Maqasid al-Shariah - PowerPoint PPT Presentation

1 / 42
About This Presentation
Title:

Maqasid al-Shariah

Description:

Maqasid al-Shariah MENANGANI IKHTILAF MENERUSI PENGHAYATAN FIQH AL-MAQASID (KES STUDI DI MALAYSIA) Tujuan disyariatkan perpaduan ialah memelihara kekuatan Islam dalam ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:1012
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 43
Provided by: andalusSg
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Maqasid al-Shariah


1
Maqasid al-Shariah
  • MENANGANI IKHTILAF MENERUSI
  • PENGHAYATAN FIQH AL-MAQASID
  • (KES STUDI DI MALAYSIA)

2
  • RINGKASAN ARTIKEL DR. SAADAN MAN
  • Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam,
    Universiti Malaya

3
Kandungan
  • Latarbelakang Ikhtilaf di Malaysia
  • Keperluan Kepada Fiqh al-Maqasid dalam menangani
    Ikhtilaf
  • Ikhtilaf dari perspektif Fiqh al-Maqasid
  • Menangani Ikhtilaf
  • Dalam Kontek Pemeliharan Din
  • Dalam Kontek Maslahah Kulliyyah
  • Dengan Menghayati Maqasid Hukum Dalam Nas
  • 5. Penutup

4
1. Latarbelakang Ikhtilaf di Malaysia
  • Ikhtilaf di Malaysia berlaku sejak kemunculan
    arus gerakan islah atau reformisme Islam pada
    awal kurun kedua puluh dengan penerbitan majalah
    Al-Imam (1906) yang menjadi lidah rasmi gerakan
    berkenaan ketika itu.
  • Pertembungan pemikiran antara dua antagonis ini
    yang dikenali dengan dikotomi Kaum Tua dan Kaum
    Muda

5
  • Pada awal 70an benih pemikiran Islah yang
    tersemai sejak sekian lama kembali tumbuh subur
    dengan wajah barunya.
  • Iaitu dalam bentuk gerakan-gerakan dakwah yang
    banyak ditunjangi oleh mahasiswa institusi
    pengajian tinggi, golongan inteligensia serta
    profesional khususnya di bandar-bandar besar

6
  • Menjelang alaf baru sehingga kini, senario
    dominasi gerakan dakwah yang mewarnai kebangkitan
    Islam dalam masyarakat mengalami sedikit
    perubahan.
  • Gerakan Islah Salafiyyah muncul mengulangi
    sejarah seratus tahun yang lampau

7
  • Sekali lagi pertembungan berlaku di antara aliran
    Islah ini dengan golongan tradisionalis, kali ini
    dikenali dengan dikotomi Salafiyyah dan
    Syafiiyyah.
  • Polemiknya masih di sekitar isu yang sama, iaitu
    banyak berhubung dengan persoalan fiqh dan
    kebanyakannya tidak menyentuh isu dasar dan usul.
  • Punca perselisihan mereka ialah perbezaan
    pandangan terhadap beberapa isu yang dianggap
    penting seperti persoalan sunnah, bidah,
    ijtihad, taqlid dan mazhab.
  • Daripada isu-isu tersebutlah berkembangnya
    perbezaan pendapat yang mencakupi persoalan
    tauhid, ibadah hinggalah kepada
    persoalan-persoalan lain

8
  • Ikhtilaf antara kedua-dua aliran ini menjadi
    semakin hangat apabila media menyiarkan isu
    fahaman Wahhabi (yang merujuk kepada gerakan
    islah salafiyyah)
  • Ianya semakin menular pada penghujung 2005 yang
    membawa konotasi bahawa ia adalah satu bentuk
    fahaman salah yang membawa implikasi negatif
    kepada fahaman dominan masyarakat Islam di
    Malaysia iaitu Ahl al-Sunnah bermazhab Syafii.

