- PowerPoint PPT Presentation

1 / 64
About This Presentation
Title:

Description:

Etika Idalam Sains dan Teknologi Islam B IV.I Pengenalan etika Islam IV.2 Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi II.3 Isu-isu etika dalam dains dan ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:217
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 65
Provided by: waqi
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title:


1
 Etika Idalam Sains dan Teknologi
IslamB IV.I Pengenalan etika IslamIV.2 Kepentin
gan etika Islam dalam sains dan
teknologiII.3 Isu-isu etika dalam dains dan
teknologi moden.ModeratorHJ FADZLULLAH HJ
SHUIBCITUUITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI
SEMBILAN
2
KONSEP ETIKA
3
  • Individu atau komuniti yang beretika cemerlang
    akan mendapat faedah dari sistem etika yang
    dianuti dan diamalkannya itu.Reputasi dirinya
    akan menjamin kejayaannya dalam menempuh arus
    kehidupan yang deras ini.Tegasnya orang yang
    berakhlak adalah seseorang yang berpakaian
    sempurna yang menutupi auratnya.Adapun orang yang
    tidak beretika diibaratkan seorang bertelanjang
    yang terdedah kepada kehinaan dan
    keaiban.Sehubungan ini perbahasan etika memiliki
    relavansi dengan sains dan teknologi Islam yang
    menampilkan keunikannya jika dibandingkan dengan
    krisis etika dan moral dalam sains dan teknologi
    Moden yang semakin tenat.

4
  • Objektif etika Islam dalam sains dan teknologi
  • i Proses pembinaan syakhsiyyah ( jatidiri )
    sesebuah bangsa / ummah dapat dilaksanakan dengan
    sempurna.
  • ii Kod etika yang luhur berupaya menangani
    persoalan keruntuhan moral yang sedang melanda
    masyarakat kontemporari.

5
  • iii Kehidupan seharian boleh dilaksanakan dengan
    lancar apabila adanya suatu kod etika yang
    standard dan seimbang.
  • iv Sistem etika yang mantap mampu menyelami dan
    menanggapi fenomena etika semasa yang memiliki
    kepelbagaian dan dinamik.

6
  • v Dalam perbahasan etika kita perlu mendalami dan
    menghalusi teori-teori etika yang relevan dengan
    keperluan masyarakat.
  • vi Sehubungan ini perlunya kajian perbandingan
    serta mensintesiskan berbagai teori etika yang
    bersifat sejagat untuk digubal dan diketengahkan
    dalam masyarakat global.

7
Interaksi Etika dengan Falsafah dan Teologi
  • Aristotle membahagikan falsafah kepada
  • Logik
  • Etika
  • Estetika
  • Psikologi
  • Politik
  • Fizik
  • Metafizik

8
Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali
  • Matematik
  • Logik
  • Fizik
  • Metafizik
  • Etika
  • Politik

9
Falsafah Etika
  • Etika Ia juga disebut aksiologi atau teori
    nilai.Falsafah etika merupakan cabang utama
    aksiologi.Etika ialah pola umum tentang cara
    hidup serta set peraturan tentang perlakuan.

10
5.2 Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan
Teknologi
  • Islam merupakan sistem hidup ciptaan Ilahi yang
    tidak bercampur-aduk sama sekali dengan pemikiran
    manusia.Justeru itu,kriteria utama sistem Islam
    ialah fitrah ( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,se
    diakala dan abadi iaitu sifat-sifat yang merujuk
    kepada penciptaNya.

11
  • Islam tetap memberi ruang dan tempat kepada
    kegiatan akal manusia dengan batas-batas yang
    tertentu menurut keupayaan akal itu sendiri.Dalam
    hal ini panduan dan penjelasan wahyu amat
    diperlukan oleh manusia dalam persoalan metafizik
    ( alam ghaib ) yang diluar jangkauan akal dan
    pancaindera manusia.Walhal metafizik itu menjadi
    asas kepada kewujudan alam fizik

12
Kepentingan falsafah dan etika Islam kepada sains
dan teknologi
  • i Sains dan teknologi yang berteraskan falsafah
    Islam akan berpaksikan pentafsiran metafizik
    iaitu yang berlandaskan tauhid.Sains yang
    berteraskan falsafah Islam mempunyai sifat-sifat
    kerohanian yang tersendiri yang dikembangkan oleh
    para sarjana Islam.Falsafah Islam akan menjadikan
    alam tabii ini mempunyai postulate yang bersifat
    metafizik.

