MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A - PowerPoint PPT Presentation

1 / 13
About This Presentation
Title:

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A

Description:

(1) bunga - perempuan, gadis, keindahan, cita-cita yang diharapkan (2) bunga sayu - kesedihan ... (5) malam - kecewa, derita. Warna (1) merah - bahaya, cemas, ... – PowerPoint PPT presentation

Number of Views:2224
Avg rating:3.0/5.0
Slides: 14
Provided by: admi1541
Category:
Tags: bahasa | kebangsaan | mpw | cara | gadis | malam

less

Transcript and Presenter's Notes

Title: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A


1
MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN (A)
  • KOMPONEN SASTERA
  • (PUISI)

MISS NURHAFIZAH MOHD ZIZI SCHOOL OF COMPULSORY
STUDIES
2
PUISI (MODEN)
  • Puisi merupakan salah satu genre yang perlu
    dipelajari
  • oleh pelajar-pelajar khususnya sekolah menengah.
  • Genre puisi merangkumi Pantun, Gurindam, Syair
  • dan juga Sajak.
  • Puisi merupakan pernyataan dan perasaan seseorang
    penyair dalam sesuatu perkara yang menjadi
    persoalan mereka.

3
  • Melalui puisi khususnya sajak, penyair meluahkan
    persoalan tersebut kepada khalayak pembaca.
  • Para pelajar juga diuji untuk mendalami serta
    mengetahui makna tersurat dan tersirat dalam
    puisi yang diberikan.
  • Sajak merupakan genre puisi moden. Melalui sajak
    pengarang yang kreatif menyampaikan mesej secara
    tersirat melalui unsur-unsur perlambangan. Ini
    akan membantu pelajar mengenali objek
    perlambangan dalam sajak supaya mudah memahami
    maksud tersirat di samping mencipta seuntai
    sajak.
  • Dalam bahagian pemahaman puisi ini, diterangkan
    secara ringkas ciri-ciri yang ada pada sebuah
    sajak (puisi), bagaimana menghayati sajak, maksud
    perlambangan disertai soalan contoh dan cara-cara
    menjawab latihan.

4
Ciri-ciri puisi
  • Tema/Pokok persoalan
  • Mesej
  • Nada - melankolik, gembira, romantik, sinis,
    protes dan lain2
  • Gaya bahasa
  • Puitis - kata-kata biasa yang disusun indah
  • Personafikasi - memberikan sifat manusia kepada
    benda-benda bukan hidup.
  • Isi - termasuk pemikiran, idea dan emosi
  • Bentuk yang tertentu - bebas/terikat
  • Kesannya kepada pembaca
  • Bersifat intuitif - keupayaan suara hati penyajak
    melihat kebenaran
  • Imaginasi/daya khayal
  • Paduan unsur-unsur irama, simbol, bunyi yang
    bermakna dan emosi yang baik

5
Objektif
  • Objektif utama soalan puisi ini adalah untuk
    menguji pemahaman calon dalam memahami
    kalimat-kalimat, kata-kata perbandingan, frasa,
    rangkai kata yang terdapat dalam sesebuah puisi
    tersebut.
  • Pemahaman yang tepat dan jitu akan membolehkan
    seseorang calon itu menjawab rangkai kata yang
    diberikan dengan menggunakan kata-kata sendiri
    yang sama maknanya. Sementara bahagian soalan
    pemahaman, calon mestilah memahami kehendak
    soalan dan menjawab apa yang diperlukan atau yang
    dikemukakan.

