KEPIMPINAN DAN MOTIVASI - PowerPoint PPT Presentation

1 / 64
About This Presentation
Title:

KEPIMPINAN DAN MOTIVASI

Description:

KEPIMPINAN DAN MOTIVASI * * * * Maslow menyarankan manusia mempunyai 5 peringkat keperluan : fisiologikal, keselamatan, sosial, maruah-diri, dan penyempurnaan-diri. – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:7663
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 65
Provided by: T209
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: KEPIMPINAN DAN MOTIVASI


1
KEPIMPINAN DAN MOTIVASI
2
OBJEKTIF
  • Memahami definisi kepimpinan, ciri-ciri pemimpin
    dan perbandingan pemimpin dan pengurus
  • Mengaplikasi gaya kepimpinan
  • Memahami definisi dan teori-teori motivasi
  • Mengaplikasi kaedah memotivasikan pekerja

3
Def. Kepimpinan
Pengenalan Kepimpinan
Autokratik
Ciri-Ciri Pemimpin
Demokratik
Pemimpin Vs. Pengurus
Laissez Faire
Islamik
Gaya Kepimpinan
KEPIMPINAN MOTIVASI
Def. Motivasi
Maslow
Dua Faktor Herzberg
Teori-Teori Motivasi
Pengenalan Motivasi
X dan Y
Kaedah Memotivasi Pekerja
Z
4
PENGENALAN KEPIMPINAN
5
A) Definisi Kepimpinan
  • Adalah proses mempengaruhi aktiviti individu atau
    kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah
    ditetapkan.
  • (Pengenalan kpd perniagaan oleh Zumilah)
  • Merupakan suatu proses di mana pemimpin akan cuba
    mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi
    melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai
    matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
  • Seorang pemimpin seharusnya mempunyai
    pengikut. Ia mempengaruhi perlakuan pekerja
    dengan berbagai cara untuk mencapai matlamat
    (Asas pengurusan perniagaan oleh Abu Bakar
    Hamed et al)

6
Definisi Kepimpinan (samb)
  • Sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan
    manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya
    mereka rela bergiat dan berusaha ke arah
    pencapaian matlamat organisasi.
  • Manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan,
    keazaman dan keyakinan untuk bekerja.
  • Pemimpin patut meletakkan diri di hadapan
    kumpulan sambil memajukan dan mengilhamkan
    ahli-ahli kumpulan untuk mencapai matlamat
    organisasi ( Asas pgrsn-Jaafar Muhd)

7
Definisi Kepimpinan (samb)
Tiga faktor penting tentang definisi
kepimpinan 1) kepimpinan mesti melibatkan orang
lain atau pihak lain sama ada pekerja-pekerja
bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para
pengikut 2) para pemimpin mempunyai autoriti
untuk beri arahan dan memantau aktiviti yang
dijalankan oleh anggota kumpulan 3) berkemampuan
menggunakan pelbagai bentuk kuasa bagi
mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah
8
B) Ciri-Ciri Pemimpin
Kategori Pemimpin
Pemimpin Formal
Pemimpin Tidak Formal
9
i. Pemimpin Formal
  • Pemimpin yang dilantik disebabkan kedudukan
    formal dalam organisasi contoh
  • Pengurus Jabatan Kewangan merupakan pemimpin
    formal
  • Disebabkan kedudukannya sebagai seorang pengurus
    maka secara tidak langsung beliau merupakan
    pemimpin jabatan berkenaan

10
ii. Pemimpin Tidak Formal
  • Pemimpin yang dilantik secara tidak formal oleh
    organisasi untuk mengetuai sesuatu kumpulan
    sosial yang terbentuk dalam organisasi.
  • Kumpulan yang ditubuhkan secara tidak formal
    untuk memperjuangkan kepentingan tertentu
    mungkin akan melantik seorang pemimpin.
  • Kepimpinan beliau ini tidak disahkan oleh
    organisasi.
  • Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih
    rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli
    kumpulan lain