9
2. Keperluan Kepada Fiqh al-Maqasid dalam
menangani Ikhtilaf
  • Impak ikhtilaf antara dua aliran dominan ini
    boleh dilihat dalam dua aspek, negatif dan
    positif
  • Aspek positifnya adalah pelbagai, seperti
    memperkasakan masyarakat dengan ilmu serta
    menghidupkan semangat cintakan ilmu melalui
    aktiviti-aktiviti dakwah seperti penulisan
    karya-karya ilmiah, penganjuran seminar, ceramah,
    kuliah dan forum

10
  • Menyuburkan pemikiran fiqh memurnikan kefahaman
    dan pemikiran
  • Serta memupuk sikap keterbukaan dalam masyarakat
    untuk mendengar dan menerima pandangan pihak lain
    dalam usaha melakukan perubahan.
  • Pembaharuan pemikiran untuk menjadi sebuah
    masyarakat yang berdayasaing dan berdayatahan
    menghadapi cabaran pihak luar yang lebih besar

11
  • Aspek negatif ikhtilaf kedua-dua pihak ini juga
    amat ketara banyaknya, seperti berlakunya
    pergolakan dalam masyarakat, gejala perpecahan,
    pulau memulau, fitnah memfitnah, prejudis, tuduh
    menuduh dan fanatik terhadap kumpulan
    masing-masing.
  • Ini adalah kesan daripada perbezaan pendapat
    berhubung isu-isu khilafiyyah yang tidak
    dilakukan dengan betul dan tidak mengikut
    prinsip-prinsip dan adab-adab yang digariskan
    syariat.
  • Kesan negatif ini amat merugikan umat Islam
    kerana mereka sepatutnya bersatu untuk menghadapi
    pelbagai ancaman luaran yang lebih bahaya dan
    ganas.

12
  • Seperti yang ditegaskan oleh al-Qaradawi bahawa
    umat Islam telah cukup menderita dengan pelbagai
    penyakit social sehingga menjadi satu umat yang
    mundur.
  • Tidaklah wajar mereka menambahkan lagi penyakit
    itu dengan bersengketa dalam perkara-perkara
    furu yang tidak berkesudahan sehingga melupakan
    masalah asasi mereka yang perlu diatasi

13
  • Dari penelitian yang dilakukan, ikhtilaf yang
    berlaku antara aliran Salafiyyah dan Syafiiyyah
    di Malaysia ini secara umumnya adalah lebih
    bersifat tafriqi iaitu membawa kepada perpecahan
    dan ini termasuk dalam kategori ikhtilaf yang
    dicela (madhmum).
  • Kertas ini akan cuba mengupas bagaimanakah
    ikhtilaf yang berlaku di Malaysia perlu
    ditanggapi menerusi kefahaman dan penghayatan
    terhadap maqasid al-syariah, atau yang disebut
    sebagai Fiqh al-Maqasid.
  • Jika penulisan ulamak sebelum ini banyak
    memberikan penekanan terhadap prinsip, adab dan
    etika, kertas ini akan menganalisis pengurusan
    ikhtilaf menerusi perspektif Fiqh al-Maqasid

14
  • Yang dimaksudkan dengan Fiqh al-Maqasid ialah
  • Kefahaman yang jelas tentang objektif syariat
    dalam penentuan sesuatu hukum
  • Dengan melihat kepada prinsip-prinsip umum dan
    matlamat-matlamat dalam segenap dimensi
    kehidupan,
  • Bukan sekadar bergantung kepada kefahaman makna
    zahir nas

15
3.Ikhtilaf dari perspektif Fiqh al-Maqasid
  • Umum mengetahui bahawa objektif utama syariat
    Islam diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia
    ialah
  • Untuk menjaga kepentingan atau maslahah manusia
  • - Di dunia dan akhirat secara mendatangkan
    kebaikan (manfaah) atau secara menjauhkan mereka
    dari sebarang kerosakan (mafasid)

16
  • Ia membina dan memelihara sistem kehidupan yang
    sempurna serta memakmurkan dunia dengan segala
    bentuk kebaikan dan kesempurnaan, sehingga dunia
    ini menjadi seperti apa yang disifatkan oleh Nabi
    s.a.w sebagai ladang yang subur untuk dituai pada
    hari akhirat.
  • Matlamat terakhirnya ialah agar manusia beroleh
    kebahagiaan di dunia dan akhirat.
  • Bagi merealisasikan matlamat ini, Islam sentiasa
    menitikberatkan prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  • Ia bersifat memberikan petunjuk dan rahmat,
    menghindarkan kesusahan, mengelakkan kemudaratan,
    menekankan prinsip-prinsip musyawarah,
    pemeliharaan hak-hak manusia sejagat,
    melaksanakan amanah kepada yang berhak, iltizam
    diri dengan kebenaran, menunaikan janji serta
    seumpamanya