6
Setelah selesai membaca (puisi) sajak yang
diberikan, anda akan dapat
  • memahami saripati/tema sajak tersebut
  • memahami maksud ungkapan/ayat/kalimat
  • memahami maksud kiasan
  • memahami maksud kata-kata perlambangan (simbolik)
  • menghuraikan maksud puisi (sajak) tersebut
  • memprosakan sajak tersebut

7
Soalan Contoh
  • (1) Tema/pokok persoalan
  • (2) Maksud ayat/kalimat tertentu
  • (3) Maksud kiasan tertentu
  • (4) Erti kata-kata simbolik atau lambang
  • (5) Maksud keseluruhan
  • (6) Memprosa

8
Maksud Kekaburan
  • (1) Adakalanya lirik sajak lebih ditujukan
  • untuk imaginasi dan perasaan
  • (2) Sikap penyajak yang menghadkan
  • pembacaannya
  • (3) Pemikiran yang tersangat kompleks
  • (4) Bahasa/Simbol yang kompleks
  • (5) Mesej yang disampaikan terlalu peribadi

9
Menghayati Sajak
  • (1) Baca dan fahami soalan dahulu
  • (2) Baca dan fahami tajuk sajak beberapa kali
  • (3) Baca dengan teliti sajak itu beberapa kali
  • sehingga anda dapat memahami sajak itu
    secara
  • keseluruhan.
  • (4) Fahami perkataan, perlambangan dan ungkapan
  • (5) Untuk menjawab soalan kefahaman, gunakan
  • perkataan anda sendiri
  • (6) Untuk memprosa - fahami maksud dan mesej,
  • kemudian tulis maksudnya secara
    analitikal

10
Objek2 Perlambangan Dalam Sajak.
  • Bunga
  • Apabila perkataan bunga
  • ditambah dengan perkataan
  • lain, maka wujud makna atas
  • tafsiran
    yang berbeza.

  • Contoh

  • Sekuntum bunga.

  • Bunga mekar.

  • Bunga layu.
  • Bunga layu
    di taman.
  • Hatinya
    berbunga.

  • Sejambak bunga

11
Memahami Simbol2 dalam Puisi
  • Unsur-unsur Alam
  • (1) bunga - perempuan, gadis, keindahan,
    cita-cita yang diharapkan
  • (2) bunga sayu - kesedihan
  • (3) kumbang - lelaki, jejaka, pria
  • (4) bulan - rindu
  • (5) embun - harapan dan kemurniaan
  • (6) api peperangan - kemarahan
  • (7) burung merpati - kedamaian, utusan
    kedamaian
  • (8) burung - kebebasan
  • (9) burung gagak - kejahatan, kemusnahan
  • (10) angin - perubahan, berita
  • (11) laut dan ombak - pergolakan hidup
  • (12) daun tak hijau - cinta mula pudar
  • (13) gunung - harapan, cita-cita tinggi
  • (14) hujan - pahit getir manusia
  • (15) kematian angin - kekecewaan

12
  • (16) kicau burung - keriangan
  • (17) langit - tempat bernaung
  • (18) mentari - harapan cerah, sinar kebahagiaan
    atau kejayaan
  • (19) pohon - tempat bergantung
  • (20) pulau - tempat atau tujuan
  • (21) rumput - kehidupan yang terbiar
  • (22) senja - jangka waktu yang singkat
  • (23) sungai - pengalaman kehidupan
  • (24) tembok - penghalang, pemisah
  • Masa
  • (1) pagi - kehidupan baru
  • (2) fajar - peralihan daripada duka kepada
    bahagia, kelahiran harapan baru
  • (3) siang - permulaan, ketenangan, harapan
  • (4) senja - peralihan daripada bahagia kepada
    derita
  • (5) malam - kecewa, derita

13
  • Warna
  • (1) merah - bahaya, cemas, bergelora, berani
  • (2) kuning - raja-raja
  • (3) kuning keemasan - kemakmuran, hasil yang
    banyak
  • (3) biru - cinta, kasih dan rindu, aman, damai,
    kasih sayang,
  • tempat yang jauh
  • (4) hijau - muda, baru, harapan, kesuburan,
    keremajaan
  • (5) jingga - kedukaan
  • (6) putih - suci, bersih, kegembiraan,aman
  • (7) hitam - kecelakaan, kesengsaraan,
    kekotoran, kejahatan, kesedihan
  • (8) kelabu - samar-samar
Write a Comment
User Comments (0)
About PowerShow.com