11
Ciri-Ciri Pemimpin Efektif
  1. Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk
    Memimpin
  2. Jujur Dan Integriti
  3. Keyakinan Diri
  4. Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam
    Kerjaya
  5. Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
  6. Sedia Menerima Teguran
  7. Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
  8. Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
  9. Tidak Memandang Rendah Orang Lain
  10. Tekun
  11. Sabar

12
C) Perbandingan Pemimpin Pengurus
STATUS PERKARA PEMIMPIN PENGURUS
Bersifat peribadi Interaksi peribadi dgn pekerja untuk tujuan mempengaruhi mereka Tidak melibatkan interaksi peribadi
Kedudukan dalam organisasi Tidak semestinya disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi Disebabkan oleh kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi
13
Perbandingan Pemimpin Pengurus (samb)
STATUS PERKARA PEMIMPIN PENGURUS
Sikap Motivasi Aktif dari aspek kemanusiaan disebabkan fungsi mempengaruhi pengikut Pasif Lebih mementingkan pencapaian matlamat (aspek teknikal)
Skop pendekatan Menangani perubahan dgn membentuk visi tertentu Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi Memastikan organisasi berjalan pada landasan yang betul
14
Bersifat peribadi
  • Salah satu perbezaan utama bahawa kepimpinan
    lebih bercorak peribadi berbanding pengurusan
  • Disebabkan pemimpin perlu mendorong, memujuk
    dan mempengaruhi orang lain agar mereka
    melaksanakan arahan untuk mencapai matlamat yang
    ditetapkan
  • Pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi
    pengurusan yang bukan bersifat peribadi
  • contoh tugas merancang atau membaca laporan
    tidak melibatkan interaksi peribadi

15
Kedudukan dalam organisasi
  • Menjadi pengurus kerana kedudukannya yang formal
    dalam organisasi.
  • Berjawatan formal menyebabkan pengurus ada
    tanggungjawab dan autoriti tertentu di mana
    pengurus akan berperanan sebagai seorang pemimpin
  • Walaupun berkedudukan formal dalam organisasi
    sesorang pengurus tidak semestinya ada ciri-ciri
    kepimpinan yang baik.
  • Biasanya pengurus dilantik untuk menjadi
    pengurus kerana mempunyai pengetahuan,
    berkemahiran dan berkeupayaan mengurus dalam
    dirinya

16
Kedudukan dalam organisasi (samb)
  • Seorang pemimpin tidak semestinya dilantik secara
    formal dan berjawatan formal dlm organisasi.
  • Contoh kumpulan kerja tidak formal seperti
    Kesatuan Sekerja dalaman, seseorang ketua mungkin
    dilantik disebabkan oleh ciri kepimpinan yang ada
    padanya walaupun bukan seorang pengurus.
  • Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak ada
    kedudukan formal dalam organisasi dilantik
    disebabkan oleh ciri-ciri kepimpinan yang ada
    padanya

17
Sikap dan motivasi
  • Pengurus dan pemimpin berbeza dari segi motivasi
    dan cara berfikir serta bertindak
  • Biasanya pengurus mempunyai sikap yang bukan
    bersifat peribadi, tugas pengurus untuk
    memastikan matlamat yang telah ditetapkan
    tercapai.
  • Pengurus tidak ambil berat tentang cara yang
    digunakan samada betul atau salah untuk mencapai
    matlamat tersebut.
  • Pemimpin pula bersikap lebih aktif lebih ambil
    berat tentang cara yang digunakan untuk capai
    matlamat. Pemimpin ambil berat tentang hal ehwal
    subordinatnya kerana hendak mempengaruhi mereka
    untuk melakasanakan arahannya

18
Skop pendekatan
  • Pengurusan perlu untukmengatasi kerumitan dalam
    organisasi maka pengurus perlu pastikan operasi
    berjalan lancar dalam landasan yang betul.
  • Ia dilakukan oleh pengurus melalui perancangan
    formal, merekabentuk struktur organisasi yang
    ketat dan memantau hasil berdasarkan rancangan
    yang disusun
  • Kepimpinan pula diperlukan untuk menangani
    perubahan. Sebab pemimpin perlu menjelaskan arah
    tujuan dengan membentuk visi yang sesuai,
    menyelaraskan semua usaha subordinat dengan
    memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk
    serta memberi semangat kepada subordinatnya untuk
    menangani semua halangan.

