UNIT CUTI BELAJAR - PowerPoint PPT Presentation

1 / 65
About This Presentation
Title:

UNIT CUTI BELAJAR

Description:

(Urus setia) Ketua PTj/PenolongPendaftar. Membuat hebahan kepada semua pusat ... Urus setia. TNC (A&P) Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa & Cuti ... Urus ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:4568
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 66
Provided by: upsi
Category:
Tags: belajar | cuti | unit | urus

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: UNIT CUTI BELAJAR


1
TAKLIMAT CUTI BELAJAR 20 MEI 2008BILIK KM
4FAKULTI SENI DAN MUZIK
  • UNIT CUTI BELAJAR ?

2
Jenis-jenis Cuti Belajar
3
Statistik Cuti Belajar(Keutamaan mengikut first
come first serve basis)
4
Jumlah Yang Sedang Melanjutkan Pengajian
5
(No Transcript)
6
OBJEKTIF
7
SYARAT PERMOHONAN
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 35 tahun (Sarjana) dan 40 tahun (Ph.D)
    tertakluk kepada budibicara Universiti dan KPTM
  • Ijazah Sarjana Muda yang baik CGPA 3.0 ke atas
    atau Kelas Kedua Atas
  • Diterima masuk ke universiti yang mempunyai
    ranking atau rating yang ditetapkan
  • Telah berkhidmat dalam tempoh tiga (3) tahun
    perkhidmatan
  • Bagi pengajian peringkat Ph.D tidak dibenarkan
    mengikut pengajian di fakulti / universiti yang
    sama tempat bertugas
  • Permohonan ke luar negara skor minimum TOEFL 600
    (paper based) atau 240 (computer based) atau
    IELTS 6.0
  • Permohonan ke dalam negara skor TOEFL 460 (paper
    based) atau 140 (computer based) atau IELTS 5.0
  • Telah menghasilkan sekurang-kurangnya 2
    penerbitan (bagi kakitangan lantikan tetap)
  • Calon mengisi borang permohonan SLAB/SPU UPSI

8
  • Hanya calon-calon yang memenuhi syarat dan
    disenarai pendek akan dipanggil temu duga
  • Panel temu duga








  • 1. TNC (AA) - Pengerusi
    2. Pendaftar

    3. Dekan Fakulti
    4.
    Timbalan Pendaftar Kanan (BSM) _at_ Wakil -
  • Calon yang berjaya akan dimaklumkan supaya
    mengambil beberapa tindakan segera

Setiausaha
9
CHECKLIST PERMOHONAN KE KPT
Setiap permohonan yang berjaya dalam temu duga
hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen
berikut
10
PERMOHONAN ON-LINE KPT (https//online2.mohe.go
v.my/eSubmission)
11
URUSAN PEMILIHAN KELULUSAN
  • Permohonan calon hendaklah terlebih dahulu
    ditapis dan dinilai di peringkat universiti
    melalui Jawatankuasa Pemilihan/ Jawatankuasa Cuti
    Belajar masing-masing yang dipengerusikan oleh
    Timbalan Naib Canselor (AA). Setelah
    dipersetujui permohonan tersebut seterusnya akan
    diperakukan untuk pertimbangan Kementerian
    Pengajian Tinggi (KPT).
  • Permohonan yang diterima daripada universiti ini
    akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
    Biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)
    /Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), Kementerian
    Pengajian Tinggi.