17
  • Dalam menghuraikan ikhtilaf dalam konteks Fiqh
    al-Maqasid, kertas ini akan melakukan analisis
    menerusi tiga sudut
  • Pertama ialah dengan melihat ikhtilaf dari sudut
    maslahah dharuriyyah untuk memelihara agama.
  • Kedua dengan menilai ikhtilaf menerusi maslahah
    kulliyyah untuk menjaga kepentingan ummah.
  • Ketiga dengan menyorot objektif hukum yang
    terkandung dalam nas berhubung dengan persoalan
    ikhtilaf ummah.

18
4. Menangani Ikhtilaf Pertama ialah dengan
melihat ikhtilaf dari sudut maslahah dharuriyyah
untuk memelihara agama
  • Mereka membahagikan maslahah dengan melihat
    kepada darjah kekuatannya kepada tiga peringkat
    iaitu dharuriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah
  • Dalam peringkat dharuriyyah terdapat lima elemen
    penting yang perlu dipelihara oleh syariat iaitu
    agama, nyawa, akal, keturunan dan harta

19
  • Sekiranya salah satu dari lima elemen ini tidak
    dijaga, ia akan membawa implikasi negatif yang
    sangat serius dan menjejaskan kehidupan manusia.
  • Pemeliharaan kelima-lima elemen maslahah
    dharuriyyah ini berlaku sama ada secara
    mewujudkannya dan juga mengekalkannya secara
    menghapuskan unsur-unsur yang boleh meruntuhkannya

20
  • Misalnya dalam memelihara akal, Allah
    mensyariatkan manusia supaya menuntut ilmu,
    manakala bagi mengekalkan kesihatan dan
    kekuatannya diharamkan meminum minuman memabukkan
    seperti arak dan perkara-perkara yang boleh
    merosakkannya.
  • Tegasnya, hukum-hukum Islam yang dinaskan oleh
    syarak tidak lain bertujuan untuk memelihara
    kemaslahatan dan kebahagiaan hidup manusia dalam
    semua aspek kehidupan mereka dengan memenuhi
    keperluannya pada setiap peringkat.

21
  • Seperti yang ditegaskan oleh para usuliyyun,
    maslahah dharuriyyah yang paling asas dalam
    peringkat maqasid ialah penjagaan din.
  • Penjagaan din ini berlaku dalam dua aspek iaitu
    merealisasikannya dan mengekalkannya

22
  • Dalam aspek penjagaan agama secara
    merealisasikannya, Allah s.w.t. telah mewajibkan
    ke atas manusia beritikad dengan aqidah yang
    sahih dan melaksanakan rukun-rukun Islam dan
    segala tuntutannya.
  • Untuk mempertahan dan mengekalkan agama Allah
    s.w.t. menganjurkan supaya menghapuskan
    ancaman-ancaman yang boleh menyebabkan rosak dan
    hilangnya agama.
  • Ancaman-ancaman ini boleh diklasifikasikan kepada
    dua kategori iaitu ancaman dalaman dan ancaman
    luaran.

23
  • Ancaman luaran agak mudah dikenalpasti iaitu
    berbentuk cubaan dan tindakan dari musuh-musuh
    Islam untuk menghapuskan Islam sama ada-
  • melalui peperangan fizikal dan
  • penghapusan etnik Muslim, atau
  • melalui serangan pemikiran yang bertujuan
    menghakis akidah dan pegangan umat Islam.