19
Skop pendekatan (samb)
  • Kesimpulannya pengurusan menekankan aspek
    teknikal dalam pengurusan organisasi manakala
    kepimpinan lebih menekankan kepada aspek
    kemanusiaan dalam pengurusan organisasi

20
D) Gaya Kepimpinan
  • DEFINISI - Pendekatan yang digunakan oleh
    seseorang pemimpin untuk mempengaruhi
    subordinatnya
  • Pengurus boleh mempengaruhi secara
  • membuat keputusan untuk subordinat,
  • beri panduan kepada subordinat untuk membuat
    keputusan atau
  • beri autoriti sepenuhnya kepada subordinat untuk
    membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu
    masalah
  • Jelas bahawa pengurus atau pemimpin ada pelbagai
    alternatif untuk membuat keputusan
  • Maka dalam proses kepimpinan pengurus boleh
    menggunakan berbagai gaya kepimpinan sesuai
    dengan keadaan

21
Gaya Kepimpinan
Gaya Kepimpinan Islamik
Gaya Kepimpinan Autokratik
Gaya Kepimpinan Demokratik
Gaya Kepimpinan Laissez Faire
22
Gaya Kepimpinan Autokratik
  • Pengurus memberi arahan kepada pekerja dengan
    andaian pekerja akan mematuhi tanpa banyak soal
  • Proses membuat keputusan hanya dibuat oleh
    pengurus
  • Subordinat tidak terlibat dalam membuat sebarang
    keputusan
  • Pengurus membuat keputusan dan memberitahu
    pekerja apa yang harus pekerja lakukan
  • Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi
    krisis, mempunyai pekerja baru dan pekerja yang
    tidak bermotivasi

23
Gaya Kepimpinan Demokratik
  • Pengurus melibatkan pekerja dalam
  • proses membuat keputusan tetapi keputusan
  • muktamad adalah ditangan pengurus
  • Melibatkan subordinat dalam proses membuat
    keputusan
  • Darjah penglibatan subordinat dalam membuat
    keputusan bergantung kepada situasi masalah yang
    dihadapi
  • Pengurus berbincang dengan subordinat untuk
    menyelesaikan masalah yang dihadapi
  • Keputusan lebih berkualiti
  • Dapat memajukan bakat dan memperkembangkan
    kemahiran pekerja
  • Pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan
    lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang
    dibuat bersama

24
Gaya Kepimpinan Laissez-faire
  • Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau
    pemudahcara kepada pekerja dan pekerja
    dibenarkan membuat keputusan.
  • Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat
    untuk membuat keputusan dan bertindak
  • Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan
    dalam menyelesaikan sesuatu masalah
  • Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
    lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
    mencapai matlamat kerja
  • Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja
    bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan
    dan berkemahiran dalam kerjayanya

25
Gaya Kepimpinan Islamik
  • Gaya kepimpinan berdasarkan Al Quran,
  • Al Sunnah dan Syura
  • Dalam pengurusan Islam raja perlu
  • mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau
    ketua
  • Berpandukan dan merujuk kepada kepimpinan yang
    berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Rakyat atau pekerja wajib taat kepada pemimpin
    dengan mematuhi arahan pemimpin
  • Amir wajib menerima kuasa dan tanggungjawab
    pengurusan yg diberi kepadanya oleh negara atau
    organisasi sebagai amanah bukan sahaja amanah
    dari pekerja atau rakyat juga amanah daripada
    Allah SWT.