12
SAMBUNGAN....
URUSAN PEMILIHAN KELULUSAN
  • Peranan Jawatankuasa ini ialah
  • a) Menentukan kriteria-kriteria dan
    syarat-syarat pemilihan calon-calon bagi program
    Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)/SLAI
  • b) Menimbangkan permohonan calon-calon yang akan
    ditawarkan biasiswa SLAB/SLAI bagi pengajian
    peringkat Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar
    negara

13
URUSAN PENAWARAN HADIAH LATIHAN
Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan Hadiah
Latihan di bawah Program Skim Latihan Akademik
Bumiputera/Skim Latihan Akademik IPTA oleh
Kementerian Pengajian Tinggi dengan syarat-syarat
tawaran yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
14
PEMBAYARAN GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN
  • Elaun-elaun dan kemudahan kepada tenaga pengajar
    akademik Bumiputera yang ditawarkan Hadiah
    Latihan SLAB/SLAI adalah mengikut kadar elaun dan
    kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang
    berkuatkuasa dari semasa ke semasa
  • Elaun dan kemudahan ini akan dibayar oleh
    Kementerian Pengajian Tinggi
  • Gaji yang diterima oleh tenaga pengajar akademik
    semasa berkursus akan terus dibayar oleh pihak
    universiti
  • Elaun dan kemudahan bagi keluarga calon akan
    dibiayai oleh pihak universiti

15
PERJANJIAN
Tenaga pengajar akademik Bumiputera universiti
yang ditawarkan Hadiah Latihan di bawah Program
SLAB/SLAI adalah dikehendaki menandatangani
perjanjian dengan Kementerian Pengajian Tinggi
untuk berkhidmat dengan Kerajaan selepas tamat
kursus mengikut syarat-syarat yang telah
ditetapkan. Jabatan ini berhak menarik balik
kelulusan ini jika calon gagal menandatangani
perjanjian tersebut. Sehubungan dengan itu, Surat
perjanjian hendaklah disempurnakan sebelum
memulakan pengajian.
16
SYARAT- SYARAT PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH
PENGAJIAN
  • Permohonan mestilah 6 BULAN sebelum tamat tempoh
    dengan menyertakan -
  • Surat Permohonan calon
  • Surat Sokongan Supervisor/penyelia
  • Perancangan Pengajian dalam tempoh lanjutan
  • Surat sokongan Dekan Fakulti

17
LAPORAN KEMAJUAN PENGAJIAN SISWAZAH (LKPS)
  • Seksyen 1 (n) perjanjian yang ditandatangani
    mengkehendaki pegawai mengemukakan LKPS yang
    lengkap kepada Universiti setiap enam (6) bulan
    sekali/keputusan peperiksaan dalam tempoh sebulan
    selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar
    Bil 5/2007 telah memutuskan penguatkuasaan
    penghantaran LKPS. Kegagalan mengemukakan LKPS
    dalam tempoh yang ditetapkan akan mengakibatkan
    penahanan elaun.

18
LAPORAN KEMAJUAN PENGAJIAN SISWAZAH KEPUTUSAN
PENGAJIAN
19
SAMBUNGAN....
LAPORAN KEMAJUAN PENGAJIAN SISWAZAH KEPUTUSAN
PENGAJIAN
20
GANTIRUGI
(Berkuatkuasa mulai 2 Julai 2003)
Kursus Profesional/Kritikal meliputi
kursus-kursus seperti Perubatan dan Pergigian,
Kejuruteraan, Senibina, Perakaunan (UK dan
Australia) dan Undang-undang seperti yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan
Pengiktirafan Kelayakan Tempoh 3 bulan atau
kurang tidak dikenakan ikatan perjanjian dan
gantirugi Meliputi Cuti Belajar Bergaji
Penuh (CBBP) Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar Separuh
Gaji (CBSG), CBSG Tanpa Biasiswa, Cuti Belajar
Tanpa Gaji (CBTG) dengan Biasiswa dan
CBTG Tanpa Biasiswa Kos sebenar merangkumi
segala perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak
Kerajaan termasuk segala jenis yuran, elaun dan
perbebelanjaan tiket kapal terbang
(sekiranya ada).
21
PROSES KERJA
22
SAMBUNGAN....
PROSES KERJA
23
PROSES KERJA
SAMBUNGAN....
24
CONTOH ULASAN PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN
25
SAMBUNGAN....
CONTOH ULASAN PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN
26
SAMBUNGAN....
PROSES KERJA
27
CARTA ALIR KERJA

