PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK - PowerPoint PPT Presentation

About This Presentation
Title:

PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK

Description:

Oleh ZULKIFLI KHAIR POTENSI PASARAN KANAK-KANAK Kesedaran bahawa buku kanak-kanak sebagai gambaran nilai masyarakat. Jumlah kanak-kanak pra-sekolah (lebih 1.5 juta ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:520
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 17
Provided by: ideamenul
Category:
Tags: kanak | penulisan | untuk

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK


1
PENULISAN UNTUK KANAK-KANAK
  • Oleh ZULKIFLI KHAIR

2
POTENSI PASARAN KANAK-KANAK
  • Kesedaran bahawa buku kanak-kanak sebagai
    gambaran nilai masyarakat.
  • Jumlah kanak-kanak pra-sekolah (lebih 1.5 juta),
    sekolah rendah (lebih 3 juta) dan sekolah
    menengah yang semakin bertambah.
  • RM 1000 untuk buku dan elakkan cukai.
  • Jualan bahan bacaan kanak-kanak sukar terjejas
    sewaktu ekonomi merudum.

3
GENRE (PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 2003)
  • Sumber bahan rujukan (kamus dan ensiklopedia).
  • Fiksyen (cerita-cerita Islam, fiksyen sejarah,
    fiksyen sains, sastera rakyat).
  • Bukan fiksyen (sains dan teknologi, haiwan dan
    tumbuhan, agama dan lain-lain).

4
GENRE (Hillman, 1995)
  • Puisi (balada, haiku dll).
  • Sastera tradisional.
  • Buku bergambar (buku abjad dan nombor, cerita
    bergambar dll).
  • Fantasi (fantasi tinggi, SF dll).
  • Realisme (cerita sukan, misteri, sekolah,
    keluarga dll).
  • Biografi dan autobiografi.
  • Info (buku fakta dll).

5
BUKU INFO (Lukens, 2007)
  • Buku info untuk menerangkan fakta dan konsep,
    menambahkan rasa ingin tahu.
  • Contoh How Did We Find Out About Electricity?
    Oleh Isaac Asimov. Ia bermula 2,500 tahun dulu di
    sebuah perkampungan Magnesi di pantai Turki.
    Seorang budak lelaki menjumpa besi yang melekat
    dengan sebuah batu apabila didekatkan, lalu budak
    itu berjumpa dengan Thales.

6
SENARIO BARAT (Sutherland Arbuthnot, 1991)
  • Aldhelm (640?-709) pernah hasilkan rhymes dan SJ,
    digunakan hingga abad ke-16.
  • Buku terawal dipercayai terbit pada 1484, Aesops
    Fables (terjemahan).
  • Buku bergambar pertama dipercayai dihasilkan oleh
    John Amos Ceminius (1592-1671) pada 1657 dengan
    judul Orbis Pictus ( dunia bergambar).

7
SENARIO BARAT (Hillman, 1995)
  • Robinson Crusoe (1719) oleh Daneil Defoe antara
    novel terawal Inggeris untuk remaja.
  • Gullivers Travels (1726) oleh Jonathan Swift
    memberikan taraf baru sastera imaginasi.
  • Alices Adventure in Wonderland (1865) oleh
    Charles Dodgson yang kemudian dikenali sebagai
    Lewis Carroll.
  • Abad ke-19 Era emas buku kanak-kanak di Barat
    dengan kemunculan buku bergambar, pelbagai genre
    dan kurang didaktik.

8
SENARIO BARAT (Sutherland Arbuthnot, 1991)
  • Antara buku utama abad ke-20 The Hobbit (1937)
    oleh J.R.R.Tolkien, Charlottes Web (1952) oleh
    E.B. White, The Way Things Work (1988) oleh David
    Macaulay (buku rujukan berilustrasi mekanik
    mesin) dll.
  • Terdapat lebih 160 penerbit utama termasuk
    penerbit universiti utama Yale University,
    University of Chicago dll.

9
SENARIO MALAYSIA
  • Antara tokoh penulis buku kanak-kanak Khairuddin
    Ayip, Mohd. Ismail Sarbini, Ghazali Ngah Azia,
    Nazel Hashim Mohamad, Dr Othman Puteh, Shamsiah
    Sabaruddin (menulis tentang wau, batu seremban
    dll), Johnny Ong (Minyak Kelapa dll) dll.
  • Antara penerbit buku kanak-kanak DBP, 'K' PD,
    Marwilis Publisher, PFB, Federal P, Mutiara
    Cemerlang, Edusystem, Tioman Books, PTS One dll.

