Title: MU AMALAT ISLAM TUNTUTAN AQIDAH MANTAP Zainudin Jaffar PhD
1MUAMALAT ISLAM TUNTUTAN AQIDAH MANTAP
- Zainudin Jaffar PhD
- Penyelaras Pengajian Siswazah
- Fakulti Perdagangan, Ekonomi dan Dasar
- Universiti Brunei Darussalam.
2MAKNA AQIDAH
- Sesungguhnya aqidah dan keimanan adalah
kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan
penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu,
serta memberi pengaruh kepada pandangan hidup,
tingkah laku dan perbuatan sehari-hari. - (ms 2)
3MASYARAKAT BERAQIDAH
- Ia adalah batu asas kepada binaan masyarakat
Islam, yang mesti sentiasa dipelihara, dilindungi
dan diperkukuhkan (tathbit) dan dikembangluaskan
di dalam ufuk kehidupan manusia. Masyarakat
beraqidah itu semestinya masyarakat yang penuh
iltizam (komitmen) terhadap aqidahnya. - (Ms 2)
4Ramuan Kepada Aqidah Mantap
- Tahap terbaik adalah tahap yakin yang teguh,
tidak dapat digugat oleh apa jua faktor, menjadi
kukuh kerana taat dan runtuh kerana maksiat. Iman
yang teguh mesti dibaja dan disuburkan dengan
ilmu yang berguna (al-ilm al-nafi), iman yang
benar (al-iman al-sadiq),ibadah yang ikhlas
(al-ibadah al-khalisah), peribadi yang mantap
(al-khuluq al-qawim) akan melahirkan buah yang
lumayan. (ms 4)
5IMAN DAN NATIJAHNYA
- .tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad)
bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan
iaitu kalimah yang baik (kalimah tawhid) adalah
seumpama sebatang pohon yang baik, pangkalnya
(akar tunjang) tetap teguh (asluha thabit) dan
cabang pucuknya menjulang ke langit (wa faruha
fi l-sama). Pokok itu mengeluarkan buahnya pada
setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat
perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka
beringat (mengambil pengajaran). (ms 4)
6NATIJAH IMAN SEMPURNA
- Manusia mumin yang mampu memiliki iman seumpama
pokok yang sihat sejahtera (shajarah tayyibah)
akan berpotensi meraih kedudukan (maqam) insan
salih iaitu insan pemilik aqidah kukuh bukannya
yang liar dan lalai, mengikut telunjuk hawa nafsu
sehingga urusan hidupnya menjadi melampau. - Imannya bukan sekadar pemikiran dan teori atau
pernyataan kata-kata tetapi ia dibuktikan dengan
amal salih setiap amal yang akan membawa
kebaikan kepada individu dan masyarakat, untuk
urusan dunia dan akhirat. - Iman itu juga akan menjadi impetus kepada budaya
wasiat, dengan kebenaran (haqq) dan dengan
kesabaran (sabr). - (Ms 4)
7TASAWWUR ISLAMI - KEMESTIAN
- Memahami Peranan aqidah dalam kehidupan mesti
dimulakan dengan usaha untuk memiliki gambaran
umum Islam (tasawwur Islami) secara tuntas. - Ramai lagi manusia termasuk yang Islam yang
gagal memahami hakikat bahawa Islam adalah suatu
carahidup (way of life) yang mengatur kehidupan
secara komprehensif menurut pedoman Al-Quran dan
Sunnah dan sumber-sumber Shariah lainnya, demi
kejayaan di dunia dan di akhirat (hasanah fi
l-dunya wa hasanah fi l-akhirah). - (ms 5)
8MANA l-HAYAH
- Ertinya makna kehidupan.