MULA
UNIT LATIHAN MEMBUAT HEBAHAN KEPADA SEMUA PTJ
MENERIMA BORANG PERMOHONAN DARIPADA PEMOHON
MEMBERI SALINAN SURAT PANGGILAN TEMU DUGA
MENGURUSKAN MESYUARAT JAWATANKUASA BIASISWA
CUTI BELAJAR UNIVERSITI
MENGHANTAR PERMOHONAN LENGKAP KE KPT
MENGELUARKAN SURAT TAWARAN KEPADA PEMOHON
MENGURUSKAN PERJANJIAN SEBELUM MEMULAKAN PENGAJIAN
MENGURUS TIKET (CALON LUAR NEGARA) DOKUMEN
UNTUK ELAUN
PTJ
TINDAKAN
MEMANTAU LAPORAN KEMAJUAN PENGAJIAN / KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SETIAP SEMESTER DIREKODKAN
PEGAWAI MELAPOR DIRI
MEMBERI ULASAN AKADEMIK TERPERINCI UNTUK KES-KES
PERMOHONAN LANJUTAN

TAMAT
MEMBERI ULASAN AKADEMIK TERPERINCI UNTUK
PERMOHONAN MENGUTIP DATA
28
(No Transcript)
29
PENGENALAN
Skim Latihan Kakitangan IPTA (SLAI) ialah Skim
Pembangunan Staf Akademik di bawah RMK-9 untuk
memenuhi keperluan staf akademik dalam jangka
panjang selaras dengan matlamat untuk mencapai
sasaran 60 pensyarah berkelayakan PhD menjelang
tahun 2010
30
OBJEKTIF
  • Melatih bakal tenaga pengajar daripada
    calon- calon cemerlang yang dipilih
  • Menambahkan bilangan tenaga pengajar akademik
    UPSI
  • Memenuhi keperluan tenaga pengajar yang
    mendesak mengikut kepentingan disiplin
  • Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia
    ada yang diperlukan oleh pihak Universiti
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di
    Universiti dan pewujudan tenaga pengajar yang
    berpendidikan tinggi dan berkualiti.

31
DASAR TAJAAN SLAI
  • Menaja tenaga pengajar yang berpotensi dan
    berkelayakan ke peringkat Doktor Falsafah (PhD)
    di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar
    negara dalam apa jua bidang pengajian yang
    bersesuaian dengan kehendak Universiti. Walau
    bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada
    bidang Sains dan Teknologi, bidang-bidang baru
    atau bidang-bidang yang dianggap kritikal oleh
    Universiti khususnya dan negara amnya.
  • 2. Penawaran biasiswa di luar negara akan
    mengambil kira ranking serta rating bidang dan
    Universiti yang dipilih oleh calon berkenaan.
    Untuk ini calon hendaklah diterima masuk ke
    Universiti yang mendapat sekurang-kurangnya
    rating lima (5) dalam bidang berkenaan
    berdasarkan Research Assessment Exercise (RAE)
    yang terkini. Bagi Amerika Syarikat pula calon
    hendaklah diterima masuk ke Universiti yang
    mendapat rating Highly Competitive dan Most
    Competitive dalam bidang berkenaan berdasarkan
    Barrons Profile. Bagi negara-negara lain, sistem
    penarafan yang hampir sama bolehlah digunakan.

