia ini tidak pernah ditegah oleh
    Baginda. Budaya ini juga telah diamalkan oleh
    umat Islam semenjak dahulu tanpa ada sesiapa yang
    menentangnya. Kenyataan ini menggambarkan ia
    diterima secara Ijmak.

40
JENIS-JENIS SYARIKAT KONTRAK
  • Syarikat Inan
  • Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau
    lebih masing-masing menyumbangkan modal dan
    keuntungan akan dibahagikan sesama mereka.
  • Syarikat jenis ini dibenarkan oleh syarak
    menurut Ijmak ulama.

41
  • Syarikat Mufawadhah
  • Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau
    lebih dan mereka berkongsi semua harta mereka
    secara bersama. Kedua-dua mereka juga akan
    menjadi wakil dan penjamin kepada rakan kongsi
    mereka. Mereka akan beroleh segala untung atau
    menanggung segala rugi bersama-sama.
  • Syarikat jenis ini tidak sah menurut ulama
    mazhab Shafie kerana perkongsian seperti ini
    mempunyai risiko yang terlalu besar kerana ia
    mengamalkan sistem wakil dan jaminan yang tidak
    pasti.
  • Setipa sistem yang tidak pasti ini tidak sah
    jika diamalkan secara berasingan. Apatah lagi
    jika kedua-duanya diamalkan secara serentak.

42
  • Syarikat Abdan
  • Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau
    lebih yang tidak menyumbangkan modal tetapi
    masing-masing menyumbangkan kerja. Mereka mungkin
    mempunyai kemahiran yang sama atau berlainan.
  • Keuntungan mereka pula mungkin dibahagikan
    secara sama rata atau berbeza-beza.
  • Syarikat seperti ini jua tidak sah kerana wujud
    kemudaratan yang tidak dibenarkan oleh syarak.
    Mungkin ada di antara mereka yang melakukan kerja
    lebih daripada orang lain. Ada kalanya hanya
    seorang sahaja yang bekerja sementara yang lain
    tidak.

43
  • Syarikat wujuh
  • Syarikat yang dianggotai oleh dua orang atau
    lebih dikalangan mereka yang mempunyai kedudukan
    dan pengaruh dalam masyarakat. Mereka akan
    membeli sesuatu barangan secara hutang secara
    bersama atau berasingan, kemudian mereka menjual
    barangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi
    akan dikongsi bersama secara rata atau mengikut
    persetujuan yang dicapai.

44
  • Syarikat jenis ini juga tidak sah kerana tiada
    harta yang dikongsi bersama sedangkan asas dalam
    sebuah syarikat ialah perkongsian harta. Faktor
    lain ialah terdapat kemudaratan dalam syarikat
    seperti ini kerana masing-masing memberikan
    keuntungan kepada rakan kongsi mereka tanpa
    sebarang kerja, kemahiran atau sebagainya.
  • Keuntungan di sini dibuat bukan dalam bentuk
    mengembangkan harta atau diperolehi hasil
    daripada usaha yang dilakukan. Atas dasar ini,
    masing-masing tidak berhak memperolehinya.

45
SYARAT-SYARAT SYARIKAT INAN
  • Syarikat seperti ini sah jika ia memenuhi syarat
    berikut
  • Lafaz kontrak (sighah)
  • Berkelayakan sebagai wakil
  • Modal yang dikongsi mestilah harta yang sama
  • Menggabungkan modal syarikat
  • Menetapkan keuntungan dan kerugian mengikut
    nisbah modal

46
  • Walau bagaimanapun, ulama mazhab Hanafi dan
    Hanbali membenarkan seseorang rakan kongsi
    memperolehi keuntungan yang lebih daripada nisbah
    modal.
  • Kebenaran ini diberikan dalam beberapa keadaan
    seperti berikut
  • Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang
    sama.
  • Contohnya masing-masing menyerahkan sepertiga
    modal syarikat. Mereka juga sama-sama bekerja.

47
  • Dalam keadaan ini menetapkan keuntungan yang
    melebihi nisbah modal yang disumbangkan
    dibenarkan kerana mungkin ada di antara mereka
    yang lebih mahir bekerja berbanding rakan kongsi
    yang lain. Oleh itu kelebihan ini adalah
    berdasarkan kerja dan kemahirannya.
  • Setiap rakan kongsi menyumbangkan modal yang sama
    banyak tetapi kerja hanya dilakukan oleh
    sebahagian daripada mereka.