24
  • Bagi menangkis dan menghapuskan ancaman luaran
    ini Islam mensyariatkan jihad dalam pelbagai
    bentuknya
  • Bahaya dalaman pula adalah bentuk ancaman yang
    muncul dalam kalangan umat Islam sendiri.
  • Ia mungkin berlaku sama ada dalam bentuk riddah,
    penyelewengan terhadap prinsip-prinsip Islam
    seperti berlakunya ajaran-ajaran sesat, melakukan
    ibtida dengan menokok tambah ajaran syariat
    dengan perkara-perkara baru atas nama agama,
    ataupun dalam bentuk perlakuan maksiat dan dosa
    tidak kira besar atau kecil

25
  • Kesemua ancaman ini perlu dihapuskan bagi
    memastikan syariat Islam terpelihara suci dan
    kekal sehingga hari akhirat.
  • Ini adalah satu perkara dharuri yang terkandung
    dalam maqasid syariah.
  • Menyorot selangkah lebih jauh, gejala perpecahan
    ummah juga menjadi satu ancaman dalaman dan
    fitnah yang akan membinasakan agama

26
  • Sejarah telah membuktikan ikhtilaf sebegini ini
    telah menjadi duri dalam daging kepada ummah
    sehingga mereka menjadi satu umat yang lemah
  • Dan melupai kewajipan yang lebih besar iaitu
    bersatu padu dan mengorak langkah untuk membina
    sebuah ummah yang unggul, gemilang dan disegani
    dalam segenap aspek kehidupan mereka.
  • Ikhtilaf tafriqi atau tafarruq sebegini adalah
    satu bentuk maksiat dan dosa kerana ia telah
    menyanggahi kewajipan bersatu yang sabit secara
    qati dengan nas-nas al-Quran dan Sunnah

27
  • Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
    Allah (agama Islam) dan janganlah kamu berpecah
    belah. Ali-Imran 103
  • Ikhtilaf sebegini boleh menjejaskan survival
    ummah dan memberi kesan buruk kepada agama dan
    ini jelas bertentangan dengan prinsip maqasid
    al-syariah iaitu mengekalkan din sebagai maslahah
    dharuriyyah yang fundamental dalam hidup manusia.
  • Ia jelas satu bentuk mafsadah atau kerosakan
    kepada agama yang menjadi objektif bagi syariat
    untuk menghapuskannya. Ikhtilaf madhmum ini
    mendatangkan mafsadah kepada din Allah yang suci

28
Kedua dengan menilai ikhtilaf menerusi maslahah
kulliyyah untuk menjaga kepentingan ummah.
  • Maslahah yang menjadi tujuan syariat juga dinilai
    oleh para usuliyyun dengan melihat kaitannya
    dengan jamaah dan individu.
  • Dalam konteks ini maslahah dibahagikan kepada dua
    bahagian iaitu maslahah kuliyyah atau ammah, dan
    maslahah juziyyah atau disebut juga sebagai
    maslahah khassah.
  • Maslahah kulliyyah ialah maslahah yang menyentuh
    tentang kepentingan ummah secara keseluruhannya
    seperti memelihara negara dari pencerobohan
    musuh, menjaga agama dari terhapus, menjaga
    aqidah Islamiyyah dari sebarang pencemaran,
    menjaga al-Quran dan Sunnah Nabi dari
    diselewengkan, menjaga tempat-tempat suci Islam
    dan menjaga ummah dari perpecahan

29
  • Manakala maslahah juziyyah pula ialah maslahah
    yang hanya melibatkan individu atau kepada
    sekumpulan kecil umat Islam.
  • Dalam konteks penghuraian terhadap isu ikhtilaf
    di Malaysia, maslahah kulliyyah ini kelihatan
    begitu releven sekali untuk dijadikan fokus
    perbincangan terutama dalam isu berhubung
    memelihara ummah dari perpecahan.
  • Ini kerana ikhtilaf yang tidak ditangani dengan
    baik akan mencetuskan perpecahan yang boleh
    membawa kesan tidak baik kepada agama dan ini
    sudah tentulah bertentangan dengan prinsip fiqh
    al-maqasid itu sendiri.

30
  • Satu kisah yang menarik yang penuh dengan
    pengajaran pernah berlaku pada zaman Rasulullah
    s.a.w. berhubung isu perpaduan dan perpecahan
    ini.
  • Kisah pergaduhan semula antara puak Aws dan
    Khazraj setelah dihasut oleh Syas b. Qays, iaitu
    seorang tokoh musyrikin yang amat memusuhi kaum
    Muslimin.