32
PROSES SURAT TAWARAN SEMENTARA (UNTUK TINDAKAN
CALON)
mula bincang dan pastikan bidang
pengajian/tempat pengajian/mod pengajian bersama
Dekan Fakulti pohon dan dapatkan tempat
pengajian dalam atau luar negara dengan
perbelanjaan sendiri duduki TOEFL/IELTS bagi
pengajian dalam atau luar negara (kos ditanggung
sepenuhnya oleh calon) pohon pelepasan jika
terikat dengan mana-mana Badan Kerajaan/Berkanun
hadiri Kursus Kaedah Penyelidikan /Analisis
Kuantitatif (selama 2 minggu) hadiri Kursus Biro
Tatanegara (BTN) bagi calon yang diluluskan di
luar negara. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan
setelah calon mengemukakan surat tawaran tempat
pengajian (Kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya
oleh calon) tamat
33
PROSES SURAT TAWARAN RASMI (UNTUK CALON KECUALI
)
mula terima tawaran tempat pengajian tanpa
pra-syarat, disokong dan diperaku oleh pihak
UPSI pastikan tidak menerima sebarang bentuk
penajaan daripada mana-mana pihak yang mempunyai
ikatan perjanjian isi borang Skim Latihan
Akademik Bumiputera (SLAB) untuk biasiswa dan
memaklumkan tarikh mula pengajian bentang
permohonan di dalam Mesyuarat SLAB di KPT untuk
kelulusan keluar surat tawaran rasmi dari
KPT keluar surat tawaran rasmi dari
UPSI tandatangan dua (2) Surat Perjanjian
berasingan i. Surat Perjanjian RLKA dengan dua
(2) penjamin (empat (4) salinan) dan setem hasil
RM 10.00 setiap salinan ii. Surat Perjanjian
Kerajaan dengan dua (2) orang penjamin (tiga (3)
salinan) dan setem hasil RM 10.00 setiap salinan
sertakan bersama surat perjanjian i.
salinan kad pengenalan penjamin ii. dua (2)
keping gambar calon iii. borang butir-butir
penjamin yang menggunakan alamat tempat kediaman
yang tetap lakukan pemeriksaan kesihatan
untuk diri sendiri dan keluarga (bagi yang
berkeluarga dan yang diluluskan ke luar negara
serta ingin membawa keluarga). Kos ditanggung
sepenuhnya oleh calon.
34
SAMBUNGAN....
PROSES SURAT TAWARAN RASMI (UNTUK CALON KECUALI
)
Serah borang butir-butir peribadi keluarga
beserta salinan iaitu i. salinan sijil
nikah ii. salinan sijil kelahiran calon,
isteri/suami dan anak iii. salinan kad
pengenalan calon,isteri/suami dan anak dan iv.
dokumen yang berkaitan mohon visa bagi calon dan
keluarga yang diluluskan ke luar negara. (Kos
permohonan adalah ditanggung sepenuhnya oleh
calon). Surat jaminan kewangan bagi proses
permohonan visa boleh diperolehi daripada UPSI
buka akaun di bank tempatan maklum tarikh
berlepas ke luar negara untuk tujuan penempahan
tiket penerbangan (bagi calon yang diluluskan ke
luar negara) hantar arahan pembayaran biasiswa
ke Jabatan Bendahari UPSI (sebarang pertanyaan
berkenaan penerimaan biasiswa/penyata bayaran
hubungi Jabatan Bendahari) tamat
35
(No Transcript)
36
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut
  • Untuk menambah bilangan tenaga pengajar yang
    berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) di UPSI
    selaras dengan hasrat Kementerian Pengajian
    Tinggi di mana setiap IPTA perlu mempunyai
    sekurang-kurangnya 60 tenaga pengajar yang
    berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) pada 2010
  • Untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar yang
    mendesak mengikut kepentingan disiplin
  • Sebagai alternatif kepada pelaksanaan rancangan
    latihan sedia ada seperti SLAB, SLAI, SPU dan
    SLKKAP serta
  • Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan
    di UPSI melalui pewujudan tenaga pengajar yang
    berpendidikan tinggi.

37
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
A. Syaratsyarat Umum
  • Tenaga pengajar yang diperakukan untuk memohon
    tajaan latihan di bawah program ini perlulah
    mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman,
    minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi
    menentukan kejayaan dalam pengajian dan
    seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah
    meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan
    Universiti dan
  • Bidang pengajian yang dipilih hendaklah terdiri
    daripada bidang-bidang yang boleh memberi
    sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan
    perkhidmatan, Universiti dan negara.
    Bidang-bidang pengajian yang dipilih mestilah
    seperti yang ditawarkan oleh Nova Southeastern
    University.