13
  • ii Falsafah Islam telah meletakkan sains dalam
    kerangka epistemologi ( teori ilmu ) yang
    betul,saksama dan sah.Umpamanya dilihat dari
    aspek hierarki ilmu bahawa ilmu syariah adalah
    ilmu fardu ain dan sains dalam berbagai bidang
    adalah ilmu fardu kifayah.
  • iii Falsafah dan etika Islam mensejajarkan sains
    dengan syariah.Setiap kegiatan sains perlu
    dipertimbangkan dengan hukum-hukum dan
    etika-etika syariah.
  • iv Falsafah dan etika Islam telah menggalurkan
    sains yang dapat direalisasikan demi keperluan
    ummah.

14
  • v Etika merupakan satu bidang falsafah yg
    membicarakan tentang tingkahlaku manusia dari
    aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam hubungan
    dengan sains,etika adalah satu bidang ilmu yang
    mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam
    aplikasi sains serta berhubung dengan tatacara
    untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak
    keburukan dalam amalan dan penggunaan sains dan
    teknologi.
  • Justeru itu benar sekali ungkapan yg ditegaskan
    oleh Einstein bahawa
  • Science without philosophy is blind,and
    philosophy without science is empty.

15
5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN SERTA
CABARAN KONTEMPORARI
  • Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu terunggul
    merentasi segala budaya dan bebas nilai.
  • Faham etnosentrik memuja sains Barat dan tidak
    mengiktiraf sumbangan dunia di luar komuniti
    Barat.
  • Tamadun klasikal seperti tamadun
    Cina,India,Islam,Yunani,Mesir telah memberi
    sumbangan yang besar kepada kelahiran peradaban
    moden.

16
Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi Moden
  • Pensekularan Sains Moden Pemisahan persoalan
    agama dunia.
  • Krisis Sains Moden Implikasi ke atas alam
    sekeliling hasil kemajuan sains dan kesan kepada
    aspek falsafah.
  • Isu moral dan etika dalam budaya sains Moden yang
    diklasifikasikan kepada tujuh segmen
  • i Moral sains dari perspektif Budaya Barat
    terhadap alam dan sains.
  • ii Moral agama dan tradisi dalam Sains Moden.

17
  • iii Moral sosial dari perspektif kemusnahan oleh
    Sains Moden.
  • iv Kedudukan nilai dari perspektif Sains Barat
  • v Moral pengajaran dalam pendidikan Sains Moden
  • vi Moral sains dalam konteks pengkajian
    kontemporari mengenai sains di Malaysia.
  • vii Moral dan etika dalam bioteknologi dan
    kejuruteraan genetik.

18
  • Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu yg
    unggul sejagat merentasi semua bentuk budaya
    tidak terikat dengan sebarang nilai.Pandangan
    tersebut dikritik hebat oleh para saintis
    failasuf Barat Timur tetapi pandangan
    etnosentrik tentang keunggulan sains Moden Barat
    masih berakar umbi di seluruh dunia sehingga
    kini.Berikutnya sains yang di luar dunia barat
    dipandang rendah dan dianggap tidak
    saintifik.Sains klasikal spt sains
    Islam,Cina,Mesir India tidak diiktiraf oleh
    komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi oleh
    kuasa2 Barat.

19
  • Pada hakikatnya sains yg tumbuh berkembang di
    luar daripada tradisi Barat mempunyai konsep2
    asas dan epistemologi yg tersendiri spt sains
    Islam,Cina India.Justeru itu perbahasan tentang
    sains yg berkembang di luar drp sains Barat
    adalah sah.
  • Demikian halnya apabila kita memperkatakan sains
    Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial yg
    sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan atau
    sebagai hasil akumulatif ilmu2 moden.Tegasnya,sain
    s moden adalah ilmu yg berkembang dalam situasi
    suasana yg bersifat bebas nilai, dilatari oleh
    falsafah fahaman yg serasi dengan doktrin
    Barat.Misalnya ilmu biologi moden amat
    dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yg amat
    bercanggah dengan perspektif sains Islam dan
    pelbagai sains klasikal yg lain.