26
Gaya Kepimpinan Islamik (samb)
  • Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima
    perlu ditadbir, diputuskan atau dibincangkan
    menerusi konsep syura iaitu permuafakatan di
    antara Amir dan pekerja bawahannya serta
    pengurus-pengurus yang lain
  • Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan
    perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai
    matlamat organisasi kerana hanya Allah yang
    mengetahui akhir setiap pekerjaan

27

PENGENALAN MOTIVASI
28
A) Definisi Motivasi
- Merujuk kepada rangsangan dalaman (proses
psikologi) yang mengarahkan kelakuan manusia
untuk mencapai matlamat Ferrell, Business A
Changing World, 5th Edition Dari perspektif
Pengurusan Satu dorongan dalaman yang wujud
dalam diri seseorang usahawan/pekerja untuk
berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai
matlamat organisasi
29
Definisi Motivasi (Samb)
  • Dari perspektif psikologi
  • Satu proses yang kompleks melibatkan keadaan
    dalaman (naluri manusia dan rangsangan) serta
    luaran individu (perlakuan dan tindakan)
  • Ditakrif sebagai proses psikologi yang merangsang
    dan mengarahkan tindakan manusia secara
    berterusan untuk mencapai matlamat
  • Ia melibatkan keperluan yang dirasai dalam
    kehidupan seseorang pada sesuatu ketika

30
Definisi Motivasi (Samb)
  • Keperluan ini mewujudkan rangsangan atau desakan
    naluri dari dalam diri manusia
  • Ini menyebabkan manusia bertindak ke arah
    matlamat atau kehendak tersebut

Keperluan (lapar nasi)
Rangsangan (untuk makan)
maklumbalas
Tindakan (mencari nasi)
Matlamat/kepuasan (makan kenyang)
Proses motivasi
31
B) Teori-Teori Motivasi
Teori Z
Teori Hirarki Keperluan Maslow
Teori Dua Faktor Herzberg
Teori X dan Y
32
TEORI HIRARKI MASLOW
  • Menghuraikan bahawa manusia mempunyai beberapa
    tingkat keperluan secara teratur
  • Abraham Maslow mengemukakan 5 tingkat keperluan
    yang setiap manusia ingin kecapi iaitu keperluan
    fisiologi, keselamatan, sosial, esteem dan
    aktualisasi diri

33
TEORI HIRARKI KEPERLUAN MASLOW
34
Penyempurnaan-Diri
Maruah-Diri
Keinginan utk memenuhi kehidupan mencapai
potensi
Keinginan utk status kedudukan
Sosial
Keinginan utk perhubungan penerimaan
Keselamatan
Keinginan utk perlindungan kerja
Fisiologi
Keinginan utk mkn,tempat tinggal, pakaian
Hiraki Keperluan Maslow
35
Keperluan Fisiologi
  • Berhubung keperluan asas manusia untuk terus
    hidup
  • Merupakan keperluan terbawah sekali yang harus
    dipenuhi oleh semua manusia seperti keperluan
    makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya
  • Bagi memenuhi keperluan ini manusia harus
    berusaha atau bekerja untuk mendapat keuntungan,
    upah dan gaji


36
Keperluan Keselamatan
  • Untuk mengelakkan diri manusia daripada
    perkara-perkara yang boleh mencederakan atau
    menjejaskan masa depannya
  • Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan
    setelah keperluan fisiologi telah dipenuhi
  • Pekerja akan merasa selamat untuk bekerja
    sekiranya mereka tahu bahawa mereka tidak akan
    kehilangan pekerjaan atau dibuang kerja
  • Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat
    kerja yg bersih dan kondusif, skim pencen,
    insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan
    dan masa depan pekerja mereka


37
Keperluan Sosial
  • Berhubung dengan penerimaan kumpulan atau
    masyarakat terhadap individu
  • Ia tercetus apabila keperluan fisiologi dan
    keselamatan sudah dipenuhi
  • Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri
  • Ia memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu
    untuk berinteraksi
  • Di dalam organisasi para pekerja akan
    dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan
    mereka akan berinteraksi dan bekerja bersama-sama
    bagi mencapai matlamat organisasi


38
Keperluan Esteem
  • Tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di bawah
    dipenuhi
  • Keperluan ini agak sukar dipenuhi
  • Ia berhubung dgn penghargaan diri, penghormatan,
    status dan sebagainya
  • Dalam organisasi keperluan ini boleh dicapai
    sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi yang
    baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang
    tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran
    yang melibatkan kenaikan status pekerja tersebut