48
  • Modal yang disumbangkan tidak sama banyak.
  • Contohnya, seorang menyumbangkan sepertiga dan
    seorang lagi menyumbangkan dua pertiga modal
    syarikat. Kemudian mereka berdua sama-sama
    bekerja.
  • Dalam pembahagian keuntungan, salah seorang
    antara mereka dibenarkan memperolehi keuntungan
    melebihi nisbah modal yang disumbang.

49
  • Seperti diatas, modal disumbangkan juga tidak
    sama. Kerja-kerja syarikat pula akan dilaksanakan
    oleh penyumbang modal yang paling sedikit.
  • Manakala keuntungan akan dibahagi sama rata atau
    melebihi nisbah modal untuk orang yang melakukan
    kerja. Syarikat seperti ini sah kerana keuntungan
    lebih diberikan sebagai balasan kepada kerja yang
    dilakukan.

50
  • Perlu diingatkan, penambahan yang diberikan
    kepada mereka yang dibenarkan ini sah jika
    dilakukan dalam bentuk menambahkan peratus
    keuntungan yang layak diterimanya ialah 50, 60
    atau sebagainya daripada keseluruhan keuntugan
    yang diperolehi
  • Walau bagaimanapun, jika balasan kepada kerja
    yang dilakukan diberikan dalam bentuk peratusan
    yang berasingan atau ditetapkan jumlah tertentu,
    contohnya 1000 sebulan atau sebagainya,
    penambahan ini tidak sah menurut persepakatan
    ulama.

51
IMPLIKASI KONTRAK
  • Apabila semua syarat-syarat dalam syarikat inan
    dipatuhi, ia akan membabitkan implikasi seperti
    berikut
  • Semua rakan kongsi berhak menguruskan harta
    syarikat kerana masing-masing adalah wakil kepada
    rakan kongsinya, disamping pemilik kepada syernya
    sendiri.
  • Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mestilah
    tertakluk kepada amalan kebiasaan (uruf) dan
    tidak memudaratkan rakan kongsi yang lain.

52
  1. Setiap pekongsi hendaklah melakukan kerja seperti
    yang dipersetujui.
  2. Jika salah seorang rakan kongsi menggunakan harta
    syarikat untuk membeli sesuatu (dengan
    syarat-syarat yang dinyatakan tadi), pembelian
    tersebut adalah bagi pihak semua kerana dia
    adalah wakil syarikat.

53
PENAMATAN KONTRAK
  1. Pembubaran kontrak oleh kesemua atau sebahagian
    ahli syarikat.
  2. Kematian semua rakan kongsi
  3. Gila atau pengsan

54
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
  • Takrif Mudharabah dari segi bahasa Melepas
    seseorang pergi berdagang
  • Menurut istilah syara Harta yang diserahkan
    kepada seseorang supaya diperdagangkannya, sedang
    keuntungan dibahagi antara keduanya.

55
Dalil Pensyariatan Mudharabah
  • Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada
    bapanya, Abbas bin Abdul Muttalib r.a Apabila
    dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan
    meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia
    tidak boleh membawa hartanya melalui laut atau
    melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini
    untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang
    masih lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya
    juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah
    disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda
    membenarkannya. (Riwayat al-Baihaqi 6/111 )

56
  • Nabi s.a.w bersabda Ada tiga perkara yang
    diberkati iaitu jual beli secara hutang,
    muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli
    untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual (Riwayat
    Ibnu Majah no.2289)
  • Contoh amalan para sahabat
  • Diriwayatkan oleh Al-Ala bin Abdul Rahman
    daripada bapanya daripada datuknya Suatu ketika
    Uthman r.a berikan kepadanya harta sebagai
    pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan akan
    dibahagi sesama mereka (Malik, Muwatto 2/687,
    Al-Baihaqi, Sunan 6/111)

57
HIKMAH
  • Tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya adalah
    untuk pelaburan harta.
  • Ia juga dapat mewujudkan amalan tolong-menolong
    sesama anggota masyarakat.
  • Ia mewujudkan suasana saling lengkap-melengkapi
    dengan memanfaatkan segala keupayaan.
  • Ini dapat dicapai dengan menggabungkan mereka
    yang mempunyai banyak harta tetapi kurang
    berkemahiran (pemodal/pelabur) dengan mereka yang
    mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kurang
    berharta atau sebagainya (pengusaha).