20
  • Tidak tepat andainya kita menyatakan bahawa
    sebelum sains Islam,Barat tidak mempunyai
    sains.Apa yang benar ialah sains Barat amat
    merosot di Eropah pada lingkungan jangkamasa
    400-1100 M.Alasan sebenar mengapa sains Barat
    tidak berkembang dalam tempoh tersebut ialah

21
  • ketidaksetabilan politik di Eropah
  • ketiadaan unsur patronage ( naungan politik
    terhadap para saintis failasuf )
  • sikap gereja Kristian yang tidak menggalakkan
    mempelajari ilmu daripada orang bukan Kristian

22
  • Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu
    yang berasal daripada peradaban yang bukan
    Kristian adalah ilmu yang sesat lantaran tidak
    berpandukan kitab Injil.Mereka juga menolak semua
    ilmu yang berasal daripada Tamadun Yunani yang
    dihasilkan oleh Plato,Aristotle,Socrates,Thales
    dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa
    bercanggah dengan ajaran Kristian.
  • Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat
    berkembang berdasarkan ilmu sains yang
    dikembangkan dan disintesiskan oleh
    saintis-failasuf dalam peradaban Islam yang
    diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn
    Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar
    Khayyam,Ibn Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains
    dalam peradaban Islam telah berkembang dengan
    gemilang dari tahun 900 M hingga 1400 M dalam
    pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan
    perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M.

23
  • Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 1400 M
    semakin kurang permusuhan dengan ilmu asing
    terutama yang dimajukan oleh saintis
    Muslim.Tempuh ini disebut sebagai era
    pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II (
    999 1003 M ) memainkan peranan mendekatkan
    jurang di antara orang-orang Kristian dengan
    budaya ilmu Islam.Beliau telah mengarahkan
    penterjemahan karya-karya sains berbahasa Arab ke
    bahasa Latin.Pope tersebut mendapati sains Islam
    lebih dekat dengan ajaran Kristian jika
    dibandingkan dengan sains Yunani.Pengetahuan
    sains Islam juga boleh digunakan untuk meneroka
    mengenai astrolabe dan abacus.

24
  • Rentetan dari perkembangan itu menjelang
    pertengahan abad kesepuluh Masihi penterjemahan
    karya sains Islam ke bahasa Eropah telah berjalan
    pesat di Sepanyol terutama di Biara Santa
    Maria.Kebanyakan karya tersebut di sekitar ilmu
    astronomi dan geometri.Kegiatan penterjemahan
    tersebut berjalan dengan lebih pesat selepas
    kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Para
    penterjemah tersebut terdiri dsaripada Plato dari
    Trivoli,Gerard dari Cremona,Adelard dari
    Bath,Robert dari Chester dan Dominicus
    Gondisalvo.Manakala saintis failasuf Muslim yang
    menjadi idola mereka ialah Ibn Sina yang mana 276
    karyanya diterjemahkan ke pelbagai bahasa
    Eropah.Tidak keterlaluan andainya dirumuskan
    bahawa pemikiran yang terdapat dalam buku-buku
    karya Ibn Sina dan Ibn Rushd yang
    bertanggungjawab menanamkan benih-benih Renaisans
    yang pada awalnya tercetus di Itali dan akhirnya
    merebak ke seluruh Eropah.

25
  • Sungguhpun sumbangan sains moden menatijahkan
    kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada
    manusia,namun tidak boleh disangkal sama sekali
    bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan
    konflik pemikiran yang penuh tragis.Faktor utama
    yang mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran
    dan peminggiran agama dan aspek-aspek metafizik
    dalam budaya sains moden.
  • Pertumbuhan dan perkembangan sains moden telah
    mengakibatkan dua dampak dalam kehidupan manusia
    kontemporari.

26
  • Pertama Dampak terhadap alam natijah daripada
    kemajuan dan perkembangan sains
  • Kedua Dampak kepada aspek falsafah.
  • Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan
    dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh
    manusia yang bersenjatakan sains moden.Kerakusan
    manusia mengakibatkan berlaku kerosakan alam
    sekitar dan system ekologinya.Ini semua
    diakibatkan manusia terlalu mengkagumi kebolehan
    sains.Antara kedurjanaan yang melimpah boleh
    diteliti daripada isu pengklonan,ponografik,perlum
    baan senjata,isu nuclear dan seumpamanya.