- Manusia bermula dari mana, hendak ke mana,
memikul tugas apa, di mana kesudahannya dan
lain-lain. - Hidup dengan segala kelengkapan termasuk umur
dan jasad, adalah untuk membolehkan manusia
memainkan peranan seabagai hamba dan khalifah,
menjadikan dunia tempat menyediakan bekalan untuk
akhirat, menguruskan dunia tetapi tidak ditipu
olehnya, menjadi kaya dan berharta sehingga
menjadi wahana berbuat taat dan
kebajikan.Tawhidic Majlis Ilmu.doc (ms 5)
9ERTI HAYAATAN TAYYIBAH
- sesiapa yang beramal salih, dari kalangan
lelaki atau wanita, sedangkan ia beriman (dengan
sebenar-benarnya), Kami (Allah) akan
menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan
memberi pahala yang lebih baik daripada apa yang
mereka kerjakan Al-Nahl (16) 97. (ms 5)
10IMPAK IMAN SIKAP PENDIRIAN
- Firman Allah dalam surah an-Nur (24) 51
ucapan orang yang beriman itu, apabila mereka
dipanggil oleh Allah dan RasulNya untuk
diputuskan perkara di antara mereka, hanya
mengatakan kami dengar dan kami patuh, itulah
orang yang beruntung. - Firman Allah dalam surah al-Ahzab (33) 36
dan bagi orang beriman lelaki dan wanita,
apabila Allah telah memutuskan seuatu perkara,
tiadalah boleh memilih kemahuan sendiri dalam
urusan mereka (ms 7)
11SAMBUNGANgtgtgtgt
- Firman Allah dalam surah an-Nisa (4) 65
..maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka
tidaklah (disifatkan) beriman sehingga mereka
menjadikan engkau hakim dalam mana-mana
perselisihan yang timbul di antara mereka,
kemudian mereka pula tidak berasa di hati mereka
rasa berat atas apa yang engkau putuskan dan
mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. - Firman Allah dalam surah al-Hujurat (49)15
sesungguhnya orang yang beriman itu ialah
mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,
kemudian mereka tidak ragu-ragu dan sentiasa
berjuang (jihad) dengan harta dan dirinya di
jalan Allah. Itulah orang-orang yang benar-benar
beriman (al-sadiqun) - (ms 7)
12Sambungangtgtgtgt
- Firman Allah dalam surah al-Anam (6) 125
maka barangsiapa yang hendak dipimpin oleh
Allah, nescaya dibukakan hatinya untuk (beramal
dengan) Islam dan siapa yang hendak dibiarkan
sesat oleh Allah, dijadikan Allah dadanya sesak
sempit, seperti orang yang naik ke tempat
tinggi - (ms 7)
13DINAMIKA IMAN-ISLAM-IHSAN
- ISLAM
- Amalan
- Sebagai
- Bukti Iman
- 5 Rukun
- Islam
- Tazkiyyah
- IMAN
- AQIDAH
- 6 Rukun
- ImaN
- Asas
- Dasar
- Matlamat
- TAQWA
- (dan
- Makhafatullah)
- Sifat Termulia
- Kawalan
- IHSAN
- Nilai Insaniah
- Pemantauan
- Allah
100
UBUDIYYAH KEPATUHAN (
14DIMENSI-DIMENSI IHSAN
- Ihsan dalam konteks nilai insaniah
- Ihsan tahap tinggi adalah kualiti diri
- Salahlaku akan di balas di dunia dan akhirat
- Kesalahan Terhadap Anak Adam mesti ada
penyelesaian langsung. - Ms 8-9
15MAKNA MUAMALAT (ms 10)
- Muamalat adalah kata jamak dari perkataan
muamalah yang bermaksud interaksi, hubungan
antara dua pihak, transaksi, kira bicara dan
sebagainya. Jika digunakan makna literal, istilah
ini sangat luas kerana segala macam hubungan dan
interaksi adalah termasuk di bawah kategorinya.
Namun begitu istilah ini telah digunakan secara
khusus untuk aspek ekonomi, bisnes dan urusniaga
dengan spektrum yang begitu luas. 1 Antara
maknanya treatment, procedure social
intercourse social life association with one
another behavior conduct (toward others)
business transaction mutual relations,
business relations.