31
  • Oleh kerana perpaduan ummah merupakan satu dari
    maslahah kulliyyah yang menjadi objektif syariat
    Islam, maka sebarang punca mafsadah yang boleh
    mengancamnya perlulah dihapuskan atau dielakkan.
  • Ini termasuklah polemik berhubung dengan isu-isu
    furu yang diselaputi oleh sentimen kepuakan dan
    prejudis antara pihak-pihak yang bertentangan
    pendapat.
  • Sekiranya polemik tidak dapat dielakkan,
    pihak-pihak yang terlibat hendaklah meletakkan
    kepentingan kesatuan ummah dan persaudaraan Islam
    di hadapan melebihi segala yang lain.
  • Polemik yang berlaku mestilah dikawal dengan
    memahami prinsip dan adabnya supaya ia sentiasa
    menjadi ikhtilaf yang mashru dan bukan menjadi
    tafarruq yang madhmum.

32
Ketiga dengan menyorot objektif hukum yang
terkandung dalam nas berhubung dengan persoalan
ikhtilaf ummah.
  • Seperti yang telah sedia dimaklumi, nas-nas
    syarak, sama ada al-Quran atau Sunnah Nabi s.a.w.
    yang menentukan sesuatu hukum sama ada dalam
    bentuk suruhan atau larangan, kebanyakannya
    menyatakan dengan jelas tujuan atau maslahah di
    sebalik pensyariatannya
  • Di dalam al-Quran terdapat pelbagai istilah yang
    menyentuh tentang perpecahan seperti ikhtilaf,
    tafarruq dan tashayyyu.

33
  • Terdapat banyak juga ayat yang menganjurkan
    kesatuan dan persaudaraan ummah serta melarang
    perpecahan.
  • Larangan melakukan perkara tertentu yang boleh
    memudaratkan kesatuan ummah juga disebut pada
    banyak tempat dalam al-Quran.
  • Di dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. juga terdapat
    banyak hadis yang mengandungi isi dan nada yang
    sama. Kesemua ayat dan hadis berkenaan
    menjelaskan bahawa kesatuan ummah adalah wajib
    dipelihara dan perpecahan adalah sesuatu yang
    haram.

34
  • Tujuan disyariatkan perpaduan ialah memelihara
    kekuatan Islam dalam masyarakat dan negara, bagi
    menjamin kelangsungan agama dan kestabilan
    kehidupan manusia.
  • Diharamkan perpecahan adalah kerana ia
    meruntuhkan masyarakat dan melemahkan kekuatan
    Islam lantas membuka peluang kepada musuh Islam
    menghancurkannya.

35
  • Menyentuh tentang perpecahan umat manusia secara
    umumnya, Allah s.w.t. berfirman
  • "Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu
    (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah
    mereka berselisihan) maka Allah mengutuskan
    Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada
    orang-orang yang beriman dengan ganjaran syurga)
    dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang
    ingkar dengan balasan azab neraka), dan Allah
    menurunkan bersama-sama Nabi-nabi itu Kitab-kitab
    suci yang (mengandungi keterangan-keterangan
    yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara
    manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan.
  • Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan
    perselisihan melainkan orang-orang yang telah
    diberikan kepada mereka kitab-kitab suci itu,
    iaitu sesudah datang kepada mereka
    keterangan-keterangan yang jelas dan nyata,
    dengan sebab hasad dengki sesama sendiri.
  • Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang
    yang beriman ke arah kebenaran yang
    diperselisihkan mereka (yang derhaka itu) dengan
    izinNya. Dan Allah sentiasa memberikan petunjuk
    hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakinya ke
    jalan yang lurus. 2213

36
  • Himpunan makna keseluruhan ayat tersebut
    menjelaskan satu prinsip utama dalam Islam iaitu
    wajibnya menjaga kesatuan ummah dan wajibnya
    mengelakkan perpecahan.
  • Dalam Sunnah Rasulullah s.a.w. juga terdapat amat
    banyak hadis yang menganjurkan kesatuan dan
    melarang perpecahan. Sebagai misalan, antara
    lain, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud

37
  • Aku berpesan kepada sahabat-sahabatku, dan
    mereka (generasi) yang berikutnya, dan mereka
    yang berikutnya hendaklah kamu berada dalam
    jamaah, dan janganlah sekali-kali kamu berpecah
    belah.
  • Sesungguhnya syaitan itu bersama dengan orang
    yang keseorangan, dan ia lebih jauh dari orang
    yang berdua. Barangsiapa yang berkehendakkan
    syurga maka hendaklah ia sentiasa bersama dalam
    jamaah.

