Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis - PowerPoint PPT Presentation

1 / 24
About This Presentation
Title:

Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis

Description:

Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:185
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 25
Provided by: NARIMAH
Category:

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis


1
Topik 2Sejarah Pengajian Krisis
2
Objektif
  • Setelah mengikuti kursus ini para pelajar akan
    dapat
  • 1. Menerangkan perkembangan bidang pengurusan
  • krisis di dunia
  • 2. Menjelaskan perkaitan di antara bidang
  • perhubungan awam (PR) dan pengurusan krisis
  • organisasi
  • 3. Menjelaskan kepentingan pengurusan krisis
  • organisasi dalam masyarakat yang maju

3
Pengenalan
  • Krisis bukan perkara baru
  • Keadaan krisis berubah mengikut perkembangan
    teknologi, pendapat umum, kadar literasi
    masyarakat
  • Perkembangan pendapat umum pada kurun ke 20
    berkait dengan perbincangan tentang pengurusan
    krisis
  • Bagaimana organisasi dianggap oleh umum
    menggambarkan nilai, penghormatan yang diberi,
    keupayaan organisasi menghadapi sebarang masalah

4
Peranan Media dan ICT
  • Perkembangan teknologi maklumat (IT) membolehkan
    kita menerima maklumat terkini tentang
    perkembangan di merata pelusuk dunia dalam masa
    yang singkat.
  • Keadaan ini membolehkan kita mengetahui tentang
    krisis tebusan di Sipadan/Abu Sayyaf krisis
    rampasan kuasa di Fiji dan pelbagai lagi beberapa
    ketika selepas perkara tersebut berlaku.
  • Kes keracunan bahan tenusu dengan dioksin yang
    berlaku di Belgium tentu tidak diketahui
    sekiranya pihak media tidak melaporkan perkara
    tersebut.

5
Pengurusan Krisis
  • Kaitan rapat di antara
  • kejadian yang berlaku
  • laporan media, dan
  • tindakan pihak organisasi bagi membendung masalah
    atau krisis yang berlaku.

6
KAITAN PERHUBUNGAN AWAMDAN PENGURUSAN KRISIS
  • PR mempunyai peranan penting dalam pengurusan
    krisis.
  • Bagaimana organisasi berurusan dengan pihak awam,
    media, mangsa, dan pelbagai pihak yang terlibat
    dengan krisis menunjukkan kepakaran pihak
    pengurusan krisis berkomunikasi secara bijak bagi
    memastikan imej, reputasi, dan kewujudan
    organisasi tidak tergugat disebabkan krisis.

7
Krisis Abad ke-20
  • Di peringkat dunia perang dunia pertama dan
    kedua, perang Iraq-Iran, pembunuhan pemimpin
    dunia seperti JF Kennedy, Anwar Sadat, Martin
    Luther King, pembunuhan pelajar di Tiananmen
    Square, letupan loji nuklear Chernobyl, dan
    banyak lagi kejadian yang telah melanda
    negara-negara di dunia dan organisasi-organisasi
    besar.

8
KEPENTINGAN PENGURUSAN KRISIS
  • Sebarang krisis yang berlaku dalam organisasi
    atau negara perlu diurus dengan teratur supaya
    kesannya terhadap organisasi dan pihak-pihak lain
    tidak teruk.
  • Pemimpin organisasi dan pasukan yang dibentuk
    perlu mahir mengurus krisis kerana krisis yang
    tidak diurus dengan betul mengakibatkan
    kemalangan jiwa, organisasi yang terpaksa
    ditutup, diambil alih dan pelbagai lagi kesan
    buruk yang memberi kesan terhadap pekerja,
    pelanggan, pemegang saham dan masyarakat umum.

9
Pengurusan Krisis JF Kennedy
  • Pada peringkat dunia contoh pengurusan krisis
    oleh JF Kennedy semasa serangan Bay of Pigs
    menggambarkan ketidakupayaan beliau dalam mebuat
    keputusan yang tepat kerana terlalu membuat
    agihan tugas dan terlalu mempercayai orang lain.
  • Walau bagaimanapun beliau dapat membuat perubahan
    besar dalam gaya pengurusan krisis semasa
    mengurus krisis peluru berpandu Cuba.

10
Peranan Pengurus
  • Pengurus perlu berupaya membentuk pendapat umum
    yang hebat supaya organisasi dapat menggunakannya
    apabila berhadapan dengan krisis
  • Pendapat umum wujud dalam masyarakat tetapi
    dikawal oleh tapisan (censorship), pemerintahan
    tentera, atau propaganda
  • Perkembangan berubah dengan kemudahan akses
    kepada maklumat menggunakan teknologi komunikasi,
    eg. CNN membolehkan maklumat dari segala pelusuk
    dunia diperolehi dengan cepat

11
Perkembangan Semasa
  • Perkembangan pendapat umum banyak dibantu oleh
    media massa
  • Media memberi gambaran tentang individu,
    organisasi, syarikat korporat supaya lebih
    dikenali umum
  • Syarikat korporat perlu mendidik pekerja,
    pemegang saham, masyarakat umum supaya memahami
    mereka dan bersedia untuk menghadapi krisis

12
Reputasi pengurus dan integriti akhbar
  • Pihak media berperanan memberitahu tentang krisis
    kepada umum dan cuba untuk menyelesaikannya.
  • Fungsi laporan media ialah untuk mendokumen
    keputusan dan kejadian kepada umum

13
Reputasi pengurus dan integriti akhbar
  • Pemberita perlu memberi laporan yang seimbang
    berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada
    sumber
  • Pengurus perlu sedar media bukan musuh. Mereka
    perlu bekerjasama dengan media supaya laporan
    yang lengkap dan tepat tentang organisasi dapat
    dibuat

14
Pengurus dan Media
  • Semasa krisis orang selalunya kurang berminat
    untuk bercakap dengan pihak media kerana mungkin
    merasa terancam, takut dikritik, takut tindakan
    undang-undang atau takut menunjukkan perasaan
    marah atau bimbang kepada umum.
  • Media mungkin mendapat maklumat bukan dari sumber
    yang sah tetapi sumber maklumat alternatif,
    hingga memberi gambaran yang berat sebelah.