16MUAMALAT ISLAMIYYAH
- Muamalat pula telah diberikan sifat dan cirinya
dengan istilah Islamiyyah atau Shariyyah yang
menandakan urusniaga itu mempunyai titikmula,
proses, amalan dan matlamat yang patuh-Shariah
(Shariah Compliant) mengikut sumber dan tradisi
jurisprudens Islam sepertimana yang dibahaskan
ulama sepanjang zaman - Ms 10
17EMPAT KOMPONEN
- Professor al-Qaradawi dalam Dawr al-Qiyam wa
l-Akhlaq fi l-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai
dan Akhlaq Dalam Ekonomi Islam) telah
mengutarakan empat komponen ekonomi Islam
(termasuklah muamalat) iaitu rabbani
(berteraskan ketuhanan), akhlaqi (berteraskan
nilai dan etika), insani(berteraskan faktor
manusia) dan wasati (seimbang dan equilibrium).
(ms 11)
18MUAMALAT ISLAMIYYAH
19Rabbani
- Ertinya berteraskan aqidah dan di mana ianya
menjadi faktor yang dominan. Ia adalah faktor
pemula, ia adalah matlamat akhir dan cara dan
kaedah muamalat tersebut mestilah mengikut
Shariah seperti diperintahkan Allah. - Muamalat mesti menjadi khadam kepada aqidah.
Setiap pengamal muamalat mesti berdiri dalam
lingkungan yang diizinkan oleh batas-batas hukum
Allah dalam semua urusniaga yang dijalankannya. - Dia mesti sentiasa konsisten (istiqamah) berada
di daerah kehalalan dan mengawal diri dari daerah
keharaman. Dia juga mesti menguruskan soal yang
samar (shubhah) dengan tindakan tegas menjauhi
(ittiqa al-shubuhat) - Ms 11
20Kuasa Kawalan Diri
- Daya kawalan dalaman (al-wazi al-dakhili) akan
berfungsi dengan berkesan dalam mempastikan
seseorang itu sentiasa menjaga batasan hukum
dalam muamalatnya. - keperluan pendidikan keimanan (tarbiyyah
imaniyyah) yang hidup dan efektif sehingga
melahirkan orang yang wara dan zuhd dalam
ertikata sangat teliti dan cermat dalam menjaga
batas Shariah bukan yang menolak dunia dan
kejayaan bisnes, seperti yang disalahfahami ramai
orang. - Ms 11-12
21Kuasa Kawalan Diri (2)
- Juga yang ditekankan ialah konsep istikhlaf
(manusia adalah pemegang amanah, harta tetap
milik mutlak Allah) yang akan menyebabkan manusia
tidak mempunyai kebebasan tanpa had dalam
mentadbir hartanya. - Disiplin pancaran iman mengatasi disiplin
kerana penguatkuasaan otoriti.
22Akhlaqi
- Berteraskan nilai akhlak dan etika sehingga
setiap aktiviti muamalat akan sentiasa mengambil
kira aspek kawalan. - Soal nilai ini tidak pernah dipisahkan dari
ekonomi dan bisnes malah akan terus terikat
dengannya. - Prinsip nilai dan akhlak ini mencerminkan
pendidikan Islam terhadap manusia mumin sehingga
melahirkan sense of justice and fairness
(perasaan adil dan saksama), disiplin dan etika
serta kejujuran dan ketelusan yang maksimum dalam
sebarang transaksi. - Mereka bukan sahaja melihat kepada kejayaan
tetapi juga nilai kemanusiaan, keberkatan dan
juga kepatuhan (compliance) terhadap ajaran Islam
secara keseluruhan. - (ms 12)
23Insani
- Berkisar dalam isu-isu manusiawi. Manusia adalah
makhluk Allah yang banyak kelebihan dan banyak
kekurangan dan mereka mesti menjaga diri agar
tertonjol sebagi insan yang baik, bukan
sebaliknya. Kemaslahatan manusia adalah fokus
tetapi dengan mengambilkira agar tiada
pertentangan dengan Shariah - (ms 12)
24SHARIAH IKTIRAF URF
- Urf atau amalan lazim manusia di pelbagai
lokaliti dan budaya telah diberikan posisi yang
selayaknya sebagai sumber hukum sehingga zahirnya
kaedah fiqh yang berbunyi al-adah muhakkamah. - Ia bermaksud, amalan lazim atau customary
practices telah diiktiraf sebagai suumber hukum
selama mana ia tidak bertentangan dengan prinsip
dasar dan ruh Shariah itu sendiri. - Dengan cara ini, Shariah telah meraikan
kemaslahatan manusia tanpa merongkaikan prinsip
teras dalam perundangan Islam.
