KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

Description:

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA Nur Aziema Bt Mohamad Azmin 5 Ummu Habibah Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara bangsa Eropah. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:476
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 18
Provided by: sahrulami
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


1
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
  • Nur Aziema Bt Mohamad Azmin
  • 5 Ummu Habibah

2
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan
berlakunya pembentukan negara bangsa
Eropah.(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima
ms.67-71)
Perang Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789 menyebabkan munculnya idea tentang hak rakyat,kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
Bangsa Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.
Nasionalisme Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
Deklerasi Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prinsip penentuan negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa.
PD 1 Perang Dunia Pertama mengakibatkan empayar Austria-Hungary dan Turki dibahagikan dan muncullah negara-negara baru.
Satu Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah satu pemerintahan.
Halau Mereka menghalau orang Austria dari bumi Itali.
Undur Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Rom dan Itali disatukan.
Bismarck Tindakan Otto von Bismarck yang menggunakan real politik serta politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.
3
Huraikan usaha-usaha pembentukan negara bangsa
Itali pada abad ke-19.(RujBuku Teks Sejarah
Tingkatan Lima ms.68)
Satu Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah di bawah sebuah pemerintahan.
Halau Mereka mahu menghalau orang Austria dari bumi Itali.
Camilio Count Camilio Benso berusaha menyatukan Itali menggunakan amalan real politik.
Bekerjasama Beliau bekerjasama dengan Napoleon menentang dan mengalahkan Austria.
Pungutan Beliau mengadakan pungutan suara dan memperolehi sokongan rakyat untuk menyatukan Itali.
Venetia Venetia dipulangkan oleh Prusia kepada Itali sebagai balasan kerana Itali membantunya mengalahkan Austria.
Rom Rom dan Itali disatukan apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom.
4
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan real
politik?(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima
ms.68)
  • Amalan mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai
    matlamat politik.
  • Cara yang biasa digunakan ialah tipu helah,
    kekerasan bersenjata dan peperangan.

5
Senaraikan negara bangsa baru yang muncul di
Eropah hasil Deklerasi Empat Belas Perkara
Woodrow Wilson.(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan
Lima ms.68)
  • Czechoslovakia
  • Estonia
  • Finland
  • Latvia
  • Lithuania
  • Poland
  • Yugoslavia

6
Sebutkan amalan real politik danpolitik darah
dan besi yang digunakan oleh Otto von Bismarck
untuk menyatukan negara Jerman.(RujBuku Teks
Sejarah Tingkatan Lima ms.69)
  • Tipu helah
  • Pemalsuan dokumen
  • Provokasi
  • Penipuan
  • Ugutan
  • Isu membenci kuasa asing

7
Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di
Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa
di Eropah?(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima
ms.71)
  • Pembentukan negara Islam di Madinah tidak
    menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah
    dan besi.
  • Pembentukan negara secara penyatuan melalui
    prinsip Islam.
  • Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum
    mengasaskan kerajaan Islam.
  • Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui
    Piagam Madinah.
  • Pembentukan kerajaan Islam berasaskan
    diplomasi,musyawarah dan permuafakatan.
  • Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama
    antara pemimpin dengan pemimpin dan antara
    pemimpin dengan rakyat.

8
Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan mengikut
sistem politik masyarakat Melayu
tradisional?(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan
Lima ms 65)
  • Sesebuah kerajaan bererti negeri dengan segala
    jajahan takluknya.
  • Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja.
  • Negeri bererti kawasan.
  • Sempadan kerajaan ditentukan melalui kesetiaan
    rakyat terhadap raja.
  • Kerajaan yang kuat akan menakluk/menaungi
    kerajaan yang lemah.

9
Nyatakan ciri-ciri bangsa Malaysia.(RujBuku
Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66-67)
  • Sekumpulan manusia yang menjadi warganegara
    Malaysia.
  • Bangsa Malaysia lahir apabila terbentuknya negara
    Malaysia.
  • Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.
  • Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa
    kebangsaan,pengamalan kebudayaan dan Rukun Negara.