58
HUKUM PELABURAN
  • Kontrak mudharabah adalah kontrak yang jaiz.
    Maknanya, kedua-dua pihak iaitu pemodal/pelabur
    dan pengusaha berhak membatalkan kontrak, tidak
    kira sama ada pengusaha telah memulakan kerjanya
    ataupun tidak.
  • Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja
    dimulakan, pengusaha tidak berhak menggunakan
    sama sekali modal tersebut.
  • Ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai
    menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran.

59
  • Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja
    dimulakan, pengusaha perlu menghentikan
    serta-merta sebarang urusan yang baru.
  • Dalam keadaan ini, pengusaha wajib menjual
    barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang
    tunai tempatan dan menyelesaikan hutang yang
    berkaitan dengan syarikat.
  • Selepas itu, barulah pengiraan dijalankan. Semua
    modal akan diserahkan semula kepada pelabur
    sementara keuntungan akan dibahagi mengikut
    perjanjian.

60
RUKUN KONTRAK PELABURAN
  • Lafaz (sighah) iaitu penawaran dan persetujuan
    dengan kata-kata yang menunjukkan persetujuan
    untuk mewujudkan kontrak dan perkongsian ini.
  • Lafaz ini mestilah terus berkuatkuasa.
  • Persetujuan juga mestilah berturutan dengan
    penawaran berdasarkan amalan yang diguna pakai.

61
  • Pihak yang mengikat kontrak iaitu pelabur dan
    pengusaha
  • Kedua-dua mestilah mempunyai kelayakan sebagai
    wakil dan pewakil
  • Pelabur akan bertindak sebagai pewakil dan
    pengusaha sebagai wakil apabila ia mengusahakan
    modal pelabur dengan kebenarannya.

62
  • Modal.
  • Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut
  • Mestilah berbentuk matawang
  • Modal tidak boleh berbentuk barangan perniagaan
    kerana ia membabitkan risiko yang besar. Iaitu
    keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan
    kerana sesuatu barangan mempunyai nilai yang
    berbeza pada ketika diterima, dijual dan
    dipulangkan.

63
  • Modal mestilah dalam jumlah tertentu.
  • Modal mestilah dalam bentuk tunai.
  • Hutang pelabur yang ditanggung oleh
    pengusaha tidak sah dijadikan modal, kecualilah
    jika ia diserahkan secara tunai dalam majlis
    kontrak.
  • Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha.
  • Maksudnya, modal mestilah berada dalam pegangan
    pengusaha dan hanya dia sahaja yang mempunyai hak
    untuk menggunakannya.

64
SYARAT-SYARAT KONTRAK MUDHARABAH
  1. Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk
    kepada syarat tertentu.
  2. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan
    pengusaha.
  3. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan
    bekerja.

65
STATUS PENGUSAHA
  • Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad
    amanah) terhadap modal yang diserahkan kepadanya
    dan barangan yang dibeli menggunakan modal
    tersebut.
  • Dia tidak perlu membayar ganti rugi terhadap
    modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya.
  • Kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau
    kerana kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab.

66
KERUGIAN DITANGGUNG OLEH PELABUR
  • Oleh kerana pengusaha sebagai orang yang
    memegang amanah, ini bermakna segala kerugian
    sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur
    sahaja.

67
GARIS PANDUAN PENGUSAHA
  • Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi
    oleh pengusaha
  • Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan
    untuk pelaburan dengan harga yang melebihi modal.
  • Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam
    perjalanan tanpa izin pelabur.

68
  • Pengusaha tidak boleh menjual secara hutang iaitu
    dengan menangguhkan bayaran hingga ke suatu
    tempoh tertentu. Kecualilah jika ia dibenarkan
    oleh pelabur.
  • Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha
    lain untuk bekerja dan berkongsi keuntungan
    bersamanya walaupun ia dibenarkan oleh pelabur
    menurut pendapat yang paling sahih (asoh)

69
  • Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan
    modal pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika
    dia menetap di tempat perniagaan.
  • ? ? ?Menurut ulama mazhab Hanafi, pengusaha
    berhak mengambil semua perbelanjaannya daripada
    modal ketika dalam perjalanan kerana dalam
    perjalanan tersebut, segala tindakannya
    tertumpu hanya untuk pelaburan. Dengan itu dia
    berhak mendapat peruntukan sebagai ganjaran
    kepada penumpuan tersebut.