38
  • Menjaga kesatuan ummah adalah satu perkara yang
    amat kritikal dalam agama. Yusuf al-Qaradhawi
    menyebut bahawa betapa pentingnya kesatuan ummah
    ini dijaga sehingga harus dibiarkan berlakunya
    kerosakan besar lain yang bersifat sementara,
    asalkan kesatuan dapat dijaga.
  • Ini dengan mengambil iktibar dari al-Quran
    berhubung kisah Nabi Harun yang membiarkan kaum
    Bani Israil menyembah patung anak lembu yang
    diperbuat daripada emas sepanjang peninggalan
    Nabi Musa a.s. yang pergi menyahut seruan Allah
    di bukit Tursina

39
  • Selama pemergiannya tersebut, tugas Nabi Musa
    a.s. digantikan oleh Nabi Harun a.s. Dalam tempoh
    pemergian Nabi Musa a.s. inilah kaumnya diuji
    dengan penyembahan patung anak lembu emas yang
    dibuat oleh Samiri.
  • Setelah kembali kepada kaumnya, Nabi Musa a.s.
    dikejutkan oleh penyelewengan akidah yang sangat
    besar ini. Nabi Musa a.s. tidak dapat
    menyembunyikan rasa marahnya yang amat sangat
    sehingga baginda melemparkan lembaran-lembaran
    kitabnya, dan menarik rambut saudaranya dan
    berkata

40
  • Nabi Musa berkata Wahai Harun, apakah yang
    menghalangmu untuk mengikuti (perintahku) ketika
    engkau melihat mereka sesat, adakah engkau ingkar
    akan suruhanku?
  •  
  • Jawapan Nabi Harun a.s. seperti disebutkan dalam
    al-Quran ialah

41
  • Nabi Harun menjawab Wahai anak ibuku!
    Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah
    menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut
    bahawa engkau akan berkata kepadaku
  • Engkau telah memecah- belahkan kaum Bani Israil
    sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati
    mengambil berat pesananku Taha92-94
  •  

42
5. Penutup
  • Ruang untuk umat Islam bersatu itu sebenarnya
    lebih luas dari ruang ikhtilaf.
  • Islam membenarkan perbezaan pendapat berhubung
    perkara manhaj dan kaedah pelaksanaan dan ini
    tidak sepatutnya menghalang mereka untuk bersatu
    dalam akidah dan prinsip-prinsip asas syariat.
  • Perbezaan pendapat itu sendiri, dilihat dari satu
    sudut lain, adalah satu rahmat dan kelonggaran
    kepada ummah, iaitu dalam ertikata wujud pilihan
    dalam menerimapakai hukum. Rahmat dan kelonggaran
    juga merupakan salah satu dari tujuan syariat
    Islam.

43
  • Umat Islam sebenarnya lebih perlu menghabiskan
    masa untuk menyelesaikan cabaran dan
    tuntutan-tuntutan semasa yang lebih besar dan
    mendesak. Ketika aliran-aliran Islam hangat
    berbahas tentang lafaz usalli harus atau tidak,
    dalam masa yang sama begitu ramai orang Islam
    yang mengabaikan sembahyang dan tidak tahu cara
    sembahyang tanpa siapa ambil peduli.
  • Ketika mereka berdebat sama bacaan Yasin dan
    tahlil malam Jumaat itu bidah atau tidak, jumlah
    orang yang buta al-Quran semakin bertambah.
  • Ketika mereka bertikam lidah tentang isu bidah
    dan mazhab, bilangan remaja dan belia Islam yang
    rosak akhlak dan menjadi hamba dadah semakin
    meningkat.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com