BAB 3 PERANCANGAN - PowerPoint PPT Presentation

1 / 49
About This Presentation
Title:

BAB 3 PERANCANGAN

Description:

BAB 3 PERANCANGAN Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2. Piawaian Sebagai tanda aras/kayu ukur bagi menilai kemajuan kerja agar tindakan pembetulan dapat diambil jika ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:209
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 50
Provided by: matrikNe
Category:
Tags: bab | perancangan

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: BAB 3 PERANCANGAN


1
BAB 3PERANCANGAN
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
2
SUB TOPIK
  • 3.1 Pengenalan Perancangan
  • 3.2 Kaitan Tingkat Pengurusan dengan
  • Perancangan
  • 3.3 Objektif Organisasi
  • 3.4 Alat-alat Perancangan

3
OBJEKTIF
  • Memahami Definisi Perancangan, Jenis-jenis
    Perancangan dan Kepentingan Perancangan.
  • b) Mengaplikasi Hubungkait Antara Peringkat
    Pengurusan dan Perancangan.
  • c) Memahami Visi, Misi dan Objektif,
    Jenis-jenis Objektif dan Kepentingan Objektif.
  • d) Memahami Definisi dan Kegunaan Alat-alat
    Perancangan .

4
  • 3.1 PENGENALAN
  • PERANCANGAN

5
DEFINISI PERANCANGAN
  • Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang
    ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling
    sesuai untuk diambil di semua peringkat
    organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
  • Aktiviti yang berorientasikan masa depan, iaitu
    apa yang hendak diperolehi pada masa hadapan
    dengan mula melaksanakan programnya sekarang.

6
JENIS-JENIS PERANCANGAN
  • Perancangan Jangka Panjang (Strategik)
  • Perancangan Jangka Sederhana (Taktikal)
  • Perancangan Jangka Pendek (Operasian)

7
1. Perancangan Jangka Panjang (Strategik)
  • Perancangan menyeluruh bagi mencapai matlamat
    organisasi.
  • Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan
    matlamat jangka panjang organisasi.
  • Tempoh masa melebihi tiga tahun.
  • Dilakukan oleh pengurus peringkat atasan.
  • Risiko yang tinggi kerana melibatkan perancangan
    keseluruhan.
  • Memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi.

8
2. Perancangan Jangka Sederhana (Taktikal)
  • Perancangan yang direkabentuk bagi melaksanakan
    perancangan strategik.
  • Diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang
    oleh pengurus peringkat pertengahan.
  • Tempoh lebih singkat berbanding perancangan
    strategik iaitu antara satu hingga tiga tahun.
  • Juga dikenali sebagai rancangan fungsian yang
    meliputi perancangan sesuatu jabatan seperti
    perancangan pemasaran, perancangan kewangan,
    perancangan sumber manusia dll.

9
3. Perancangan Jangka Pendek (Operasian)
  • Perancangan terperinci yang dilakukan oleh
    pengurus peringkat bawahan.
  • Jangka masa paling pendek kurang daripada satu
    tahun.
  • Penekanan pada tugas-tugas rutin.
  • Dilakukan secara berulang-ulang contohnya kerja
    harian, mingguan, bulanan.
  • Berkaitan aktiviti pengeluaran.

10
KEPENTINGAN PERANCANGAN
11
  • 1. Menyediakan Hala Tuju Organisasi
  • Membantu pengurus menentukan matlamat, kumpulan
    kerja dan membangunkan strategi yang menyeluruh
    bagi mencapai matlamat.
  • Pengurus juga dapat mengagih dan mengguna sumber
    dengan lebih efektif dan efisien.
  • Membantu mengenalpasti operasi yang diperlukan
    serta bagaimana ia mempengaruhi organisasi.
  • Contoh Perancangan 5 tahun menyatakan visi,
    misi, objektif, rancangan operasi, keperluan
    kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai
    matlamat organisasi.

12
  • 2. Tanda aras untuk mencapai objektif
  • Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang
    hendak dicapai.
  • Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri
    produk, perkhidmatan atau proses yang terbaik
    berbanding pesaing sebagai satu standard atau
    piawai untuk meningkatkan prestasi organisasi.

13
  • 3. Bertindak kepada persekitaran yang dinamik
  • Pengurus dapat mengenalpasti peluang dan
    masalah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan
    pada masa sekarang dan masa depan
  • Penyesuaian boleh dilakukan dengan segera -
    memastikan operasi organisasi berjalan lancar
    menjimatkan kos, mengurangkan pembaziran dan
    risiko.