70
BILAKAH PENGUSAHA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN ?
  • Setelah pengusaha menerima modal, menggunakannya
    dalam jual beli dan kemudiannya memperolehi
    keuntungan, dia berhak mengambil bahagiannya
    setelah semua modal dan keuntungan diperolehi.
    Ini adalah pendapat yang paling kuat (azhar)
  • Ini adalah setelah semua barangan berjaya dijual
    dan modal diperolehi semula dalam bentuk tunai.
  • Kemudian, pelabur dan pengusaha akan membahagikan
    keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan.

71
PENAMATAN KONTRAK MUDHARABAH
  • Pembatalan
  • Kematian salah satu pihak
  • Salah satu pihak gila atau pengsan
  • Kemusnahan modal pelaburan

72
PERCANGGAHAN ANTARA PELABUR DAN PENGUSAHA
  • Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai
    keuntungan
  • Jika pengusaha mendakwa tidak memperolehi apa-apa
    keuntungan. Ataupun dia berkata Saya hanya
    mendapat keuntungan sebanyak ini
  • Pengakuan pengusaha ini akan diterima jika
    disokong oleh sumpah.
  • Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan.

73
  • Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah
    keuntungan, kemudian dia mendakwa tersilap
    membuat perkiraan.
  • Dakwaannya ini tidak akan diterima kerana dia
    menarik balik pengakuan yang telah dibuat
    membabitkan hak pihak lain.
  • Oleh itu dakwaannya tidak diterima.

74
  • Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai
    sesuatu barangan
  • Pelabur berkata Anda membeli barang ini untuk
    pelaburan. Sementara pengusaha mendakwa Saya
    beli barang ini untuk diri saya ataupun
    sebaliknya.

75
  • Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong
    oleh sumpah dan sekiranya pembelian tersebut
    dibuat dalam bentuk hutang. Ini kerana pengusaha
    adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui
    tentang niatnya.
  • Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang
    modal pelaburan, pengakuannya tidak diterima.
    Walaupun dia sebenarnya berniat membeli untuk
    dirinya sendir. Barang yang dibeli ini kira
    termasuk dalam pelaburan.

76
  • Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal
    pelaburan atau jenis modal.
  • Pengakuan yang diterima ialah pengakuan
    pengusaha yang disokong oleh sumpah. Ini kerana
    asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan
    kepadanya.

77
  • Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab
    kemusnahan modal.
  • Jika pelabur mendakwa kemusnahan dilakukan
    dengan sengaja atau kerana cuai, sementara
    pengusaha berkata Tidak, ia berlaku tanpa
    disengajakan dan bukan kerana kecuaian
  • Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong
    oleh sumpah kerana pengusaha adalah orang yang
    diberi kepercayaan

78
  • Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal.
  • Jika pengusaha mendakwa telah memulangkannya,
    sementara pelabur menafikan yang ia telah
    dipulangkan.
  • Pengakuan pengusaha akan diterima kerana dia
    adalah orang yang diberi amanah. Setiap orang
    yang diberi amanah yang mengaku telah memulangkan
    milik orang yang memberi amanah kepadanya,
    pengakuannya akan diterima jika disokong oleh
    sumpah.

79
  • Jika berlaku kemusnahan kepada modal dan pelabur
    mendakwa ia sebenarnya diberikan sebagai hutang,
    sementara pengusaha mendakwa ia adalah pelaburan.
  • Pengakuan pelabur akan diterima jika ia disokong
    oleh sumpah. Ini kerana pengusaha mengaku
    menerima modal tersebut dan mendakwa tidak
    menanggung sebarang tanggungjawab. Sedangkan pada
    asalnya dia bertanggungjawab.

80
  • Jika mereka bercanggah mengenai pembahagian
    keuntungan.
  • Kedua-dua pihak perlu mengangkat sumpah bagi
    menyokong dakwaan masing-masing. Ini kerana
    masing-masing bercanggah mengenai untung yang
    bakal diperolehi.
  • Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan
    memperolehi seluruh keuntungan kerana keuntungan
    ini adalah hasil pelaburan hartanya. Sementara
    pengusaha pula akan mendapat upah sepadan dengan
    kerjanya
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com