38
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
B. Syaratsyarat Khusus
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka bagi semua kakitangan akademik yang
    berjawatan tetap dan telah disahkan dalam
    perkhidmatan
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun semasa memohon
    (Sepenuh masa). Pemohon yang berumur melebihi 45
    tahun semasa memohon boleh mengikuti program ini
    secara separuh masa.
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang
    baik, dengan CGPA minimum 3.0
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau pertuduhan
    tatatertib

39
SAMBUNGAN....
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
B. Syaratsyarat Khusus
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris dalam skor
    minimum dalam peperiksaan TOEFL sama ada 213
    (bagi computer-based) atau 550 (bagi paper-based)
    atau lulus dengan markah melebihi 40 dalam
    peperiksaan Miler Analogies Test (MAT) atau
    Graduate Record Examination (GRE), IELTS dengan
    skor 6.0 boleh dipertimbangkan
  • Calon-calon tidak menerima sebarang bentuk tajaan
    daripada mana-mana badan penaja lain
  • Tidak ada perjanjian dengan mana-mana pihak lain.
    Calon-calon yang masih ada ikatan kontrak dengan
    mana-mana agensi Kerajaan atau syarikat-syarikat
    Kerajaan yang lain hendaklah memohon perpindahan
    kontrak terlebih dahulu dan
  • Permohonan hendaklah disokong dan diperakukan
    Dekan Fakulti dan Pengurusan Universiti.

40
KAEDAH PERLAKSANAAN
Program ini akan dijalankan selama 3 tahun. Dalam
tempoh pengajian, calon akan berada di NSU selama
tiga (3) bulan bagi pengajian sepenuh masa dan
satu (1) bulan untuk pengajian separuh masa bagi
tujuan pendedahan dan mendapatkan bimbingan serta
tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah di NSU.
Dalam tempoh itu, calon juga akan menghadiri
Summer Conference on Global Leadership, Learning
and Research yang akan diadakan di NSU Campus di
Fort Lauderdale, Florida selama satu
minggu. Calon akan mengikuti kelas secara online
dan on-site classes akan dijalankan di UPSI
dengan tenaga pengajar dari NSU akan datang dari
semasa ke semasa dan dibantu oleh
pensyarah-pensyarah kanan UPSi, terutama bagi
kursus-kursus teras. Penyelia tempatan akan
dilantik bagi memantau perkembangan pengajian
pelajar di samping penyelia yang dilantik oleh
NSU. Sebahagian kursus akan dijalankan secara
online, namun pelajar-pelajar juga digalakkan
untuk berinteraksi dengan penyelia tempatan yang
terdiri daripada pensyarah kanan UPSI mengikut
bidang masing-masing.
41
BEBAN TUGAS
Adalah dicadangkan supaya beban tugas bagi
pegawai-pegawai yang ditaja di bawah skim ini
(separuh masa) dikurangkan tertakluk kepada
persetujuan dekan fakulti masing-masing.
42
KEMUDAHAN
Adalah dicadangkan calon-calon bagi skim ini
diberi kemudahan-kemudahan berikut
  • Yuran Pengajian