39
Keperluan Aktualisasi Diri
  • Keperluan terakhir yang akan dipenuhi
  • Merupakan pencapaian terakhir yang diinginkan
    oleh seseorang manusia
  • Melibatkan seorang manusia menggunakan bakat dan
    potensi yang ada padanya untuk mencapai apa yg
    dihajatinya
  • Pekerja seperti ini suka kepada kerja yang
    mencabar, berorientasikan pencapaian, kreativiti
    dan bercita-cita tinggi

40
Keperluan Aktualisasi Diri (samb)
Teori Maslow menyatakan bahawa motivasi manusia
bermula dgn keperluan asas keperluan
keselamatan dlm kerjayanya. Setelah seseorg
mencapai satu tahap barulah ia meningkat
berikhtiar utk mencapai tahap yg lebih tinggi.
41
HI !! NAMA SAYA ABRAHAM MASLOW
42
TEORI MOTIVASI HERZBERG
  • Frederick Herzberg mengkaji perlakuan manusia dan
    mengemukakan teori motivasi berasaskan kepada
    Model Penjagaan Motivasi (Motivation -
    Maintenance Model)
  • Terdapat 2 set faktor yang mempengaruhi gelagat
    pekerja iaitu
  • Faktor-faktor hygiene/penjagaan
  • Faktor-faktor motivasi/dorongan


43
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas
Kepuasan Kerja
(Sumber Landy Trumbo, 1976 87)
44
Kesan faktor Dorongan dan Hygiene Ke Atas
Kepuasan Kerja
Rendah
Tinggi
Tidak puas hati Puas hati
Faktor Motivasi Pencapaian
Pengiktirafan Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu
sendiri Peluang berkembang Tanggungjawab
Tinggi
Rendah
Ketidakpuasan hati Tiada ketidakpuasan hati
Faktor Hygiene Kualiti Penyeliaan Polisi
Syarikat Gaji Keadaan fizikal tempat
kerja Hubungan antara pekerja Keselamatan di
tempat kerja
Sumber David Holt, Management Principal and
Practice
45
Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
  • Dikenali juga sebagai faktor-faktor kesihatan
    (hygiene factors)
  • Berhubung pengalaman kerja yang akan menghalang
    daripada berlakunya ketidakpuasan kerja sekiranya
    faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi
  • Walau bagaimanapun faktor-faktor ini tidak dapat
    memotivasikan pekerja atau memberi kepuasan
    kepada mereka
  • Faktor hygiene/penjagaan terdiri daripada kualiti
    penyeliaan, polisi syarikat, gaji, keadaan
    fizikal tempat kerja, hubungan antara pekerja
    keselamatan di tempat kerja
  • Faktor hygiene jika diberi perhatian akan
    mengurangkan/mentiadakan ketidakpuasan hati dan
    jika tidak diberi perhatian, akan meningkatkan
    ketidakpuasan hati

46
Faktor-faktor Penjagaan (Maintenance Factors)
(samb)
Faktor Penjagaan
Dasar dan Pentadbiran Keselamatan Pekerja Organisasi Hubungan Interpersonal Penyeliaan Status Gaji Keadaan Tempat Kerja Kehidupan Peribadi
47
Faktor-faktor Motivasi/Dorongan
  • Faktor-faktor berkaitan dengan pekerjaan yang
    dapat memberi kepuasan dan seterusnya dapat
    memotivasikan pekerja
  • Ketiadaan faktor-faktor ini akan menyebabkan
    timbulnya rasa ketidakpuasan kerja


Faktor Motivasi/Dorongan
Pencapaian Pengiktirafan Kenaikan Pangkat Pekerjaan itu sendiri Peluang untuk berkembang Tanggungjawab
48
Antara faktor-faktor motivasi adalah
  • Pencapaian
  • yakni peluang-peluang mencapai sesuatu
    matlamat kerja yang mencabar
  • Penghargaan
  • yakni penghargaan terhadap sumbangan dan
    usaha
  • Tanggungjawab
  • yakni diberi tanggungjawab dan tugas kerja
    yang baru

49
  • Kemajuan
  • Iaitu peluang untuk memajukan diri dan status
    kerja berdasarkan prestasi kerja
  • Kerja itu sendiri
  • Iaitu berhubung dengan kerja yang dapat memberi
    kepuasan, penonjolan diri dan mencabar

  • Kesimpulannya
  • Kehadiran faktor motivasi menyebabkan seseorang
    merasai kepuasan kerja, dan ketidakhadirannya
    tdk semestinya membawa ketidakpuasan kerja.
  • Kehadiran faktor hygiene mengurangkan
    ketidakpuasan kerja, dan ketidakhadirannya
    menyebabkan ketidakkpuasan kerja.