14
  • 4. Sebagai Alat Kawalan Pengurus
  • Dengan perancangan satu sistem kawalan dapat
    diwujudkan.
  • Pengurus dapat memastikan pencapaian organisasi
    selaras dengan perancangan.
  • Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa
    ke semasa.

15
3.2 KAITAN PERINGKAT PENGURUSAN DENGAN
PERANCANGAN
  • Perancangan strategik, operasi dan taktikal
    masing-masing dilaksanakan oleh pengurus
    peringkat atasan, pertengahan dan bawahan.

16
Pengurus Atasan
Perancangan Strategik
Pengurus Pertengahan
Perancangan Taktikal
Pengurus Bawahan
Perancangan Operasian
Rajah Tingkat Pengurusan Dan Jenis Perancangan.
17
1. Pengurusan Atasan Perancangan Strategik
  • Pengurusan atasan melakukan perancangan strategik
    (jangka panjang).
  • Merujuk kepada rancangan keseluruhan organisasi.
  • Pengurus perlu mempunyai kemahiran konseptual
    yang tinggi berbanding pengurus peringkat lain.
  • Pengurus perlu memantau persekitaran dalaman dan
    luaran seperti ekonomi, teknologi, kebudayaan,
    pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya.

18
2. Pengurusan Pertengahan Perancangan Taktikal
  • Pengurus pertengahan menyediakan perancangan
    taktikal (jangka sederhana).
  • Menyokong perancangan jangka panjang yang dibuat
    oleh pengurus atasan.
  • Pengurus akan menentukan bagaimana syarikat akan
    menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mencapai
    matlamat yang ditetapkan.

19
3. Pengurusan Bawahan Perancangan Operasian
  • Pengurus bawahan akan menyediakan perancangan
    operasian (jangka pendek)
  • Perancangan yang dibuat perlu selaras dengan
    perancangan yang dibuat oleh pengurus peringkat
    atasan dan pertengahan.
  • Mengawal operasi harian.

20
  • 3.3

VISI
OBJEKTIF ORGANISASI
MISI
OBJEKTIF
21
  • Visi
  • Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan
    sesebuah organisasi.
  • Merupakan sesuatu yang ideal dan unik untuk
    dicapai.
  • Merupakan matlamat jangka panjang sesebuah
    organisasi.
  • Ciri-Ciri Visi
  • Ringkas, padat dan jelas (tidak melebihi 25 p.p.)
  • Realistik dan menimbulkan semangat
  • Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila

22
  • Misi
  • Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
  • Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum,
    luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan,
    keluaran utama, pasaran utama, sifat orang yang
    memegang kepentingan dalam firma dan masyarakat
    dan falsafah pengurusan.
  • Membentuk identiti dan imej organisasi.
  • Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli
    organisasi hala tuju yang dikongsi bersama
    dapat memfokus usaha.
  • Kepada pengurus, ia menjadi ukuran bagi menilai
    kejayaan organisasi sejauh mana pengurus
    berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha
    pekerja bawahannya.

23
  • Objektif
  • Merupakan sasaran atau hasil akhir yang
    cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah
    organisasi terbentuk daripada misi.
  • Biasanya dinyatakan dalam bentuk yang lebih
    khusus berbanding misi organisasi dimensi masa
    lebih jelas.
  • Setiap bahagian atau unit akan menetapkan
    objektif masing-masing selari dengan misi
    organisasi.
  • Ciri objektif Spesifik, Boleh diukur, Boleh
    dicapai, Dikaitkan dengan Ganjaran, Mempunyai
    tempoh masa.
  • SMART

24
  • Spesifik
  • Objektif yang ditetapkan mestilah khusus
    (mendalam) dan jelas.
  • Pengurus perlulah mengenalpasti bidang-bidang
    utama dan aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbang
    kepada prestasi syarikat.(prestasi kewangan,
    perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dan inovasi)
  • Selalunya berlandaskan kepada visi dan misi
    syarikat
  • Cth Objektif Kolej Matrikulasi Labuan spesifik
    kepada melahirkan pelajar cemerlang.