    Yuran-yuran
    pengajian, bayaran-bayaran peperiksaan dan
    bayaran-bayaran lain yang dikenakan Universiti
  • Elaun Buku
    Pegawai akan dibayar oleh pihak Universiti
    Elaun Buku secara Outright- grant sekali
    setahun mengikut bidang pengajian
  • Elaun Alat Perkakas
    Pegawai akan dibayar oleh pihak Universiti Elaun
    Perkakas secara Outright- grant sekali setahun
    mengikut bidang pengajian
  • Elaun Bantuan Penyediaan Tesis
    Pegawai akan dibayar oleh pihak Universiti
    Elaun Bantuan Penyediaan tesis atau disertai
    sekali sahaja di sepanjang kursus. Pembayaran
    hanya akan dibuat setelah pegawai mengemukakan
    satu salinan tesis atau disertai beserta borang
    permohonan kepada Unit Latihan UPSI
  • Elaun Terlebih Bayar
    Sekiranya pegawai menerima elaun-elaun atau
    bayaran yang melebihi daripada jumlah
    sepatutnya, pihak UPSI berhak pada bila-bila masa
    menuntut kembali elaun-elaun terlebih bayar
    tersebut
  • Elaun Sara Hidup Pegawai
    akan dibayar elaun penginapan dan sara hidup
    untuk diri sendiri bagi tempoh sebulan berada di
    Nova Southern University mengikut kadar luar
    negara

43
PERJANJIAN
Pegawai hendaklah menandatangani satu perjanjian
sebelum mengikuti kursus. Sekiranya pegawai tidak
menandatangani Perjanjian ini dalam tempoh yang
ditetapkan, maka tajaan ini akan ditarik balik.
44
GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN
Pelajar yang gagal menamatkan pengajian selepas 5
tahun mulai tarikh memulakan pengajian maka
tindakan tuntutan ganti rugi akan diambil
terhadap calon.
45
(No Transcript)
46
TUJUAN
47
SIAPAKAH YANG LAYAK
Staf yang layak diberi pertimbangan untuk
menjalani Cuti Sabatikal ialah staf akademik yang
bertaraf Pensyarah Kanan.
48
SYARAT-SYARAT
  • Seseorang staf boleh diluluskan Cuti Sabatikal
    sekiranya telah memenuhi dan mematuhi
    syarat-syarat berikut
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Menepati syarat umur yang ditetapkan seperti
    butiran-butiran berikut
  • a) Bagi yang memilih bersara wajib pada umur 55
    tahun
  • - 53 tahun pada tarikh ia akan menghabiskan
    Cuti Sabatikalnya, sekiranya cuti itu
    diambil genap perkhidmatan 5 tahun atau
  • - 54 tahun pada tarikh ia akan menghabiskan
    Cuti Sabatikalnya, sekiranya cuti itu
    diambil genap perkhidmatan 3 tahun.
  • b) Bagi yang memilih bersara wajib pada umur 56
    tahun
  • - 54 tahun pada tarikh ia akan mengabiskan
    Cuti Sabatikalnya, sekiranya cuti itu
    diambil setelah genap perkhidmatan 5 tahun atau
  • - 55 tahun pada tarikh ia akan menghabiskan
    Cuti Sabatikalnya, sekiranya cuti itu
    diambil setelah genap perkhidmatan 3 tahun.

49
PROSES KERJA
50
SAMBUNGAN....
PROSES KERJA
51
SAMBUNGAN....
PROSES KERJA
52
TEMPOH IKATAN
53
CARTA ALIRAN SEMASA PERMOHONAN

MULA
MENYEDIAKAN SENARAI NAMA KAKITANGAN AKADEMIK YANG
LAYAK UNTUK MEMOHON
SURAT YANG BERKAITAN AKAN DIKELUARKAN OLEH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
MENGELUARKAN SURAT UNTUK MAKLUMKAN CARA
PERMOHONAN KEPADA KAKITANGAN AKADEMIK MELALUI
DEKAN FAKULTI
MEMOHON MENJALANI CS
MEMOHON PENANGGUHAN CS
TINDAKAN
DIBUAT OLEH PEMOHON
DIBUAT OLEH PEMOHON
MENGISI BORANG PERMOHONAN CS(A)
MENGISI BORANG PENANGGUHAN CS(B)
DIKEMUKAKAN KERTAS RANCANGAN PENANGGUHAN
MEMBUAT KERTAS RANCANGAN PENYELIDIKAN
MEMBUAT ANGGARAN KOS PROGRAM
DILULUSKAN
DILULUSKAN
TINDAKAN
TIDAK DILULUSKAN
TIDAK DILULUSKAN
DIPERAKUKAN OLEH TNC(AP)
DIPERAKUKAN OLEH TNC(AP)
MENGHANTAR SURAT TIDAK MENDAPAT KELULUSAN KEPADA
PEMOHON
MEMBUAT PERMOHON BARU UNTUK MENJALANI CS
DILULUSKAN OLEH NC
DILULUSKAN OLEH NC
54
CARTA ALIRAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN NAIB
CANSELOR