27
  • Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan
    sains moden ialah perubahan dalam aspek
    falsafah,baik ditinjau daripada aspek
    metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang
    metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga
    mewujudkan fahaman eteisme.Begitu juga perubahan
    dalam epistemology akibat fahaman rasionalisme
    yang didakwa oleh sains moden sebagai
    satu-satunya cara yang sah untuk mendapat ilmu
    pengetahuan membawa kepada penolakan wahyu dan
    juga ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada
    perubahan ini sains moden berjaya meminggirkan
    agama daripada arena ilmu lantaran agama dianggap
    sebagai tidak rasional.Dalam bidang etika pula,
    nilai yang tertinggi bagi pendokong sains moden
    ialah nilai gunaan seperti yang ditayangkan oleh
    fahaman utilitarianisme.Semua pengadilan nilai
    dianggap sebagai cirri kuno dan lantaran itu
    sains dianggap neutral atau bebas nilai.Dengan
    perkataan lain sains didakwa tidak mempunyai
    pertimbangan nilai yang menyebelahi mana-mana
    pihak.

28
KRISIS SAINS MODEN
  • Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis
    tentang hal ini ialah
  • 1. Moral sains daripada perspektif budaya Barat
    terhadap alam dan sains
  • 2. Moral agama dan tradisi dalam sains moden
  • 3. Moral sains daripada perspektif kemusnahan
    alam oleh sains moden
  • 4. Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat
  • 5. Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden
  • 6. Moral sains dalam konteks pengkajian
    kontemporari mengenai sains di Malaysia
  • 7. Moral dan etika dalam bioteknologi dan
    kejuruteraan genetik.

29
  • Falsafah sains Barat berlandaskan
    rasionalisme.Sungguhpun komuniti sains moden
    Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka
    menafikan peranan Tuhan dalam menentukan segala
    kejadian yang berkaitan dengan manusia dan alam
    semesta.Salah seorang tokoh saintis Barat yang
    bernama George Leclerc ( 1707 1788 ) menyatakan
    bahawa Tuhan memberi daya ( a force of impulsion
    ) kepada planet-planet sewaktu menciptakannya
    dengan alam ghaib kerana sebab-sebab yang
    menasabah yang boleh diterangkan melalui
    hukum-hukum mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa
    bahawa Tuhan tidak terbabit di dalam kejadian
    tersebut.

30
  • Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ),
    saintis daripada Swiss telah menegaskan bahawa
    jirim memiliki keupayaan sendiri untuk
    bergerak.Hujah beliau bersandarkan kenyataan
    bahawa magnet bertindak menarik besi.Demikian
    juga Abraham Trembley,seorang biologis telah
    membuat penemuan yang mendapati hidra,sejenis
    haiwan mampu membiak walaupun dikerat kepada
    beberapa kepingan.Penemuan ini telah menyebabkan
    orang ramai percaya bahawa jisim boleh
    menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas tanpa
    pertolongan Tuhan.Pendapat Trembley disokong oleh
    paderi John Turbeville ( md 1745 ) yang menemui
    hidupan-hidupan halus daripada sayuran yang telah
    mati.

31
  • Tokoh2 saintis yang disebut tadi telah
    menimbulkan keraguan terhadap peranan Tuhan ke
    atas alam dan manusia,disana terdapat tokoh-tokoh
    saintis dan failasuf moden yang lebih hebat
    pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh
    keagamaan dalam kehidupan manusia.Antaranya ialah
    Francis Bacon,Rene Descartes,Galileo,Kepler dan
    Newton yang telah membangunkan sains moden tulen
    di dalam lapangan matematik dan mekanik.Mereka
    menganggap dunia seperti sebuah mesin yang
    canggih dengan segala kegiatan yang memerlukan
    matematik dan mekanik di dalam berinteraksi.Antara
    peranan mereka dapat dirumuskan seperti berikut

32
  • i Nicholas Copernicus ( 1473 1543 ) telah
    memulakan revolusi sains moden dengan
    menggagalkan teori Ptolemy dan Bible tentang
    pusat bumi yang telah diterima lebih beratus
    tahun yang lalu.
  • ii James Kepler ( 1571 1630 ) menurut jejak
    langkah Copernicus dengan menghasilkan
    undang-undang formula empiric tentang pergerakan
    bintang-bintang ( planet ).