15
Pengurus dan Media
  • Pengurus perlu tahu kepentingan memberi maklumat
    kepada media kerana media perlu melaporkan
    perkara yang sebenar yang ingin diketahui oleh
    umum.
  • Pengurus perlu berupaya berkomunikasi
    mendengar, bercakap, menulis dan membaca - dengan
    baik.

16
SOALAN 1
  • Kenapa organisasi berjaya mengatasi krisis
    sementara yang lain tidak?
  • Ini kerana setengah organisasi secara proaktif
    membuat persediaan dan berlatih awal sebelum
    krisis berlaku sementara yang lain bertindak
    kepada krisis tanpa persediaan atau pengalaman

17
SOALAN 2
  • Apakah aspek pengurusan yang penting untuk
    membuat persediaan menghadapai krisis?
  • Bermula dengan kefahaman tentang kefahaman betapa
    pentingnya pendapat umum dalam masyarakat dan
    diikuti dengan kemahiran perhubungan awam,
    memahami perlakuan organisasi dan mempunyai
    tanggungjawab sosial.

18
SOALAN 3
  • Bagaimana menguji kemahiran mengurus krisis dalam
    tugas dan di luar tugas untuk digunakan dalam
    organisasi?
  • Boleh guna role play atau main peranan untuk
    melihat bagaimana krisis diurus dalam organisasi.
    Guna krisis olok-olok dan lihat bagaimana pihak
    pengurusan bertindak terhadap krisis berkenaan.
    Maklumat dibekalkan kepada pihak organisasi untuk
    mewujudkan suasana sebenar yang mungkin berlaku.
  • Barton (1993) memberi contoh bagaimana syarikat
    Shell menggunakan kaedah tersebut beberapa minggu
    sebelum Iraq menyerang Kuwait semasa Krisis
    Teluk.

19
SOALAN 4
  • Apakah pandangan pengurus yang pernah mengurus
    krisis dan pernah berbincang tentang pengalaman
    mereka?
  • Mereka kesal kerana tidak pernah didedahkan
    kepada latihan formal pengurusan krisis semasa
    belajar tentang pengurusan. Setengah pengurus
    berkata krisis membantu mereka dalam kerjaya
    manakala yang lain pula mengatakan pengajaran
    pengurusan krisis hanya diperolehi setelah
    terlalu lewat dan organisasi mendapat malu.

20
SOALAN 5
  • Bagaimana pengurus dapat melatih pasukan secara
    baik untuk menangani krisis bagi mengurangkan
    kerosakan kepada organisasi?
  • Dengan mengurus secara seimbang dari segi latar
    belakang dan kemahiran profesional pada
    permulaan.

21
SOALAN 6
  • Apakah pelan pengurusan krisis (CMP) dan kenapa
    ia penting? Kenapa mereka yang belajar tentang
    pengurusan mengambil berat tentang pengurusan
    krisis?
  • Satu krisis yang berlaku boleh mengubah
    kehidupan dan kerjaya seseorang pengurus. CMP
    membolehkan anda menguji bagaimana anda akan
    bertindak terhadap orang di dalam dan di luar
    organisasi semasa keadaan tertekan. Ia akan
    mencabar anda untuk menimbangkan isu dan individu
    yang perlu dihubungi yang tidak pernah anda
    hubungi sebelum ini. CMP merupakan satu alat yang
    boleh menyelamatkan nyawa, melindungi aset, dan
    mengekal atau meningkatkan imej organisasi.

22
Rumusan
  • Sebagai kesimpulan kita boleh katakan bahawa
    perkembangan krisis berkait rapat dengan
    perkembangan teknologi komunikasi, perubahan
    pesat yang berlaku, dan juga perkembangan
    pendapat umum.
  • Perkembangan dunia kurun ke 20 dengan kejadian
    seperti perang dunia, pembunuhan pemimpin dunia,
    pembunuhan, kemalangan melibatkan syarikat
    korporat/agensi memberi gambaran tentang krisis
    yang berlaku dan kepentingan mengurus krisis

23
Kesimpulan
  • Kita juga menerima kenyataan bahawa krisis
    bukanlah satu perkara yang negatif tetapi
    berpotensi menguatkan kewujudan organisasi
    sekiranya diuruskan dengan baik.
  • Oleh itu satu organisasi yang berupaya muncul
    dengan imej yang lebih positif setelah dilanda
    krisis akan dilihat sebagai berpotensi wujud
    dalam dunia yang mencabar dan dapat dijadikan
    contoh oleh pihak lain.

24
Soalan Ulangkaji
  • Kenapa krisis semakin banyak berlaku masa kini
    berbanding dahulu?   
  • Kenapa perkembangan media merupakan satu sebab
    berlakunya krisis?   
  •  
  • Apa yang mungkin berlaku sekiranya pencemaran
    dioksin dalam bahan tenusu tidak diketahui di
    Malaysia?  
  •  
  • Kenapa PR penting dalam pengurusan krisis?  
  •  
  • Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus
    organisasi yang menghadapi krisis?
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com