50
TEORI X TEORI Y
  • Douglas McGregor seorang ahli psikologi membuat
    andaian berhubung dgn gelagat pekerja yang boleh
    dijadikan panduan pengurus dan pemimpin
  • Pengurus perlu guna cara yang berbeza untuk
    memberi motivasi pada pekerja yang berbeza dari
    segi nilai, kepercayaan, sikap, kebolehan dan
    beberapa ciri lain yang mempengaruhi gelagat
    mereka


51
  1. Andaian tentang pekerja dalam Teori X
  • Kebanyakan pekerja tidak suka bekerja dan seboleh
    mungkin cuba elak diri dari buat kerja
  • Pekerja perlu dipaksa, diancam dan diarah bekerja
    untuk mencapai matlamat organisasi
  • Kebanyakan pekerja malas, mengelak dari
    tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih
    menekankan keselamatan diri
  • Kebanyakan pekerja cuba elak diri dari memimpin
  • Pekerja hanya akan melakukan kerja yang baik jika
    ada insentif kewangan


52
Andaian pekerja di bawah Teori Y
  • Sebahagian besar pekerja suka melakukan kerja
  • Pekerja boleh kawal diri sendiri, lebih suka
    memberi panduan diri, berinovasi dan kreatif
  • Pekerja suka ambil tanggungjawab dan suka
    memimpin
  • Pekerja mempunyai komitmen pd matlamat organisasi
    dan berkeinginan melakukan kerja dengan baik
    bukan semat-mata memerlukan insentif kewangan
  • Motivasi dan potensi pekerja sememangnya sudah
    sedia wujud dalam diri pekerja dan pihak
    pengurusan hanya perlu menggilapkan
    potensi-potensi tersebut


53
TEORI Z oleh Ouchi
  • Teori yang menggunakan ciri-ciri kejayaan
    pengurus Jepun dan Amerika Syarikat
  • Adalah gabungan daripada ciri-ciri pengurusan
    Jepun (Timur) dan A.S.(Barat). Ciri-cirinya
  • Melibatkan semua kakitangan dalam proses membuat
    keputusan untuk mencapai kepuasan
  • Pekerjaan adalah untuk seumur hidup bagi mencapai
    kepuasan
  • Tanggungjawab peribadi
  • Peluang gunakan kemahiran
  • Berhati-hati dlm penilaian dan kenaikan pangkat
    utk membina keyakinan

54
TEORI Z (Samb)
  • Ada kaitan rapat Teori Z danTHM
  • Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan
    dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan
    organisasi tidak tertakluk kepada pengurus sahaja
  • Maka pekerja terlibat dalam penentuan matlamat,
    pembuatan keputusan, penyelesaian masalah,
    melakar dan melaksanakan peluang
  • Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat
    meningkatkan motivasi mereka
  • Semua pekerja dipastikan terlibat dalam
    pengurusan organisasi walaupun pekerja tidak suka
    melakukan perkara-perkara di luar bidang mereka