33
  • iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan
    tokoh saintis Barat yang benar-benar berjaya
    mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau mencipta
    teleskop iaitu alat cerapan bintang telah
    memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan
    mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul
    sebagai teori sains unggul.
  • iv Rene Descartes pula merupakan failasuf saintis
    yang lebih tersohor dalam lapangan
    matematik.Pandangan dan penerokaan falsafahnya
    amat dipengaruhi oleh fizik moden dan
    astronomi.Beliau tidak menerima sebarang
    pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan
    sistem pemikiran baru,beliau menyatakan

34
  • " All science is certain evident knowledge.We
    reject all knowledge which is merely robable and
    judge that only those things should be believed
    which are perfectly known and about which there
    can be no doubt "
  • ( Garber,1978, Science in certainly in
    Descartes, in Hooker,Michael ed.
    Descartes,Baltimore John Hopkins Unly. Press ).

35
  • Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan
    penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya
    bahawa struktur matematik adalah kunci kepada
    alam semesta dan sains pula merupakan sinonim
    dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru
    dalam penulisan sains semulajadi yang
    lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2 yang
    terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini bermaksud
    tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun tiada
    semangat dalam hal ini.Semua perbuatan manusia
    terikat dengan hukum mekanik dan setiap bahan
    dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan hukum
    ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik
    secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi
    seperti mesin yang sempurna,diperintah oleh
    undang2mekanik untuk organisasi hidup.

36
2 Moral Agama dan Tradisi dalam Sains Moden
  • Semua agama berusaha mencari doktrin tersendiri
    tentang sains.Apa jua penemuan dan teori sains
    yang bercanggah dengan ajaran agama akan
    ditentang.Contohnya teori evolusi Darwinisme
    disanggah sekeras2nya oleh para ilmuan
    Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh
    sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata
    tidak dapat menyelesaikan hakikat sebenar
    kejadian dan perkembangan hidup manusia.Teori
    tersebut tidak dapat memberi jawapan tentang asl
    usul manusia yang pertama kali.Sehubungan ini
    apakah manusia harus menerima kembali teori
    generasi spontan yang telah terlanjur ketika
    itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu
    yang menyatakan bahawa kehidupan manusia dan
    seluruk makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep
    makhluk yang diciptakan dianggap tidak ada
    keterangan yang jelas mengenai bagaimana cara
    menciptakannya.Justeru itu ia disifatkan
    mengganggu pengertian tentang alam sains (
    fizikal dan teknologi).

37
  • Ilmu pengetahuan atau sains,secara ringkasnya
    dinisbahkan sebagai himpunan pengetahuan manusia
    yang dikumpulkan melalui suatyu proses pengajian
    dan yang dapat diterima oleh rasional.Sains yang
    dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains Islam
    telah menyumbangkan budaya dan tamadun
    intelektual yang mantap.Pemangkin kepada sains
    Islam ialah agama dan tradisi.Sebaliknya sains
    moden Barat menghadapi dilemma dalam hal
    ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus apakah
    sains Barat benar-benar ilmu atau hanya sekadar
    maklumat yang belum pasti benarnya.

38
3 MORAL SOSIAL DARI PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH
SAINS MODEN
  • Akibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains
    moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah
    di dunia kontemporari,antaranya
  • i Pencemaran Alam Sekitar
  • Pencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim
    natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup
    yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran
    alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang
    mencemarkan air,udara dan persekitaran.Pencemaran
    nuklear,penggunaan bahan kimia sebagai baja dan
    racun,pencemaran bioteknologi dalam penyelidikan
    menyusun semula DNA dan kejuruteraan genetik (
    baka ).Ia bukan sekadar mendatangkan masalah
    kepada manusia sejagat tetapi juga menjatuhkan
    imej sains itu sendiri.

39
  • Pembakaran arang batu merupakan pencemaran yang
    paling merbahaya ke atas alam sekitar.Di samping
    itu pencemaran alam sekitar yang berpunca
    daripada asap,debu,gas,sesetengah bahan organic
    telah dikategorikan sebagai punca yang
    menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca
    apencemaran alam sekitar yang lain ialah sulfur
    dioksida yang boleh membawa penyakit kanser
    paru-paru.Demikian juga nitrogen oksida yang
    disebabkan oleh penggunaan bahan berjentera juga
    mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia akan
    menyebabkan berlakunya hujan asid iaitu sebagai
    satu tindakbalas 02 dengan air meruap yang akan
    membentuk SO2NO2.

40
  • ii Pencemaran nuklear
  • Pengajian tentang nuklear telah menjadi agenda
    utama kritikal evolusi hasil daripada kemajuan
    sains dan teknologi.Kebanyakan negara maju
    berlumba-lumba untuk memajukan senjata nuklear
    dan ada juga yang mendapat bekalan tenaga
    nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak dapat
    dipisahkan.Jika berlaku perang nuklear seluruh
    muka bumi dan sega isi kandungannya akan
    menghadapi kemusnahan.