10
Mohd. Ismail Sarbini (1)
  • 1950 - 3.9.2006. Penulis novel remaja dan
    kanak-kanak yang terkenal sekitar akhir 80-an dan
    awal 90-an. Berikut adalah antara karya beliau
  • Budiku, budimu (DBP KPM, 1980)
  • Pahlawan Pasir Salak (DBP KPM, 1982)
  • Pulau Berukera (DBP, 1982)
  • Berukera dari Planet Ulba (DBP, 1982)
  • Semangat pahlawan muda (K PD, 1989)
  • Jalur-jalur perjuangan (Mutiara Cemerlang, 1991),
  • Bidasari bunga rimba (DBP KPM, 1992),
  • Mencari pulau impian (DBP KPM, 1993)
  • Semangat pahlawan (PFB, 1994)

11
Mohd. Ismail Sarbini (2)
  • Zaid Akhtar (Blog, Ogos 2007) Unsur didaktiknya
    tidak langsung tetapi tetap menusuk!
  • Mohd. Fadhli al-Akiti (DS, Mei 2007) Pulau
    Berukera dan Berukera dari Planet Ulba karya
    Mohd. Ismail Sarbini (DBP, 1982) pula mempunyai
    persamaan dengan filem Planet of The Apes serta
    siri televisyennya (dan bukan novelnya).Tetapi
    ini tidak menafikan acuan dan novum tempatan
    yang berjaya dimasukkan oleh penulis-penulis ini.
    Contohnya seperti Pulau Berukera karya Mohd.
    Ismail Sarbini yang terhasil daripada Peraduan
    Mengarang Novel Fiksyen Sains Kanak-kanak DBP
    1980

12
Mohd. Ismail Sarbini (3)
  • Mohd. Fadhli al-Akiti (DS, Mei 2007) Pulau
    Berukera mungkin secara dasarnya mempunyai
    persamaan dengan Planet of the Apes dalam memilih
    objek nova bangsa beruk sebagai bertamadun dan
    pintar. Tetapi jalan cerita novel ini disulam
    dengan fantastisme kerana protagonis novel ini,
    Budin telah dicolek oleh sekumpulan berukera
    untuk tinggal bersama mereka di pulau mereka
    (persamaan kisah dongeng orang tua tentang
    kanak-kanak dibawa lari oleh orang bunian).

13
Mohd. Ismail Sarbini (4)
  • Mohd. Fadhli al-Akiti (DS, Mei 2007) Budin
    kemudian dibedah menjadi seekor berukera(!)
    supaya dapat diasimilasikan dalam masyarakat
    berukera yang berteknologi tinggi itu. Novum
    inilah yang menyebabkan novel ini mempunyai
    keunikannya yang tersendiri kerana berjaya
    membawa persoalan metonymic asimilasi suatu
    masyarakat terhadap sebuah tamadun yang lebih
    tinggi daripada masyarakat itu, dan persoalan
    jika pilihan pengasimilasian itu menguntungkan
    atau memudaratkan mereka. Persoalan pemilihan
    utopia/distopia Mohd. Sarbini ini sebenarnya
    bersangkut paut dengan keadaan berkecuali
    Malaysia sebagai negara ketiga pada waktu itu
    pada Perang Dingin antara blok Amerika dengan
    Rusia.

14
MEMAHAMI KANAK-KANAK (1)
  • Andrew Croft Penulis buku kanak-kanak mesti
    mampu berfikir seperti kanak-kanak.
  • Kanak-kanak 1-6 tahun Imaginasi terhad, Bersifat
    ingin tahu, Amat mementingkan diri, Suka menyoal
    dan mengembangkan kebolehan memberi alasan, Sense
    of humour, Meniru perlakuan yang akan membentuk
    tabiat Masa tumpuan yang singkat.
  • Kanak-kanak 6-8 tahun Imaginasi yang lebih jelas
    dan berkembang, Sudah mula belajar bergaul dan
    bekerjasama Masa tumpuan tidak lama.

15
MEMAHAMI KANAK-KANAK (2)
  • Kanak-kanak 9-10 tahun
  • Daya imaginasi yang tinggi
  • Ingin merasa bebas dalam pemikiran dan
    perbuatannya
  • Kanak-kanak 10-12 tahun
  • Penuh imaginasi dan khayalan
  • Sudah agak bebas
  • Kuat, sukakan cabaran dan aktif

Adakah remaja dianggap sebagai kanak-kanak?
16
PINJAMAN BUKU KANAK-KANAK DI PNM
  • Statistik pinjaman
  • 2000 156,001
  • 2001 127,593
  • 2002 109,881
  • Sebanyak 215,000 koleksi bahan bacaan terdapat di
    Perpustakaan Kanak-kanak, Perpustakaan Negara
    Malaysia.
  • Bidang perkara yang tertinggi penggunaannya
    adalah Fiksyen diikuti Sains dan Teknologi, Sains
    Sosial dan Bahasa.
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com