55
  1. C) Kaedah Memotivasikan Pekerja

Perluasan Kerja (Job Enlargement)
Penetapan Matlamat
Pengkayaan Kerja (Job Enrichment)
Pengurusan Bermatlamat (MBO)
Kualiti Suasana Kerja
Rekabentuk/Pusingan Kerja (Job Rotation)
Pengupayaan (Empowerment)
Ganjaran
56
  1. Penetapan Matlamat
  • Proses menetapkan tahap prestasi tertentu untuk
    dicapai dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan
  • Ciri-ciri objkektif yang baik seperti spesifik
    dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar
  • Jelas dan mudah difahami
  • Objektif organisasi disampaikan samada dalam
    bentuk ayat atau mekanisme yang jelas kepada
    pekerja
  • Contohuntung yang hendak dicapai pada tahun
    2002 ialah RM 1juta
  • Mencabar dan tidak terlalu mudah dan terlalu
    sukar
  • Ganjaran dan hukuman yang setimpal
  • Beri maklumat prestasi kerja dari masa ke semasa

57
Pengurusan Bermatlamat (MBO)
  • Pengurusan dan subordinat bergabung tenaga dalam
    membentuk dan merangka objektif
  • Motivasi dan prestasi kerja akan meningkat
    sekiranya pekerja terlibat dalam penyediaan
    objektif
  • Terdapat prosedur (langkah-langkah tertentu)
    dalam melaksanakan Pengurusan Bermatlamat (MBO)
  • Penilaian prestasi dari masa ke semasa
  • Pemberian ganjaran jika pekerja mencapai prestasi
    yang dikehendaki

58
(No Transcript)
59
Rekabentuk Kerja/Pusingan Kerja (Job Rotation)
  • Teknik ini membolehkan pekerja digerakkan secara
    sistematik dalam organisasi.
  • Dapat beri peluang kepada pekerja mencuba
    pelbagai kerja yang boleh meningkatkan kemahiran
    mereka
  • Dapat mengelakkan kebosanan dalam melakukan
    pekerjaan/suasana yang sama setiap hari.

60
Perluasan Kerja (Job Enlargement)
  • Kombinasi tugas-tugas yang telah digabungkan
    untuk dilakukan oleh pekerja dalam memberi
    kepelbagaian kerja dan cabaran terhadap mereka.
  • Pekerja akan bertanggungjawab mengawal dua atau
    tiga tugas dalam satu masa.
  • Sesuai digunakan jika pekerja merungut bahawa
    kerja yang dilakukan sebelum ini terlalu mudah
    dan mempunyai skop kerja yang kecil.

61
v. Peningkatan / pengkayaan kerja
  • Menyediakan pekerja dengan kerja yang lebih
    bermakna dan kebertanggungjawaban yang lebih
  • Memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada
    pekerja untuk menjalankan perancangan tugas
    mereka dan mengawalnya hingga selesai.

62
Kualiti Suasana Kerja
  • Program untuk meningkatkan produktiviti dan
    prestasi (pengurusan kerja, pekerja dan keadaan
    kerja yang baik)
  • Pengalaman kerja seronok gt prestasi cemerlang.
  • Kaedah ini dibentuk supaya pekerja merasa seronok
    dengan diri, kerja dan organisasi.
  • Antara kaedahnya ialah dengan pampasan yang
    sesuai, persekitaran kerja yang selamat, peluang
    meningkatkan diri,program pembangunan dan
    kelonggaran jadual kerja

63
Pengupayaan (Empowerment)
  • Pekerja berkuasa/diberi kuasa terhadap proses
    kerja (eg.kawal belanjawan kewangan, beri
    cadangan, buat jadual kerja etc.)
  • Kaedah ini dapat mengukur/mengawal prestasi kerja
    pekerja
  • Mereka diberi tugas penting untuk diri sendiri
    dan orang lain dan mereka percaya bahawa mereka
    mampu menjalankan tugas dengan jayanya

64
Ganjaran
  • Suatu balasan kepada usaha-usaha dan kerja yang
    dilakukan oleh pekerja.
  • Melibatkan ganjaran kepada pekerja samada
  • Bentuk Wang Meliputi gaji, upah dan bonus
  • Bentuk Bukan Wang Meliputi penghargaan atau
    kepercayaan dari pihak majikan
  • Objektif utama adalah untuk memotivasikan pekerja
    dan menggalakkan pekerja bekerja dengan lebih
    tekun dan bersemangat.
  • Nilai ganjaran adalah berdasarkan tanggungjawab
    yang dipikul dan kedudukan yang disandang oleh
    pekerja
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com