41
4 Kedudukan Nilai Daripada Perspektif Sains Moden
  • Sains adalah pengetahuan mengenai dunia
    fizikal,manusia dan masyarakat.Ia terbahagi
    kepada tiga bahagian iaitu sains tulen,sains
    sosial dan sains gunaan.Sehubungan ini sains
    gunaan merupakan teknologi yang membolehkan
    manusia mencipta alat atau perkakas dan
    rekaan-rekaan lain bagi membantu manusia memenuhi
    hukum alam tabii.Ia juga boleh dilihat
    sebagaimana kenyataan J.Brronowski " Sains
    merupakan rekaan konsep dan fakta yang
    berlandaskan kebenaran."

42
  • Nilai akan wujud apabila dibandingkan sesuatu
    benda atau tindakan atau kualiti sesuatu bahan
    dengan pandangan atau pendapat golongan
    lain.Sistem nilai dipengaruhi oleh
    keprcayaan,tamadun dan amalan manusia dan ia
    berbeza mengikut kaum,agama dan masa.Menurut
    J.Bronowski lagi,nilai etika tidak mempunyai
    sempadan yang jelas,ia wujud di kalangan ahli
    sains,para artis.ahli teologis dan
    kelompok-kelompok manusia yang lain.

43
  • Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf
    bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
    etika dalam sains,sudah tentunya falsafah
    Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi
    keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini
    menjadi benar apabila diperhatikan kehidupan
    masyarakat Grek purba berlandaskan kepada
    pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau
    pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya
    falsafah mereka amat sarat dengan unsur-unsur
    etika.

44
  • Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf
    bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
    etika dalam sains,sudah tentunya falsafah
    Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi
    keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini
    menjadi benar apabila diperhatikan kehidupan
    masyarakat Grek purba berlandaskan kepada
    pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau
    pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya
    falsafah mereka amat sarat dengan unsur-unsur
    etika.

45
  • Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop
    yang luas meliputi manusia,kosmos dan masyarakat.
    Sebaliknya nilai dan etika pula merupakan suatu
    pengukuran terhadap sesuatu dengan membuat
    perbandingan terhadap benda,pandangan manusia
    atau masyarakat.Apabila sesuatu rekaan sains
    tercipta misalnya pancaran radioaktif
    diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian
    terhadap rekaan sains ini akan timbul samada dari
    segi moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada
    pihak menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu
    membahayakan manusia.Tetapi pihak lain pula
    mempertahankan penggunaannya demi membantu
    perkembangan sosioekonomi negara.Di sinilah
    timbulnya konflik mengenai nilai tentang sesuatu
    penemuan atau teori sains.

46
  • Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi
    bahawa rekaan sains atau ciptaan teknologi adalah
    penting bagi sesebuah negara yang sedang memacu
    perkembangan yang pesat dalam sektor
    perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak
    perlu memikirkan tentang aspek nilai yang berkait
    dengan rekaan sains atau teknologi itu.Kerajaan
    dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan
    material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa
    mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta benda
    masyarakat,negara dan manusia sejagat.Unsur etika
    patut diletakkan di tempat yang tinggi seiringan
    dengan inovasi sains dan teknologi.Ini disebabkan
    pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan
    tercapai seandainya penekanan hanya diberikan
    kepada rekaan sains dan bukan kedua-dua aspek
    tersebut secara serentak.

47
  • Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan
    suatu pembaharuan atau reformasi sains yang
    ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam
    bukunya The Structure of Scientific
    Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan yang
    telah mencapai puncak kegemilangannya.Sains
    klasikal telah mengalami anjakan secara revolusi
    ke sains moden.Sehubungan ini para saintis
    seperti Kepler,Galileo,Francis Bacon,Descartes
    dan Newton telah melakukan pelbagai spekulasi dan
    ujikaji yang menghasilkan implikasi besar dalam
    dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang
    berakhirnya abad ke 20 muncul pula perkembangan
    sains yang lebih radikal seperti bercambahnya
    penciptaan computer,robot kerdikan buatan (
    artificial intelligence ) dan penyelidikan serta
    penerokaan angkasa lepas.