25
  • 2. Boleh Diukur
  • Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk
    kuantitatif .
  • Kejayaan atau kegagalannya mudah diukur.
  • Cth Sasaran jualan 150,000 unit dalam tempoh
    satu tahun.
  • Objektif yang tidak boleh diukur misalnya sasaran
    jualan yang tinggi dalam tempoh satu tahun.

26
3. Boleh Dicapai
  • Matlamat mestilah mencabar tetapi boleh dicapai
    (Realistik).
  • Sesuatu objektif mestilah mampu dicapai.
  • Tidak terlalu tinggi atau mustahil untuk dicapai.
  • Objektif ditetapkan berdasarkan keupayaan
    organisasi.
  • Cth Objektif jabatan pengeluaran perlu
    mengambilkira keupayaan menghasilkan barangan
    melalui sumber-sumber yang dimiliki oleh
    organisasi.

27
  • 4. Dikaitkan Dengan Ganjaran
  • Matlamat atau objektif perlu dikaitkan dengan
    ganjaran
  • Sebagai faktor pendorong kepada pelaksana.
  • Tujuannya supaya matlamat yang ditetapkan akan
    cuba dicapai dengan sebaik mungkin bagi
    mendapatkan ganjaran yang dijanjikan.
  • Cth Bonus, pakej percutian, wang tunai dan
    lain-lain.

28
  • 5. Mempunyai Tempoh Masa
  • Objektif yang ditetapkan mesti mempunyai had masa
    bila ia perlu dicapai.
  • Tempoh masa diperlukan bagi mengukur pencapaian
    organisasi semasa proses kawalan membolehkan
    penilaian dilakukan.
  • Sekiranya tempoh tidak dinyatakan, maka akan
    terdapat pelbagai definisi tentang tempoh masa
    yang sepatutnya akan menjejaskan pencapaian
    organisasi.
  • Cth Organisasi menetapkan untuk mencapai
    peningkatan keuntungan sebanyak 20 dalam tempoh
    3 tahun.

29
JENIS-JENIS OBJEKTIF
UNIT
ORGANISASI
JABATAN
30
  • 1. Objektif Organisasi
  • Objektif keseluruhan firma.
  • Dipertanggungjawabkan kepada pengurusan atasan.
  • Tergolong dalam perancangan jangka panjang.
  • 2. Objektif Jabatan
  • Objektif sesuatu jabatan.
  • Ditetapkan berdasarkan objektif organisasi

31
  • 3. Objektif Unit
  • Objektif bagi unit-unit kecil di dalam jabatan.
  • Penting untuk menyokong objektif jabatan dan
    seterusnya objektif organisasi.

32
  • Kepentingan Objektif

33
  • Motivasi/Komitmen
  • Perancangan akan menjelaskan tugas pekerja dalam
    mencapai matlamat sesebuah organisasi.
  • Pekerja akan lebih komited apabila mengetahui
    tugas yang perlu dilakukan.
  • Pekerja akan bermotivasi untuk mencapai matlamat
    yang telah ditetapkan.
  • Motivasi juga dapat dicapai apabila mereka sedar
    sumbangan mereka penting untuk memastikan
    pencapaian matlamat organisasi.

34
  • 2. Piawaian
  • Sebagai tanda aras/kayu ukur bagi menilai
    kemajuan kerja agar tindakan pembetulan dapat
    diambil jika perlu.
  • Ia berfungsi sebagai piawai penilaian.

35
  • 3. Rasional
  • Melalui perancangan, pengurus mengetahui apa
    tindakan yang perlu diambil oleh organisasi
    mengikut kesesuaian tanpa dipengaruhi oleh emosi
  • Segala keputusan dibuat untuk memastikan polisi
    dalaman, peranan, struktur dan juga perbelanjaan
    dan sebagainya dibuat menjurus kepada hasil yang
    hendak dicapai.
  • Keputusan organisasi mestilah selari dengan
    perancangan.

36
  • 4. Keberkesanan kos
  • Memastikan sumber-sumber digunakan dengan cekap
    bagi mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran
    dalam organisasi.
  • Sebarang pembaziran kos yang dikesan dapat
    diperbetulkan.

37
  • 4. Keformalan
  • Akan memberitahu pekerja secara rasmi apa yang
    perlu dilakukan untuk mencapai matlamat yang
    ditetapkan.
  • Pekerja akan dapat menyusun aktiviti mereka dan
    bekerja sama secara berkumpulan.
  • Memastikan struktur yang bersistematik untuk
    mencapai matlamat organisasi.

