BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA - PowerPoint PPT Presentation

1 / 18
About This Presentation
Title:

BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Description:

– PowerPoint PPT presentation

Number of Views:209
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 19
Provided by: HEM
Category:
Tags: asia | awal | tamadun | tenggara | angkor | bab3

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA


1
BAB3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
2
  • Petempatan Awal Asia Tenggara.
  • a) Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.
  • Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia
    Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.
  • Kerajaan di Tanah Besar Asis Tenggara seperti
    kerajaan Funan, Angkor, Ayuthia.
  • Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti
    kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu)
    dan Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan Indonesia).
  • b) Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan
    awal?
  • Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan
    untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu
    kerajaan.
  • Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad
    ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di
    sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati
    India.
  • Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik.

3
  • Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.
  • Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak
    zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di
    Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu),
    Sg.Klang (Selangor).
  • Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku
    buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar
    (Johor).
  • Bijih Timah telah diproses menjadi gendang
    gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.
  • Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh
    ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum
    menpunyai raja.
  • Walau bagaimanapun perdagangan maritim
    berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal
    layar dan perahu.
  • Jumpaan manik dan tembikar membuktikan
    perdagangan maritim berlaku sejak abad ke 5 SM
    tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul
    pada abad ke 2 M.

4
  • (2) Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
  • a) Bentuk bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
  • Kerajaan Agraria berasaskan pertanian,
    penternakan, memungut hasil hutan dan laut.
  • Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur
    seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady
    (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah
    gunung berapi kerajaan Taruma (Indonesia).
  • Kerajaan maritim berasaskan perdagangan,
    kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran
    pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti
    Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg
    Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman
    (Pahang).
  • Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang
    menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.
  • b) Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
  • Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air
    cukup.
  • Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres
    dan relung kerana kurang air.
  • Tanaman sampingan seperti jagung, pisang,
    keledek.

5
  • Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah-
    buahan.
  • Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
  • Sarang burung diambil dari gua untuk
    perdagangan.
  • Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
  • Kura kura mendapatkan kulitnya.
  • Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
  • Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat
    lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau
    kerajaan maritim.
  • Sistem pengairan amat penting dalam pertanian
    contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.

6
Kegiatan pertanian kerajaan agraria (angkor)
  • Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus
    pengairan dan baray, kesannya hasil padi
    menampung keperluan makanan penduduk Angkor.
  • Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang
    mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan
    tanah.
  • Tasik ini turut mengairi sawah padi.
  • Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
  • Tasik ini amat penting untuk bekalan air
    minuman.
  • d) Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.
  • Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan
    kepulauan.
  • Peringkat awal menangkap ikan, memungut hasil
    laut.
  • Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
  • Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas,
    bijih timah.
  • Hasil lebihan telah didagangkan maka
    petempatan ini menjadi tempat dagang dan
    pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ),
    Kuala Selinsing ( Perak ).

7
  • Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk
    mendapatkan barangan emas, timah, rotan, damar,
    hasil laut.
  • Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan
    kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka,
    Srivijaya.
  • Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan
    berhampiran kemudian berkembang, contohnya
    Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan
    Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan
    barat.
  • Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya
    yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya
    yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan
    Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan
    atara China dan India. Ini juga mendorong
    kedatangan pedagang ke dua dua negara ke situ.

8
  • Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah,
    hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di
    sekitarnya.
  • Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah
    Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan
    Bumi Emas orang Yunani dan India telah
    mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak
    awal abad masihi lagi.
  • Penduduk maritim yang terdiri daripada orang
    tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini
    menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
  • Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang,
    peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap
    dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
  • Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat
    perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak
    jauh).
  • Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di
    langit.

9
  • e) Ciri ciri kerajaan maritim Srivijaya.
  • Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
  • Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada
    pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut.
    Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di
    Selat Melaka.
  • Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan
    India singgah di sini kerana kedudukan
    pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
  • Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan
    pemerintahannya dan jajahan takluknya.
  • Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan
    kapal besar.

10
  • Ciri ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.
  • Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11
    menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang
    (abad ke 11 hingga 13 menganut agama Hindu).
  • Buktinya ialah jumpaan candi berunsur
    Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.
  • Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak
    dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar
    China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita
    tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik
    dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
  • Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke
    sini.
  • Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan
    terlindung dari angin monsun memajukan
    pelabuhannya.
  • Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang
    dagang seperti damar, rotan, timah.
  • Barang dagang juga dibawa dari luar seperti
    sutera, teh, kaca, manik, tembikar.

11
  • g) Konsep saling bergantung dan melengkapi antara
    kerajaan agraria dan maritim.
  • Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti
    Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk
    dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya
    kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim
    untuk mendapatkan barang mewah China/India
    seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.
  • Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil
    hutan sebagai barang pertukaran.
  • Kerajaan maritim membina kapal dengan
    mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu
    agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).
  • Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga
    didapati daripada kerajaan agraria di Siam.