10
Apakah perubahan yang berlaku terhadap konsep
kerajaan dan negeri masyarakat Melayu setelah
British campurtangan di Semenanjung Tanah
Melayu?(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima
ms.66)
  • Setiap kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri.
  • British menetapkan sempadan bagi setiap negeri.
  • Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri.
  • Malayan Union diperkenalkan untuk membina negara
    dan bangsa yang moden.
  • Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua
    Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.
  • Kemerdekaan menjadikan Tanah Melayu sebagai
    sebuah negara.
  • Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan
    Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia.

11
Berikan alasan yang menunjukkan bahawa
pembentukan negara Malaysia adalah sesuatu yang
unik.(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71)
  • Dibentuk kerana kebijaksanaan pemimpin.
  • Tidak melibatkan pertumpahan darah.
  • Kemerdekaan dicapai melalui rundingan.
  • Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur
    antara kaum.

12
Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh
dalam Kesultanan Melayu Melaka?(RujBuku Teks
Sejarah Tingkatan Lima ms.75)
  • Kawasan tempat tinggal rakyat.
  • Sempadannya diterima umum.
  • Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui
    pemerintahan seseorang raja.

13
Nyatakan keadaan-keadaan yang menunjukkan
kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.(RujBuku
Teks Tingkatan Lima ms.76)
  • Mempunyai hak mutlak terhadap rakyat.
  • Kekuasaan yang dimiliki oleh negara dan perintah.
  • Pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk
    menggubal undang-undang.
  • Pemerintah boleh menguatkuasakan undang-undang.
  • Kekuasaan itu tidak boleh dihadkan oleh mana
    mana pihak.
  • Bebas daripada campurtangan kuasa asing.
  • Raja mempunyai kuasa memerintah.

14
Berikan alat-alat yang menjadi lambang kebesaran
sultan dan Kesultanan Melayu Melaka.(RujBuku
Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 76)
  • Alat regalia.
  • Nobat.
  • Warna.
  • Bahasa.
  • Undang-undang.
  • Protokol.
  • Adat istiadat istana.

15
Apakah tanda ketaatan rakyat kepada raja yang
memerintah pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima
ms.78)
  • Bersedia mempertahankan negara.
  • Menghadiri adat istiadat kerajaan.
  • Mengadakan gotong-royong.
  • Kerahan tenaga.

16
Apakah persamaan kandungan antara Undang- Undang
Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang
Tubuh Negeri Terengganu 1911?(RujBuku Teks
Sejarah Tingkatan Lima ms.82 dan 84-85)
Pemerintahan Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.
Sultan Sultan dibantu oleh Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
MB Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.
Lantik Menteri Besar dilantik oleh Sultan.
Jemaah Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.
Naib Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan.
Jemaah Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu,Islam dan rakyat negeri.
Taat Menteri mesti mengangkat sumpah kepada Raja dan kerajaan.
Pewaris Pewaris takhta mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris Sultan.
Serah Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain.
Melayu Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat.
Islam Islam sebagai agama negeri.
17
Huraikan perkembangan Sistem Jemaah Menteri yang
dilaksanakan di Kelantan pada abad
ke-19.(RujBuku Teks Sejarah Tingkatan Lima
ms.82-84)
Mula Sistem Jemaah Menteri mula diamalkan di Kelantan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836).
Pembesar Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran.
Lapan Sultan Muhammad II membentuk lapan Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbiran.
Empat Setiap Jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar.
Tugas Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
Singkir Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa.
Ganti Baginda menggantikan kerabat diraja dengan golongan pembesar.
Gelaran Pembesar-pembesar diberi gelaran Nik dan Wan.
Taat Golongan pembesar memberikan taat setia kepada baginda.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com