38
3.4 ALAT-ALAT PERANCANGAN
Belanjawan
Carta PERT
TPM
Carta Gantt
39
  • 1. Belanjawan
  • Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan
    sumber kewangan untuk pelaksanaan sesuatu
    aktiviti, projek atau program.
  • Merupakan alat pengurusan yang penting bagi
    tujuan pengagihan sumber kewangan yang terhad
    untuk pelbagai kegunaan.
  • Membantu mengenalpasti aktiviti yang perlu diberi
    keutamaan serta mengawal tindakan dan keputusan.

40
  • 2. Titik Pulang Modal (TPM)
  • Kuantiti produk yang perlu dijual sebelum penjual
    dapat melepasi kos berubah dan kos tetap dan
    membuat keuntungan
  • (Ricky W. Griffin, Business 4th. Edition)
  • Membantu pengurus memahami hubungkait antara
    volum jualan, kos dan keuntungan dalam
    organisasi.
  • Analisis boleh dilakukan secara grafik atau
    matematik.
  • Membolehkan pengurus menentukan titik pulang
    modal iaitu tahap volum jualan di mana jumlah
    hasil menyamai jumlah kos TR TC.
  • Pada titik pulang modal, organisasi tidak rugi
    atau untung tetapi hanya mendapat pulangan modal
  • TR TC 0.
  • TPM penting bagi membolehkan organisasi
    mengetahui tahap keuntungan pada volum jualan
    tertentu.

41
  • TPM boleh ditunjukkan dalam nilai wang (ringgit)
    atau volum jualan mengikut formula berikut
  • TPM (unit) KT
  • H - KB
  • TPM (ringgit) TPM (unit) x H
  • Analisis TPM boleh juga ditunjukkan dengan grafik
    (lakaran graf) - merupakan titik persilangan di
    antara garis jumlah hasil (JH) dengan garis
    jumlah kos (JK).

42
Contoh
  • Syarikat Azza dan Nadjmi menjual satu jenis
    barang pada harga RM10 seunit. Kos berubah seunit
    barangan tersebut ialah RM7. Bagi pengeluaran
    antara 700 unit hingga 1,500 unit, kos tetap
    ialah RM3,000 seminggu. Hitungkan titik pulang
    modal (TPM) dalam sebutan unit dan RM dalam masa
    seminggu
  • Jawapan
  • TPM (unit) KT
  • H KB
  • RM3000
  • RM10-RM7
  • 1000 unit
  • TPM (ringgit) TPM (unit) x H
  • 1000 x RM10
  • RM10 000

43
Titik Pulang Modal
Hasil, Kos
Jumlah Hasil
Jumlah Kos
B
TPM
p
Kos Tetap
A
Volum jualan
q
44
3. Carta Gantt
  • Memberi gambaran tentang perancangan tahap
    kemajuan setiap aktiviti yang harus disiapkan di
    dalam sesuatu projek berdasarkan tarikh/masa
    penyempurnaan yang telah ditetapkan.
  • Alat perancangan yang paling awal diperkenalkan
    dan paling anjal.
  • Diperkenalkan oleh Henry L. Gantt.

45
Carta Gantt Aktiviti Menyiapkan 50 helai pakaian
46
4. Carta PERT
  • Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili
    turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang
    diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek
    di mana melaluinya masa terpanjang (laluan
    genting) projek dapat disiapkan boleh diketahui.
  • Analisis PERT adalah teknik yang digunakan oleh
    pengurus bagi melicinkan pengurusan projek.
  • Projek biasanya merujuk kepada tugas pengeluaran
    yang melibatkan satu tindakan yang rumit yang
    mesti dilaksanakan mengikut urutan tertentu.
  • Analisis PERT membantu mengenalpasti dan mengawal
    pelbagai tindakan yang berasingan yang perlu
    dilaksanakan bagi menyempurnakan sesuatu projek.
  • PERT digunakan dalam projek-projek industri bagi
    membolehkan masa aktiviti diketahui dengan tepat.
  • PERT digunakan untuk membantu pengurus
    mengenalpasti aktiviti-aktiviti penting/kritikal
    yang telah dijadualkan dalam sesuatu projek.

47
Lakaran Carta PERT/CPM
48
Lakaran Carta PERT/CPM
3
D3
B8
C6
E4
1
4
5
Tamat
A4
2
Mula
49
TAMAT
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com