25Wasati
- Ciri yang mewakili keseimbangan atau equilibrium.
Ini sangat bertepatan dengan fitrah manusia, yang
terbina atas gabungan jasad dan ruh sekaligus
mengesahkan bahawa mesti ada keseimbangan antara
kedua-dua unsur. - Keseimbangan antara aspek material -spiritual,
antara kejayaan duniawi - ukhrawi, antara
kepentingan diri -masyarakat (atau jamaah),
antara kecemerlangan bisnes -keberkatan hidup,
antara pematuhan hukum - economic viability dan
sebagainya. (ms 12-13)
26CIRI PASAR ISLAM
- Ciri unggul pasar-pasar masyarakat Islam adalah
kepatuhan mutlak mereka kepada hukum-hakam yang
telah digariskan oleh Shariah, menjaga
batas-batas (hudud) agar tidak dilanggar atau
dilimpasi dan sentiasa mengimbangi antara usaha
mencari keuntungan duniawi dan ukhrawi. - Fokus juga diberikan kepada tanggungjawab
memberikan ruang yang seluas mungkin untuk
keaktifan pasaran dan kemampuan setiap peserta
pasaran dalam perniagaannya dengan syarat hukum
dan etika Islam dipatuhi dengan sempurna. (ms
14-15)
27MUAMALAT IJTIHAD
- Rasulullah SAW telah menyampaikan garis-garis
panduan hukum muamalat yang Allah sampaikan
lewat al-Quran walaupun dalam jumlah firman
yang tidak besar kuantitinya, demi memberikan
ruang kepada prasarana ijtihad untuk berperanan
dalam menangani dan meladeni keperluan bisnes
yang sentiasa berubah dengan begitu dinamik
sekali. (ms 15)
28TUNTUTAN MUAMALAT ISLAMIYYAH ms 15-18
- (1)Tuntutan mematuhi hukum teras halalnya jual
beli (bay) dan haramnya riba - (2)Tuntutan mematuhi rukun dan syarat transaksi
termasuk kesaksian - (3)Tuntutan mencari untung ruhani dan tidak
hanyut dengan pencarian untung bisnes dan duniawi
semata-mata
29SAMBUNGANgtgtgt
- (4)Tuntutan agar muamalah berlaku dengan cara
yang betul dan sah - (5)Tuntutan agar gerun akan balasan Allah bagi
salahlaku - (6)Tuntutan menghormati kontrak yang dimetrai
- (7)Tuntutan mematuhi garis panduan mengenai
hutang (termasuk al-rahn dan dokumentasi kontrak)
30SAMBUNGANgtgtgt
- (8)Tuntutan agar taat Kepada Hukum dan Beretika
Dalam Semua Keadaan - (9)Tuntutan agar sedar kutukan Allah terhadap
mereka yang menipu dalam urusniaga khasnya soal
timbangan dan sukatan - (10)Tuntutan agar menginsafi bahawa harta adalah
milik Allah (konsep istikhlaf) dan manusia
hanyalah pemegang amanah
31SAMBUNGANgtgtgt
- (11)Melahirkan keberanian dan keyakinan
- (12) Technical know how (kepakaran dalam sesuatu)
tidak dapat diasingkan dari keperluan technical
know who (dalam konteks ini bermaksud jaringan
atau network bukannya bergantung kepada faktor
connection atau cable
32FAHAMI AWLAWIYYATms 17-18
- Konsep tawakkal yang tepat (tambat unta sebelum
berharap doa agar ia selamat) mesti difahami
kerana ramai orang masuk bisnes dengan melebihkan
majlis doa selamat dan menggantung ayat seribu
dinar dari aspek persiapan fizikal, keilmuan,
pelan bisnes, khidmat nasihat pakar dan
sebagainya.