MULA
MENDAPAT SURAT TAWARAN CUTI TAWARAN CUTI SABATIKAL
MENGHANTAR PERJANJIAN KE BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
BENDAHARI
PEJABAT PENDAFTAR/UNIT PERKHIDMATAN
TINDAKAN
MEMBERI SALINAN SURAT TAWARAN PEMOHON
MEMASTIKAN JIKA PEMOHON MEMEGANG JAWATAN DALAM
PENTADBIRAN FAKULTI (Rekod dalam buku
perkhidmatan pegawai)
MEMBUAT KEW8 UNTUK MEMBAYAR ELAUN SARA HIDUP
MENGHANTAR LAPORAN SEMASA CUTI SABATIKAL-CS(C)
SEKALI DALAM SETIAP 3 BULAN
MENGHANTAR LAPORAN AKHIR CUTI SABATIKAL-CS(D) 30
HARI SELEPAS TARIKH TAMAT
MENGHANTAR HASIL TIDAK LEWAT DARIPADA 3 BULAN
SELEPAS TARIKH TAMAT

TAMAT
55
PERKHIDMATAN YANG DIAMBIL KIRA
  • Perkhidmatan 5 tahun ialah perkhidmatan
    terus-menerus selama 60 bulan dengan Universiti
    termasuk tempoh pinjaman tetapi tidak termasuk
    tempoh berikut
  • Cuti Tanpa Gaji _at_ Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Belajar atau mengikuti Skim Latihan Bagi
    Staf Akademik
  • Penangguhan Cuti Sabatikal atas sebab
    perkhidmatan yang diluluskan oleh Universiti
  • Tahanan kerja atau penggantungan di bawah kaedah
    tatatertib Universiti atau
  • Tahanan di bawah undang-undang Malaysia.

56
PROSEDUR MEMOHON (6 BULAN AWAL)
  • Permohonan bagi mengambil Cuti Sabatikal adalah
    dibuat dengan menggunakan Borang CS(A) (2
    salinan). Satu salinan borang yang telah lengkap
    diisi hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib
    Canselor (Akademik Antarabangsa) melalui Ketua
    Jabatan Dekan dan satu lagi untuk disimpan di
    Jabatan.
  • Borang CS(A) yang lengkap diisi perlu diserahkan
    kepada Bahagian Sumber Manusia melalui Ketua
    Jabatan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi
    hendaklah juga menyerahkan surat-menyurat yang
    berkaitan dengan program Cuti Sabatikal yang
    dipohon.