48
  • Meskipun sains telah berkembang secara drastik
    sejak era revolusi sains tetapi fungsi
    unsur-unsur etika dan nilai tidak berkembang
    pesat seiringan dengannya,malah telah merudum
    jatuh.Apa yang berubah ialah penilaian manusia
    terhadap etika itu sendiri.Pada dasawarsa
    mutakhir ini manusia lebih cenderung kepada
    fahaman dan aliran kebendaan.Dalam konteks ini
    mereka mementingkan keuntungan dan status
    bukannya rekaan sains itu sendiri.Malah timbul
    soalan-soalan yang bercelaru dalam pemikiran para
    peninjau sains moden.

49
  • Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan masih
    ada tempat di hati sanubari komuniti sains
    kontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspek
    kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis
    dan failasuf moden baik di Timur mahupun di Barat
    ? Dengan kata-kata lain boleh ditegaskan bahawa
    sains Barat moden berterusan mendokong nilai
    materialisme dan konsumerismenya.Selanjutnya
    saintisme Barat masih menguasai etika ilmiah dan
    khidmat.Barat telah menjadikan sains sebagai
    ideologi tunggangannya.

50
Moral Pengajaran Dalam Pendidikan Sains Moden
  • Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah
    disiplin ilmu yang menjadikan alam dan manusia
    sebagai objeknya.Justeru itu ia wajar
    dikembangkan dan dibudayakan dalam persekitaran
    dan lingkungan umat Islam dengan menjadikan
    sistem pendidikan Islam sebagai pemangkin yang
    membangunkannya.Sebaliknya sistem pendidikan
    global di negara-negara umat Islam masih
    berorientasikansistem pendidikan kebaratan yang
    mempunyai kebarangkalian yang tinggi
    menjerumuskan umat Islam kea rah krisis akidah
    dan nilai.Lebih-lebih lagi aliran rasionalisme
    masih menguasai pemikiran sains kontemporari yang
    memencilkan pegangan keagamaan.Malah proses
    pencernaan sains yang membuahkan teknologi juga
    masih berlandaskan dimensi dualisme dan
    sekularisme.

51
  • Daripada perspektif saintisme Barat,sistem
    pengajaran mutakhir tidak menjejaskan pengajaran
    sains.Sebaliknya sistem yang sama amat mencabar
    kewibawaan serta keunggulan sistem kepercayaan
    dan kebudayaan Islaqm.Situasi ini timbul
    disebabkan pengajaran sains moden menafikan
    pandangan semesta yang berpaksikan
    agama.Pendokong sains moden berhasrat menjadikan
    disiplin sains bersifat objektif dengan
    memutuskannya daripada sebarang nilai dan
    kepercayaan atau pegangan agama.

52
  • Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut
    mengkritik metodologi sains moden.Misalnya
    Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill
    and Process in Science Education,A Critical
    Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains
    moden berkecenderungan menjadi 'over specific"
    dan " restrictive'. Manakala C.R.Benge ( 1972 ),
    di dalam bukunya,Communication and Identity,
    menggariskan
  • " The manace of scientism that is largely
    psychological,not that of the scientific process.'

53
6 Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian
Kontemporari Mengenai Sains di Malaysia
  • Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam
    sains bukan lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac
    Newton, akan tetapi teori deterministik Newton
    yang merujuk kepada fizik semata-mata telah
    dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya
    Heisenberge dengan teori relativitinya (
    Heisenberge's Uncertainty Principle ) yang
    dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge sebagai
    pendokong dan pengasas fizik kuantum telah
    membuktikan dakwaan bahawa ketiaan Tuhan oleh
    sains moden adalah sudah ketinggalan zaman.Malah
    kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam semua aspek
    kehidupan manusia dan alam,akan tetapi bahasa
    sains sudah tentu berbeza dengan stail bahasa
    agama.

54
  • Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein
    dan De Broglie mendekati kebenaran Tuhan dalam
    pentafsiran dan tentangan mereka terhadap
    fenomena sementara yang belum diketahui
    manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat
    deterministik.Sebenarnya teori hidden variables
    yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis
    Barat bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep
    ketuhanan Islam.Angkubah-angkubah atau variables
    yang dianggap tersembunyi ( hidden ) itu adalah
    persoalan-persoalan ghaybiyyat dan sam'iyyat (
    metafizika ) seperti Zat Allah SWT,para
    malaikat,alam ruh,alam akhirat dan lain-lain
    seumpamanya.