33HADAMKAN AYAT SERIBU DINAR ms 17-18
- Orang yang memiliki aqidah dan memahami prinsip
awlawiyyat (priority) mesti tahu bahawa adalah
lebih utama menghadamkan mesej dan makna ayat
seribu dinar (surat al-Talaq (65) 2-3) dan
mengambil faedah dari luas dan mendalamnya
gagasan ajaran yang di datangkannya. - Jika difahami dengan baik, ia akan menjadi
bekalan kekuatan dalam menghadapi gelombang
bisnes, menyumbang kepada daya tahan (endurance
dan resilience), upaya membaca pasaran, mengatur
strategi dan menguruskan risiko kejayaan pasti
dicapai..
34IMPAK TAQWA DALAM HIDUP
- Firman Allah Barangsiapa bertaqwa kepada Allah
(dengan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi
laranganNya) nescaya Allah akan mendorong baginya
jalan keluar dari kesulitan (makhrajan) dan Dia
(Allah) akan menganugerahkan rezeki kepadanya
dari (sumber) yang tiada diduga. Barangsiapa
bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan
menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan
melipatgandakan pahala baginya. - ms17
35KESAN LAIN TAQWA ms 18
- Al-Talaq (65) 2-3. Allah juga menjanjikan
banyak kelebihan lain bagi orang yang bertaqwa
dan memperkasakan sifat ini dalam hidup mereka - Allah sentiasa menyertai mereka (al-Baqarah(2)
194) - Orang bertaqwa akan dianugerahi ilmu oleh Allah
(al-Baqarah(2) 282) - Orang bertaqwa mampu membezakan antara kebenaran
dan kesesatan dan ditebus/disucikan dosanya
(al-Anfal (8) 29 dijamin keselamatan dari api
neraka (Maryam (19) 71-72) - Dipermudahkan Allah segala urusan (al-Talaq (65)
4) dijanjikan ganjaran yang besar termasuklah
syurga (al-Talaw (65) 5 Maryam (19) 63
Muhammad (47) 15) dan diisytiharkan Allah
sebagai orang paling mulia di sisinya melalui
ayat 13 SUrah al-Hujurat Sesungguhnya orang
yang amat mulia di antara kamu pada pandangan
Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
36APPLIKASI MUAMALAT BARU
- Dalam rekod jurisprudens, kita temui mereka telah
menggunakan teknik fiqh al-muamalat untuk
memudah dan melancarkan bisnes mereka Ibn
Abidin misalnya orang yang mula-mula
memperkenalkan konsep takaful buat melindungi
risiko mereka yang belayar membawa barang
dagangan, jauh lebih awal sebelum marine
insurance dikembangkan di Barat - Dalam konteks menjalankan bisnes di tanah asing,
para fuqaha juga mengembangkan amalan mencari
penjamin tempatan melalui konsep daman al-wajh
atau mencari rakan kongsi setempat dengan
mengapplikasikan apa jua kaedah muamalat yang
sesuai mudarabah, musharakah, musaqah dan
sebagainya. - Ms 18.
37Tuntutan Al-Sunnah Muamalat Adil dan Beretika
ms 20
- (1)Memperkasakan satu piawai dalam etika dan
seruan agar manusia beretika dalam semua situasi. - (2) Sentiasa berusaha membersihkan niat dan
meluruskannya. - (3) Menjaga, Membersih dan Menguruskan hati.
- (4) Agama adalah berbudayakan Nasihat.
38Tuntutan Al-Sunnah Muamalat Adil dan Beretika
ms 20
- (5)Mengukayahkan ketaatan semaksima dan sebaik
mungkin. - (6) Mencari keberkatan dalam bisnes dan dalam
hidup. - (7) Amaran baginda mengenai peserta pasaran
(market participants). - (8) Rasulullah prihatin dan memeriksa pasar,
memberi amaran dan pendidikan.