57
LUPUT HILANG KELAYAKAN
Cuti Sabatikal staf akan luput sekiranya staf
tidak mengambil atau memohon Cuti Sabatikalnya
pada tarikh genap masa atau pada tarikh tamat
penangguhan Cuti Sabatikal.
58
PENANGGUHAN SIAPAKAH YANG LAYAK
1. PENANGGUHAN ATAS SEBAB KEPENTINGAN
PERKHIDMATAN Seseorang staf mesti mengambil dan
melaksanakan Cuti Sabatikalnya pada tarikh genap
masa beliau boleh diluluskan. Walaubagaimanapun,
penangguhan atas sebab perkhidmatan mestilah
dipohon dan diperakukan oleh Dekan/Ketua Jabatan
dan penagguhan mestilah tidak melebihi 24 BULAN
selepas tarikh genap masa Cuti Sabatikalnya yang
boleh diluluskan itu. 2. PENANGGUHAN ATAS SEBAB
PERIBADI Staf melalui Dekan/Ketua Jabatan juga
boleh memohon penangguhan Cuti Sabatikalnya atas
sebab-sebab peribadi ke suatu tarikh dan
penagguhan mestilah tidak lewat dari 12 BULAN
selepas tarikh genap masa Cuti Sabatikalnya yang
boleh diluluskan itu. 3. PROSEDUR MEMOHON
PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL Permohonan
penangguhan hendaklah dibuat melalui Dekan/Ketua
Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Sumber
Manusia.
59
KEMUDAHAN DAN FAEDAH
  • Staf yang diluluskan Cuti Sabatikal dibayar gaji
    penuh dan faedah-faedah berikut
  • Tambang tiket perjalanan ke luar negara
    pergi/balik bagi laluan yang terdekat dan
    termurah.
  • Elaun Sara Hidup kadar luar Negara mengikut
    kadar yang ditetapkan dengan syarat bahawa staf
    berkenaan tinggal di luar Malaysia bagi tempoh
    tidak kurang dari 4 bulan,
  • Elaun pakaian panas boleh diberikan kepada staf
    yang berkelayakan sekiranya elaun tersebut tidak
    pernah diterima dalam tempoh 3 tahun.

60
LAPORAN
Laporan Semasa Cuti Sabatikal-Borang CS(C)
hendaklah dikemukakan ke Bahagian Sumber Manusia
sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan. Staf
yang gagal mengemukakan laporan dalam tempoh yang
ditetapkan, tidak akan diberi pertimbangan untuk
menjalani Cuti Sabatikal pada masa
hadapan. Laporan Akhir Cuti Sabatikal-Borang
CS(D) lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian
Sumber Manusia dalam tempoh 30 hari sekembalinya
daripada bercuti sabatikal. Staf melalui
Dekan/Ketua Jabatan mesti mengemukakan laporan
Cuti Sabatikal tentang program yang telah
dijalankan olehnya dalam tempoh 30 hari selepas
tarikh kembali dari Cuti Sabatikal. Hasil
(ciptaan, manuskrip, penerbitan dan sebagainya)
daripada program hendaklah dikemukakan kepada
Bahagian Sumber Manusia tidak lewat daripada 3
bulan daripada tarikh tamat Cuti Sabatikal.
61
PENGUMPULAN CUTI REHAT
Semua cuti rehat yang dikumpulkan sebelum
memulakan Cuti Sabatikal hendaklah disifatkan
telah LUPUT mulai dari tarikh permulaan Cuti
Sabatikal. Pegawai boleh memohon cuti rehat
selepas tarikh melapor diri Cuti Sabatikal
tertakluk kepada cuti yang dikumpul sebelum
menjalani Cuti Sabatikal.
62
PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN ATAU AKTIVITI LAIN
Staf yang menjalankan Cuti Sabatikal tidak
dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan atau
melibatkan diri dalam lain-lain aktiviti untuk
mendapat keuntungan daripada mana-mana punca
selain daripada Universiti tanpa terlebih dahulu
mendapat kelulusan Universiti.
63
LAPOR DIRI
Staf yang telah tamat tempoh Cuti Sabatikal
MESTI melaporkan diri ke Bahagian Sumber Manusia
selepas sahaja tamat Cuti Sabatikalnya dan
mengisi Borang Pengesahan Melaporkan Diri-CS(F).
64
BORANG-BORANG YANG BERKAITAN
  • Permohonan Cuti Sabatikal - CS(A)
  • Permohonan Menangguhkan Cuti Sabatikal - CS(B)
  • Laporan Semasa Cuti Sabatikal - CS(C)
  • Laporan Akhir Cuti Sabatikal - CS(D)
  • Permohonan Perjalanan Cuti Sabatikal - CS(E)
  • Pengesahan Melaporkan Diri - CS(F)
  • Surat Penerimaan Tawaran Cuti Sabatikal

65
  • SEKIAN, TERIMA KASIH
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com