55
7 Moral dan Etika Dalam Bioteknologi dan
Kejuruteraan Genetik
  • Isu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek
    Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut
    diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang
    menghasilkan beberapa rumusan tentang
    keabsahannya menurut syariah Islam.Islam
    menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam
    melaksanakan proses kejuruteraan baka atau lebih
    khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya Islam
    menolak pengklonan manusia dengan alasan
  • a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak
    lain tidak berhak campurtangan dalam urusan
    penciptaanNya

56
  • b pembikinan klon manusia akan mendatangkan
    kemusnahan kepada alam ciptaan Allah
  • c pengklonan manusia pula akan merosakkan system
    kekeluargaan
  • d pengklonan menyanggahi sunnah Allah yang
    menciptakan manusia dengan hikmah-hikmah yang
    tertentu dan unik
  • e pengklonan manusia melalui proses yang diluar
    batas hukum syarak atau di luar institusi
    perkahwinan Islam yang mantap

57
  • Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang
    melakukan kegiatan genetic engineering untuk
    kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu untuk
    mencabar kuasa Tuhan Yang Maha Pencipta.Akibat
    daripada kerakusan saintisme Barat akan
    menimbulkan krisis nilai dalam kehidupan
    manusia.Masalah sosial akan terus meningkat
    berikutan hubungan suci manusia melalui ikatan
    perkahwinan dan kekeluargaan telah dihakis dan
    dimusnahkan.Apabila situasi itu terjadi para
    saintis tidak lagi dapat dikawal oleh
    undang-undang kerana dunia sains semakin
    eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.

58
  • Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science
    and Belief Discources on New Perceptions telah
    membahaskan persoalan biologi kontemporari yang
    berdepan dengan beberapa pertimbangan nilai dan
    etika tentang sehingga sejauhmanakah
    teknologi-teknologi yang berkaitan mengancam
    keadaan berahsia ( privacy ) ,kebebasan,kesihatan,
    keamanan,malah kewujudan manusia,keseimbangan
    pelbagai ekosistem serta futuristic planet
    bumi.Beliau menampilkan polemik antara golongan
    yang memegang prinsip hormic dengan golongan yang
    mendokong konsep pure chance tentang menjelaskan
    mekanisme kehidupan yang mempunyai implikasi
    besar terhadap etika.Antaranya

59
  • a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA
    menghasilkan perbincangan tentang keselamatan
    manusia
  • b campurtangan manusia dalam proses kehidupan
    asas tentang bentuk dan aturan struktur genetik
  • c tentang pengawalan ekspresi gen ( control of
    gene expressions )
  • d tentang proses pembezaan sel

60
  • Semua proses tersebut memerlukan satu disiplin
    dan etika yang tinggi.Para penyelidik saintifik
    mesti memahami bagaimana sesuatu itu berlaku dan
    bagaimana ia berfungsi.Mereka tidak boleh
    mengabaikan juga persoalan kenapa sesuatu itu
    berlaku.Ini membabitkan persoalan yang melepasi
    dimensi fizikal semata-mata.

61
PENGEMBALIAN SAINS KE PANGKUAN ISLAM
  • Usaha terpenting umat Islam pada masa kini ialah
    bagaimana amengembalikan semula sains kepada
    paksinya yang satu iaitu agama.Antara rumusan
    untuk melaksanakan usaha-usaha murni kea rah
    pengIslaman sains ini ialah
  • a Keharmonian agama dan sains,tiada pertentangan
    di antara kedua-duanya
  • b Terdapat proses pertumbuhan yang selari di
    antara agama dan sains di dalam sejarah dan
    dalil-dalil menunjukkan agama mencetuskan
    kegiatan sains

62
  • c Fakta yang relevan mengisyaratkan bahawa sains
    telah memantapkan lagi ajaran agama dan demikian
    juga sebaliknya
  • d Penampilan sains adalah dari cetusan agama
    malah prinsip-prinsip dan fakta-fakta sains
    terdapat di dalam teks keagamaan

63
  • e Terdapat stimuli dan stigma dari falsafah
    ketuhanan yang menjadi mekanisme kepada
    eksperimen sains.Justeru itu agama membentuk
    pemangkin kepada sains dengan rujukan kepada
    suruhan dan ajaran Tuhan
  • f Hubungan sains dan agama dari segi fungsinya
    adalah untuk mencapai kebahagiaan manusia

64
  • SEKIAN. TERIMA KASIH
  • ???????
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com