39SAMBUNGANgtgtgt
- Rasulullah prihatin dan memeriksa pasar, memberi
amaran dan pendidikan. - Motivasi bagi peniaga yang jujur dan amanah
- Aqidah dan Shariah Mendorong Kecemerlangan
- Rasulullah dan tanda aras (benchmark) dalam aspek
business acumen, integriti, kejujuran dan kerja
gigih dlm operasi bisnes.
40KEWANGAN ISLAM KINI
- Tidak syak lagi adalah tuntutan aqidah.
- Migrasi atau usaha kembali kepada Shariah dalam
bidang kewangan adalah tanggungjawab besar. - Kewangan (dan perbankan Islam) ini jangan
ditangani secara mekanikal tetapi secara holistik
dan mempunyai ruh dan semangat bersendikan
motivasi aqidah. - Ms 23
41KEWANGAN ISLAM
- Pakej perkhidmatan lengkap sebagai satu sistem,
bukan lagi semata-mata produk. - Berasaskan anjakan paradigma bukan setakat
pemakaian istilah fiqh Islami berbahasa Arab. - Kewangan Islam yang merangkumi Perbankan Islam,
Takaful, Pasaran Modal Islam dan Pasaran Wang
Islam, satu prasarana lengkap. ms 23
42Instrumen dan Produk Kewangan
- Pertumbuhan berperingkat dengan memperkukuh
budaya ilmu dan ruh kepatuhan kepada Shariah. - Produk dan perkhidmatan yang sentiasa
dipertingkat serta diberi nilai tambah (added
value). - Bukan lagi di pinggiran, tetapi satu sistem dan
engine of economic growth.
43KEWANGAN ISLAM - PEMANGKIN
- Pertumbuhan bidang muamalat maliyyah(kadangkala
dipanggil muamalat masrafiyyah) telah menjadi
pemangkin usaha mengembalikan kegemilangan
tamaddun Islam khasnya dalam mempergunakan
kembali khazanah ilmu fiqh dan jurisprudens - Ms 23
44PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM
- Fiqh al-muamalat hanya dipelajari secara teori
(atau jika diamalkan, agak terhad skopnya). - Kini ia dipelajari dengan menggabungkan teori dan
amalan. Pendekatan ini juga telah mengubah
kurikulum pengajaran di sekolah dan universiti
demi memberikan pelajar-pelajar nilai tambah
dalam memahami peranan baru bidang ini masakini
ms2
45FIQH MUAMALAT UNTUK SEMUA
- Fiqh al-Muamalat (bersama Usul al-Fiqh dan
Qawaid Fiqhiyyah) juga telah menjadi satu
kemestian khususnya bagi pengamal kewangan
Islam, para pengawalselia (regulators), pengamal
undang-undang, para akuantan dan auditors dan
sebagainya - Disiplin ini juga mesti dimasyarakatkan kerana
kejayaan Kewangan Islam terletak di atas sokongan
umat yang berilmu.
46KEWANGAN ISLAM
- Kejayaan bergantung kepada faktor kawal selia
(regulation supervision), etika dan urustadbir
korporat (corporate governance), pengurusan
risiko dan sebagainya. - Ketelusan (transparency) reporting, piawai
akaun, Shariah audit dsb. - Perkhidmatan cemerlang, kerana Islam adalah itu
budaya sebenar dalam sistem Islam. ms 24
47BRUNEI DARUSSALAMms 25-26
- Penyertaan yang serius dan bermakna.
- Faktor utama Kepimpinan Raja di samping faktor
lain MIB, Islam Ugama Rasmi (art.3 Perlembagaan
1959), msy kuat ugama dsb. - Jadi, atas asas inilah Beta sangat-sangat
berhasrat untuk menaikkan satu tanggungjawab
kerajaan di dalam urusan kewangan Islam
481. PENDIRIAN ASAS- PATUH
7. TREN SENARIO
6. JARINGAN RANGKAIAN
2.MENJAGA BATAS HUKUM
AQIDAH-MUAMALAT
5. KOMPETENSI KEMANUSIAN
3. JATI DIRI
4. KOMPETENSI TEKNIKAL