12
  • Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor.
  • Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavaram II.
  • Raja dianggap raja dewa.
  • Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
  • Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
  • Raja juga dibantu oleh pembesar dikalangan
    pegawai tentera dan hakim.
  • d) Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan
    Srivijaya.
  • Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha
    Mahayana.
  • Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
  • 3Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja
    iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan
    raja putra. Seorang daripada mereka bakal
    menggantikan raja kecuali raja putra kerana
    beliau anak gundik.
  • Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat
    (parvanda atau senapati), seterusnya pegawai lain
    seperti haim, temenggung dan penghulu.

13
  • Kedudukan hamba terletak paling bawah sekali.
  • Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik
    raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
  • Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga batu
    Palembang, berdasarkan bukti jumpaan batu
    bersurat di situ.
  • e) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian monumen.
  • Monumen ialah binaan/bangunan daripada batu
    untuk memperingati orang ternama atau peristiwa
    penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan
    patung.
  • Candi berperanan sebagai rumah ibadat,
    menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya,
    menyimpan patung dewa utama dan lambing kehebatan
    raja.
  • Angkor wat dan Borobudur melambangkan order
    kosmos.
  • Rumah ibadat di Thailand, Kemboja, Vietnam
    disebut wat, tetapi di Burma disebut stupa, di
    Indonesia disebut candi.

14
  • Candi Dieng dan Prambanan di Indonesia untuk
    agama Hindu, tetapi candi seperti Chaiya dan
    Yarang di Thailand untuk agama Buddha.
  • Patung Hindu seperti patung dewa Siva, Brahma,
    Durga.
  • Patung Buddha seperti patung Avalokitesvara.
  • Candi dan patung di Asia Tenggara hasil campuran
    gaya tempatan dan India. Antara pengaruh India
    tersebut ialah patung zaman Dinasti Gupta.

15
  • f) Pengaruh Hindu dalam kesenian Angkor Wat.
  • Angkor Wat dibina di siem Reap untuk agama
    Hindu.
  • Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara,
    tembok.
  • Ia juga mempunyai ukiran Ramayana dan Mahabrata.
  • g) Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur.
  • Candi di Jawa Tengah ini untuk agama Buddha
    Mahayana.
  • Ia mempunyai 3 tingkat iaitu sila, samadhi dan
    panna, setiap tingkat dwakili oleh patung stupa
    dan patung Buddha.
  • Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.
  • h) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesenian candi
    Lembah Bujang.
  • Candi Lembah Bujang terdapat di Bukit Batu Pahat
    Pendiat dan Pangkalan Bujang.
  • Candi Hindu terbahagi 2 iaitu Vimana (
    bahagian suci tempat arca keagamaan ) dan Mandapa
    ( bahagian luar).
  • Candi Buddha memiliki pelan jenis cruciform.

16
  • i) Pengaruh bahasa Sankrit.
  • Bidang intelektual batu bersurat tulisan
    sankrit mengandungi maklumat agama, pemerintahan,
    raja. Contohnya di Kutei tentang keturunan raja,
    di Sg Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha.
  • Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran
    pahat batu yang tinggi penulisnya mempunyai
    asas yang kukuh dalam bahasa sankrit.
  • Bahasa sankrit ini juga digunakan dalam kitab
    kitab keagamaan dan bahasa.
  • Bahasa sankrit telah disesuaikan dalam bahasa
    Melayu seperti perkataan dukkha (duka), dorhaka
    (derhaka).
  • Bahasa sankrit juga terdapat dalam kitab sastera
    Hindu, Buddha, Tamil.
  • Bahasa ini menjadi bahan ilmu dan komunikasi
    kerajaan awal Asia Tenggara.

17
  • j) Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan.
  • Pengaruhnya terdapat dalam epik Ramayana dan
    Mahabhrata serta Puranas (sastera klasik Asia
    Tenggara).
  • Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti
    Nagarakertagama, Sutasoma.
  • Epik disampaikan melalui kesusasteraan, cerita
    lisan dan teater seperti wayang kulit.
  • Karya Mahabrata diadun dengan unsur tempatan
    seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa
    Jaya.
  • Karya Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri
    Rama.
  •  

18
SPM 2009
(a) Terangkan faktor perkembangan i. Kerajaan
agraria (6M) ii. Kerajaan maritim (6M) (b)
Buktikan bahawa kedua-dua kerajaan tersebut
saling bergantungan atau saling melengkapi antara
satu sama lain. (4M) (c) Berdasarkan
pengkajian anda terhadap kedua-dua kerajaan
tersebut, nyatakan iktibar yang boleh dijadikan
panduan untuk mencapai kejayaan negara dan bangsa
Malaysia. (4M)
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com